Wednesday, February 1, 2012

Hari Manis-Dating


Dah lama plan nak pergi i-City ni sejak sebelum kahwin lagi masa mula-mula i-City dibuka. Tapi masa tu tempat tengah glamer, so jalan nak masuk sana asyik jem so malas nak pergi. Last week ada promotion kat Groupon. Dapat diskaun 40%. Dengan harga hanya RM33/nett, dapat masuk Snowalk, naik Ferris Wheel, main 1 outdoor ride dan set KFC. murah kan? Kalau takde promosi ni nak masuk Snowalk je da RM25/nett.

Kami pergi Snowalk waktu siang, tak ramai orang. Ok la Snowalk tu, sejuk bangat hokeyy! Saya dan hubby berjalan berkepit2 tak tahan sejuk. Snowalk tu ciput je, jalan sikit je da abes da. Seb baik ada disediakan Winter Jacket, tahan sikit. Kalau takde kesian baby kat perut nak kena tahan sejuk.Huhu..

  



Sementara nak tunggu malam, sempat pergi jalan-jalan kat Jusco Bukit Raja kat depan tu je. Takde jalan mana pun, just masuk kedai buku je. Dah jadi rutin kitorang pulak mesti nak masuk kedai buku. Lepas Maghrib baru la masuk balik ke i-City. Malam parking mahal-RM10. Siang tadi baru RM1 je.

So untuk sesi malam, kami naik Ferris Wheel. Saya tak nak naik, gayat. Tapi hubby paksa naik jugak-rugi katanya kalau tak naik kan da bayar. So terpaksa la naik jugak. Sepanjang dalam Ferris Wheel tu memang pejam mata je la sambil paut kuat-kuat besi kat tepi macam nak tercabut dibuatnya. Nasib baik cuma sekali pusing je, lega bila dapat turun.

 * Tengok muka saya yang cuak tak mau buka mata. Hubby rilex je membuli saya. :p

 
* Pemandangan dari atas Ferris Wheel 

Seterusnya kami ke sesi outdoor ride. Macam-macam permainan kat sini macam funfair. Tapi kena pilih-pilih la permainan apa since saya pregnant tak boleh la main permainan yang berbahaya. So pilih main Wonder Coaster. Macam Roller Coaster tapi kecik je just untuk budak-budak. Saya dan hubby berhimpit-himpit punggung nak muatkan dalam Coaster tu. Mula-mula pekerja kat situ tak bagi saya main sebab pregnant, tapi saya yakinkan boleh so dia bagi lepas. Alhamdulillah, tiada perkara tak diingini berlaku. Main tu pun sekejap je. Juz nak menghabiskan tiket yang ada.

So da habis sesi bermain, barulah menikmati pemandangan lampu-lampu yang bergemerlapan di situ. Ambil gambar pun tak banyak sebab semua pemandangan lebih kurang sama je la kan-lampu!

 




* Gambar yang sangat menonjolkan perut yang besar. Huhuhu..

Seharian di i-City memang seronok. Ye la dah lama tak berdating menikmati suasana macam ni kan. Sesekali pergi berdating apa salahnya sementara masih larat kan. Itu pun sakit kaki jugalah nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain. So sesiapa yang tak pernah pergi lagi boleh la pergi ya. (^_^)

7 comments:

  1. omel nye ibu mengandung nih...ko naik kat perut je ek nad?body mcm mantain je...untung lah...sng nak slim lik nnt..

    ReplyDelete
  2. setakat ni rasanya cam perut je naik. n muka je melebar. hihi..yang lain2 cam maintain jek. hopefully senang ar nak slim semula.hehe..

    ReplyDelete
  3. ehem!! dating tak ajak. camni laaaaaa

    ReplyDelete
  4. zea : hahaha..namanye pun dating memang la nak berdua jek. ko pun dating bukan ajak aku pun.hahaha..

    ReplyDelete
  5. dating bole berempat apeee. hehe. kami dating orang belom kawen lain. huhu

    ReplyDelete
  6. kitorang dating bertiga ar. huhuhu..xde bezanya dating belum kawen ngan da kawen. da kwen nanti lagi la kau tak ajak kitorang.huhu..

    ReplyDelete
  7. si junior tu belom kuar lagi. hihihi. so kira bedua lagi la. insyaAllah ajak lepak. hehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...