Thursday, January 12, 2012

Latest Checkup

Ni hasil checkup yang terbaru 10 Jan kelmarin, hari selasa. Alhamdulillah, saya datang waktu petang, orang tak ramai. Terus dapat giliran pertama kat makmal. Lepas ambil sampel urin dan darah, inilah resultnya.

 Cemerlang kan? Semua tulisan color hitam/ biru. Takde color merah. yeahh!

Kemudian macam biasa bawa result ke KKIA kat belakang. Tang ke KKIA ni yang punyelah lama menunggu. Daripada pukul 2.30 sampai la ke pukul 3.00 baru la dipanggil masuk. Padahal sebelum tu tak ada orang pun. Saya orang pertama kat situ. Tapi tak dipanggil-panggil. Seb baik mama ni penyabar kan.

So akhirnya dipanggil masuk. Macam biasa check blood pressure plak. Ok je. Then untuk pertama kali check heartbeat baby. Sebelum ni memang la da biasa check hearbeat baby guna fetal doppler sendiri kat rumah so takdelah rasa jakun sangat. Tapi serius cam nak gelak tengok fetal doppler klinik yang besar gedabak macam radio dahulu kala. Plak tu bila nurse tu dok pusing-pusing volume da macam mencari channel radio. Tahan gelak je la. Senang nak cari heartbeat si comel ni, ye la da 5 bulan lebih kan. Kejap je da dapat dengar dug dug dug jantung dia. Alhamdulillah, normal.

Bila tang menulis kat buku merah, nurse tengok result saya. Excellent tu. Bajet da habis cemerlang da tu. Tetiba dia kata "Eh, berat awak naik banyak ni. 3.2kg. patut naik 0.5kg je." Alamak, kantoi pulak di situ.


 Spoil ada color merah di situ!


"Kena minum air gula ni."

Dialog yang memang sume mommies takkan suka dengar. Tapi saya relax, cool menjawab "Saya da minum 2 kali. Doktor pun kata lepas ni minum masa 28 weeks je."

Nurse belek-belek buku, betul memang doktor ada tulis repeat MGTT by 28 weeks. So selamat la di situ. Nurse pun ok, dia pun tak cerita banyak. Cuma yang tak bestnya kena datang lagi 2 minggu untuk checkup bagi pantau berat badan. Aiyaa..mama kena control makan la pulak.

Tapi saya tak control pun. Semalam baru je beli aiskrim satu bekas besar.Hihihi..

6 comments:

  1. eh , jgn lah makan eskrem .. nnt kena minum air gula byk byk kali .. hahah

    ReplyDelete
  2. semalam stress dengan orang opis yang busuk hati. balik je terus beli aiskrim. puas hati. perut sedap, hati pun senang.hihi..

    ReplyDelete
  3. ape rase nye air gula tu nadt? sy pun kena minum air gula, pdhl x check pape pun lg, adeh

    ReplyDelete
  4. rasa tak sedapppp..huhu..macam sirap yang kita bancuh tu. sirap tu kan da pekat manis kan, haaa yang tu la kita kena minum segelas. lepas minum comfirm pening, nak muntah nak pengsan sume, tapi jangan tido atau pengsan tau!nanti bacaan gula naik. pening camne pun cuba2 buat keja sket.

    ReplyDelete
  5. su pulak turun berat semalam..hehe..kontrol mkn pya pasal

    ReplyDelete
  6. wahh..berjaya control makan ye. nadt even control makan pun, tapi berat makin naik sejak masuk 4 bulan. banyak makan benda sampingan je kot.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...