Monday, January 30, 2012

Perkembangan si comel bulan demi bulan

Sudah jadi rutin bagi saya untuk buat baby scan setiap bulan. Since saya ada history bleeding sebelum ni, so kerisauan selalu ada memikirkan kesihatan dan perkembangan si comel ini. Dah lama nak share gambar-gambar scan ni tapi asyik lupa je. hehehe..

Gambar 1 : Minggu ke-8 (2 bulan)
Nampak tak bulatan biru yang doc lukis tu? Nampak tak apa kat dalam dia? Tak nampak? Hahaha..saya pun tak nampak pape dalam gambar ni. Masa scan nampak la. Bila print hampeh. Ni gambar scan kat KKIA.


Gambar 2 : Minggu ke 11-12 (+-3 bulan)
Sangat suka gambar ni. Scan di Klinik Leong, Tampin. Masa ni dah nampak bentuk kepala, kaki dan tangan dia. Masa scan ni, kaki dan tangan dia melambai-lambai tau. Comel sangat. Pastu kalau tengok betul-betul gambar yang first belah kiri atas tu, baby comel macam senyum. Comelnya!


Gambar 3 : Minggu ke 19-20 (+-5 bulan)
Terus skip ke minggu-20 sebab masa minggu-16 ada scan kat KKIA tapi dia tak print gambo, just print tulisan ukuran baby je. buat hape. haa..gambar minggu-20 ni da berganda besar daripada minggu-12 tu. Klinik yang sama. Dah tak nampak keseluruhannya. Banyak nampak kepala. Tulang belakang pun sangat clear masa ni. Masa ni pun dia bergodek2 tak reti diam sebab baru lepas makan. Tak dapat nak ambik gambar angle yang cun. Hehehe..
 

Gambar 4 : Minggu ke 23-24 (+- 6 bulan)
Latest gambar masa scan sabtu lepas. Ni kat klinik lain. Kat Klinik Normah, Damansara Damai. Masa scan ni posisi si comel tengah sujud. So memang nampak kepala ngan badan je la. Masa ni pun kaki dia dok tergodek2 tak reti diam sampaikan doktor pun gelak tengoknya. Hehehe..comel la anak mama ni. Oh ye, first time tau berat baby. Beratnya 503 gram. Wah..da setengah kilo dalam perut ni. Alhamdulillah doc kata normal dan sihat.

 
Haaa..cepat je masa berlalu. Minggu ni dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah. Doakan perjalanan ini terus dipermudahkan ye. Semoga anak mama terus berkembang sihat dan sempurna. Amin.

p/s : Terjumpa laman web ni. Sangat bagus untuk check ukuran dan berat fetus.
http://www.baby2see.com/medical/charts.html . Check it out.

4 comments:

  1. su esok nak scan..tal sabr..hihi

    ReplyDelete
  2. selamat mengscan. sonok kan scan.hehe..

    ReplyDelete
  3. hi...anna from RH dtg menerjah..
    1st time tgk gmbo scan baby mcm sujud
    anna blom lg dpt view camtu
    asek terlentang and melompat2 je...

    ReplyDelete
  4. hai anna..kitorang pun teruja bila tngok dia sujud macam tu. teringat video yang baby sujud bila dengar ayat Al-Quran tu. tapi even sujud pun, kaki tergodek2 tak reti diam.huhu..bila sujud camni tak dapat nak tengok bentuk hidung mulut semua. ajak hubby scan 3d dia takmo.huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...