Tuesday, January 10, 2012

Takkan Dah Nak Beranak Kot?

Ini post sedikit basi, saya terlupa nak post.

Serius pada suatu pagi rasa-rasanya dalam pukul 2 pagi kot, saya terjaga bila rasa sakit sangat perut ni. Saya rasa perut ni macam meregang dan tertarik-tarik. Macam kena simpul biawak kat kaki tu tapi ni kat perut. Hubby sedang tidur dengan nyenyaknya. Malas nak kejutkannya sebab fikir kalau kejutkan dia pun bukannya dia tau nak kena buat apa pun. So saya pun cuba menahan sakit. Tapi makin lama makin sakit sampai saya tak boleh nak bergerak dah! Nak mengiring ke kanan tak boleh, nak mengiring ke kiri pun tak boleh, nak terlentang pun ikutkan tak boleh tapi dah itu posisi saya tidur sebelum tu so memang tak boleh buat apa pun. Hanya mampu mengerang-ngerang sakit berlawan-lawan dengan dengkuran hubby. Sampai satu ketika rasa macam nak menangis pun ada sehingga terdetik, "Takkan dah nak beranak kot? Awal lagi ni, baru 5 bulan. Tak mau beranak lagi..tak mau.." Saya terus cuba bertahan.

Rasanya dalam setengah jam jugak kot saya berperang dengan rasa sakit itu. Tetapi saya pun tak ingat entah macam mana bila tiba-tiba perasaan sakit itu hilang! Fuh..punyalah lega bila da tak sakit. Maknanya memang bukan nak beranak la ni. Fuhhh..tapi serius saya fikir nanti bila saya nak beranak betul-betul nanti macam tu agaknya sakitnya.

Saya cerita pada kawan opis saya, dia kata Braxton Hicks la tu. Maknanya contraction olok-olok. Olok-olok pun sakitnya humanggg aiii.. Memang pernah baca pasal Braxton Hicks sebelum ni tapi tak sangka boleh kena seawal ni. Biasanya Braxton Hicks berlaku bila da masuk 3rd trimester, tetapi ia juga boleh berlaku seawal kandungan 6 minggu tetapi bakal ibu tidak begitu merasakannya kerana ia berlaku terlalu perlahan. Bila google pasal punca Braxton Hicks ni antara puncanya adalah :

1) Ibu / bayi terlalu aktif
2) Ada seseorang menyentuh perut anda
3) Menahan kencing sampai da penuh
4) 'Bersama'
5) Dehidrasi

Antara semua punca yang diberi, saya rasa punca utama adalah yang pertama iaitu bayi terlalu aktif. Tak mungkinlah saya yang aktif sebab tengah tido kan. Ya, bila pergi klinik untuk scan keesokan harinya memang betul si comel itu sangat aktif menendang-nendang. Kepalanya pun kejap pusing sana, pusing sini. Sudahnya tak dapat ambik gambar posisi yang cun. Tak pe lah, nak aktif pun aktif la. Yang penting sihat dan sempurna. Jangan nakal-nakal ya!

1 comment:

  1. x pnh lg kena mcm ni... selalu kot tahan kencing, sbb mls nk ke toilet, ok pasni xmo thn kencing dh.. :D

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...