Friday, February 17, 2012

My Polka Dot Dot Dot

Dah lama teringin nak buat apam polka dot ni. Akhirnya baru berkesempatan. Dah dua kali buat. Percubaan pertama minggu lepas rasanya memang menjadi cuma rupa ada kureng sikit. Kukus kali pertama ok, kali ke seterusnya apam mula berlubang-lubang. rupa-rupanya sebab kukus guna api besar. patutnya kena guna api kecik barulah tak jadik berlubang teruk.

 * Percubaan pertama. Yang paling comel je diambil gambar.hehehe..

Semalam cuba buat lagi. Percubaan kali kedua lebih menjadi. Cuba-cuba juga melukis ladybird dan bee. Percubaan pertama sedikit kureng, warna terlampau kembang. Percubaan kedua baru la menjadi dengan comelnya. Hehehe..so inilah hasilnya.

* Sebelum kukus

* Selepas kukus. Tadaa! Comel kan?? (Sila angguk..hiiii)

Siap masak dan kemas semua da pukul 12.15 tengah malam. Waaa..ngantuk bangat. Makanya hari ini pun sudah beratus kali asyik menguap je. Sekian...(-_-)zzzzzzzzzzzz

2 comments:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...