Wednesday, February 8, 2012

Tips Untuk Yang Sesak Nafas Ketika Hamil

Lately rasa berat sikit bila nak bernafas. Maybe perut makin penuh diconquer oleh baby sampai nak bernafas pun jadi berat. Pastu badan pun berangin semalam. Tak tau la kot sebab saya pi balun makan cekodok pisang kelmarin, tu yang jadi macam ni. Dah tau tak boleh makan pisang, makan jugak. Ni lah padahnya.

Nak tengok TV pun jadi serba tak kena. Baring terlentang tak best, mengiring tak best, duduk pun tak best. Semalam En.Hubby ada so boleh la dia tolong picit-picitkan belakang. Lega sikit naaa..Tapi lega-lega pun, semalam muntah jugak setelah sekian lama meninggalkan alam itu. Eii..tak suka.

Tadi terbaca dalam post Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Wah..siap ada persatuan. Ni antara tips bagi yang mengalami masalah sesak nafas ketika hamil.

"Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas wajar terjadi. Hal tersebut disebabkan kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Sehingga rongga paru akan berkurang dan timbul sesak. Memang ada sebagian ibu hamil tidak merasakan hal tersebut."

Berikut adalah tips untuk membantu mengurangi sesak selama kehamilan ibu :

* Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil. Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar. Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan. Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.

* Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas. (betul..selalu rasa rusuk cam terpenyek bila tak duduk tegak) 

* Saat tidur usahakan agar kepala dan bahu diganjal pada satu atau dua bantal. (betul..kepala kena tinggi sikit, baru selesa nak tidur) 

* Jika sesak dirasakan saat berdiri atau berjalan, istirahatlah, bungkukkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal. Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda. 

Oh ye..tadi pergi check-up lagi. Macam biasa result cemerlang kecuali berat terlebih. Naik 2.6kg dalam masa 2 minggu. Sekarang berat sudah 56.7kg. Berdebar pulak rasa bila nak mencecah 60kg. Hehehe..minggu ke-28 nanti kena minum air gula jawabnya. 

5 comments:

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8, lapan lagi. kuikuikui. jangan malas nadt oiiii. senam okey!!

    ReplyDelete
  2. malas arr..aku suruh zubair je exercisekan untuk aku.hahaha..

    ReplyDelete
  3. selamat minum air gula..anna baru je minum smalam..naseb x muntah...hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
  5. salam, singgah sini, gugel pasal info sesak nafas, sekarang ni saya tgh rasa sesak nafas ni, dari malam tdi, dh sapu minyak pon tak hilang, minum air panas pon tak lega...kalau tghari ni tak ok jugak saya nak g hospital...thanx utk info

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...