Thursday, March 29, 2012

8 Bulan Daaa..


Minggu ni busy sikit. Hari ni baru sempat menjengah blog. Secara rasminya minggu ni adalah minggu ke-32 bersamaan 8 bulan da. Maknanya tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk berjumpa dengan permata hati nan comel ini.

Saya tak perasan perut ni makin besar atau tak sebab memang da sedia besar sejak 6-7 bulan. Cuma rasa makin berat je. Minggu ni saya yakin perut ni memang makin besar. Sebabnya setakat minggu lepas, kain dalam yang saya pakai mesti dipin kerana sangat longgar. Dah beberapa kali kain dalam itu terlondeh jika tidak dipin.Hehehe..tapi minggu ni bila menyarung kain dalam itu, ia elok muat2 di atas perut. Tak perlu dipin lagi. Maknanya perut memang makin besar la kan.

Gambar terkini. Perutku macam tergantung je. Huhuhu.. (Sila abaikan latarbelakang bilik yang bersepah dengan beg-beg dan barang yang da dipacking)

Dengan perut yang macam besar itu, bermakna makin termengah-mengah la nak naik turun tangga setiap hari. Rasa nak terus stay kat opis bawah je tapi da takde tempat kosong so terpaksa jugalah mendaki. Dan si comel itu makin kuat berkick boxing. Adakalanya dia melepaskan satu tumbukan yang sangat padu sampai senak perut dan berkerut muka dibuatnya. 

Oh ye, tangan saya semakin sakit dan kebas-kebas. Sebelum ni sakit dan kebas itu hanya ketika bangun tidur saja. Sekarang ni ia sakit dan kebas setiap masa. Memang susah nak buat kerja apa pun. Tapi nak tak nak kena paksa diri jugak. Doktor kata sebab water retention di bahagian pergelangan tangan menyebabkan ada urat yang tersekat. Kalau tak silap istilahnya tunnel carpal syndrome ape ntah. Tu yang menyebabkan sakit dan kebas. Dan saya perlu bertahan sehingga lepas bersalin nanti. Oh...inilah dugaan demi nikmat yang indah. Sekarang ni saya makin lali dengan rasa sakit dan kebas ini. Oh ye kerana itu juga tangan saya menjadi gumuk gedebuk sehingga jam tangan pun da tak muat nak pakai. Cincin memang da lama tak pakai sejak 5 bulan dulu.

Tengok tangan dan jari jemari saya yang gedebuk itu. Doktor kata rendam dengan air suam untuk kurangkan water retention tapi setakat ni ia tak berkesan ke atas saya. Ajaibnya walaupun direndam berjam-jam, jari saya tak mengecut pun sebab terlalu la bengkaknya. Huhuhu...

Saya masih bernasib baik sebab beban kerja da tak terlalu banyak pada masa ni. Kiranya boleh bersenang-lenang la sikit. Tak sabar nak bercuti panjang. Tengok kawan yang baru bersalin minggu lepas, hati ni rasa excited melonjak-lonjak nak beranak jugak. Hahaha..dalam pada excited tu berdebar jugak rasa sebenarnya. Hopefully segalanya dipermudahkan sehingga si comel ini selamat berada dalam dakapan mamanya ini. :)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...