Tuesday, March 13, 2012

Barang Baby Dah Beli

Hati dah lama berkobar-kobar menunggu tarikh 10 Mac 2012 untuk 3rd Maternity Expo di Mid Valley. Masa 2nd expo dulu jual mahal tak mau shopping lagi sebab kononnya masih awal. Sekian lama menahan nafsu untuk bershopping, inilah masanya. Siap da google barang-barang yang boleh dibeli di expo based on 2nd expo yang lepas. Ya, kunasihatkan juga bagi yang mengikut petua orang tua agar shopping selepas 7 bulan, pastikan anda tidak mengalami masalah sakit kaki atau pinggang atau pitam. 3-3 masalah ni saya alami sepanjang bertawaf dalam kawasan Mid Valley tu. Dengan kaki saiz 4 dan berat mencecah 60kg, rasa nak didukung je atau duduk dalam troli. Sakit kaki wooo..Kalau setakat shopping kat kedai2 biasa ok lagi sebab tak perlu berjalan banyak. Kalau rasa-rasa masa 5,6 bulan da sakit kaki tu toksah tangguh-tangguh la untuk shopping. Nanti makin berat perut, makin tak larat.

Ok sambung cerita pasal expo.Hasilnya mengecewakan. Hanya satu hall saja yang dibuka. Makanya tak banyak booth pilihan. Booth yang hot hanyalah Pureen. Maka menabur duit di booth Pureen saja lah. Murah memang murah. Sepasang baju lengan panjang boleh dapat RM10 je. Sleeping suit pun RM15 je. Set mitten n booties semurah RM4-RM6 saja. Saya pun apa lagi, asalkan nampak yang match saiz, terus rembat. Takdenya la nak belek-belek. Dah la ramai orang. Sempat feeling-feeling macam nak pitam. Nasib baik hubby ada, maka adalah tempat untuk saya berpaut.Huhu..Tapi tak banyak pun yang saya ambil. Just 3,4 pasang baju, mitten n booties, selimut 1 dan baby wipes 2 packs. Keseluruhan perbelanjaan di booth Pureen tu saja tak sampai RM100 pun.

Melilau-lilau di booth lain, tiada yang menarik. Nak beli breastpump tapi harga lagi mahal, baik beli online. Warmer pun da kehabisan stok, kalau nak kena order. Malas la nak order-order ni. So setelah 2 kali round dalam tu, kami ambil keputusan untuk balik. Kecewa. Hanya 20% barang saja dapat dibeli.

Makanya kami buat keputusan untuk terus ke kedai Manjaku Baby untuk beli barang-barang lain yang masih belum cukup. Fuuhh..memang rambang mata bila shopping ni kan. Strategi kami adalah mencari barang yang murah dan tak perlu banyak-banyak. Contoh la macam cotton buds, beli yang paket kecil je sudah. Buat apa beli yang satu bekas besar bulat tu, bukannya baby korek telinga tiap2 hari. Baju pun seboleh mungkin kami cari yang sepasang means pakej baju dan seluar. Itu pun bajet harga sepasang baju tak lebih RM20. Baju baby mahal-mahal. Kalau beli asing-asing rugi. Yelah, kalau da sehelai baju lengan pendek saja dah berharga RM12 contohnya, kalau tambah seluar beli asing pun harga RM12, kan da jadi RM24. Baju kalau nak beli asing pun tak perlu banyak-banyak. Saya beli 2,3 helai je tu pun yang lengan pendek punya. Baju lengan panjang semua beli pakej sepasang atau suit.

So ini adalah hasilnya. Tak beli banyak, beli just ikut keperluan baby masa dalam pantang je. Lepas abis pantang nanti baru beli lagi.

Longgokan barang yang dibeli. Jom check satu-satu.

Baju lengan panjang. Ada 7 pasang semuanya. Plan asal 5 pasang je, tapi sebab murah maka ambil lebih.

Baju lengan pendek. Pun 7 pasang semuanya. Baju lubang-lubang wajib ada. Hehe..

Rompers. Mesti ada. Beli set senang, sekali ngan stokin.

Mitten n booties 4 pasang je sebab makcik kata dia nak bagi lagi.

Topi 1 saja. Baby akan duduk dalam rumah je. So 1 sudah mencukupi. Nak bergaya2 topi pelbagai tunggu besar sikit nnt.

 Tuala mandi 2 helai. Sapu tangan tu ada 5 helai.

Selimut 2 helai. Sangat lembut. 2-2 ada hood. Cari selimut biasa yang tanpa hood tapi takde.

Tilam baby. Gebu jugak. Sangat suka corak dan warna ni.

Bantal yang ada lekuk untuk support kepala baby.

Barang-barang untuk baby care. Ada changing mat, baby wipes, toiletries, minyak yu yee, cotton buds, cotton balls, cream drapolene, berus botol, nasal aspirator, nail clipper, sabun cuci botol dan pampers. Pampers pilihan jenama PetPet sebab ramai review kata bagus. So kubeli satu pack ada 64pcs hanya RM28.90 saja. Toiletries beli pack kecil je sebab baby pakai sikit-sikit je dan comfirm nanti mesti ada yang akan hadiahkan berbakul-bakul toiletries ni.Hehehe..

Tambahan. Barang-barang percuma yang diperoleh dari expo. Ubat gigi n sabun boleh mama bawa masa stay kat hospital. Jimat. Hehe..

Ini saja barang untuk mama. Cari barang-barang lain takde. Kena mencari lagi ni.

Kalau perasan kebanyakan barang adalah warna-warna natural. Means girl atau boy boleh pakai. Tapi ada juga selit-selit color biru. Takpe, color biru sesuai gak andai kata yang keluar ni girl. Cuma pink je yang tak sesuai dengan boy. So memang takde pink langsung la. Huhu..So far, barang baby da 90% complete rasanya. Barut dan bedung neneknya buat. Botol susu pun kena beli online nampaknya sebab jenama MAM susah nak jumpa di kedai. Barang-barang untuk mama sajalah yang tak complete. Yang ada setakat ni baru maternity pad dan kain batik (tu pun mak yang belikan). Oh ye stokin rembat stokin hubby je lah. Hehehe..Dan bernasib baik juga sebab breastpump tak perlu beli buat masa ni sebab kakak ipar offer breastpump dia. Avent punye. Dia pakai sekejap je kemudian stop sebab susu tak banyak. Hopefully ada rezeki boleh full BF baby ni nanti. Barang-barang lain macam warmer, stroller dan car seat boleh beli kemudian lepas abes pantang nanti. Fuuhh..can't wait to meet you baby. :)

10 comments:

  1. da brape mggu ni nad?
    aku hri tu g gak exspo tu..tp trperangkat di antara booth je da 15 minit..gerak cam semut..last2 kuar trus...tak best la sbb ade exspo lain kt ctu...

    ReplyDelete
  2. hi..salam kenal..=)
    syokkan soping barang baby nih..hehe
    btw, botol MAM sgt best!
    sy beli yg anti colic..
    my baby jrg kembung..

    ReplyDelete
  3. ateh : da masuk 30 minggu. aku datang pagi dalam kol 10.30 gitu, orang ramai tapi still ble gerak lagi. ha'ah tak best ada ekspo lain plak kat situ so ekspo barang baby jadik kecik jek.

    ReplyDelete
  4. fieza : hai, salam kenal jugak. saya nak beli botol MAM pun sebab ramai review kata bagus anti colic n putingnya pun tak mengconfusekan baby. tapi tak beli lagi.

    ReplyDelete
  5. salam...

    nak tanya la beli kat mana tilam baby yang kaler coklat tu & berapa harga 1 set tilam tu ye...

    ReplyDelete
  6. ayu : saya beli di Kedai Manjaku Baby Sg.Buloh. Kedai ni banyak cawangan lain kat Gombak, Ampang dll. harga set tilam tu kalau x silap RM80++.

    ReplyDelete
  7. Nk tgk baju baby yg cute2 n brg2 lain. Try tgk page ni https://www.facebook.com/hasifstore

    ReplyDelete
  8. salam..kat mana nk bli barangan jenama MAM ye.. susah la nk jumpa

    ReplyDelete
  9. salam mommies..
    dah ada se bersalin? kalo belum, cuba try set bersalin moden shaklee....memang syiokkk sgt....bkn setakat utk bdn sihat jer, >> kulit cantik, badan makin slim, rambut tak mudah gugur, luka cepat baik tambah2 lagi luka ceaser, InshaAllah , susu pun banyak.....All in 1 set......

    www.honeyonnee.com

    ReplyDelete
  10. Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...