Wednesday, March 21, 2012

Barang Baby Lagi + Mama Punye Pun Ade

Semangat shopping barang baby masih belum pudar. Pagi-pagi Isnin kelmarin da memulakan operasi shopping online. Yang syoknye keesokan harinya (semalam) barang da sampai! Jom tengok apa lagi la yang mama ni beli.

 Parcel pos laju da sampai!

Botol susu brand MAM! Beli yang keciknye je 5oz. Ok la tu untuk newborn. Da besar nanti baru tukar botol yang besar. Ramai recommend botol ni sebab anti colic n baby suka putingnya yang leper dan tak confuse dengan mom's nipple. Harga promo RM30.15.

Botol Tommee Tippee! Pun 5 oz jek. In case la kot baby tak mau botol MAM, so kita boleh try sumbat botol ni pulak. Pun ramai ibu-ibu yang recommend botol ni sebab design puting tu cam mom's nipple so baby tak confuse la kononnya so nak switch antara BF ngan botol tu kiranya takde masalah la. Anti colic jugak. Murah gak dapat harga promo RM19 jek.

 
Ni milk storage bottle brand MLO. Ada 10 botol semuanya + 2 feeding cup. Beli yang 2 oz punya sebab newborn baby tak minum susu banyak. So bagi sikit2. Kalau simpan terus dalam bekas yang besar, kalau susu tak habis, kena terus buang, kan rugi. N bottle ni juga sesuai untuk simpan kolostrum. In case baby kena tahan kat wad sebab jaundice ke or any other problems ke n mommies tak boleh nak direct BF, so ini la gunanya botol ni untuk simpan susu dan bagi kat baby. Bab hopefully boleh direct BF. Ini just persediaan je. But saya memang akan beli jugak storage bottle yang lebih besar. Harga promo RM29.75

Washable breast pad. In case susu melimpah-limpah sampai basah baju, ini gunanya breast pad ni. Takdelah baju tu basah je sampai berkerak-kerak dek susu kan. Harga promo RM14.30 - 6pcs. Hari tu tengok kat dalam majalah Pa&Ma harganya RM15.90. Kan da jimat berapa tu..arrr..sila kira sendiri ye.

Haa..tu je la barang-barang yang saya beli online setakat ni. Tu pun sebab tak masuk gaji lagi tu. Esok masuk gaji comfirm perabih lagi. Tengah meninjau-ninjau storage bottle Avent pulak sebab kakak ipar bagi breastpump Avent. Hehehe..

2 comments:

  1. beli botol susu dan milk storage ni kat mana? reply ye, huhuhu.. =)

    ReplyDelete
  2. hai amoi. saya beli online kat littlewhiz.com

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...