Friday, March 16, 2012

Barli oh Barli

Dah lama cuba buat air barli sendiri tapi macam tak berapa nak confident je. Kakak kat opis siap ajar lagi camne nak rebus dan simpan. Tapi otak ni macam lemau pulak tak faham-faham. Hehehe..so rentetan checkup yang lepas yang detect kencing kotor tu, nurse nasihatkan minum air barli sehari 5 gelas + 5 gelas air suam.

So, tengahari tadi dengan semangatnya membeli barli. Murah je, RM2 je.

Bagi yang tak kenal barli, inilah dia rupa paras barli yang belum dimasak.

Saya siap call mak, nak tanya cara-cara macam mana nak masak barli ni.

Saya : Mak, nak tanya la camne ek nak masak barli tu.
Mak : Barli yang bijik-bijik tu ke? Yang buat minum?
Saya : Ha'ah. Yang tu la.
Mak : Apasal pulak tetiba nak buat air barli pulak ni.
Saya : Errr..saja je. Sebab nurse kata elok minum air barli.
Mak : Sebab kencing kotor?
Saya : Errrrrrrrrrr....(terkantoi pulak). Ha'ah, hari tu checkup ada kencing kotor. Tapi sikit je la (ayat terpaksa mengaku tapi masih nak cover).
Mak : Ehm..rebus je la barli tu. Kena rebus lama, air kena banyak. Rebus sampai kembang. Kalau kurang air tambah la air lagi.
Saya : Macam rebus kacang hijau nak buat bubur eh? 
Mak : Lebih kurang la..
Saya : Pastu air barli tu nak buat camne pulak? Nak kena bancuh ke apa ke?
Mak : Dah masak barli tu, simpan la dalam peti ais ke. Bila nak minum, ambik la barli tu. Tambah air, campur gula. Minum.
Saya : Oh..camtu eh. K, nanti orang buat. k, thank u mak. 

Maka dengan semangatnya, saya pun terus merebus barli. Takdelah lama sangat pun. Rasanya tak sampai sejam pun da kembang. Kembang setaman barli tu dibuatnya. Memandangkan barli tu masih panas dalam periuk, saya biarkan sejuk. Pi tido jap. Bangun tido tengok, bertambah-tambang kembanggggggggg barli saya. Saya pulak bijak bistari pi rebus satu peket barli tu semua. Jadik penuh la satu periuk saya tu. Terpaksa simpan dalam 2 bekas aiskrim sebelum simpan dalam peti ais. Senang la pasni hari-hari ble minum barli, tak perlu lagi beli kat kedai. Yeahhh!!

Barli saya yang kembang setaman. Tak tau la memang dia patut jadi macam ni ke. Bedal je la.

5 comments:

  1. nadt, nk rebus tu letak sekali daun pandan, wangiii.. sedap je minum.. klu x, mcm ade bau sikit, hehehe

    ReplyDelete
  2. su pun minum mase pregnant untuk turunkan gula dalam darah

    ReplyDelete
  3. termasak bykkk sgt. minumnye sikit2 je. ntah bila nk abes.hehe...

    ReplyDelete
  4. nadt, banyaknya rebus... lain kali rebus dalam 3/4 sudu je... sebab dia muai... dapat banyak tau... jangan simpan lama2 sangat sebab nanti masam & basi

    ReplyDelete
  5. Laaa...ye ke.tak tau pun. ntah2 da basi. tengok kembang semacam jek barli tu. eii..tong sampah la jawabnye ni.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...