Thursday, March 15, 2012

Checkup Yang Serabut

Tadi pi check up. Patutnya esok tapi sebab esok saya ada kursus, maka pergi awal sehari. Entah apasal semua orang kat klinik hari ni macam serabut. Padahal patient macam tak ramai. Macam biasa mula-mula sampai saya terus ke makmal, bagi urin sampel. Tapi kemudian orang di makmal suruh saya daftar di depan dulu (padahal selama ni orang di kaunter suruh terus ke makmal je, takpayah daftar). So takpe, saya pun ke depan bagi buku nak daftar. Tapi kemudian orang kaunter tu kata saya kena daftar kat KKIA belakang. Pulak. Tak pasal-pasal saya kena menapak ke belakang semata-mata nak daftar.

Ok, bila sampai ke KKIA, nurse kat situ pulak tanya mana result urin saya. Saya cakap la da bagi urin sampel tapi tak ambil result lagi sebab diorang suruh daftar dulu. Nurse di situ kerut dahi. Pulak. Sudahnya saya kena patah balik ke makmal untuk ambil urin result saya. Tak taulah kenapa saya ni tabah sangat, redha saja.

Bila sampai di makmal nak ambil urin result, orang kat makmal tu tanya saya daftar kat mana. Saya jawab la daftar kat KKIA belakang sebab kaunter depan yang suruh. Diorang pulak kerut kening kemudian membebel sesama sendiri (apa salah daftar kat depan je..).

So da ambil urin result, saya pun patah balik semula ke KKIA. Tabah betul. Masuk dalam KKIA rasa serabut pulak dengan bebudak yang berkejaran ke sana sini. Ada ke patut semata-mata nak ambil ubat perancang je tapi bawak anak sampai 5,6 orang macam nak pi shopping pulak. Belum campur anak-anak orang lain yang meneraburkan brochure2 kat lantai sampaikan nurse pun hangin.

Ok, tiba masa saya dipanggil. Nurse yang check saya kali ni nurse lain sebab saya datang sehari awal kan. Nurse ni macam tegas sikit dan macam laju semacam dia menulis itu ini. Tapi laju sangat pun sampaikan macam jadi kelam kabut pulak saya menengoknya. Saya cakap kat dia pasal urusan pendaftaran saya yang kena ulang alik beberapa kali tu. Dia pulak kerut kening then membebel dengan kawan sebelah (pun mempertikai kredibiliti si penjaga kaunter yang ntah apa-apa, then masuk pulak mengumpat pasal diorang kena buat kerja-kerja makmal padahal pekerja makmal dah ada..)Hehehe..saya dengar je la.

Check tekanan darah ok. Check perut n jantung baby ok. Kaki bengkak sikit katanya. Tengok result urin pun kurang memberangsangkan. Detect kencing kotor dan ada protein 1+. Tapi dia tak kata apa, just suruh minum air banyak2 je. Oh ye, berat naik 1.7kg dalam masa 2 minggu. Hehe..patut la rasa berat semacam je. Then dia tengok petak Hb saya kosong. Dia tanya "Tak check darah ke?" Saya jawab la "Diorang kata tak payah. Check urin je." Sekali lagi dia membebel mempertikai kerja orang makmal pulak (ape daa..da sebulan tak check Hb ni, patutnya diorang alert la, takkan patient pulak nak suruh ambik darah sendiri..bla..bla..). Sudahnya, dia sendiri yang ambil darah saya, nanti saya kena balik semula ke makmal untuk dapatkan result Hb. Tapi tak perlu balik semula ke KKIA. Saya ok je. Sebelum ke makmal, tidak dilupa injection kancing gigi kali kedua. Woo..sakit pulak kali ni punye cucuk.

Ok, balik semula ke makmal. Bagi sampel darah. Kali ni takde sok sek sok sek. Ambil result, terus jumpa doktor. Review result. Bagitau doktor pasal masalah kedua-dua belah pergelangan tangan saya yang sakit dan kebas di hujung jari. Doktor kata normal sebab water retention. Water retention ni menyebabkan ada urat saraf di bahagian tangan ditekan/dihimpit sehingga menjadi sakit. Puas hati dengan explanation dan consultation pun selesai dalam masa 5 minit saja. Then boleh terus balik. Setel.


Ni full result yang kurang cemerlang. Ada 2 merah. Seb baik Hb maintain ok.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...