Monday, March 26, 2012

Menu Hari Minggu


Bila hubby balik baru datang mood nak memasak. Kalau tak, saya lagi rela dok di rumah makan biskut cicah milo daripada keluar rumah cari makanan. Hubby banyak idea, macam-macam menu dalam otak dia. Saya pulak malas memerah idea untuk memasak, hanya menurut idea hubby je.

Sabtu malam, buat Chilled Mango Cheesecake. Sesuka hati saya mengubah resepi asalnya yang menggunakan strawberries. Tapi sebab strawberries mahal, maka saya ganti dengan buah mangga. Menjadik jugak. Sedap jugak.Hehehe...

Pagi Ahad, buat roti jala. Memang dah lama nak makan roti jala. Tapi nak cari kedai jual roti jala memang la susah. Jadi, buat keputusan untuk buat sendiri roti jala. Beria-ia beli acuannya. Pagi-pagi pulak da kejut hubby suruh pi kedai sebab lupa yang bawang dah habis nak buat masak kari. Tapi bab masak kari saya serahkan pada hubby. Saya bagi instruction, dia ikut saja sebab saya nak fokus pada menjala roti. Nasihat pada ibu-ibu mengandung yang lain, janganlah nak cuba-cuba buat roti jala, penat bangat! Walaupun ada kerusi untuk duduk, tapi kejap2 nak duduk, kejap2 nak diri. Memang sangat penat, menyesal pun ada tapi gagahkan hati untuk menjala roti sehingga habis. 2 jam baru siap! 2 jam buat dengan bersungguh-sungguh hasilnya cuma sepinggan tu je seperti dalam gambar. Kononnya roti jala tu nak buat sebagai sarapan, sudahnya jadi menu makan tengahari.Huhu..

Hari ni hubby da balik KL. Saya kembali keseorangan. Alamatnya makan malam untuk hari ini adalah kari semalam dan cicah dengan jemput-jemput kosong atau lempeng. Saya memang takde idea. Huhu..

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...