Friday, March 23, 2012

Menyesal Pi Check Up!

Alkisah hari minggu yang sudah kan saya busy membasuh baju baby kan. Tonggeng sana tonggeng sini. Kejap duduk kejap diri. Pastu siap buat ampaian sendiri, memang gagah betul. Lepas tu menyapu rumah la, mengelap almari la..akibatnya.....saya rasa macam ada cecair yang keluar dari miss V tu. bila check tengok ada tompok air. nak kata terkencing ke memang bukan la, takde bau pun. Nak kata keputihan, saya pun tak ingat keputihan tu camne sebab sangat jarang kena. Tapi rasanya bukan keputihan sebab ianya cair macam air. 2 hari sabtu ahad tu saya dalam kerisauan sebab panty rasa basah je. Mula fikir, air ketuban bocor ke..erkk..minta dijauhkan.

So hari Isnin tu saya pergi ke KKIA buat checkup. Siap request nak scan sebab nak tengok level air ketuban ok ke tak. Seb baik doktor pun memang nak scan. Selalunya saya excited bila scan, tapi kali ni punya scan kat KKIA memang bosan, siap menguap2 mengantuk. Sebabnya skrin scan machine tu kecik n saya tak tau apa benda yang doktor tu scan. Saya cuma nampak bulat-bulat je. Doktor pun takde cakap tu kepala ke, badan ke, kaki ke. Dia dok syok sendiri ukur sana ukur sini. Bosan. Hasil scan, air ketuban cukup. Normal. Lega.

Tapi checkup tak berhenti di situ. Doktor kata,
"Saya kena check awak punya bawah ni guna SPECULUM. Takut ada infection kuman ke."

Muka saya terus berubah tapi berlagak hebat dan berkata,
"OK"

Doktor kata lagi,
"Saya nak check guna SPECULUM ye."

Saya jawab,
"OK."

Dua kali doktor ulang suara nak check guna SPECULUM dan 2 kali saya kata OK padahal rasa nak lari lintang pukang je. Saya langsung tak sedia hokey! Pengalaman lampau masih jadi igauan ngeri. Tak pasal-pasal kena separuh bogel depan doktor. Malu toksah citer la tambahan pulak nurse yang jadik assistant dia hari tu adalah jiran depan rumah saya! Dia la yang pegang lampu suluh dok menyuluh saya!

Saya pura-pura relax macam takde apa berlaku padahal da tau apa yang akan berlaku. Nurse suruh tarik nafas, saya tarik nafas. Tak tau la kena tahan ke, hembus ke, saya main hembus je. Bila doktor masuk je speculum ngok ngek tu, rasa nak menjerit aje. Nafas pun jadik tak tentu arah macam orang nak beranak "Haa..fuuhhh..haa..fuuhhh..fuuhhh.." Tapi masih nak control dan berlagak tabah tapi keluar jugak la bunyi "Adehhh..ouccchh...owwww...erkkkkk".

Doktor ambik sample untuk hantar ke lab. Result maybe dapat dalam seminggu atau 2 minggu. Tapi yang pasti memang takde air ketuban yang keluar. Selesai prosedur, memang sakit perit tak terkata. Tapi masih berlagak tabah. Pakai semula seluar dan duduk depan doktor macam takde apa-apa berlaku. Doc bagi ubat. Keluar bilik doktor, terus berpapah di dinding untuk berjalan. Rasa macam baru lepas beranak pulak. Cabaran pulak lagi nak drive sendiri balik rumah dengan punggung terpaksa disengetkan. Memang menyesal pi check up!

Rupa paras kotak ubat

 Isi dalam kotak. Pasai pa ada stick putih tu plak.

 
Langkah-langkah menggunakan ubat. Bukan untuk dimakan ye. Untuk dimasukkan di tuuuuttttt. Seriau baca instruction ni. Rasanya saya guna ka ubat ni? Eiii...tokseh ah. Kita buat perhiasan je la ye. (Sila jangan tiru perlakuan saya)

Kalau ada sesiapa yang ada tips camne nak kurangkan keputihan (tanpa perlu memasukkan ubat!) harap sudi-sudi lah share ye.

7 comments:

  1. uwwuuu.. cam sakit sangat je tuh dear kedengarannya. tak pe. sabar ya. demi baby.. take care awak!

    ReplyDelete
  2. hee takot nye.. xpnh lg kot kena check kt bawah tu... OMG scary giler :D

    ReplyDelete
  3. hukhukkk..memang sakit kalau kena dengan tangan yang membuatnye tu menyakitkan. dulu time kena kat hospital seremban takde sakit mana pun. takpelah, pasrah demi baby.

    ReplyDelete
  4. sme mcm kes sya la..tp sy mmg keputihan yg bnyk kuar sejak prgnnt nie...dlu mse bujang pun de tp xde la sbnyk nie...buat ujian lap, then result kuar doktor ckp de jangkitan kuman...huhuh..risau jgk dgr..gi hospital nk thu detail...so far ok la, perkara biase cuma nnt bila dh nak bersalin, baby kne pantau la, sbb takut jangkitan kuman tu lekat pada baby mse bersalin...

    ReplyDelete
  5. itu la..takut je kalau ada jangkitan kuman kan. nak guna ubat tu takut. sebagai alternatif makan yogurt banyak2 sebab kawan kata makan yogurt ble kurangkan keputihan.

    ReplyDelete
  6. doc lelaki ke perempuan? kalau lelaki mesti malu kan?

    ReplyDelete
  7. Doc perempuan..tak la malu sangat sebab tak kenal pun.huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...