Friday, March 30, 2012

Sangat Susah Hati!

Saya da berusaha sedaya upaya menyapu losyen dengan harapan strectch mark tidak muncul. Malah jika perut gatal pun, saya sedaya upaya menahan nafsu untuk menggarunya. Tapi stretch mark yang huduh itu muncul jugak! Ia tak muncul di perut, tetapi di tepi pinggang menjalar ke punggung dan dari celah peha menjalar ke betis.

Pada mulanya ia hanya muncul dalam amount yang sikit dalam 2,3 garis gitu. Saya tonyoh losyen setiap hari. Tak hilang malah makin banyak! Serius nak menangis tengoknya. Dulu saya kutuk perut adik saya yang ada kesan stretch mark da macam kulit tembikai. Saya kata "padan muka laki kau kena hadap perut kau yang buruk tu seumur hidup." Kejam kan saya? Sekarang saya da terkena tulah. Saya pulak yang terkena! Malu bila hubby tengok. Seb baik dia tidak komplen apa-apa lagi setakat ni tapi awal-lagi saya da mintak dia sponsor saya untuk pegi spa lepas bersalin nanti untuk hilangkan stretch mark itu. Hahaha..

Gambar hiasan dari google. Ni bukan saya tau! Nak tunjukkan camne huduhnya rupa stretch marks itu. Tapi saya punye tak sebanyak dan sehuduh ini la. Tapi masih buat saya menangis tengoknya. Cam geli pun ada.

Saya memang tak boleh ada parut-parut huduh ni badan atau kaki. Malah saya lebih tak kisah muka saya ada kesan jerawat asalkan kaki saya bersih licin tanpa parut. Bila jadi macam ni, terpaksa pasrah. Tak sabar lepas pantang nanti saya nak terus buat operasi kulit. Hubby sila jaga baby ye sementara mama pi spa..hehe..

2 comments:

  1. hehe. jarang sgt org mengandung xde benda ni. sy dulu pn camtu. syok je bl perut xde calar. bl gatal pn tahan jela nafsu nk garu tu.tp bl dh masuk 8bulan, mmg xdpt elak dah. sbb perut jadi tegang sgt2.. praaapppp! koyak terus.. sbr jela.. tp itu lebih baik dr perut yg xde kesan calar, tp tak boleh melahirkan.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. sedey sebab tengok perut kawan2 lain yang mengandung sama masih clean n clear. tapi tu la, segala dugaan ni pasti ada ganjaran yang manis di kemudian hari kan..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...