Monday, March 12, 2012

Scan Lagi

Jumaat lepas pergi scan untuk minggu ke-29. Patutnya pi scan masa minggu-28 tapi sebab ada hal minggu tu so terpaksa postpone seminggu. Niat di hati pi scan untuk recomfirm gender baby sebelum shopping baju baby keesokan harinya. Confident level merudum bila terbaca banyak kisah yang mana baby yang keluar tak sama gender seperti yang dijangka semasa scan. Tapi kali ni baby tak bagi kerjasama pulak. Dah la kepit, tak dok diam pulak tu. Siap menendang lagi masa doktor tenyeh perut nak scan. Doktor kata, "Dia marah la tu kena kacau."

Sampai ke sudah tak nampak dengan clear. Cuma ada la nampak sipi-sipi MACAM boy kata doktor. perkataan MACAM tu tak cukup kuat untuk menaikkan confident level saya. Takpelah, pastu ukur baby semua, estimated weight baby now da 1.697kg. 3gram more to 1.7kg. Waahhh..besar tu. Tapi yang penting doktor kata still in normal range. Padahal last checkup minggu lepas, beratku naik sket je. Tapi baby terus-terusan membesar bagai juara. Tapi memang da terasa beratnya perut ini sekarang. Kalau dah baring, nak bangun semula punyalah payah.

Itu sajalah cerita scan kali ni. Nanti sambung cerita shopping barang baby pulak. Ok, nak mula bekerja ni. Tata..

3 comments:

  1. tension je klu bby kepit2 kan.. sy tiap kali scan kot bby kepit, doc kate kejap boy kejap girl, mane 1 tah, hehe.. xpela jnji bb sihat kan :)

    ReplyDelete
  2. hehe..tu ar. yang penting sihat. nak tau jantina ni kononnya nak menambah excited time shopping. so bila shopping ni belilah warna2 natural yang baby girl n baby boy ble pakai. actually kalau beli biru tapi baby girl yang pakai still ok. cuma kalau beli pink tapi baby boy yang pakai comfirm buat orang confuse.huhu..

    ReplyDelete
  3. Saya dah baca kisah mengandung u..mmg menarik.blog ada gambar dan mudah difahami.sy tgh mengandung 8bulan.pengalaman awak boleh sy buat iktibar n tgk2 persiapan yg perlu dibuat masa mengandung ni..sy sampai gelak sorg2 baca blog awak ni:)best

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...