Thursday, April 19, 2012

Ada GBS ke tak?

GBS tu menda? haaa..bukan Geng Bas Sekolah tau. GBS kat sini merujuk pada Group B Streptococcus. Perghh..saintifik betul nak mengejanya.

Kan sebelum ni saya ada cerita pasal kena rodok ngan speculum lagi pasal kes ingatkan air ketuban bocor tu. Kalau tak ingat, boleh baca semula kat sini. So resultnya da dapat. Result yang hanya ditampal pada buku merahku dan masih belum direview oleh doktor. Alasannya, doktor pakar takde. So, kena tunggu set appointment untuk jumpa doktor pakar untuk review result.

Tapi macam biasa, saya memang kaki google pandai2 interpret result sendiri. Tengok gaya macam ada GBS sebab dalam result tu siap disertakan list antibiotik. Aaa..saya harap sangat saya takde GBS. Kenapa? Buat masa sekarang memang takde masalah. Masalahnya adalah apabila saya nak deliver nanti. Jika saya tak diberi antibiotik, once air ketuban pecah, kuman akan menjangkit pada baby yang mana sangat bahaya la kan. Sekarang ni masih selamat dan tiada masalah sebab air ketuban ada untuk protect baby daripada kuman. Alhamdulillah sangat walaupun saya menyesal pi checkup kena rodok speculum tapi hikmahnya saya dapat buat vaginal swab test tu. Kalau saya tak buat langsung, mungkin sampai deliver nanti saya tak tau saya ada GBS atau tak.

Woowoo..risau. kenapa la lambat sangat klinik ni nak setkan appointment. Ada GBS ke tak ni? (-_-')

4 comments:

  1. hi..
    sy mse ngandung ri 2 mmg de GBS +ve..mmg risau..sbb kesan dia kat baby..air ketuban sy pecah dlu kt rumh sblm ke hospt..bertmbh risau sbb rs kuman GBS tu dh bolh jln2 ke baby..tp alhamdulillah...baby sy siht..=) doa banyk2 yer..insyaAllah x de pe..

    ReplyDelete
  2. owh..terima kasih sebab share pengalaman awak. sikit sebanyak lega hati saya even tak comfirm lagi ada gbs ke tak. (^_^)

    ReplyDelete
  3. inshaAllah tak de masaalah. moga semuanya selamat. kite doakan ya. amin..

    ReplyDelete
  4. Serbuu tuan umah di belognye. Nak tempah header cumil dan murah? Mari3 *wink*

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...