Thursday, April 5, 2012

Urutan Perineum

Hoh..betul ke saya eja perineum tu? ok..tak keluar line merah, means betullah tu. Ahaks. Just wanna share a little bout perineum massage sebab saya baca urutan ni membantu la untuk merelaxkan dan memudahkan bukaan bila tiba waktu nak bersalin nanti. Boleh buat sendiri, kalau tangan tak sampai, boleh suruh hubby buatkan (kalau dia mau). Jangan suruh bibik yang buatkan pulak!

Sebelum tu, korang tau tak perineum tu ape? Haa.. perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur korang. Okey? Boleh imagine? Kalau tak boleh..sila lihat gambar ini.


Ok..berikut adalah cara-caranya :

1) Boleh gunakan 1 atau 2 jari
2) Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, mencangkung dan relax.
3) Sapukan bahan pelincir seperti minyak zaitun or KY Jelly pun boleh. Jangan gunakan pelincir berasaskan minyak seperti baby oil or petroleum jelly.
4) Letakkan jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan dan kebas2 sikit.
5) Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
6) Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
7) Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama lebih kurang 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

Kaedah ni senang bangat, boleh buat sendiri di rumah. Korang boleh start buat 4-6 minggu sebelum tarikh jangkaan. Saya rasa better da masuk 9 bulan la baru start buat. Selamat mencuba!
 

4 comments:

  1. mcm seriau je nk buat sendiri ni nadt.. tkt tersalah tempat lain lak jadi nye, hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe..try pelan2 dulu. eceh..nadt pun x try buat lagi.ahakss..

    ReplyDelete
  3. haah la nadt..
    suh hubby tgk tadi, errr..
    senyum plak dia.. hoho :))

    ReplyDelete
  4. para hubby mesti on je kan kalau suh tolong buatkan.huhuhuh...nadt tak buat pun lagi.tunggu 36 weeks nnt baru nak buat.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...