Gadget

Saturday, May 12, 2012

Genggam Fatimah

Yaaaa...sudah lebih 38 minggu,baby nampaknya masih sedap duduk di dalam perut. Mama plak dah tak sabar tunggu baby keluar. Jari-jemari dan pergelangan tangan makin membengkak sehinggakan gelang yang dipakai pun sudah menjadi ketat ngam-ngam di tangan. Padahal masa beli gelang tu dulu punyelah longgar. Betullah cakap MIL masa beli gelang ni, beli besar sikit, nanti kalau gemuk pun still boleh pakai. Huu..memang saya tengah gemuk sekarang ni dengan tangan pun menggemuk jua. Sebab tu tak sabar nak tunggu baby kuar dengan harapan bengkak di tangan akan hilang. Selain daripada tu, la ni saya dok menumpang rumah adik di Johor, sebab nak ic anak nombor Johor konon. Huhu..so tak mau la menumpang lama-lama kan. Ni da seminggu dok sini tak beranak jugak.

So antara usaha yang saya mula buat adalah dengan merendam akar genggam fatimah. Pernah dengar tak? Benda alah ni famous dalam kalangan orang nak beranak je. Zaman anak dara dulu mana tau pun kewujudan genggam fatimah ni. Ok, benda alah ni rupanya cam ranting pokok, boleh didapati di Mekah saja. Biasanya bila ada orang nak pi Mekah, berebut-rebut la orang yang nak kirim genggam fatimah ni. Tapi saya tak dapatnya di Mekah. Mak saya beli di Penang saja. Hoho..Penang ada genggam fatimah? Tak bermakna pokok ini ada ditanam di Penang ye. Kebetulan mak saya pi Penang last month, terjumpa plak ada orang jual genggam fatimah ni, so mak pun beli 2 genggam..eh..kuntum..eh ntah la xtau penjodoh bilangan yang sesuai. Hehehe..Maybe si penjual beli stok banyak-banyak dari Mekah then jual kat sini.

Kalau ikut manual yang tertulis, genggam fatimah ni boleh mula diminum seawal 7 bulan. Tapi saya baru nak rendam sekarang. Hehe..rendam pun tak minum sebab cam was-was je dengan color hijau-hijau kuning air yang telah direndam genggam fatimah tu. Percubaan pertama saya merendam, genggam fatimah tu tak kembang mana pun. Saya mengharapkan ia kembang setaman dengan segera supaya saya cepat beranak, tapi hampeh kembang-kembang manja je gitu. Berjam-jam saya biar terendam, cam malu-malu je dia nak kembang. So saya tak minum, just buat mandi je.

Saya rendam lagi untuk kali kedua, pun tak kembang jugak. Cett..expired apa pokok ni, tak kembang-kembang pun. Oh ye, lupa nak inform, genggam fatimah ni ble recycle guna. Lepas rendam, keluarkan dan keringkan, ia akan kuncup semula. Bila nak guna lagi, rendam semula. Boleh recycle sehingga 10-20 tahun. Boleh jadi harta pusaka warisan berzaman ni.

So setelah percubaan pertama dan kedua tak mengembang, pagi ni saya cuba rendam genggam fatimah yang kedua (mak saya beli 2 kan). Maybe yang pertama tu tak bape elok kot, so saya cuba genggam fatimah kedua. Saya rendam dengan air zam-zam yang dicampur dengan air panas, so jadi suam-suam panas gitu la. Ok, kali ni nampak berbeza kembangnya. Lebih kembang daripada genggam fatimah yang sebelum ni. Saya biarkan ia terus terendam. Tengahari tadi saya tengok..waaaahhh! dah kembang la! Camni la yang saya nak (dengan harapan cepat beranak malam ni jugak..hahaha). Ye la, orang kata genggam fatimah ni akan kembang setaman bila da dekat waktu nak beranak. Melihat kembangnya genggam fatimah saya tu, saya tak tau la berapa dekat waktu saya nak beranak. Harap-harap malam ni ke.huhu..Hari cuti kan, senang hubby nak balik sini n boleh sambung cuti terus seminggu. Kalau beranak time tengah minggu, payah sket hubby nak berkejar balik dari KL dengan jalan jem lagi. Silap haribulan, baby da kuar, hubby baru sampai. Hohoho..janganlah begitu. Harap sangat hubby sampai sebelum baby kuar. Huhuhu..

Berbalik pada genggam fatimah tadi, bila da kembang tu barulah saya cuba-cuba nak minum. Tengok color air macam teh hijau. Bila rasa..ehmm..memang rasa teh hijau yang tak sedap tu tapi sangat-sangat tawar. tasteless orang kata. Tapi sebab saya guna air zam-zam so ada la rasa payau-payau. Ikut hati cam nak campur ngan gula tapi takut ada yang mencemuh plak. Huhu..so suku cawan air tu, saya ambil masa 10-15 minit nak menghabiskannya. Tak sedap tapi sebab nak cepat beranak punye pasal, telan je la.

So ini adalah kronologi pengembangan genggam fatimah :

1. Sebelum direndam. Kuncup dan mengerekot.

2. Setelah 2 jam direndam, kembang setaman. (gambar sudut pandangan tepi)

3. Gambar sudut pandangan bawah

4. Gambar sudut pandangan atas.

 5.Rupa paras air yang direndam. Warna sebenar kuning-kuning hijau gitu.

So, doakan la saya cepat beranak ye. Huhu..

5 comments:

  1. mil pn ade bg hari tu... sy mgu ni masuk 9 bulan dah.. mkna nye dh blh minum? wahh takut nye... awk dh slmt bersalin blm ni? smg semua selamat k...

    ReplyDelete
  2. belum bersalin lagi.doakan ye..huhu..

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya.. Bau air ni mcm mana? Adakah sgt busuk atau saya dah tersalah rendam.. Perlu ker saya masukkan dalam peti sejuk supaya air tak berbau.. Rasa mcm air dah expired.. Skrg tak tau nak buat apa dgn air tu.. Saya dah rendam selama 4 hari.. Bau busuk tadi masa buka penutup jar... Nak buat mandi pun rasa mcm tak betul.. Tolong saya...;(

    ReplyDelete
  4. Hehh..kalau ble bila da rendam tu terus minum. Paling lama pun 2 hari. Kalau lebih daripada tu memang busuk sebab kita rendam kayu kan memang akan busuk la.

    ReplyDelete
  5. Salam..akar fatimah ni cukup skadar rendam semalaman.jika nk rendam lma2 simpn peti sbb ia akn berbau n blendir.sbb ia herba x de pgawet.rendam air biasa je.jgn rendam air panas.krn ia blh kecutkn rahim susah plak nk bsalin nnt.jgn minum tlalu awal 37w ke atas blh start minum scawan shari.lbh elok jika dh sampai due atau dh turun tanda atau dh start sakit atau dh buka jalan.. Pas hbs guna jemur kering utk ank2 seterusnya.. Jika nk cri ni x pyh susah2 ke mekah sy ada bawa utk ibu2 semua 0194344930

    ReplyDelete

Time kaceh 4 ur comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...