Monday, May 21, 2012

Pengalaman itu...

Tanggal 19hb Mei bersamaan hari Sabtu. Malam tu rasa susah nak tido. Kebetulan hubby minta call kejutkan dia pukul 2 pagi sebab dia kena pergi opis, entah ada ape ntah system recovery ke ape entah. So dengan mata segar bugar berjaga sehingga pukul 2 pagi. Lepas call kejutkan hubby, baru cuba lelapkan mata.

Pukul 3 pagi, baru nak mamai-mamai, perut rasa mengeras. Ehm..dah biasa da rasa mengeras2 ni. Tapi rasa mengeras kali ni lain macam. Daripada mengeras, rasa sakit pulak kat bahagian ari-ari then membawa ke pinggang dan punggung. Berdenyut-denyut rasa cam senggugut (lupa da rasa senggugut tu camne..haha). Tapi masih boleh tahan sakitnya. Beberapa minit kemudian rasa tu hilang. Lega..

Setengah jam kemudian, rasa itu datang lagi. Kemudian makin kerap dan kerap. Kejap-kejap tengok jam, tadi jaraknye 30 minit. Kemudian  15 minit, 10 minit dan 5 minit. Bila da 5 minit tu, lagi mencucuk sakitnya. Aaaa..sudah..sakit nak beranak ke ni. Dah la sorang-sorang, tak tau nak mengadu pada sapa pagi-pagi buta ni.Saya bajet cuba tahan sakit sampai pukul 5.30, kalau masih sakit, saya nak terus kejut adik ke hospital.

So pukul 5.30 tu, masih lagi sakit. Saya da duduk di tepi katil. Masih sakit. Gagahkan diri untuk mandi. Time mandi pun masih sakit. Nasib baik waktu Subuh masuk awal pukul 5.38, so lepas mandi saya terus siap2 solat Subuh dan bersiap apa yang patut. Saya sms adik bagitau nak ke hospital. Malas nak ketuk pintu bilik dia, takut anak dia terjaga dan melalak pulak nanti. Tapi hampeh adik saya tido mati agaknye, sampai pukul 6 lebih dia masih tak reply sms, saya terus call. Kelam kabut dia bangun dan terus bersiap menghantar saya ke hospital. Seb baik beg sume memang da ready dalam keta.

Tapi..masa tu dalam pukul 6.30 pagi da mula rasa sakit tu berkurangan. Even sakit tu berkurangan, masih lagi dalam julat 5 minit. Saya bulatkan hati, pergi je lah. Mana tau kot da tiba masa. Sampai di hospital (yang tak sampai 5 minit dari rumah), sakit saya da hilang! Alamak..macam mana ni, macam da tak sakit je. Tapi adik kata pi je check. Saya ikutkan je maklum la dia da ada pengalaman.

So saya terus menuju ke labour room. Sampai di sana, nurse check berat, tekanan darah and so on. Then dia suruh saya baring di atas katil. Katanya nak check bukaan. Aaaa..saya da mula seriau. Saya bukak kaki then cuba berlagak cool. Sekali jari dia masuk..adoii mak sakitnya. Nurse minta saya relax, tarik nafas. Dia kata saya kepit, jari dia tersepit kat dalam. Saya cuba relax, tapi masih tak boleh! Saya nak kepit jugak. Akibatnya memang sakit la sampai satu tahap saya jerit "Allah!", terus nurse keluarkan jari dan kata "TAKDE BUKAAN. ZERO!"

Aaa..beria-ia saya sakit tadi tapi takde bukaan langsung! Kecewa rasa. Kemudian saya dipasang alat-alat di perut untuk check CTG. Baru tau CTG tu untuk check jantung baby dan contraction. Adalah dalam setengah jam buat CTG tu. Resultnya jantung baby ok, dan contraction takde! Hahaha..adalah sekali dua graf contraction tu naik tapi pada kadar moderate je.

Then nurse suruh jumpa doktor. Lama jugak menunggu doktor sebab awal pagi kan. Pukul 8.30 baru doktor masuk. Masuk-masuk je dia scan. Sempat dia kata "Baby awak besar ni..Ikut scan 3.2kg-3.4kg. Tapi berat sebenar bila keluar nanti + - 500 gram. So berat sebenar baby antara 2.8kg - 3.8kg" Gulpp! Terkedu saya sekejap. Janganlah sampai sebesar 3.8kg itu!

Then doktor kata "Saya cek lagi ye. Bukak kaki." Haaa?? Sakit kena seluk first tadi tak hilang bisanya lagi, doktor nak seluk lagi?? Disebabkan masih trauma, memang saya tak bagi kerjasama langsung. Mengerang-ngerang saya bila doktor cuba seluk. Doktor kata saya angkat punggung tapi saya beria-ia kata "Tak..saya tak angkat..kan saya letak ni.." Sudahnya doktor stop. Dia tak cek pun sebab saya meronta-ronta. Nasib baik doktor memahami. Aaa..lega..nak bangun dari katil rasa bisa. Terus ke toilet untuk bersihkan kesan seluk itu. Bila balik semula bilik doktor, dia da takde. Langsung saya tak sempat nak tanya apa-apa. Then nurse pulangkan buku merah saya dan bagitau saya tak perlu ditahan wad. Tapi jika sehingga EDD saya nanti saya masih tak beranak, diorang minta saya datang semula ke hospital. Masa tu diorang akan decide samada saya perlu ditahan di wad atau tak.

So..itulah pengalaman yang saya nak cerita. Braxton Hicks tipu-tipuan dan pengalaman diseluk yang membuatkan saya berfikir beratus kali "Mampu ke aku tahan sakit bersalin normal kalau sakit seluk pun aku da tak boleh tahan?" Aaaaa...

So status terkini..saya masih belum beranak..hahaha..tension..

6 comments:

  1. tak lama dah tu dik....baby dah bagi hint..doctor tak induce plak ya...

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan dan selamat kedua2nya..;)

    ReplyDelete
  3. huhu sy bab seluk tu yg plg takut kot... huhu
    mgu depan kena jmpe doc utk check up 36 mgu. adekah doc cek bukaan? huwaaa seram +malu... huhu

    ReplyDelete
  4. laa.. ingatkan dh bersalin.. hihi.
    naa dh rase sakit bersalin tu mcmn. nanti, nak kne seluk lg, jgn pk sakit..tarik nafas mcm biasa, jgn kemut..insyaallah kurang rasa sakit tu..

    ReplyDelete
  5. saya pun pernah terfikir benda yg sama..kena mulut itik tu skit pon da mcm ape je..ni kan kena selok2 nak keluarkan baby nt..papepun sy doakan nad sentiasa dimudahkan urusan bersalin..baca doa byk2 k surah an-nahl & Maryam =)

    ReplyDelete
  6. hehe..thanx sumer bagi semangat. sekarang ni cume mempositifkan diri dengan menganggap bersalin adalah suatu proses yang menyeronokkan.huhu..besok appointment ngan doc hospital. hopefully terus admit kat wad.huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...