Friday, July 20, 2012

Kisah Berkampung di Hospital

Haa..bagi yang da baca pengalaman bersalin saya, amacam? Seram kan? Hahaha..bukan senang nak jadik ibu ni. Alhamdulillah da lepas fasa melahirkan putera tercinta, rasa da lega segalanya. Tapi segalanya tak ber akhir di situ. Saya dan Saif kena tahan di hospital hampir seminggu.

Hari-1 (24/5-Khamis)
Ini adalah hari saya melahirkan Saif.Bermula dari jam 3.30 pagi ke hospital hingga 3.32 petang barulah Saif menjengah dunia. Oleh kerana baby divakum, automatik baby kena tahan 24jam untuk pemantauan di NICU. Dan oleh kerana saya GBS+, maka Saif perlu dipantau untuk tengok kalau-kalau ada jangkitan kuman ke tak. Lepas lahirkan Saif, saya takde jumpa dia lagi sampai la hari esoknye.

Oleh sebab saya GBS+ jugak, kejap2 saya kena drip air la, antibiotik la. Tak termasuk yang kejap2 ambik tekanan darah tu. Tak lena tido dibuatnya.

Hari-2 (25/5-Jumaat)
Seawal jam 6 pagi saya da terjaga dari tido. Badan rasa sakit2. Maybe sebab saya gunakan terlalu banyak tenaga dok tarik besi katil la, dok tarik baju nurse, dok terkejang2 tahan sakit. Ditambah plak dengan peha yang dikepak masa nak melahirkan. Nak bangun pun sangat susah, nasib baik ada nurse yang bantu saya bangun. Dengan bersusah payah ke bilik air nak mandi sikit2 kononnya. Tapi bilik airnya sangat la tak mesra pengguna. Takde tempat untuk saya letak barang2 mandi n baju semua. Dan bila barang2 saya jatuh ke lantai, dengan susah payah menunduk nak ambik. Hampir setengah jam dalam bilik air hingga saya kepenatan dan hampir pitam. Syukur di saat saya sangat nak pitam tu, saya terdengar suara hubby memanggil. Risau agaknya sebab saya lama sangat di bilik air. Hubby papah keluar dan ambil barang2 saya. Nasib baik masih boleh berjalan ke katil. Sampai ke katil, saya tengok hubby plak terhuyung hayang. Laa..dia pun pitam tiba-tiba!Nasib baik ada nurse kat situ, ambilka kerusi untuk hubby duduk dan bagi paracetamol. Baru la dia lega sikit. Huhuhu..

Tengahari barulah saya dapat pergi ke NICU tengok wajah Saif buat kali pertama. Sebab masa keluar je dari perut saya cuma nampak rambut Saif je, muka tak dapat tengok pun. Hubby tolak saya naik whilca sampai depan NICU. Nak masuk dalam tu whilca kena tinggalkan kat luar. Adehh..susah payah berjalan. Hubby pimpin. Sempat dia kata "Jalan macam pengantin plak." Huhu..

First time tengok Saif, dia dalam inkubator. Doc supply oksigen n drip antibiotik kat tangan dia yang kecik tu. Tapi peliknya sikit pun saya tak sedih tengok Saif camtu. Rasanya kalau mummy lain maybe da menangis2 kot. Adalah sayu sikit tapi perasaan excited saya mengatasi rasa sedih sebab akhirnya dapat gak tatap wajah yang dikandung 40 minggu ni. Cian Saif, nampak dia kurus cikeding je sebab Saif spesis panjang orangnya. Oleh kerana Saif dalam inkubator, saya masih tak boleh nak peluk dia apatah lagi nak susukan. Saya sengih2 kejap agah2 Saif dari luar inkubator then balik semula ke wad. Kalau tunggu lama kat situ pun xble wat pape.hehe..

Hari-3 (26/5-Sabtu)
Bangun pagi, baju abes basah lencun. Tak sedar pun rupanya susu da mengalir keluar masa saya tido sampai basah lencun baju. Daripada semalam lagi da bengkak tapi tak tau la pulak susu akan keluar sendiri. Huhu..

Around 9 am, doc round buat pemeriksaan. Tengok saya punya report, doc kata "Ok, Nadia. Eveything good. So you boleh discaj tengahari ni la." Yeahh..happy gile bila dengar doc cakap boleh discaj. Tapi baru 5 minit happy, datang nurse bawak result darah saya plak. Doc kerut kening. Katanya "Nadia, hb awak turun banyak ni. Daripada 12 turun ke 8. Kita kena transfer darah pada you. You takboleh discaj lagi hari ni."

Laa..pulak. Tak dapat la keluar hospital lagi. Dan terpaksa la saya sain borang persetujuan untuk transfer darah. Tapi takdelah on the spot terus transfer darah. Kena tunggu petang gak. Sementara tu, saya pi tengok Saif lagi. Kali ni Saif da keluar dari inkubator. Masa saya sampai tu, nurse tengah pangku dia. Katanya Saif melalak kuat sebab tu dia angkat n pangkukan. Amboi..notty la anak mama ni. Oh ye sebelum tu Saif da diberi FM. Redha je la sebab da sebab kitorang tak dok sama. So saya ambik Saif. First time peluk Saif, saya cium dia puas-puas then cuba susukan dia. Fuuhh..beria-ria Saif hisap macam professional je. Lama gak dia hisap sampai la saya cuba cabut. Bila cabut tengok-tengok da berdarah! Laa..abes tu tadi dia hisap apa je. Hisap darah ke. Terus saya letak Saif semula kat tabung dia. Since dia da diberi FM sebelum tu so tak la risau dia lapar ke tak.

Petang seperti dijanjikan, kena transfer darah. Cucuk kat tangan kiri tak berapa nak jalan, kena la cucuk tangan kanan plak. Berbekas-bekas tangan ni dibuatnya. Lepas transfer darah, nak pi toilet nak terkucil. On the way ke toilet rasa cam seram sejuk. Dalam toilet, baru bukak kain hospital da rasa gigil. Bila kena air, lagi terketar cam orang kena parkinson jek. Dengan terketar2 keluar dari toilet, bagitau nurse pelatih, rasa cam demam. Bila check suhu, 38.5! Tinggi! Kesian nurse pelatih tu kena marah dengan staff nurse sebab tak ambil suhu saya sebaik abes transfer darah. Tak pasal-pasal nurse pelatih tu kena lap-lap badan saya dengan tuala basah nak bagi suhu turun. Sambil mengelap badan saya, nurse pelatih tu membuat sesi luahan perasaan kat saya. Dia dok mengadu pasal sikap staff nurse yang terlalu mengongkong nurse pelatih dan mengamalkan konsep seniority. Saya senyum je dengar dia mengadu. Malas nak komen pape.huhu..

Hari-4 (27/5-Ahad)
Oleh kerana saya demam petang semalam, automatik saya kena tahan 24 jam lagi untuk pemantauan. Takut darah yang ditransfer ke saya tu tak serasi.

Oh ye, actually petang semalam bila saya tengok Saif lagi, dia kena letak bawah lampu plak. Ada kuning sikit. So hari ni bila saya tengok dia lagi, kuning dia da ok.Dia da diletak balik dalam tabung biasa. Tapi mata kananya plak kena sakit mata, ada tahi mata. Melekat2 mata dia. Kena letak antibiotik titis ke mata dia. Cian Saif.

Hari-5 (28/5-Isnin)
Doc round buat pemeriksaan. Senyum dia tengok HB darah saya da normal semula n demam pun da ok. Doc kata saya boleh discaj tengahari tu. Happynye. Terus pi NICU, bagitau staff nurse kat situ saya da boleh discaj so nak tau la Saif boleh discaj jugak ke tak. Tak bestnya bila diorang kata Saif belum boleh discaj sebab mata dia belum elok sepenuhnya n medical report dia belum dapat lagi. So saya request nak dok sama ngan Saif. Diorang setuju so saya dan Saif dipindahkan ke Wad 1. Wad 1 tu wad kanak-kanak. So senang diorang nak pantau Saif.

So untuk pertama kali, saya dapat tido sama ngan Saif. Saif baik je tak melalak.Tapi tetiba kol 2 pagi, Saif melalak2 tak henti plak. Puas bagi susu dia tak nak. Bawak jalan2 pun melalak. Saya malu la sebab baby2 lain kat situ elok je tido, takut sebab Saif melalak, baby lain terjaga plak. Kemudian teringat kot-kot Saif sakit perut ke. So sapu minyak Yu Yee kat perut dia, then dia senyap. Wooww! Tabik la minyak Yu Yee! Memang berkesan!

Hari-6 (29/5-Selasa)
Pagi-pagi lagi hubby da sampai dengan semangat berkobar-kobar kot kami dapat discaj hari ni. Actually hubby memang sukati datang melawat tak ikut waktu melawat pun. Ikut suka dia je. Huhuhu...Tak lama lepas nurse mandikan Saif, doktor datang round. Doktor cina yg cute tu kata "Owh..ini budak kuat menangis woo malam2.." Hehe..sengih je la saya. Dia cek Saif, tengok mata Saif da tak bertaik mata lagi, tengok report ok maka keluarla ayat keramat "Ok, uols boleh discaj hari ni."

Wahhh..saya ngan hubby rasa nak melompat je.Akhirnya ble kuar gak dari hospital. Letih woo dekat seminggu kat hospital. Bos hubby pun keep calling tanya bila nak balik keja. ~kitorang kat sini dah nak mati wooo..mau jadik ikan keli woo..~kata bos hubby. Huhu..

So dengan bangganya kami berangkat pulang. Sempat gak mak guard kat wad tu bagi angpau kat Saif.Hehe..Maka bermulalah cabaran hidup kami menjadi super hot mama n papa untuk membesarkan Saif.. :)

Sekian, kisahku di hospital (terpaksa shortkan cerita, takut Saif terjaga dengar bunyi keyboard.hehe..)

p/s: Oh ye. Jutaan terima kasih kepada semua warga Hospital Segamat (nurse, doc, mak guard) yang sangat-sangat membantu dari mula saya check in hinggalah check out. Terutamanya kepada adik-adik nurse yang setia menemani di labour room walaupun dicakar,disentap, ditarik baju, kena tadah kencing dan macam2 lagi karenah saya yang sengal ni. Jasa anda semua moga Allah membalasnya. (^_^)

2 comments:

  1. InsyaAllah mudah besarkan saif nt =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Amin..sekarang ni pun memang senang jaga dia. :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...