Tuesday, July 10, 2012

Pengalaman Bersalin Part 2

Haaa..kita sambung lagi cerita ye (tangan menaip, kaki dok menghenjut cradle Saif..haha..kurang asam punye mama!). Sambung part lepas masuk labour room tu la ek.

OK. Saya masuk labour room pukul 4.30 pagi. Masa tu da 4 cm da. Tapi sakitnya nauzubillah. Mata asyik dok tengok jam bila la nak 10 cm ni. Sambil borak-borak dengan nurse, tanya bila agak2 saya boleh bersalin nanti. Nurse tu kata ikut teori anak pertama ni biasanya bukaan akan bukak 1 cm setiap sejam. So dijangka saya bersalin pukul 10 atau 11 pagi. Oh ye, sebab saya GBS+, nurse pasang drip kat tangan masukkan air dan antibiotik.

8.00 pagi
Doc datang nak cek bukaan lagi. Alhamdulilah la sepanjang proses bersalin ni memang dikendalikan oleh doc perempuan saja. So doc pun cek. Bila cek, masih lagi 4 cm. So doc pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses. Takde rasa apa pun masa doc pecahkan air ketuban tu. Tau-tau je rasa air panas mengalir. Nurse pelatih tu la yang kena tadah.huhu..Lepas pecahkan tu, saya baring mengiring semula. Tak boleh nak terlentang da, sakit pinggang woo. Masa ni sakit contraction antara 2 minit gitu. Yarabbi, rasa nak kejang macam kena sawan pun ada nak menahan sakitnya tu. Sapa yang kata sakit contraction cam sakit senggugut je memang tipulah! Ini juta-juta kali ganda sakit daripada senggugut (yang saya rasa la)

10.00 pagi
Saya da tak tahan sangat sakit. Macam orang da hilang akal pun ada. Ikut teori sepatutnya waktu ni kan saya da ble bersalin tapi bukaan still tak cukup lagi. Sudahnya saya menjerit kat nurse "Tolonglah, dah tak tahan sangat sakit ni. Operate je la saya!" Hoo..saya mintak operate tu! Nurse pelatih tu panggil staff nurse, staff nurse tu datang bawak satu statement bertajuk "RISIKO BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN". Cett..orang tengah sakit ni mana ada hati nak membaca benda tu sume. Saya memang da tak peduli da, tolong la operate saya, tolong la operate (sambil kepala geleng2 kiri kanan). Nurse pelatih dok pujuk "Kak, risiko kak kalau caeser. Kalau sekali ni akak operate, next baby pun akak kena operate gak. Limit 3x je, akak cuma ada 3 anak je." Saya pun jawab, "Takpe, 3 orang pun cukup la. Tak nak banyak2.Tolong la operate. Husband saya pun bagi operate je." (statement orang da tak waras..huhu) Nurse tu pujuk lagi "Akak nak saya panggil husband akak masuk sini?" Saya pun jawab dengan selamba "Alah..kalau dia masuk pun bukannya ble hilang sakit" Padahal sebelum ni saya yang beria-ia nak dia teman saya kat labour room tapi bila da sakit saya jadik tak heran pulak.


Serius! Apa yang saya cakapkan memang macam orang da tak waras. Ada banyak lagi dialog merapu saya selepas ini. Teruskan membaca. Huhuhu...

11.00 pagi
Saya memang da tak tahan sakit da. Tapi ajaibnya sikit pun saya tak nangis. Malu kot.huhu..So tahan je sakit sambil mengerang-ngerang. Nak jerit kuat2 pun malu. (boleh lagi fikir malu masa ni-huhu..)Nurse tolong urutkan pinggang saya. Saya siap arahkan "Bawah sikit, kanan sikit..haa..situ...bla..blaa.." Satu tahap saya tanya nurse "Takde ubat tahan sakit ke?Epidural ke?Apa-apa la" Nurse pelatih pun bagitau kat staff nurse.Datang la staff nurse ni inject punggung saya, bius kot. Tapi saya still demand "Macam tak berkesan je cucuk tadi. Sakit lagi ni. Ada ubat tahan sakit lain tak?" Nurse tu pun bagitau staff nurse n dengan izin doc, dia bagi saya gas etonoks(betul ke ejanya ni).

Serius bila nampak je topeng gas tu dengan rakusnya saya terus sambar dan sedut gas tu sekuat hati dan terus PAPP!! Saya rasa pandangan gelap. Saya rasa terawang-awang. Pada masa yang sama kepala saya menggeleng ke kiri kanan dengan laju tanpa dapat dikawal. Then tiba-tiba rasa kepala cam terkulai cam orang berlakon mati dalam drama, saya rasa terawang-awang. Serius masa ni saya fikir "Eh, aku da mati ke.." Ohh..rupanya tak. Khayal je rupanya.


Actually gas ni buatkan saya khayal. Tu yang buat saya high semacam je macam orang lalok. Rasa cam tido pun ada, memang da tak rasa sakit langsung masa tu. Saya jadi rileks, high sebenarnya. Bercakap pun style orang lalok ala-ala Drunken Master gitu.Huhu..Tapi..bila nurse cuba nak cabut topeng gas tu, saya mengamuk tak nak lepaskan. Hahaha..memang saya bukan diri saya lagi masa tu! Siap kata "Jangan..jangan cabut..saya baru nak mimpi main ngan Aina ni.." (Aina-anak buah saya). Nurse kata "Aina mana plak ni." Oh ye, masa saya lalok2 ni saya terdengar suara hubby. Saya tengah pejam mata lalok masa tu tapi le dengar dia kata "Kalau dia tak tahan sakit sangat, operate je la." But then dengar nurse kata tak boleh sebab bla..bla..bla..

Nurse cuba cabut lagi topeng gas tu. Saya melawan tak bagi. Bayangkan 3 orang nurse cuba nak cabut topeng gas tu tak boleh lawan dengan kudrat saya yang ntah dari mana jadik kuat gila menahan topeng gas tu sebab nak tahan sakit. Sudahnya, nurse tutup suis gas tu. Saya dapat rasa tarikan gas makin kurang. Bila nurse cuba cabut lagi topeng gas tu, saya ketuk-ketuk muka saya dengan topeng gas tu sambil cuba menyedut gas yang da makin tiada. Memang macam orang hilang akal la. Menjerit-jerit nurse tu bila saya ketuk muka sampai merah2 muka saya tapi still taknak lepaskan. Sudahnya sampai tercabut getah topeng tu baru saya lepaskan.

Saya masih merapu sebab kesan gas masih ada. Nurse kata "Sabar kak..sakit bersalin memang macam ni.." Boleh saya kata "Korang da kawen? Korang da pernah beranak? Tak kan? So mana korang tau sakitnya macam mana." Serius masa saya bercakap tu sebenarnya saya tak nak cakap macam tu tapi kesan gas tu buat saya cakap benda yang saya tak nak cakap. Nasib baik saya takde mencarut atau memaki ke apa ke. Nurse kata lagi "Akak..sabar kak..cuba akak control pernafasan tu." Saya pun jawab "Nak control hapenye, nak bernafas pun susah." Nurse pun kata "Saya bagi oksigen ye." So dia pasang satu tiub bawah hidung saya, saya pun sedut sekuat hati tapi frust sebab tak hilang sakit. Mulut saya dok sebut "Nak etonoks, nak etonoks..etonokss..etonoks.."  (patutnya mengucap time ni)


12.00 tengahari
Doc datang check bukaan lagi. Masa ni baru 7 cm. Owh..memang tak tertahan da. Apasal lama sangat ni. Sebab saya meraung-raung lagi, doc bagi saya etonoks lagi. Yeah..happy! haha..Dengan rakus terus sedut then terlelap.zzzzzz...

2.00 petang
Tanpa sedar, nurse da cabut etonoks kesayangan saya. Saya kembali sakit. Masa ni da 8 cm. N masa contraction sampai, automatik saya terteran. Saya tak nak teran tapi sakitnye tu cam automatik terteran (paham ke ni). Sorang nurse ni kata jangan teran, yang sorang lagi plak kata cuba teran kot2 jalan da bukak. So saya teran je la. Bila cek tengok memang tak bukak lagi pun. Then dekat-dekat kol 3 gitu, doc datang cek. Da 10 cm katanya. Then sorang lagi doc cek kata "9cm lagi ni" So diorang pun main gilir2 VE kat bawah tu untuk kepastian. Saya pun da tak peduli ape lagi dah. Dengar doc kata "9cm but something matters here. Cam bengkak la kat situ." Saya tak tau apa maksud dia bengkak tu kat mana, saya fikir sakit je.

3.00 petang
Doc datang semula, buat VE lagi dan mengarahkan nurse mengtransform katil saya. Hujung katil tu ble cabut then dia pasang besi pemegang dan tempat sangkut kaki kat kiri kanan katil. Kaki kena ikat woo. Saya pun pegang pemegang besi tu. Then doc kata "Ok Nadia, you da ble push sekarang." So dengan konfidennya saya pun push. Ehm..takde apa-apa pun. Push lagi..pun takde pape. Doc kata "Nadia, jangan teran kat atas, teran kat bawah. Teran macam you teran sembelit." Sempat saya menjawab "Tapi doc, saya tak pernah sembelit. Camne nak teran." Memang sengal saya ni kan. Doc kata lagi "Cuba teran. Awak tak rasa ke ada benda tersengkang kat bawah tu." Saya jawab "Tak rasa pun." Huhu..Then doc panggil hubby saya masuk, konon untuk bagi support la tapi saya cam da tak peduli pun kewujudan dia kat sebelah saya.huhu..Hubby baca doa kat telinga sambil pegang kepala dan tolong tolak badan saya bila doc suruh push. Tapi tak menjadik jugak. Siap seorang staff nurse naik atas katil saya dan tekan perut saya nak tolak baby ke bawah. Sakit woo perut kena tekan tu. Rasa nak sepak je, saya jerit2 sakit perut baru dia stop. At the same time baby masih tak kuar. Doc da risau sebab CTG baby makin tak cantik. Doc kata "Please Nadia, CTG baby da tak cantik ni, awak nak ke baby awak tak nangis bila kuar nanti." Hoh..dengar doc kata camtu saya try push lagi. Tapi hampeh tak berjaya gak. Doc geleng kepala sambil kata kat staff nurse sebelah dia "Susah la macam ni. Lagi pulak kat dalam tu da bengkak. Kepala baby pun susah nak keluar"

Sudahnya, doc call doc pakar masuk untuk bantu. Doc pakar tu lelaki la plak. Aiii..da elok2 tadi semua perempuan, ada plak doc laki. tapi doc ni da tua so tak segan sangat. Doc tu ntah orang arab ke apa, dengar dia bagi arahan kejap2 bahasa inggeris, kejap2 cam bahasa arab ke perancis ke apa. Bila saya masih tak berjaya push jugak n baby makin stress di dalam maka keputusan dibuat bahawa saya kena divakum! Saya da tak kisah da diorang nak buat apa pun asalkan semuanya selesai secepat mungkin. So diorang pun dok godeh2 apa ntah kat bawah tu. Tetiba rasa cam pedih-pedih sikit, dalam hati kata mesti diorang da gunting ni. N syukur sebab saya rabun so bila saya tak nampak peralatan2 yang diorang guna so automatik saya jadik tak takut n kurang sakit. Even vakum pun saya kena teran jugak. Saya pun teran la yang entah betul ke tak teknik saya tu. Dan tetiba je pada jam 3.32 petang, eh baby dah kuar. Akhirnya kesakitan lebih 12 jam di labour room berakhir. Tak rasa pun bila dia kuar. Doc letak baby atas perut, tapi kejap je dalam beberapa saat. Saya pun tak sempat tengok mukanya ke jantina ke apa ke. Then nurse terus bungkus baby keluar nak dibawa ke NICU. Doc sempat kata "Saya harap baby awak nangis." N syukur ALhamdulillah bila baby kuar je dari  pintu labour room terus dengar dia "Uwekkk..uwekkk.." Fuh..lega saya. Doc pun lega "Nasib baik baby nangis. Ok la tu." Nurse bagi satu buku kat hubby untuk dia isi, buku komen kot.Then hubby ikut nurse keluar sebab saya nak dijahit plak lepas ni.

Setel bab bersalin yang sungguh susah payah itu. Lepas kuarkan uri semua, masuk plak bab menjahit. Oleh kerana saya divakum, maka harap maklumlah kesan gunting dan koyak memang sangat besar dan dalam. Saya dijahit selama sejam setengah! Siap bertukar2 orang yang menjahit. Jahit dalam, doc yang jahit. Tak bape sakit even rasa gak sikit2. Selesai jahit dalam, ganti plak ngan staff nurse jahit luar. Time ni ada dibius tapi sakitnya hadoii mak. Masa jarum dicucuk tu ble tahan lagi tapi bila benang ditarik memang rasa nak meraung je. Dengan tak malunya saya mintak etonoks lagi. Hahaha..staff nurse tu bagi je la saya gas tu. Tapi agaknya dia set dos rendah, tak sangat pun etonoks tu. Macam sedut oksigen biasa je. Saya siap kata "Tipu laa..tak rasa pun gas ni.." Hahaha.. Staff nurse tu teruskan kerja menjahit. Tiap kali dia berhenti, saya tanya "Dah siap ke?" Jawapannya "Belum.." Saya tanya lagi "Berapa jahitan ek?" Jawapannya "Banyakkkk.."

Hoohh..hampir pukul 5.30 petang baru selesai jahit. Lega. Time ni baru rasa letih sangat-sangat. Nurse bagi air milo, minum guna straw. Dia tanya "Nak air lagi ke?" Saya mesti la jawab ye. Maunye tak lebih 12 jam tak makan minum dok kat labour room. Nurse bagi air kosong plak. Saya minum dengan rakus. Masa ni mak saya masuk, wahhh rasa terharu sangat! Hubby plak ntah ke mana, pi tengok baby kot kat NICU. Dok borak-borak dengan mak kejap. Nurse kata saya kena stay rehat kat situ 4 jam sebelum pindah ke wad.

Hampir pukul 8 malam, nurse datang curah ubat kuning kat tempat luka tu then pakaikan pad, barulah saya ditolak ke wad. Saya masih tak dapat bersama baby sebab baby kena tahan di NICU untuk pemantauan (sebab vakum n sebab saya ada GBS). N syukur jugak baby ada kat sana sebab saya memang sangat2 tak bermaya n sangat sakit sampai nak bergerak pun susah. Nak baring sakit, nak duduk sakit, nak berjalan sakit, serba serbi sakit sebab luka saya sangat la besar n dalam. Ble rasa bengkak kat bawah tu.

Haaa..selesai cerita bab bersalin. Sakit memang sakit. Rasa tak nak beranak lagi pun ada.Hohoho..siap request ngan hubby pasni kalau beranak lagi nak kat private plak supaya ble ambik epidural. Hubby kata sakit yang saya rasa tu kan penghapus dosa. Dengan selamba saya jawab "Untuk anak pertama ni dosa ayang sume da terhapus. So pasni tak payah nak rasa sakit lagi. Nak epidural plak pasni." Haha..sengal kan saya. Apa yang ble saya katakan bab bersalin ni, sakit memang sakit tapi maybe sakit yang dialami setiap orang berbeza. Bahagian saya la kot kena sakit sangat memang macam da di penghujung nyawa. Banyak dosa kot sebab tu sakitnye pun lama.Huhu..Tapi segala rasa sakit tu hilang bila tengok baby yang suci murni. Indahnya nikmat menjadi ibu. :)

Saif newborn 2 days. Gambar ambik curik2 (masa ni kat NICU)


Pasni nak sambung citer di hospital plak. Saya stay di hospital selama 6 hari. Kenapa?
Bersambung...

11 comments:

  1. adoi nadia,nak gelak pun ada baca citer experience nadia bersalin ni..cam ngeri pun ada jugak..

    ReplyDelete
  2. seramnye citer kamu ni nadt... huhuuu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Nad..ngerinya pengalaman awak..tapi insyaAllah semua tu penghapus dosa kan..nak baca lagi citer..cpt2 update tau..he..comel saif..=)

    ReplyDelete
  4. mcm nak sama dengan jln cerita bersalin ciknaa.. hehe. ciknaa pn vacuum jgak, lepas 1jam setengah susah payah meneran tp tak reti. merah2 muka..kih3.. jahit mmg byk tp cantik sbb gunting. so xde la koyak rabak kan..

    ReplyDelete
  5. hehe..tu pasal asalnya xmau share citer ni sebab seram tapi then share la jugak sebagai pedoman masa hadapan.huhu..

    cik naa: saya xtengok pun rupa jahitan tu elok ke cantik ke. seram. just rasa2 bengkak je sampai xble duduk.huuu..

    ReplyDelete
  6. ekeke..1st time baca pngalaman org bersalin yg buat sy gelak2..

    ReplyDelete
  7. sis...congrats..

    nak tanya yg GBS tu doc buat camna? drip ke? baby kena pantau gak ke?

    ReplyDelete
  8. anonym : yups. doc drip antibiotik. baby memang kena pantau sehari dalam inkubator.baby pun kena drip antibiotik.cian tangan halusnye kena cucuk2 jarum.

    ReplyDelete
  9. im your new follower,
    hihi, pengalaman kite mmg hampir same. ckp merapu2 bile dah dapat sedut gas tu. and push dalam khayal..hmmm, malu la bile diingatkan balik. huwaaa,MALU! and saye pun kene berkampung jugak kat hosp utk 5 hari sbb baby saye ade G6PD...

    ReplyDelete
  10. takutnya baca pengalaman bersalin awak..
    husband boleh temankan isteri bersalin ke kat hospital segamat?
    mana la tau 2nd baby ni bersalin kat segamat

    ReplyDelete
  11. http://jnjikita.blogspot.com/2012/07/saat-yang-mendebarkan-aku-pasrah.html


    JUZ NAK SHARE..
    NADT JGN LUPA BACA...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...