Wednesday, August 15, 2012

Ehh..Dah nak raya?

Haa..lagi beberapa hari je lagi da nak raya. Takde apa persiapan pun yang dibuat. Mood raya memang ke laut (bak kata liyana).

Baju raya? Tak mencapai apa yang diidamkan. Puas dok meround cari baju raya tapi yang tak bestnya baju yang saya suka mesti takde saiz yang sesuai. Kenapa la saiz baju semua tak standard? Kat kedai ni pakai saiz S-sangkut, saiz M-besar. Sangkut kat mana tau, tu kat dada tu. Bila acu baju kat badan, cam ok je. Bila cuba sarung, mak oii xble masuk. Siap ada bunyi prakkk lagi. Alamak...cepat2 bukak tak jadi pakai. Terus keluar pi kedai lain.huhu..

Kat kedai lain plak saiz S plak besar. Ehh..ni yang malas nak beli baju ready-made. Nak tempah memang da terlambat da. Tambah plak lagi dok cuti pantang hari tu bila masanya nak pi beli kain. Saya plak kalau nak beli kain memang nak ke Jakel je. Bukan pe, da terbiasa ngan Jakel dari kecik lagi. Even ngan CEO Jakel tu pun da biasa ajak berborak kekadang dia belanja makan kat kedai makan sebelah Jakel tu. Huhu..Tu dulu la kat Jakel Segamat sebelum Jakel makin glamer n dia la ni da dok KL da tak jumpa dia lagi da. Tapi saya tetap setia ngan Jakel.Huhu..

So, cari punya cari baju rayaku dapat la sepasang je. Tu pun tak capai piawai yang kumahu untuk baju rayaku. Jadik baju kerja boleh la. Ehm...

Hubby pun tak berminat nak berbaju raya. Katanya membazir, pakai baju melayu sekali je time semayang raya pastu tak pakai da. Ala..apa salahnya sesekali nak melaram kan. Cakap je la kedukut.

Untuk Saif..haa..macam2 baju mama da belikan. Cuma terkilan sket tak dapat nak belikan baju melayu untuk Saif sebab da kehabisan stok saiz. Ehmm..pagi raya pakai romper je la ye Saif.

Kuih raya? Pun takde mood nak beli or buat. Hubby ada gak suh buat tapi dengan dok melayan Saif 24 jam ni, kuabaikan je permintaan dia tu. Buat-buat lupa.Huhu..Ada la beli biskut sesket. Selebihnya mintak mak buatkan. Apa ertinya raya tanpa kuih raya buatan mak.Memang tiada tandingan.Huhu..

Selain daripada tu, saya sedang stress. Stress sebab apa, biarlah saya je yang tahu. Hubby pun tahu tapi dia suruh saya buat-buat tak tahu. Dia tak terkena, boleh la cakap camtu kan. Takpela, saya redha. Saya cuba jugak buat-buat tak tahu. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Yang penting raya kali ni sangat istimewa dengan adanya Saif! Kamu la yang buat raya mama jadi sungguh bermakna!

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...