Tuesday, August 7, 2012

Saif admitted..sob..sob..

Rentetan demam Saif yang tidak berkesudahan, akhirnya kami membuat keputusan membawa Saif ke hospital. Actually saya nak pergi lebih awal tetapi setiap kali demam Saif kebah, kami batalkan hasrat ke hospital dengan sangkaan demam dia da betul-betul kebah la. Tapi masuk hari Selasa iaitu hari ke-4,kami tak nak bertangguh lagi. Hari tu juga hubby ambil cuti untuk bawa Saif ke hospital.

Muka monyok je sebelum ke hospital.

Kalau ikut cadangan hubby, dia nak ke hospital Sg.Buloh je. Tapi saya membantah sekeras-kerasnya sebab saya da pernah pergi sana, punyalah susah nak cari parking! Tmbah plak dengan pelbagai prosedur dan kena menunggu berjam2, orang sakit sket ble jadi sakit kronik sebab lama menunggu. So memandangkan hubby da daftarkan medical card untuk Saif, so why not pi jela hospital private kanjumpa paed terus. Bukan kena bayar jugak pun kan.Huhu..

Mula-mula pergi Hospital Putra Sg.Buloh. Hampes, hospital tu da tak cover medical card Medijaring lagi. Then kami ke Pusrawi Kota Damansara plak. Pun sama jugak tak cover. Then decided nak ke Alpha Specialist Clinic tapi sampai ke sudah tak jumpa klinik tu kat mana.

Akhirnya kami ke Tropicana Medical Centre. Alhamdulillah, hospital ni cover Medijaring. Sampai sana,terus register. Sebelum boleh jumpa doktor,jumpa nurse kat klinik bawah tu. Nurse tu check suhu Saif. Berkerut dahi dia. "Very high woo..38.9" Hoh..saya lagi la terkejut. tak sangka sekejap je suhu Saif da naik setinggi itu. Pagi tadi sebelum ke hospital saya check baru 37.6, tu pun suhu selepas mandi.

Nurse suggest Saif admitted. Tapi untuk admitted di hospital tu, perlukan reference letter terlebih dahulu daripada klinik. Dah kami berkejar pulak ke klinik berdekatan. Ada la jumpa Klinik Alam Medic kat situ. Check lagi suhu Saif kat situ. Makin naik ke 39 darjah. Saya risau da. Saif plak keep on tido je, bangun untuk nyusu pun tak. So dah dapat reference letter dari klinik tu, terus patah balik ke hospital. Check suhu lagi sekali, kali ni makin naik ke 40 darjah. Terus Saif masuk ke bahagian kecemasan.

So sementara menunggu doktor datang (doktor ada emergency pi operate caesar), nurse masukkan ubat kat montot Saif. Then baju Saif kena bukak semua tinggal pampers je sebab dioarang nak tuam dengan tuala basah untuk turunkan suhu. Meleleh air mata mak oiii tengok Saif menjerit2 nangis kesejukan. Ye la, tuala basah tu sejuk, dalam aircond plak tu. Alahaii..sedih mama tengok. Tak lama kemudian, doktor pun sampai. Namanya Dr.Ling. So Dr.Ling cek la mata, telinga, tekak, perut sume. Everything seems ok cuma suhu sangat tinggi 40 darjah. Dr. Ling siap geleng kepala "Sangat bahaya woo demam suhu tinggi 40 darjah untuk baby under 3 months. Kuman boleh merebak masuk saluran darah then ke otak. Bahaya." Tak ke nak gugur jantung dengar doktor kata macam tu.

So Dr.Ling pun keluarkan arahan kat nurse suruh siap2kan wad untuk Saif. Lama jugak la menunggu. So Saif ditempatkan di Wad Mutiara bilik 552-1. 2 bedded room, ok la. Wad tu sangat la cantek n comel dengan kartun n playground bagai (sempat lagi mama dok usha2). Malam tu Dr.Ling kata nak ambil sampel darah Saif n cucuk2 sket untk pasang drip pada Saif.

Tomey kan wad ni ada kartun-kartun..huhu

 
Tag nama Saif 

Haa..ini la kemuncak air mata mak meleleh lagi oii..Mana taknya, saya sendiri yang pegang Saif waktu Dr.Ling cucuk tangan dia dengan jarum. Meraung tak hengat dunia la si Saif. Mama pun meraung gak tapi dalam hati je. Meraung sampai merah2 muka Saif. Peluh dia punye la banyak sebab meronta2 tahan sakit sampai basah kertas alas katil tu. Pastu dah cucuk, kena tunggu darah tu menitik2 keluar masuk ke tabung. Bila Saif meronta2, darah terpercik ke tepi, dah kena menunggu darah menitik lagi masuk tabung. Bila da cukup darah ambik, Dr.Ling nak pasang pulak jarum untuk drip. Tak boleh masuk pulak. Meraung2 lagi Saif. Bila tak boleh masuk, tukar cucuk kat pelipat tangan plak. Cucuk punye cucuk, meraung punya meraung, pun tak boleh masuk jugak. Then tukar ke tangan kiri pulak. Saya rasa macam nak keluar je dari bilik prosedur tu, tak sanggup tengok Saif meraung2 kesakitan macam tu. Air mata toksah cakap la nak meleleh aje. Tapi saya bertahan jugak sebab nak jugak temankan Saif. So Dr.Ling cucuk tangan kiri Saif, finally berjaya masuk gak jarum drip tu. Lega tak terkata. Saif pun perlahan-lahan berhenti meraung, hanya tinggal tangisan tersedu-sedu.Hukhukk..

Tangan kecil yang dicucuk-cucuk nak masuk ubat

 Kesian tengok terbaring macam ni macam orang sakit kritikal

Close up sket - sian anak mama :(

Bermula lah kehidupan saya dan Saif di hospital. Memang bosan la sebab kena dok je kat katil memandangkan tangan Saif sentiasa disambung dengan tiub drip air tu. Setiap 4 jam nurse akan datang cek suhu. Kalau suhu menunjukkan Saif demam, nurse akan masukkan ubat montot tu. 3 kali jugak la Saif kena masuk ubat montot tu. Antibiotik pulak drip sekali setiap pagi.

Alkisah satu ketika lepas nyusukan Saif, saya pun letak la dia kat tilam kan. Tengok2 ada tompok merah kat baju dia. Eh, apa merah ni, ada makan buah naga ke tadi. takde pun (apasal ble terfikir buah naga ek). Pastu saya rasa cam basah kat peha seluar saya. Then tengok ada kesan basah. Apa ni? Bila saya tengok kat tangan saif yang pasang drip tu, OMG darah mengalir2 keluar dengan banyak sampai pembalut drip tu pun jadi merah. Cepat2 tekan suis panggil nurse, bagitau pasal darah tu. Nurse minta saya bawa Saif ke bilik prosedur. Bila buka balutan tangan Saif tu, nampak la bekas drip mengalir darah. Bila bercampur dengan air drip jadi lagi la banyak. Nurse cuba flush(betul ke istilah ni saya dengar nurse sebut camtu) untuk buka laluan yang tersumbat. Tak boleh. Saif meraung2 setiap kali nurse cuba flush. Last2 nurse balut je semula tunggu Dr.Ling betulkan drip yang tersumbat tu.

 Baju n seluar Saif yang berlumuran darah

Lama juga nak betulkan drip yang tersumbat tu. Dr.Ling takmo cucuk drip kat tempat lain sebab susah nak cari urat Saif yang halus tu. Ye la sedangkan orang tua pun kekadang susah nak cari urat,inikan pulak budak 2 bulan! Akhirnya Dr.Ling berjaya flush drip Saif tu. Lega mak oiii. Saif pun berhenti meraung. Saif ni pandai tau. Bila doktor atau nurse datang dia akan bagi kerjasama, baring diam je kecuali la kena cucuk harusla meraung kan.

Oh ye, hasil ujian darah, doktor kata semua ok. Cuma ujian air kencing menunjukkan ada jangkitan kuman. Tu la punca Saif demam. Doktor kata ada limpahan sel darah putih pada air kencing Saif. Sepatutnya dalam keadaan normal, bilangan leukosit dalam air kencing dalam lingkungan 5 je la tapi Saif punye sampai beratus-ratus. Cuak mama apsal ble jadi macam tu. Doktor kata ada banyak punca. Maybe sebab baby da berak dalam perut masa bersalin dulu (rasanya Saif tak berak dalam perut sebab doktor takde kata pun), maybe gak sebab najis dia masuk ke saluran kencing. Tambah pulak kulit anu Saif tu panjang so potensi la untuk kuman terkumpul kat situ. Bila bagitau hubby pasal tu, hubby kata nak sunatkan Saif. Waaaa...takmau!!

Hari ketiga, bawa Saif untuk buat scan ultrasound. Doktor scan kat buah pinggang n pundi kencing. Hasil scan normal even buah pinggang belah kiri bengkak sikit, doktor kata still consider normal. Sometimes bila bb kencing, some urine terpatah balik masuk semula ke saluran kencing tu yang buat buah pinggang bengkak sket. Tapi nothing to worry-yang penting normal! Lega mama..

Actually hari ketiga ni demam Saif da kebah. Suhu da normal. But Dr.Ling kata antibiotik still kena teruskan bagi untuk 5 hari. So dok je la kat katil wad boring2 tengok tv je la. Oh ye, family saya ada gak datang melawat Saif. Terharu gak sanggup diorang datang jauh2 dari Pahang nun sebab cucu kesayangan punya pasal. Suka Saif neneknya ada. Dok berborak je la mulut Saif aaa uuu aaa uuu..huhu..

Da boleh duduk ngan papa

Demam demam pun tidonya lasak. Satu katil diconquernye sorang, mama terpaksa tido sipi2 kat tepi..huhu

Hari keempat iaitu hari Jumaat, nurse ambil lagi sekali sampel air kencing Saif. Hasil ujian, kuman n leukosit semula da clear. Dr.Ling siap tunjuk medical report Saif. Sebelum antibiotik, urin Saif detect blood n leukosit 500! Lepas diberi antibiotik, blood n leukosit totally clear. Semua negatif. Haaa..lega mama..Comfirm la Saif da sihat ni.But still kena tunggu esok gak untuk antibiotik terakhir hari kelima.

So hari Sabtu, pagi-pagi lagi hubby da sampai. Saya pun cepat2 kemas barang semua. Tapi lama jugak nak tunggu keluar wad sebab pihak hospital kena comfirmkan dulu ngan panel n wat bil semua. 5 hari dok hospital sebab demam je pun bil da almost 3k.walllaaa! seb baik ada medical card, xpayah bayar.huhu..Sudahnya kol 1 jugak baru dapat discaj. Hubby patutnya attend meeting pagi tu pun terpaksa cancel sebab discaj lambat. Tak kisah la tu yang penting Saif da sihat.

Kesimpulannya, kita kena sentiasa bersedia kalau anak tak sihat. Ubat demam kena sentiasa ada tak kira la ubat demam makan atau yang ubat masuk montot tu. Termometer pun penting. Sebelum ni saya pakai termometer digital je tapi sebab rasa susah nak selit kat ketiak Saif yang tak reti dok diam so saya da beli termometer telinga. Senang, letak beberapa saat je da dapat result. Huhu..Selain tu yang paling penting adalah medical card. Saif bertuah la sebab company hubby cover dia, ada medical card sendiri. So boleh la dapatkan rawatan segera kat hospital private. Bukannya hospital gomen tak bagus tapi korang tau je la sendiri prosedur macam2 n lama plak tu kena menunggu. So bukan setakat anak je, kita ni sendiri pun kena ada medical card sendiri. Hubby punye medical card Great Eastern, saya punya Cuepacs Care je.Kita tak tau kita akan sakit bila-bila so better bersedia. Sediakan payung sebelum hujan! tapi kalau korang banyak duit ble bayar sendiri xpela kan..(even patient katil sebelah yang bawak beg LV n baru balik melancong dari China tu pun masuk hospital insurans yg cover..hii)

Yeah..saya da sihat! 

9 comments:

  1. alhamdulillah..saif dah sihat..

    ReplyDelete
  2. banyak nye darah.. eh, muke saif mcm razin la :)

    ReplyDelete
  3. wah dah sihat..yeah yeah..leh main2 dah pasni..

    anyway..baju saif kaler oren tu sjibik baju raihana..anna suka sgt tgk raihana pakai baju kaler tu..nampak comel...hahaha dan dan je perasan kjap.hehhe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah saif dah sihat...bile bab anak ni mmg merentap hati seorang ibu kan..huhu

    ReplyDelete
  5. time kaceh sume. :)

    cikna : sama eh?kembar lain mak lain bapak tu.hehe..

    anna : kite pun suka baju ni.dalam pada emergency nak pi hospital hari tu sempat singgah kedai beli baju ni utk saif.haha..

    ReplyDelete
  6. hye...nak tnye..klu infection mcm ni tak perlu risau sgt ye???sbb anak sy leukosit dia 85..ada demam gak la..tpi on antibioticss skrg..sedih je dia dmm..tapi ni dah ok ..ada lg 3 hari kene continue antibiotics...waktu dia demam...first day terus bawa gi klinik da tpi dr bg ubat dmm je...then after 4 days dmm lg..so buat cm awak ujian darah semua...buah pgg scan oka,...cuma pundi kencing bengkak skit

    ReplyDelete
  7. menjawab soalan anonym di atas, bagi saya selagi anak tidak sembuh sepenuhnya memang kita kena risau. sometimes antibiotics xserasi dengan tubuh anak pun ble jadik x sembuh jugak. apa pun teruskan antibiotic tu. saya bukan pakar perubatan so xble nak komen lelebih just bagitau apa yg saya tau je.kalau xsembuh juga, maybe u should ask for other doctor's opinion.

    ReplyDelete
  8. hmm..betul...sgt risauuu la...tpi ni dah tak bg ubt demam n tak demam..juat continue antibiotics..tggi betul leukosit saif ...tpi dah setel tu lega rasa

    ReplyDelete
  9. correctly. sama mcam sy. dah dua kali anak sy masuk ward. 5-6 hari duk hospital. Harap-harap dah besar nt sihat la sentiasa. amin

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...