Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya & Berhati-hati Di Jalan Raya

Hari ni comfirm ramai yang dah mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.
Saya masih di rumah bersama Saif menunggu hubby pulang petang nanti baru la kami akan gerak balik.
Macam biasa, raya pertama comfirm kat rumah hubby dulu.
Alasannya perjalanan nak ke kampung saya di Muar tu kena lalu kampung dia dulu kat Tampin.
So baik raya dulu kat Tampin then baru ke Muar, xpayah nak patah2 balik.
Ye la tu-alasan!
Takpe, sebagai isteri mithali, redha je la. (mithali la sangat!)
Yang penting, raya pertama tetap dapat raya gak di kampung saya.
Lepas sembahyang raya, baru kami akan gerak ke Muar pulak.
Tak best sikit la sebab feeling2 raya memasak rendang, sambal kacang n kuah lodeh bersama mak tu da xde.
Ngan mak mertua je la.
Sampai kampung nanti tinggal terus makan je la.huhu..

Di kesempatan ni saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terguris rasa, ampun maaf jua dipinta.
Saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan.
Dan jangan lupa berhati-hatilah dalam perjalanan pulang ke kampung tu ye.
Biar lambat asalkan selamat.
Juga pastikan kediaman anda semua berkunci untuk mengelakkan tangisan selepas raya akibat rumah dimasuki pencuri.
Ok, Selamat Hari Raya dari saya, hubby dan Saif sekeluarga. :)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...