Wednesday, August 15, 2012

Why Muhammad Saif Al Fateh?


Alkisah pencarian nama anak ni bukannya sesuatu yang mudah. (eleh..mudah aje sebenarnya,letak aje nama Ali, Abu, Mamat -kan senang).Err..dolu-dolu boleh la. Zaman la ni ramai ibu bapa nakkan nama yang canggih manggih. Tak kisah la nama apa pun kan asalkan membawa makna yang baik.

Ok, ada sorang kawanku bertanya "Apasal letak nama Saif?"
Owhh..mungkin nama Saif itu kedengaran begitu Hindustani (Saif Ali Khan-kenal?)
Mentang-mentang la papanya ada darah Pakistani so nak letak nama Hindustani. Gitu?
BUKAN. Bukan itu sebabnya.

Rentetan pencarian nama Muhammad Saif Al-Fateh ni bukan mudah. Tercetus jugak la perang mulut antara mama n papa.
Mama nak nama ni..
Papa nak nama tu..
Aishhhh...

Adapun, kami memang sangat2 mengharapkan anak lelaki bila tau saya da pregnant.
Memang nama perempuan tak berapa nak cari la. Just save satu nama je.
Tapi untuk anak lelaki, macam2 nama yang timbul.

Kami sama-sama sepakat menyukai nama-nama pahlawan dan cendekiawan zaman Nabi dulu.
Hubby cadangkan nama Saiful Islam.
Saiful Islam membawa maksud Pedang Islam.
Saya suka.
Tapi nama itu terpaksa direject sebabnya sepupu hubby ada sorang nama Saiful. Tak best la bila nama sama kan. Kemudian opismate saya pun ada yang namanya Saiful. Pun tak best jugak nanti dia kata saya namakan anak saya sempena nama dia plak.Hahaha..

Maka nama lain dicari.
Tercetus la nama Salman Al Farisy (salah seorang pahlawan yang agak glamer).
Cadangan hubby gak ni.
Why Salman Al Farisy?
Sebabnya anak kawan hubby bernama Abu Darda'. Abu Darda' adalah sahabat baik kepada Salman Al Farisy. So hubby berharap anaknya bernama Salman Al Farisy agar menjadi kawan baik juga kepada Abu Darda' anak kawannya itu.

Saya membantah nama itu.
Sebabnya saya dapat membayangkan rupa anak saya akan mewarisi genetik papanye yang Pakistani.
Dengan rupa sedemikian, ditambah pula dengan nama Salman, apa yang orang akan terlintas adalah - Salman Khan!
Tak mahu! Saya tak suka Salman Khan!
Tapi hubby beria-ia nak nama tu jugak so saya mengalah.
Tetapi nama Al Farisy perlu diubah sebab Al Farisy membawa maksud Si Parsi.
Anak saya bukan orang Parsi so kenapa nak letak Al Farisy pulak.
So Al Farisy diubah kepada Al Fateh.
Al Fateh bersempena nama Sultan Muhammad Al Fateh yang membuka kota Constantinople.
Al Fateh juga membawa maksud Pertama, Perintis, Pelopor.
Sesuai la tu kan memandangkan ini adalah anak sulung kira yang pertama dan perintis la tu.
So jadilah nama Salman Al Fateh.

Masa mengandung saya da mula panggil nama pada baby.
Tapi saya tak panggil nama Salman-allergik.Huhu..
Saya keep on panggil Fateh.
Lama jugak la panggil Fateh sampai 6 ke 7 bulan gitu.

Last minit, hubby ubah fikiran.
Dia terbuka hati nak tukar nama Salman tu.
So nama Salman ditukar kepada Saif.
Bukan sebab Saif Ali Khan tapi sebab nama Saiful Islam yang kami tak jadi nak ambik tu.
Daripada nama Saiful dipendekkan menjadi Saif.
Saif masih membawa maksud Pedang.
Nama Al Fateh dikekalkan.
Maka jadilah Saif Al Fateh yang bermaksud Pedang Pertama.

Dan kami tambah nama Muhammad di awal nama mengambil berkat nama Rasul S.A.W junjungan kita.
Juga kerana kami berdoa nak anak lelaki.
Doa itu berbunyi :

"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yg berada di dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad maka jadikanlah dia untuk kami seoang anak lelaki dengan hak orang yg mempunyai nama yg mulia ini yakni Nabi Muhammad"


Maka termaktublah nama Muhammad Saif Al Fateh dalam surat beranak dan MyKid anak saya.
Itulah kisah yang tersurat dan tersirat di sebalik nama.

4 comments:

  1. bila bace blog mommy, mesti ciknaa senyum bila terpandang nama saif tu.sbb kt fesbuk ciknaa letak nama saif kt hujung nama ciknaa sempena nama suami saiful :)

    ReplyDelete
  2. sedap namenyer..:) sekarang dah popular name2 cendikiawan islam kan..:)

    ReplyDelete
  3. cik naa: hehe..saif ngan saiful sama je kan.

    aty : tu pasal pilih nama tu.:)

    ReplyDelete
  4. sedap nya nama ...cantik nama al fateh tu

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...