Friday, September 7, 2012

Bila Saif Menguasai Fikiran


Semalam ambil cuti sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di KL.
Macam biasa pagi-pagi Saif da bangun gelak-gelak tengok mamanya bersiap-siap.
Tapi kali ni mama bersiap bukan nak pi keja tapi mau dating ngan papa..haha..
Lepas hantar Saif, peluk cium sume terus zuppp drive all the way to KL.
Sampai KL lebih kurang pukul 9,ambik hubby dulu, then sesama pi breakfast.
Pekena roti kosong n tosei je..hehe

So destinasi pertama kami adalah ke Setapak.
Ke pejabat lawyer untuk sign beberapa dokumen urusan pembelian rumah.
Lama menunggu dan banyak pula page perlu disign (about 40pages x 15 copies??)
Siap urusan da pukul 12 tengahari lebih.

Nak pi KL Sentral pula, nak setelkan urusan ujrah PTPTN dan pengecualian pembayaran degree.
Sampai sana bila check sistem, rupanya pinjaman PTPTN saya bagi diploma memang da diujrahkan.
Pengecualian pembayaran degree pula memerlukan salinan sijil yang disahkan oleh pejabat akademik universiti plak.
Aaahh..rasa macam sia-sia je pegi sini. Takde hasil.
Takpelah, papehal pun pi lunch la plak.

Lepas lunch dan solat, pi ke Subang Jaya pulak sebab saya nak claim warranty Spectra 3 saya.
Spectra 3 saya macam x function bila buat double pumping, no suction at all.
Tapi kalau buat single pumping ok je.
Ehmm..jenuh juga nak cari Histopoint, sampai terpaksa call untuk diorang bagi instruction jalan.
Last-last jumpa juga.
Bila check Spectra 3 saya, katanya ok je takde masalah.
Dia siap test guna apabenda alah meter ape ntah, ok je ada je suction bila buat double.
Aikss..peliks la pulak.
Disebabkan macam ok je, so saya pun bawak la balik Spectra 3 tu, tak tukar baru pun.
Rasa cam sia-sia gak datang jejauh tapi xde hasil juga.huhu..

Kemudian, saya gatal-gatal ajak hubby pi IKEA plak.
Dengan alasan "Abang jugak yang kata, kalau ada Saif susah nak jalan2 kat IKEA, ramai orang. Ni sementara Saif xde ni, jom ar kita jalan jap. Ayang nak beli karpet."
Haha..beli karpet?
Hubby dengan tenang dan redha menurut je kehendak isteri yang kuat shopping ni.
Sempat dia memberi ayat penyata "Abang ni perancang kewangan, ayang plak pemboros kewangan"
Hehe..saya takboleh la kalau da terbayang nak sesuatu tu mesti nak secepat mungkin, tak ble tangguh-tangguh.
Kalau tak, otak saya akan serabut dok teringat-ingat je benda tu.Huhu..
Ok, masa tu da pukul 3.30.
Dalam hati kata, xpe jalan cepat2 kat IKEA, kol 4.30 gerak la balik. Sempat la sampai karak kol 5.30 nak ambik Saif kononnye.
Sekali jemmmm daaa..
Sampai IKEA da hampir pukul 4.
Tapi saya memang jalan sepantas mungkin just ambik barang yang memang da target je.
Takdelah nak melenggang kangkung touch sana touch sini.
Keluar daripada IKEA lebih kurang pukul 4.30, pantas gak.
Ingat nak call bs bagitau lambat sikit ambik Saif.
Sekali hp abes bateri! Cuak mak! No.hp bs tak save kat simcard plak tu.
Aaa..sudahnye menggagau carik kedai hp nak beli travel charger.
Sebesar-besar Sri Damansara tu punye la payah nak carik kedai hp.
Sudahnya jumpa jugak kedai hp tersorok nun, beli la travel charger RM10 je.
Masa tu da pukul 5!
Saya da macam cacing kepanasan, risau Saif nangis ambik dia lambat.
Cepat-cepat call bs bagitau lambat. Seb baik bs ok je. Fuuhh..
Sempat dibebel oleh hubby "Tu la, semua salah mama. Nak shopping la, pastu tak tinggalkan susu lebih dah tau maybe sampai lambat. Pastu malas cas hp sampai abes bateri."
Aaaa..pasrah dibebel oleh hubby. Memang salah saya pun.

Lepas hantar hubby, apa lagi terus pecut la selaju mungkin.
Sekali jemmmm plak kat MRR2.
Fefeeling rasa nak menyumpah je tapi sabarlah wahai hati.
Serius jalan raya macam antara nampak tak nampak je.
Drive kereta pun macam antara sedar tak sedar.
Dalam fikiran dok terbayang Saif je, nangis ke tak dia, lapar ke dia susu da abes.
Sampai rumah bs pukul 6.30 petang!
Terus melompat keluar dari kereta nak menyerbu rumah bs tetiba dengar suara memanggil dari jauh.
Rupanya bs bawak Saif jalan-jalan ke rumah jiran depan, nak pujuk la kononnya supaya tak nangis.
Fuuhh..lega Saif tak nangis..

Tapi Saif merajuk tauuuuu..
Sampai rumah bagi susu, dia minum kejap je pastu taknak.
Bila saya agah dia, dia tunduk-tunduk pastu tenyeh2 muka macam taknak tengok muka saya.
Bila agah pun, dia wat dek tengok kiri la kanan la.
Bila housemate saya agah dia, dia gelak pulak
Bila saya agah lagi, dia wat dek.
Aaaa...Saif da pandai merajuk!
Nasib baik tak merajuk lama, gomol2 cium2 lama2 dia gelak la.
Haiii..anak..anak..
Fikiran mama sekarang hanya ada kamu.

7 comments:

  1. comel saif, hidung mancung ni.. hee.

    faiq pn dh pandai merajuk bile tgglkn die first day g keje ritu.. hehe

    sy pn klu dh tbyg sesuatu mst nk dptkn time tu jgk, x blh tangguh2 nt serabut otak, hehe

    ReplyDelete
  2. Putri, kalau nak servis Spectra 3 kita kena hantar sendiri ke Histopoint tu ke? Takboleh call sroh diorang datang amik eh?

    ReplyDelete
  3. vv, xtau la ble ke suh diorag amek.ku rajin sendiri pi sana.huhu..cer la call diorang tanya kot diorg ble ambik. kalau umah dekat boleh la kot, rumahku jauh la.

    ReplyDelete
  4. liyana : tu pasal la ni setiap hari ada je parcel ku sampai kat opis sebab hari2 shopping online, takble bertangguh.huhu..

    ReplyDelete
  5. Hati tak akan keruan kan kalau mengenang kan si anak...:-)

    ReplyDelete
  6. btl2..ciknaa 1st time tinggalkan razin hari ke 45. sehari lepas abis pntang, balik kl jap nk kemas rumah sewa.. tp hati asik ingat anak je..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...