Monday, September 3, 2012

Kerja Dan Saif


Lama da tak update post baru kat blog (macam la ada yang nak baca~huhu)
Banyak cerita yang nak dikongsikan sebenarnya tetapi tergendala sebab kabel hp ku missing lagi.
Tapi hari ini saya update juga la walau tiada gambar yang berkaitan.

Hari ini merupakan minggu kedua saya kembali bekerja setelah 4 bulan bercuti.
Fuuhhh..satu tempoh hibernasi yang cukup panjang.
Kembali ke kubikel kerja terasa banyaknya perubahan sepanjang ketiadaan.
Yang paling ketara adalah kesunyian sebab mostly rakan-rakan saya busy dengan kelas masing-masing 8-5!
Memandangkan saya bercuti panjang maka semester ini saya tiada jadual kelas.
Nak jumpa kawan-kawan ajak bergosip pun diorang takde.
Maka hari-hari saya berlalu dengan melayani facebook dan baca blog itu ini.
Huhu..tak heran la kalau hubby saya selalu kutuk "orang keja gomen memang asyik mengulor je"
Haii..nak buat macam mana kan dah memang takde jadual.
Nasib baik gak ada keja multimedia so at least terisi juga masa kerja.
Boring dan bersalah juga kalau melahu tanpa hala tuju.

Oh ye, ini juga bermakna masuk minggu ke-2 juga la Saif dihantar ke rumah pengasuh.
Alhamdulillah setakat ni pengasuh Saif, Kak Ita kata Saif baik sangat.
Biasalah Saif memang pandai berlakon depan orang lain kan.
Cuba bila dengan mama dia kat rumah mengada-ngada je sepanjang masa.
Ni bila saya pi umah Kak Ita waktu lunch, Saif dengan enaknye tido.
Even saya datang lepas opis hour nak jemput Saif balik pun dia sambung nyenyak tido.
Haii..tido aje. Bagus jugak. Biar cepat besar.Huhu..
Cuma masalah utama sekarang ni Saif masih tak mau hisap susu guna botol.
Musuh ketat sesangat!
Entah segala macam jenis mak nenek puting n botol dalam dunia ni saya da beli, masih juga dia tak mau.
Bayangkan la saya cuma bekalkan dia 4 botol x 2oz susu je sehari.
Itu pun tak habis.
Bagi setiap sesi cuma luak antara setengah ke satu oz je. Tu pun meleleh kuar je yang banyak.
Pernah la rekod terbaik ada sekali tu hampir 2 oz dia minum.
Agaknya time tu da petang, da haus sangatla tu.
Sanggup dia tahan lapar.
Patutnye kamu minum 3 oz setiap kali la wahai anak.
Risau mama tengok kamu ni comel cikeding nak banding dengan kawan-kawan kamu yang debab sume tu.
Jeles tau mama tengok baby lain pehanya macam peha dinasour, geram!
Mama pun nak kamu jadi debab jugak! Aiii~
Setiap hari berdoa moga-moga lembut hati Saif nak terima susu botol.
Tapi yang bagusnya walaupun dia reject botol tapi dia  tak melalak pun bila Kak Ita bagi botol tu.
Tak tau la kot Kak Ita saja cakap camtu sebab nak sedapkan hati saya kan.
Sebab kalau saya atau Encik Suami yang bagi botol susu, comfirm dia melalak meraung nak terkeluar anak tekak sampai satu taman boleh dengarnya.
Neneknya pun da risau, camne Saif nak besar ni kalau tak nak susu botol? Camne kalau kau nak kena keluar mana-mana ke, pi kursus ke? Aaaa..stress.
Bila dia kureng hisap susu botol ni mulalah motivasi saya untuk mengepam susu pun makin merudum. aiyak!

Korang ada apa-apa cadangan tak untuk bagi baby terima susu guna botol?


4 comments:

  1. anak ciknaa pn xkuat susu jgak dulu mommy. 4x tukar susu.last ciknaa bg NAN. alhamdulillah dia dh boleh trima & skrg pengasuh pn dh ckp dia kuat susu..

    ReplyDelete
  2. cik naa.saif xminum fm. setakat ni minum fresh ebm je, xde campur lagi.kalau nak campur fm pun masalahnye dia xnak botol.~susah hati :(

    ReplyDelete
  3. haaa..selalu ciknaa dgr mslh cmni. err, cne ek. sbb razin mmg isap botol sejak dia lahir lagi. kesian mommy..

    ReplyDelete
  4. masa dalam pantang da train dia hisap botol, ok jek. lepas demam dok hospital dekat seminggu tak train botol, terus dia xmau botol.memberontak bila dibagi.hanya mampu berdoa agar dilembutkan hati Saif terima susu guna botol~Amin

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...