Wednesday, November 7, 2012

Lupa Kawan

Tun Mahathir pernah kata "Melayu Mudah Lupa".

Manusia memang mudah lupa. Saya juga seorang pelupa yang kronik. Even nak potong kuku pun saya terpaksa set reminder. Setiap hari Khamis pukul 5.30 petang, reminder berbunyi tutt tuutt tuttt "Potong Kuku" katanya.

Tapi bukan lupa ini yang ingin saya kongsikan. Tetapi "Lupa Kawan".

Meskipun saya selalu lupa nama kawan-kawan saya (terutama yang baru kenal) tapi tak bermakna saya lupa mereka. Suatu masa pada zaman remaja, saya memang seorang yang sangat mementingkan kawan. Saya sanggup mengingkari janji pada keluarga asalkan janji pada kawan ditepati. Mak saya pun kata yang saya ni terlampau mementingkan kawan-kawan lebih daripada keluarga sendiri.

Ya, saya mengaku itu benar.

Tapi, tu dulu. Zaman remaja hingusan yang masih ketagih menonton Gaban dan Satria Baja Hitam hingga sanggup ponteng sekolah agama. Semakin meningkat dewasa bermakna semakin banyak proses pembelajaran yang saya lalui. Daripada kehidupan di kampung bersama keluarga, saya keluar berjuang demi menuntut ilmu. Proses 7 tahun pembelajaran di universiti adalah satu tempoh lama yang cukup memberikan saya pelbagai pengalaman dan berkenalan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia.

Ironinya, harus saya akui sukar untuk saya bertemu dengan insan yang benar-benar berstatus sebagai seorang sahabat. Kebanyakannya lebih sesuai saya kategorikan sebagai kawan atau kenalan. Kawan-kawan ini pula boleh disubkategorikan pula kepada kawan sekampung, kawan sekelas, kawan serumah, kawan sepersatuan dan lain-lain.

Bezanya sahabat dengan kawan adalah - seorang sahabat sentiasa cuba untuk ada ketika susah atau senang. Walaupun tidak semestinya ada, tapi at least dia mencuba. Kawan pula hanya ada pada waktu tertentu saja. Misal kata bila dia susah, dia cari kita minta tolong. Tapi bila dia dah senang, dia berpaling kepada kawan yang lain sekaligus melupakan kita yang selama ini tidak pernah melupakannya.

Setelah sekian lama, saya dapati kawan yang boleh saya kategorikan sebagai sahabat adalah sangat sedikit. Mungkin 2,3 orang saja. Itu pun sahabat-sahabat ini juga jarang kami berhubung. Namun memori dan kenangan saya bersama mereka adalah kuat. Setidaknya mereka tidak pernah mengkhianati saya.

Memasuki alam pekerjaan, saya bertemu dengan lebih ramai kawan. Tetapi hanya terhad setakat itu saja - kawan. Adakalanya sedih memikirkan pada suatu ketika kita telah banyak bersusah payah untuknya, tapi tiba masa bila dia senang, dia tegar melupakan kita. Mungkinkah saya sendiri yang bukan kawan yang baik? Bukan nak mengungkit atau berkira atas pertolongan yang pernah diberi tapi sekadar ingin dihargai dan bukannya dilupai.

Entahlah..mungkin sayalah yang belum cukup baik untuk terus diingati.

Apapun, sahabat sejati saya kini hanya satu iaitu kamu - Mohd Zubair Sulaiman!

3 comments:

  1. sahabat aty sekarang ilah asben aty...eeehh..adik aty jugak...derang jer yg boleh dipercayai dan sentiiasa saat susah senang..:)

    ReplyDelete
  2. Aku tak lupa kau Nad. Rajin aku baca blog kau. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Lynn : aku pun x lupa kau but lama lost contact.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...