Tuesday, November 6, 2012

Perkembangan Saif 5 Bulan


Saif da nak masuk 5 bulan 2 minggu, baru kecoh nak cerita pasal perkembangan. Hehe..maklumlah mama Saif super duper busy. Tak sempat nak online.  Kekadang ada benda nak cerita tapi kabel hp plak tak de, terus takde mood nak buat post baru. Saya suka post bergambar, baru ada feel nak baca (syok sendiri baca blog sendiri..haha)

Ok, toksah merapu lebih panjang. Alkisah tentang Saif 5 bulan ini, memang perkembangannya drastik sangat. Sejak demam hari tu, perangai terus tiuuuunnnn berubah makin mengada-ngada. But at the same time, Saif makin bijak. Selalu jugak saya dan Encik Suami sound Saif, "Saif, awak ni baby lagi laa..Jangan buat perangai macam budak besar."

Secara ringkasnya, Saif :

  1. Sudah meniarap sepenuhnya (sebelum ni kan malas). Pantang baring je nak meniarap. Time tidur pun sibok berpusing nak meniarap pastu terdongak-dongak dengan mata pejam sambil merengek mintak angkat.
  2. Bila nampak mama je, terus excited siap mendepang tangan mintak angkat. Bila mama buat bodo je tak ambik dia, dia mulala protes jadik ulat gendon. Tak pun kibas2 tangan dan kaki macam nak terbang.
  3. Sentiasa senyum je. Selama ni pun jarang nak dengar dia menangis melainkan time dia tak sihat. Semua orang pun suka la nak melayan dia, dah la hensem. Hehehe..
  4. Bila tido, mesti nak mengiring. Fefeeling lena agaknya. Kalau ngempeng ngan mama, mesti kaki dia dok sangkut kat paha mamanya. Macam peluk erat gitu. Papa jangan jeless..hahaha..
  5. Bila df, tangan dok tergapai-gapai. Tarik tudung la, tarik baju la, tarik cermin mata mama..Pastu kalau terlena time df, tangan dia tergantung ke atas gitu je la.Hehe..
  6. Bila df jugak, mama tak boleh bercakap. Kalau bercakap, dia akan stop df dan tenung muka mama. Lepas tu toleh muka papa. Kalau nasib baik, dia sambung df semula. Kalau nasib tak baik, terus jadik ulat gendon nak bangun, nak berborak jugak. Busy body.
  7. Berperang setiap kali nak pakaikan baju. Sebab biasanya lepas mandi, dia akan terus mengantuk nak tido. So bila lambat pakaikan baju, mula la nak ngamuk. Pitching mama pun mulala naik tinggi. Hehe..
  8. Tahan lapar dan tahan mengantuk bila dibawa berjalan. Hebat!
  9. Makin hari makin cerah, semakin menyerupai mamanya. Hehehe..(tak puas ati sume orang kata Saif macam papa)

2 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu anak i besar jugak..baiknya ensem boy ni yer..

    ReplyDelete
  2. sy suka sgt bc blog ni.kalau ada masa lapang mesti sy buka blog ni sbb suka ngn perkembangan saif, suka nk berkongsi resepi untuk anak2 sebesar saif. kadang2 bila bc blog ni teringat trus anak kat rumah rasa cam tak sabra je nak balik kerja sbb kebanyakkan kisah dlm blog ni tentang anak.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...