Friday, November 16, 2012

Tak boleh nak gerak ke mana pun!

Eiii.. geramnya dengan perangai Saif sekarang ni. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Entah perangai penakut sape yang dia ikut. Pantang saya gerak kejap even hilang 5 saat je pun da kecoh melalak-lalak. Saya ngan En.Suami kan PJJ so banyak masa cuma saya berdua je dengan Saif, tu jadik tak boleh nak berenggang tu.

Semalam, saya cuma nak masak ikan goreng dengan sayur bayam masak air je pun. Rasa cam da lama tak makan sayur, tu rasa semangat tetiba nak masak tu. Tapi ambil masa dekat 2 jam baru siap masak! Mula-mula da tidokan Saif siap-siap. Ok, dia tido je, saya pun mula operasi siang ikan n basuh sayur semua. Tak abes kupas bawang sebijik, Saif da hekk heekk huwaaaa kat depan. Berlari saya ke depan, enjut Saif biar tido semula.

Dekat setengah jam baru Saif tido semula. Tu pun lepas saya jengil2 mata marah, terus dia pejam mata rapat2, tau takut..hehe. So sambung nak masak semula. Kuah bayam tak sempat mendidih lagi, Saif da huwaaa lagi kat depan. Berlari lagi enjut nak tidokan semula.

Tengok tu, siap depang tangan mintak angkat
 (err..bouncer pink tu bukan Saif punya tau, jiran sebelah bagi pinjam, anak pompuan dia da tak pakai. korang jangan confuse identiti pulak)

Tapi kali ni dia tak nak tido semula da. Terkebil-kebil mata dia tengok mamanya. Pastu muka berkerut tension sebab kena paksa tido. Dekat setengah jam enjut tak mau tido, ehmm saya angkat dia sekali ngan walker letak kat dapur. Haa..tengok la mama puas-puas! Dengan mainan bagai susun kat walker tu bagi dia main.

Muka tension kena paksa tido. Mamai tu tapi dia lawan mata

Dalam pada tu, saya berlari kejap ke depan nak ambik handphone (rasanya tak sampai 5 saat-pantas!), Saif da huwaaaa macam kena dera ko tau! Bila saya duduk depan dia, main-main ambik gambar, baru senyap. Mengada-ngada!

 Dah bawak ke dapur pun, nak melalak gak. Cubit karang!

Bila ambik gambar, baru senyap kejap (dengan air mata masih bertakung)

Sambung masak, nak goreng ikan pun sambil kejap2 pusing main2 agah ngan dia. Bila lama saya dok ngadap ikan dalam kuali, mulalah dia emo dan huwaaaa!! Haaiii..kalau la tangan mama ada lapan, mana da dukung kamu sekali sambil masak sayur dan goreng ikan tau!

Tengok-tengok jam, saya start nak masak tadi pukul 11.30, pukul 1 lebih baru siap! Tu pasal la ni saya jadik malas nak masak. Tak suka ar kejap2 nak tinggal dapur bila anak melalak. Ni bukan alasan ye tapi hakikat. Tu baru masak lauk simple je, kalau nak masak siakap tiga rasa ke, ayam masak merah ke, maunye 3, 4 jam kot. Aaii..nasib baik saya masak hari tu, tup-tup tetiba papa Saif muncul tersengih depan pintu umah (kata tak balik, ada keja!). Surprise la tu. Huhu.. seb baik tergerak hati nak masak, kalau tak papa masak sendiri je la (seperti kebiasaannya..huhu)

Haa..adik saya ada la cerita, dia bagitau kat nenek yang Saif tak nak berenggang, nak berkepit je. Tau apa kata nenek saya?

Dia kata "Saif tu kena jual kat orang lain, baru dia tak berkepit je."

 Dengar adik kata nenek cakap macam tu, respons spontan saya "Kepala hot** dia nak suruh aku jual anak aku!" Serius secara spontan saya termaki nenek saya sendiri.

Pastu adik saya sambung, "Bukan jual betul-betul la. Jual main-main je. Contoh ar ko jual Saif ni kat aku harga seposen je. Aku beli ar. Err..tapi nak jual tak boleh dengan family sendiri. Kena jual ngan orang lain. Haa..kononnya bila da kena jual, dia takkan meragam lagi nak berkepit je."

Berkerut dahi saya. Ni apa kebenda mitos ke cerita dongeng mana yang kata jual anak boleh buat anak berhenti merengek nak berkepit. (Pada masa sama rasa bersalah sebab termaki tanpa tau kisah sebenar). Tapi setakat ni saya tak pernah lagi jual Saif kat sape-sape. Sebab terbayang, even kita jual main-main tapi orang yang beli tu mesti akan ungkit "Saif ni aku punya, aku da beli." Eishhh... mana boleh!

Nasib baik la Saif ada mama n papa yang penyabar, kalau tak dah lama kena dera kot (Nauzubillah - camne la ada orang yang sanggup dera anak sendiri ek) Anak korang ada tak yang buat perangai tak nak berenggang camni? Nak buat camne ek.

5 comments:

  1. samalah dgn Aish sy tu, memang tak boleh tinggal, menangis saje. baru lari kejap nak ambik barang kat dapur, terus melalak, pantang hilang maknya ni, tgu dia tidur baru boleh masak, kalau dia tido 2 jam straight takpe jugak, ni tido 2 minit, even letak dlm walker dan sy dpn mata dia pun kdg2 menangis jugak nak mintak dukung..aiyohh, dahlah berat, nk patah pinggan ni rasanya..haha. Tp semua budak mmg certain umur dia akan ada separation anxiety, tak boleh kena tinggal.

    ReplyDelete
  2. Boleh ye men jual2 camtu?baby sy kecik lg tp asyik nak bdukung je.hadoii..

    ReplyDelete
  3. sometimes rasa geram sangat tapi memang hanya sabar jadik penyelamat. tabah tul jadik mummy ni kan.

    ReplyDelete
  4. huhu..sabar jer lah ngan nenek kate soh jual tu..suker2 jer hek... aty rase normal kot bende nih..sebab qaleef pon kekadang macam tu gak..nak kite dok hadap die jer..memang tak boleh buat keje..:)

    ReplyDelete
  5. alahai..sama macam anak saya..adeiii..xleh wat apa2 tau..hilang jap xsampai beberapa saat dah hwwaaaaa..saya dah berkurun xmasak..ngeeeee...anak saya nie pulak..xnak sgt ngan papa nyer..tu yg susah..kalau dia boleh main ngan papa..senang sket nk wat keje

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...