Tuesday, December 11, 2012

Cabaran Ber-PJJ

Sebelum memeterai ikatan perkahwinan, mental merasakan sudah cukup bersedia untuk menempuh kehidupan PJJ selepas berkahwin. Hakikatnya persediaan mental saja masih tidak cukup kuat kerana ia perlu digandingkan dengan kekuatan fizikal. Ya, mental dan fizikal perlu seiring kekuatannya.

Pada mulanya saya cuba setkan fikiran supaya positif. "Alah..ada je akak-akak opis tu yang PJJ, ok je. Aku pun mesti boleh." Oh, indahnya bait-bait positif yang tersemat dalam fikiran.

Hakikatnya? Cukuplah merasakan pengalaman mengandungkan Saif dalam keadaan PJJ. Sakit pening muntah bagai semua kena harungi sendiri. Tambah pula dengan sakit kaki, sakit pinggang, macam-macam la. Bangun malam sorang-sorang takde siapa jadi peneman. Kalau jatuh tergolek pun pandai-pandai la bangun sendiri, takde sapa pun yang tahu. Memang mencabar mainan emosi. Banyak masa saya dihabiskan melanguk di rumah tidak ke mana-mana. Even nak drive balik ke KL pun da tak larat rasanya.

Kemudian mengharungi pula pengalaman menunggu detik kelahiran Saif sehingga overdue lantaran Saif tegar menanti kehadiran papanya barulah dia sedia menjengah dunia. Tak haru tu. Hari-hari doa nak beranak cepat, tapi tak keluar jugak sebab papanya kerja jauh. Nasib baik papanya sempat sampai Johor. Dan dan sampai Johor terus sakit kuat nak beranak.

Sebab tu untuk adik Saif, saya kata HOLD DULU. Bukan tak nak, bukan menolak. Tapi mental dan fizikal saya memang tak bersedia. Sedangkan kehidupan saya kini yang baru anak seorang pun da swinggggg 360 darjah, inikan plak nak tambah lagi sorang. Cuba bayangkan dengan Saif yang tengah melasak tambah pulak nak bawak perut besar memboyot SEORANG DIRI tanpa teman di sisi, saya rasa tak mampu. Tapi kalau da tersangkut, tetap terima dengan gembira jugak. :)

Dan sekarang ni, banyak masa hujung minggu, papa Saif je yang balik Karak. Melainkan ada hal atau keperluan yang memerlukan saya ke KL, barulah saya drive sendiri berdua bersama Saif. Nekad je. Kalau nasib baik, Saif terus tido dalam kereta dari Karak sampai la KL. Tapi pernah juga, belum masuk highway lagi, Saif da mengamuk nak susu. Terpaksa berhenti singgah parking bawah pokok, susukan Saif sampai dia tertido barulah sambung perjalanan semula. Bila cerita kat kawan, reaksi spontannya "Kesian kau..." Errr..kesian eh. Tak rasa kesian sangat sebab saya tak rasa susah sebaliknya saya anggap ia sebagai satu cabaran bila memilih untuk ber-PJJ.

Papa Saif kebiasaannya balik ke Karak menaiki bas untuk menjimatkan kos. Biasanya Jumaat petang da balik, dalam waktu Magrib gitu sampai la. Melonjak kegembiraan Saif bila dapat jumpa papa (sian Saif..). Kalau boleh meloncat, memang da meloncat budak tu. Dan pagi Isnin seawal Subuh papa Saif da nak kena naik bas di bus stand Bentong. Makanya saya la yang menghantar papa Saif ke bus stand seawal jam 6 suku pagi. Target pukul 6.30 da sampai Bentong. Sekali lagi Saif pun terpaksa diusung sama pagi2 buta tu. Takkan nak tinggalkan Saif sorang-sorang kat rumah kan. Sambung la Saif tido dalam kereta. Sian anakku..

Saif tido dalam kereta berbalut selimut, bertemankan Rhino..

Pengurusan masa memang sangat penting bila ber-PJJ ni. Nak buat kerja apa pun kat rumah, kena tunggu anak tido dulu baru ble buat kerja. Err..maybe anak korang jenis tak kisah kena tinggal tapi Saif ni penakut apa ntah, pantang tak nampak muka orang, comfirm menjerit meraung air mata sebaldi. Kalau Saif tido pukul 9 malam, pukul 9 malam la baru ble nak buat kerja sidai baju ke, basuh botol ke, sapu rumah ke, masak bubur ke. Tu pun sambil kejap2 tidokan semula Saif yang terjaga melalak tiba-tiba. Bila kerja saya terganggu mula la nak hangin, enjut Saif dalam bouncer pun dengan pitching tinggi sampai Saif terpaksa tido dengan muka berkerut. Hehehe..mama garang.

Tu la nenek Saif da beratus kali kata "Beli ar buai letrik, senang nak tinggal buat kerja. Bila da tido, tinggal je, xpayah susah kejap2 nak enjut.."

Dah terlambat mak.

Tu yang jadiknya saya pun tak masak, so memang tak makan malam. Kalau lapar, makan je la apa yang ada. Biskut atau roti cicah Milo pun sudah memadai, Alhamdulillah. (tetiba rasa diri macam daif sangat..sobb..sobb) Err..dinner semalam durian crepe 4 ketui.hehe..

Korang jangan salah faham pulak, ini bukan rungutan tetapi sekadar perkongsian kehidupan yang sedang saya lalui kini. Saya tak rasa susah tapi hanya rasa mencabar. Sebab secara positifnya kita boleh lihat PJJ ini ada jugak kebaikannya. Antaranya yang saya dapat kenalpasti adalah :

1) Tak perlu kisah rumah tunggang terbalik sebab husband tak balik rumah. Hehe..
2) Tak perlu kisah nak masak apa untuk makan malam lepas penat balik keja sebab kita pun makan sorang-sorang. Makan je apa yang ada.
3) Memupuk rasa rindu yang mendalam kepada husband sebab lama tak jumpa. Setiap hari excited menunggu hari Jumaat sebab husband balik. Hehehe..

Ada yang kata "Alah..Karak-KL dekat je la. Ulang alik je la. Ramai je yang ulang alik."

Sejujurnya saya memang tidak mampu. Saya dan Encik Suami tidak mampu. Kami tidak mampu. Kos tol (tol Bentong dan Gombak) sehari RM16x20 hari = RM320 + Kos minyak at least RM20x20 hari = RM400. Totalnya adalah RM720. Tidak termasuk kos lain-lain seperti tiket LRT dsb. Dengan nilai RM720++ itu, terlalu tinggi nilainya bagi kami. Lebih baik kos itu kami laburkan untuk tujuan kecemasan apabila diperlukan.

"Nak jimat naik la motor."

 Naik motor?Bawak motor pun laki aku tak reti daa! Kalau beskal boleh la.

Bila difikirkan kepenatan berulang-alik lebih merugikan, lebih baik tak payah. Biarlah..saya dan Saif lebih memerlukan kualiti masa berbanding kuantiti masa. Buat masa ini. Setakat ini. Tambah pulak waktu bekerja Encik Suami tidak menentu, saya pun tidak memaksa. Waktu kerja suami saya tidak fix 8am-5pm. Nak kuar opis pukul 6 petang pun, ada plak yang menjeling-jeling, 'awalnya nak balik.' Ehmmm..tu la cabaran kerja swasta kan.

Tapi tak tau la kan kalau-kalau ada rezeki Encik Suami bertukar ke tempat kerja yang lebih stabil waktu kerjanya, masa tu mungkin boleh la dipertimbangkan untuk Encik Suami ulang alik naik bas kot. Kan Encik Suami?

4 comments:

  1. Salam Kenal...
    Jumpa jugak orang senasib ngan saya..
    Saya pun PJJ, sy d kl, hubby di Penang.
    Dah dapat bayangkan keadaan saya mesti sama dengan awak nanti bila baby dah lahir... super duper bz mama heehe....
    Harap kita dapat tempuhi sebaik mungkin... Insyaallah

    ReplyDelete
  2. I masa tunang dulu duduk jauh.asyik gaduhhhh jer..sbb tu bila dah kwen i bermatian minta transfer.nasib keja gomen.i mmg kagum dgn kapel pjj ni.susah.ank sakit meragam suma kena handle sendiri...be strong ye dear..

    ReplyDelete
  3. owh..ramai betul ye skrg ni y PJJ..aku baru tau ko PJJ nadt.sori..he3..sbb br je follow blog ko nih..
    tp aku tetap doakan korg dapat bersama2 nnti (entry terbaru ko)..
    aku,mmg dahh jodoh dekat,,depan mata,,x dpt bygkan kesusahan y dialami oleh rakan2 PJJ.

    ReplyDelete
  4. Suami ayu kerja tnb yg manjang outstation. Senang citer on weekend jer ada kat umah. Cuma bile jadual keje area kl or selangor baru balik setiap hari.. tp jarang berlaku sobb sobbbb.

    Kiranya kami pun ala-ala PJj... mmg ayu pun rasa letih dan mencabar sgt. Even ayu x keeja... rasanya lagi penat menunggu jumaat!

    Apa pun.. semoga suami kita sentiasa selamat kan?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...