Gadget

Thursday, December 27, 2012

IKEA Meltorp Table + 4 chairs


sumber : ikea.com

Saya memang dah lama jatuh hati dengan dining set ni. Sangat murah dengan hanya RM278.60 ble dapat meja makan siap dengan 4 kerusi. Saya da survey kat kedai perabut Karak, paling murah pun ble dapat RM350. Tu pun design ntah ape ape ntah.

Kenapa saya suka set ni? Sebabnya :
1) Murah
2) Design yang simple dan moden. 
3) Color putih yang memang serasi dengan kebanyakan perkakasan elektrik saya yang berwarna putih
4) 4 kerusi sudah memadai untuk rumah sewa yang jarang orang datang melawat ni
5) Setakat untuk sorang dua makan watpe set besar-besar n mahal2 kan
6) Meja ble jadi port letak barang shopping. Sekarang ni barang dapur beli semua letak kat lantai je sebelum disimpan. Daif je rasa..sob..sob..
7) Pindah rumah sendiri nanti barulah fikir beli set yang besar n mahal kan.
8) Cukup molek untuk dapur saya yang tak la besar mana pun
9) Kerusinya stackable, jimat ruang jika tak digunakan
10) Jenama IKEA (inipun ble jadik reason ke)

So hari cuti yang lepas saya da heret Encik Suami untuk beli set ni. Tapi bila diukur-ukur agak was-was plak muat ke kalau nak sumbat dalam kereta. Dalam bonet of course la tak muat. Nak sumbat kat seat belakang tu la masalahnya muat ke? Dah ambil tape ukur macam muat-muat je tapi tu la was-was kot tiba masa nak menyumbat tu jadik tak muat plak.

So, tangguh dulu hasrat beli meja ni. Encik Suami kata tunggu dia beli kereta besar baru beli meja tu. Waaahhh..nak beli kereta besar itu lambat lagi, sementara tu ntah ntah meja ni pun da abes stok.

Err..korang rasa muat tak nak sumbat dalam kereta? Keretaku Proton Saga BLM je pun.

6 comments:

  1. muat kot. kalau tak muat, keluarkan dari kotak pastu susun sikit2 dlm kereta n bonet.

    ReplyDelete
  2. kt umah pun meja mkn ikea jugak..kusi die sama mcm pic tu..cuma meja die kaca..ms beli 199..cntik! suka design ikea..modern, simple but nice!

    ReplyDelete
  3. mrs yana : kuarkan dari kotak? brilliant idea! i'll try. :D

    ReplyDelete
  4. Waa best2!!tak rugi beli...dh pindah pon angkut je..wat makan kat dapur...meja baru letak kat dining area.

    ReplyDelete
  5. saya punya meja makan dan kerusi pun yang ini muat je suami saya sumbat masuk kereka

    ReplyDelete

Time kaceh 4 ur comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...