Friday, December 28, 2012

Kecik-kecik selalu kena tipu..

Hari ni nak share sket story masa kecik-kecik dulu. Asyik citer pasal anak je, sesekali kita lari topik la kan. Ntah tetiba teringat plak zaman kecik-kecik dulu.

Saya ni boleh dikira naif jugak la. Selalu kena tipu. Kepala penipu besar adalah abang saya sendiri. Antara yang selalu ditipu :

1) Bila melihat ada net berterbangan di kawasan angin lintang di highway, saya bertanya "Apa tu?"
 
    "Tu tempat Santa Claus letak hadiah time Krismas" jawab abang selamba.

    "Owhh..." saya mengangguk pada masa saya memikirkan macam mana nak bawak turun hadiah tu
      nanti.

2) Semasa makan nasi dengan ikan goreng, abang saya kata, "Kalau kau makan ekor ikan ni, nanti kau jadik ikan duyung."

Wahhh..bestnya jadik ikan duyung. Maka saya pun bersungguh-sungguh makan ekor ikan dengan ekor ikan orang lain pun saya rembat. Satu hari, saya dapati kaki saya bersisik (sebab terlampau kering). Saya gembira kerana saya dah hampir menjadi ikan duyung!

3) Semasa makan limau, abang saya kata, "Kalau kau telan biji limau ni, nanti pokok limau akan tumbuh dalam perut kau, pastu daun pokok tu keluar dari mulut kau. Eiii.."

Takutnya saya nak makan limau lepas tu!

Tu antara kisah penipuan yang paling merapu. Tak termasuk kisah penipuan ini oleh abang saya pada adik bongsu saya. Adik saya masih kecik lagi masa tu. Masa tu kami melalui tepi tasik Wetworld Batu Pahat.

"Dalam tasik ni ada nagaaaaa.." Kata abang beria-ia.

"Ye ke? Macam mana naga tu boleh ada kat sini?" Tanya adik penuh minat.

"Dia datang sini naik bas ekspress dari Penang." Jawab abang selamba.

OK. Cukup-cukup la merapu!

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...