Gadget

Wednesday, December 26, 2012

Pencarian Termos Makanan Tercapai!

Adoii cerewetnya mama Saif ni macam-macam gadget nak beli semata-mata nak menyediakan makanan untuk anak je pun. Hehe..saya akui sedikit cerewet di situ sebab nak kan yang terbaik untuk anak la kan. Lagi satu untuk makanan anak ni seboleh-bolehnya saya tak nak menyusahkan bs Saif. Biar saya yang susah payah asalkan dia senang nak bagi anak saya makan. Sebelum ni saya bekalkan bubur sejuk then bs kena panaskan dulu guna warmer. Macam leceh la di situ.

Nak beli termos food jar ni pun cerewetnya da merata kedai daku belek tak beli gak. Orang kata kat Jusco ada, daku pi tak berkenan plak. Ku pi OBW outlet kat Taman Permata tu, berkenan tapi mahal la pulak tak berbaloi sebijik seciput tu je da dekat RM100. Yang peliknya harga kat outlet lagi mahal daripada online, confuse jap so tak beli.

Sudahnya hari minggu sudah tatkala meronda-ronda mengabiskan duit kat Tesco, maka dipertemukan jodoh dengan termos ini.


Ya, termos yang bukan berjenama Thermos. Sebelum ni memang penah survey La gourmet ni tapi agak mahal la seratus lebih gitu. Tercekik gak la menengoknya masa tu. Tapi untuk Thermal Lunch Box yang comel ni harganya tak sampai seratus pun. Still mahal gak la sebenarnya tapi saya rasa berbaloi sebab ada 3 bekas comel di samping termos tu. Oh ye, tak lupa juga ada chopstik yang comfirm memang tak akan guna.hehehe..

Ok, meh kita intai sket rupa sebenar lunch box ni. Atas tu kotak je kan. Kalau saya tunjuk kotak kosong je pun korang nak percaya ke. haha..

 Ni rupa sebenar. Baru casing je tu.

Tadaaa! Tu dia termos dan bekas comel dengan bekas chopstik terselit dalam net tu.

Termos yang diidam-idamkan

 Perbandingan saiz termos tu dengan tupperware air 1L pink saya

 
Terus buat eksperimen masak bubur panas, buh dalam ni.

Hasil eksperimen, tidak mengecewakan. Saya masak bubur ni simpan dalam termos around 11.30 am. Then saya buat kerja lain, siap merayap pi Temerloh lagi. Balik rumah kol 5.30 pm, bukak termos, ok still suam-suam kuku lagi. Ok la kan. Lulus untuk hantar ke bs.

Bekas-bekas comel 3 bijik tu nak buat ape plak? Haa..buat masa sekarang memang saya tak gunakannnya lagi sebab Saif belum cukup umur lagi kot untuk start makan makanan yang lebih pejal. Sampai masanya nanti bekas itu akan jadi sangat berguna untuk bekalan pancake, muffin, puding, roti dan macam-macam lagi. Memang berbunga-bunga rasanya hati ini. Hehe..

p/s : Now tengah fikir cara paling pantas nak masak bubur panas waktu pagi sebab Saif telinga lintah pantang dengar bunyi mamanya bukak pintu bilik, dia pun bangun join masak bubur sama. Ehmm..

11 comments:

  1. berapa harga termos ni? cantik la

    ReplyDelete
  2. harga tak bape ingat. dalam RM80++ gitu la.

    ReplyDelete
  3. cantik la termos ni.memang berbaloi dgn harganya..

    ReplyDelete
  4. makan banyak2 tau saif.. razin tu nk makan bende manis & lemak2 saje.. hihi. eh dekat dh ngan gombak tu.. singgah la jumpe kembar :P

    ReplyDelete
  5. hai mama razin. saif pun suka yg lemak manis jugak. kalau bagi sweet potato laju aje mengejar. cer bagi epal, bluweekk dibuatnya. gombak kat mana tu?huhu..

    ReplyDelete
  6. menariknyer..!!! siap ade bag die...aty ritu dah beli tapi macam tak lame jer panas nyer..jadi plan nak gi beli lain pulak..

    ReplyDelete
  7. aty,memang menarik. dan sangat mudah la kalau nak bawak travel sebab ada beg sekali, macam2 makanan ble bawak. even makanan mak paknye pun ble sumbat.hehe..

    ReplyDelete
  8. beli kt mne ye termos ni

    ReplyDelete
  9. beli kat tesco. jusco pun ada jual gak ni. kat the curve pun ada outlet yg jual barang2 la gourmet ni.

    ReplyDelete

Time kaceh 4 ur comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...