Monday, December 31, 2012

Perlu Ke Slow Cooker?

sumber : google.com

Tolong bagi pendapat dan idea bernas sket, perlu ke saya beli rice cooker ni. Dalam 2 minggu ni saya da start bagi bubur nasi pada Saif, cuma tang nak memasaknya tu cam leceh sket. Leceh apanya tau, meh saya citer.

Sebelum ada termos, saya masak bubur waktu malam, then sejukkan dalam peti ais. Esoknya hantar satu bekas pada bs. Bs kena panaskan dulu sebelum bagi pada Saif. Cam leceh ar sket di situ.

Then bila da ada termos, saya teruja untuk menyediakan bubur panas pada waktu pagi. Saya takde hal mengorbankan waktu tidur untuk bangun seawal 6 pagi (awal ke..) untuk masak bubur Saif. Masalah utamanya sekarang bila saya bangun ke dapur, saya baru 'ketiikkk' dapur, Saif da menjerit "Mammmmaaaaa!!!" Dah berlari balik semula ke bilik pujuk Saif tapi sudahnya tak tido. Sudahnya tak jadi masak bubur, terpaksa bagi bekal puri atau biskut Farley Rusk je ke bs. Da 2,3x jadik macam ni. haiihh..

Then, saya cuba kaedah lain. Masak waktu malam, then simpan dalam peti sejuk (sama macam sebelum ni). But then pagi saya panaskan je bubur tu semula. Nak panaskan bubur je pun Saif da menjerit "Mammmmaaaaa!!". Haiii..ada jugak aku tak bagi makan budak ni karang.

So saya mula membayangkan untuk membeli rice slow cooker bagi memudahkan kerja. Banyak review kata memang senang la, malam masuk beras ngan air, then tinggalkan je. Sok pagi bangun siap da bubur tu. Lama giler nak masak bubur, errr..tak bazir karen ke..tapi senang memang la senang kan. Tak perlu da dok depan dapur kejap2 nak kacau bubur tu takut hangus kan.

Kalau guna rice cooker biasa tak boleh ke ha? Masak cam masak nasi biasa tapi bubuh air lebih, boleh tak? Tapi rice cooker saya takde function untuk porridge, boleh ke?Bukan nak berkira bab beli slow cooker ni cuma takut nanti jadik perhiasan dapur je bila tak guna karang. Camne ek? Cer bagi pendapat sket.

6 comments:

  1. ada blogger aritu,dia blend beras smpai halus cm tepung,then pg tu,dia just tuang air panas dalam termos,trus jd bubur.senang sangat.kalo x silap,erin kot yg buat gitu..

    ReplyDelete
  2. nadt memang blend bubur halus cam tepung tu but still masak around 20 minit gitu sebab nak pastikan betul2 masak. Penah try masak 5-10 minit rasa cam mentah2 sket bubur tu.xpenah lagi try guna air panas je cam tak konfiden.hehe..

    ReplyDelete
  3. erin tu saye ke? ahahaha. fifi rin tak buat camtu la (klu sy la yg dimaksudkan) sy rasa x payah kot beli slow cooker, sy biasa masak untuk seminggu terus then bekukan. tapi ada jugak 2-3 kali masak fresh pagi2, masak dlm rice cooker je, x payah sibuk nak kacau, biar je dia masak sendiri, dah siap terus senduk, blend dan masuk termos. sbb anak sy pun macam saif, sy bgun 5.30pagi, dia pun bangun skali, camnelah nak masak bubur pakai dapur, mau hangit. or else kalau u masak malam2, u panaskan cara double boiler atas dapur(sy selalu buat jugak) pun tak payah kacau selalu, pegi tengok sekali sekala je, dh panas, terus masuk termos.

    ReplyDelete
  4. owh..kiranya ble la ek masak guna rice cooker biasa. lama x masak guna rice cooker tu, kena letak air banyak mana.

    ReplyDelete
  5. So far aty ok pakai periuk lame tu..heheh..okey..sbb aty suri umah so ok sikit lar..kalau bekerje tu..may be sesuai la pakai slow cooker tu..:-)

    ReplyDelete
  6. Pakai periuk nasik comot. Nak2 yg jenis jar tu. Huh.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...