Monday, January 30, 2012

Perkembangan si comel bulan demi bulan

Sudah jadi rutin bagi saya untuk buat baby scan setiap bulan. Since saya ada history bleeding sebelum ni, so kerisauan selalu ada memikirkan kesihatan dan perkembangan si comel ini. Dah lama nak share gambar-gambar scan ni tapi asyik lupa je. hehehe..

Gambar 1 : Minggu ke-8 (2 bulan)
Nampak tak bulatan biru yang doc lukis tu? Nampak tak apa kat dalam dia? Tak nampak? Hahaha..saya pun tak nampak pape dalam gambar ni. Masa scan nampak la. Bila print hampeh. Ni gambar scan kat KKIA.


Gambar 2 : Minggu ke 11-12 (+-3 bulan)
Sangat suka gambar ni. Scan di Klinik Leong, Tampin. Masa ni dah nampak bentuk kepala, kaki dan tangan dia. Masa scan ni, kaki dan tangan dia melambai-lambai tau. Comel sangat. Pastu kalau tengok betul-betul gambar yang first belah kiri atas tu, baby comel macam senyum. Comelnya!


Gambar 3 : Minggu ke 19-20 (+-5 bulan)
Terus skip ke minggu-20 sebab masa minggu-16 ada scan kat KKIA tapi dia tak print gambo, just print tulisan ukuran baby je. buat hape. haa..gambar minggu-20 ni da berganda besar daripada minggu-12 tu. Klinik yang sama. Dah tak nampak keseluruhannya. Banyak nampak kepala. Tulang belakang pun sangat clear masa ni. Masa ni pun dia bergodek2 tak reti diam sebab baru lepas makan. Tak dapat nak ambik gambar angle yang cun. Hehehe..
 

Gambar 4 : Minggu ke 23-24 (+- 6 bulan)
Latest gambar masa scan sabtu lepas. Ni kat klinik lain. Kat Klinik Normah, Damansara Damai. Masa scan ni posisi si comel tengah sujud. So memang nampak kepala ngan badan je la. Masa ni pun kaki dia dok tergodek2 tak reti diam sampaikan doktor pun gelak tengoknya. Hehehe..comel la anak mama ni. Oh ye, first time tau berat baby. Beratnya 503 gram. Wah..da setengah kilo dalam perut ni. Alhamdulillah doc kata normal dan sihat.

 
Haaa..cepat je masa berlalu. Minggu ni dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah. Doakan perjalanan ini terus dipermudahkan ye. Semoga anak mama terus berkembang sihat dan sempurna. Amin.

p/s : Terjumpa laman web ni. Sangat bagus untuk check ukuran dan berat fetus.
http://www.baby2see.com/medical/charts.html . Check it out.

Friday, January 27, 2012

SENSITIF


Tiada post istimewa. just nak bagitau hati makin sensitif lately. Susah benar orang sekeliling nak memahami. Ehmmm...

Wednesday, January 25, 2012

Checkup Lagi - Injet Pulak!

Seperti dijanjikan, 2 minggu lepas checkup yang sudah, saya kena datang check up lagi untuk pantau berat badan. Hasil diet yang bersungguh-sungguh (walaupun kantoi sejak 2 hari lepas sebab ada kenduri di kampung), Alhamdulillah berat badan berjaya dicontrol dengan cemerlang. Ikut kadar sepatutnya, berat saya sepatutnya naik 1kg dalam masa 2 minggu. Tadi timbang, naik 900gram. Ok la tu. Ikutkan timbang tu pun kejap-kejap bertukar 54.1 dengan 54.2. Saya pilih 54.1, perasan ringan sikit. Selain daripada tu, check urin pun semua ok. Tiada gula, tiada protein juga tiada kencing kotor. Cemerlang. Bagus anak mama ye. Hihi..

* Result urin. Semua negatif.



 * Catatan nurse semua pakai pen biru. Maknanya bagus. Normal. 

Sebagai tambahan, untuk checkup kali ni saya disurprisekan dengan suntikan kancing gigi. Tujuannya untuk elak jangkitan kuman pada luka bersalin selepas melahirkan anak nanti. Alamak, berdebar pulak rasa. Kena masuk bilik imunisasi, injet di situ. Ok la, tipu kalau kata tak sakit. Tapi takdelah tahap nak histeria. Just rasa sengal-sengal je. Nurse kata, masa mula-mula injet memang tak rasa sakit. Tapi bersedialah untuk hari esok. Anda akan mengalami sakit tulang, rasa macam kena tumbuk, nak demam semua pun ada. Setakat lepas injet tadi memang tak rasa sakit lagi, even saya boleh drive balik ke opis seorang diri. Cuma bila menaip ni mula rasa sengal-sengal berdenyut di bahagian tangan yang kena injet tadi. Oh ye untuk makluman, suntikan kancing gigi ni kena buat 2 kali. So bersiap sedialah ya.

Thursday, January 19, 2012

Sakit kakiiiii..


Dah beberapa hari ni sakit kaki la pulak. Semalam kaki kiri yang sakit sebab malam sebelumnya tu nak cramp tapi berjaya control. So cramp sikit-sikit je. Tapi akibatnya sakit lutut kiri sampai nak bengkok kaki time solat pun rasa macam nak putus urat kaki.

Malam tadi kaki kanan pulak yang hampir nak cramp. Berjaya control jugak. Biasanya cramp ni nak jadi bila  ter'over' mengeliat. Lupa pulak tengah mengandung, ada hati nak mengeliat sepuas hati. Bila da tergeliat urat baru padan muka.

Tapi yang pastinya setiap kali bangun tido, mesti sakit di bahagian tapak kaki bila menjejak lantai. Nasib baik ada selipar gebu stoberi, tak terasa sangat sakitnya. Kalau cramp kat betis tu biasalah tau sebab kurang kalsium ek. Memang da 2 minggu ni stop minum susu sebab nak control berat badan yang da ter'over' ni. Tapi kalau sakit tapak kaki tu sebab apa plak ek? Ehmm..

Wednesday, January 18, 2012

Lelaki..perempuan tak kisah?


Perkara yang membuatkan bakal ibu dan bapa teruja semestinya jantina si anak kan. Dalam kepala da terbayang kalau baby girl, nak kena beli baju color pink. Pastu rambang mata tengok gaun cantek2, headband yang comel2. Kalau baby boy pulak biasanya tak teruja sangat dengan baju. Pilihan baju lebih pada kemeja dengan jeans kan. Tapi si papa mesti la seronok lepas ni ada la teman sepermainan bola.

Tapi yang saya nak cerita kali ni sebenarnya adalah mengenai buku  yang bertajuk "Lelaki,Perempuan..Tak Kisah". Proses nak memiliki buku ni mengharungi pelbagai kesukaran.

Alkisah kali pertama terpandang buku ni di sebuah kedai kecil di Kiara Square, Bahau semasa pulang bercuti. Sekali belek, terus sangat jatuh cinta dengan buku ni. Penuh info berguna yang diselitkan kartun-kartun menarik. Tapi bila tengok harga - RM32. Ehmm..bagi saya RM32 adalah agak mahal bagi sebuah buku yang bilangan mukasuratnya tidak pun mencecah 200 m/s.

Hubby bagi cadangan supaya beli buku secara online. Biasanya beli buku online kan ada diskaun. Maka buku itu diletakkan kembali ke rak asalnya. Maka balik saja rumah, terus kami search buku tu. Yarabbii..takde! Masuk laman web yang glamer2 pun takde jual buku ni. Bila search nama publisher, keluar maklumat penerbit di Singapore. Ehmm..Singapore punya publisher ke, patut la mahal. Hampa di situ.

Beberapa minggu kemudian, sempat berjalan-jalan di Mydin Melaka. Tengok-tengok ada kedai buku MPH. Tergerak hati nak cari buku di situ. Mula-mula cuba mencari sendiri, tak jumpa. Kemudian pergi ke kaunter, minta budak yang jaga kaunter tu search buku tu ada ke tak. Kalau memang takde, takpayah la susah-susah nak mencari. Bila search, ada! Ada 3 buah! Maka dikerahlah 3 budak MPH tu untuk cari buku tu. Tapi tak jumpa jugak! Lebih kurang setengah jam jugak mencari tak jumpa buku tu (padahal MPH tu kecik je). Pasrah, memang takde jodoh la dengan buku ni. Maka saya kata "takpelah, lain kali kalau jumpa contact saya " (siap tinggal no.phone tu).

Saya pun mencari-cari si hubby di rak belakang. Sambil berjalan ke arah hubby, sempat menjeling-jeling buku di rak. Tiba-tiba terkaku pada buku berwarna putih dengan tulisan warna-warni. Saya keluarkan dari rak - Haaa!!Inilah dia yang saya cari! Dengan excited pergi semula ke kaunter bagitau budak-budah MPH tu yang saya da jumpa buku tu. Diorang pun tepuk dahi sambil kata "Malunya kita tak dapat cari.." Hehehe..

Maka dengan berjumpanya buku itu, tercapailah impian saya (cehh..impian sangat). Balik rumah terus baca dengan khusyuk. Tak sampai setengah hari, da habis baca. Hubby kata "Aik..cepatnya baca. Ok, boleh la pulang balik buku tu." Hehehe..

So kat bawah ni, saya sertakan la beberapa snap daripada buku tu. Sangat menarik ok..saya tak jemu bacanya berulang kali.

 

Thursday, January 12, 2012

Latest Checkup

Ni hasil checkup yang terbaru 10 Jan kelmarin, hari selasa. Alhamdulillah, saya datang waktu petang, orang tak ramai. Terus dapat giliran pertama kat makmal. Lepas ambil sampel urin dan darah, inilah resultnya.

 Cemerlang kan? Semua tulisan color hitam/ biru. Takde color merah. yeahh!

Kemudian macam biasa bawa result ke KKIA kat belakang. Tang ke KKIA ni yang punyelah lama menunggu. Daripada pukul 2.30 sampai la ke pukul 3.00 baru la dipanggil masuk. Padahal sebelum tu tak ada orang pun. Saya orang pertama kat situ. Tapi tak dipanggil-panggil. Seb baik mama ni penyabar kan.

So akhirnya dipanggil masuk. Macam biasa check blood pressure plak. Ok je. Then untuk pertama kali check heartbeat baby. Sebelum ni memang la da biasa check hearbeat baby guna fetal doppler sendiri kat rumah so takdelah rasa jakun sangat. Tapi serius cam nak gelak tengok fetal doppler klinik yang besar gedabak macam radio dahulu kala. Plak tu bila nurse tu dok pusing-pusing volume da macam mencari channel radio. Tahan gelak je la. Senang nak cari heartbeat si comel ni, ye la da 5 bulan lebih kan. Kejap je da dapat dengar dug dug dug jantung dia. Alhamdulillah, normal.

Bila tang menulis kat buku merah, nurse tengok result saya. Excellent tu. Bajet da habis cemerlang da tu. Tetiba dia kata "Eh, berat awak naik banyak ni. 3.2kg. patut naik 0.5kg je." Alamak, kantoi pulak di situ.


 Spoil ada color merah di situ!


"Kena minum air gula ni."

Dialog yang memang sume mommies takkan suka dengar. Tapi saya relax, cool menjawab "Saya da minum 2 kali. Doktor pun kata lepas ni minum masa 28 weeks je."

Nurse belek-belek buku, betul memang doktor ada tulis repeat MGTT by 28 weeks. So selamat la di situ. Nurse pun ok, dia pun tak cerita banyak. Cuma yang tak bestnya kena datang lagi 2 minggu untuk checkup bagi pantau berat badan. Aiyaa..mama kena control makan la pulak.

Tapi saya tak control pun. Semalam baru je beli aiskrim satu bekas besar.Hihihi..

Tuesday, January 10, 2012

Takkan Dah Nak Beranak Kot?

Ini post sedikit basi, saya terlupa nak post.

Serius pada suatu pagi rasa-rasanya dalam pukul 2 pagi kot, saya terjaga bila rasa sakit sangat perut ni. Saya rasa perut ni macam meregang dan tertarik-tarik. Macam kena simpul biawak kat kaki tu tapi ni kat perut. Hubby sedang tidur dengan nyenyaknya. Malas nak kejutkannya sebab fikir kalau kejutkan dia pun bukannya dia tau nak kena buat apa pun. So saya pun cuba menahan sakit. Tapi makin lama makin sakit sampai saya tak boleh nak bergerak dah! Nak mengiring ke kanan tak boleh, nak mengiring ke kiri pun tak boleh, nak terlentang pun ikutkan tak boleh tapi dah itu posisi saya tidur sebelum tu so memang tak boleh buat apa pun. Hanya mampu mengerang-ngerang sakit berlawan-lawan dengan dengkuran hubby. Sampai satu ketika rasa macam nak menangis pun ada sehingga terdetik, "Takkan dah nak beranak kot? Awal lagi ni, baru 5 bulan. Tak mau beranak lagi..tak mau.." Saya terus cuba bertahan.

Rasanya dalam setengah jam jugak kot saya berperang dengan rasa sakit itu. Tetapi saya pun tak ingat entah macam mana bila tiba-tiba perasaan sakit itu hilang! Fuh..punyalah lega bila da tak sakit. Maknanya memang bukan nak beranak la ni. Fuhhh..tapi serius saya fikir nanti bila saya nak beranak betul-betul nanti macam tu agaknya sakitnya.

Saya cerita pada kawan opis saya, dia kata Braxton Hicks la tu. Maknanya contraction olok-olok. Olok-olok pun sakitnya humanggg aiii.. Memang pernah baca pasal Braxton Hicks sebelum ni tapi tak sangka boleh kena seawal ni. Biasanya Braxton Hicks berlaku bila da masuk 3rd trimester, tetapi ia juga boleh berlaku seawal kandungan 6 minggu tetapi bakal ibu tidak begitu merasakannya kerana ia berlaku terlalu perlahan. Bila google pasal punca Braxton Hicks ni antara puncanya adalah :

1) Ibu / bayi terlalu aktif
2) Ada seseorang menyentuh perut anda
3) Menahan kencing sampai da penuh
4) 'Bersama'
5) Dehidrasi

Antara semua punca yang diberi, saya rasa punca utama adalah yang pertama iaitu bayi terlalu aktif. Tak mungkinlah saya yang aktif sebab tengah tido kan. Ya, bila pergi klinik untuk scan keesokan harinya memang betul si comel itu sangat aktif menendang-nendang. Kepalanya pun kejap pusing sana, pusing sini. Sudahnya tak dapat ambik gambar posisi yang cun. Tak pe lah, nak aktif pun aktif la. Yang penting sihat dan sempurna. Jangan nakal-nakal ya!

Saturday, January 7, 2012

5 Months ++

Seronoknya bila dah masuk 5 bulan ni. Ini bermakna sudah separuh perjalanan saya tempuhi. Semoga segalanya sentiasa dipermudahkan sehingga tiba masanya untuk menatap si comel pada bulan 5 nanti~Insya-Allah.

Semakin hari juga bermakna semakin banyak pengalaman baru yang ditempuh. Bermula daripada mabuk teruk, sekarang da lega. Kemudian sakit pinggang sampai nak berjalan pun rasa nak patah, sekarang da menjadi sebahagian kebiasaan. Sekarang ni pula perut semakin meregang untuk memberi ruang kepada si comel di dalam. Adakalanya rasa macam nak meletup terutama lepas makan. Fuuhh..macam ditarik-tarik perut ni. Yang seronoknya ini bermakna si comel makin membesar. Malah pergerakannya makin kuat dirasa! Sebelum ni masih was-was betul ke itu si comel yang sedang bergerak. Tetapi kini memang comfirm si comel itu yang sedang bergodek-godek di dalam perut. Adakalanya sengaja baring terlentang meregangkan perut untuk merasa tolakan si comel. Hihihi..seronok.

Pengalaman berharga sebegini membuatkan saya bangga menjadi perempuan sebagai ciptaan Allah yang hebat. Bayangkan dalam keadaan bersusah-payah dan adakalanya sakit, tetapi kita sebagai perempuan masih mampu senyum dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Demam macam mana pun, kita masih bertahan tak mahu makan ubat demi menjaga perkembangan si comel. Masih mampu meneleku di depan PC menyiapkan kerja sebelum dateline, masih mampu berkejar ke sana-sini menguruskan rumah, masih mampu berjalan-jalan shopping! Kena pulak makan vitamin-vitamin yang besar bagak. Yang penting senyum perlu sentiasa diukir.

Maka bakal-bakal ibu sekalian jangan sesekali mengeluh. Jadikan segala yang berlaku sebagai suatu pengalaman yang sangat berharga. Inilah anugerah Allah kepada perempuan yang tidak ternilai hikmah dan pahalanya. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ~Insya-Allah..

Thursday, January 5, 2012

Adakah itu petanda?

Dah lama tak update post di blog ni. Sibuk bercuti. Bercuti pun sibuk ke? Huhu..Start hari Jumaat sebelum tahun baru, balik bercuti di rumah mertua. Sambung pulak cuti selasa dan rabu. Hari ni baru kembali bekerja (masih mood malas lagi..huhu..)

Sepanjang bercuti ni, anak buah yang umur setahun lebih tu asyik nak berkepit je ngan saya. Padahal sebelum ni dia jenis biasa-biasa je dengan semua orang, takdelah tahap berkepit. Ini sampaikan nak sentiasa berdukung, nak duduk riba, makan pun nak saya yang suap. Wah..manja betul dak ni. Ada apa-apa tandakah? Mak mertua kata dalam perut tu baby boy kot sebab tu Isha dok melekat je, carik kawan). Hehe..saya sengih aje lah. Ada sekali tu, Isha tengok gambar baby dalam katalog, spontan dia tunjuk kat saya kemudian nak selak baju saya tengok perut. Aik? Budak ni cam tau-tau jek ada baby dalam perut ni.

*ni la anak buah saya tu. Alisha yang manja n lemah lembut je..(^_^)

Dan suatu pagi tu, hubby bercerita pada saya.

"Ayang, malam tadi abang mimpi ayang da bersalin. Baby boy.  Tapi dalam mimpi tu abang takde dengan ayang masa ayang bersalin sebab abang sibuk kerja. Ayang cuma sms je kata da bersalin. Tapi abang terlupa nak call ayang semula sampai keesokan harinya. Abang da cuak da sebab abang tau mesti ayang merajuk punya bila abang tak call. Tapi abang call la jugak tanya baby macam mana. Ayang cakap muka baby comel sangat. Abang tanya lagi, berat baby berapa? Ayang jawab baby tak timbang lagi sebab lahir terlebih due, doktor tak boleh nak timbang takut tak sah dengan berat sepatutnya. Abang tak sempat nak tengok baby sebab ayang da kejut abang bangun tido."

Hehehehe...saya gelak je bila dengar hubby cerita beria-ia. Hubby cerita pun sambil gelak-gelak. Mungkinkah ini tandanya si kecil di dalam ini memang boboiboy? Hihihi..kena tunggu scan lah nanti baru comfirm kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...