Tuesday, February 28, 2012

7 bulan

 Terlalu sibuk dengan bebanan kerja. Just nak update perkembangan terkini. Hari ini sudah genap 7 bulan si comel di dalam perut ini. Bermakna saya juga telah memasuki trimester terakhir. Alhamdulillah perjalanan saya dipermudahkan setakat ini. Sakit-sakit sikit tu biasalah. Segalanya saya anggapkan sebagai nikmat tidak terhingga yang Allah kurniakan buat saya. Doakan kami sentiasa sihat dan selamat sehingga tiba saat si comel ini menjengah dunia. Amin.

p/s : Esok kena MGTT. Hopefully result ok. :p

Friday, February 17, 2012

My Polka Dot Dot Dot

Dah lama teringin nak buat apam polka dot ni. Akhirnya baru berkesempatan. Dah dua kali buat. Percubaan pertama minggu lepas rasanya memang menjadi cuma rupa ada kureng sikit. Kukus kali pertama ok, kali ke seterusnya apam mula berlubang-lubang. rupa-rupanya sebab kukus guna api besar. patutnya kena guna api kecik barulah tak jadik berlubang teruk.

 * Percubaan pertama. Yang paling comel je diambil gambar.hehehe..

Semalam cuba buat lagi. Percubaan kali kedua lebih menjadi. Cuba-cuba juga melukis ladybird dan bee. Percubaan pertama sedikit kureng, warna terlampau kembang. Percubaan kedua baru la menjadi dengan comelnya. Hehehe..so inilah hasilnya.

* Sebelum kukus

* Selepas kukus. Tadaa! Comel kan?? (Sila angguk..hiiii)

Siap masak dan kemas semua da pukul 12.15 tengah malam. Waaa..ngantuk bangat. Makanya hari ini pun sudah beratus kali asyik menguap je. Sekian...(-_-)zzzzzzzzzzzz

Saturday, February 11, 2012

Petua Supaya Mudah Mengandung

 
sumber : google.com
Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji

2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.


InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.
Sumber info : Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

Wednesday, February 8, 2012

Tips Untuk Yang Sesak Nafas Ketika Hamil

Lately rasa berat sikit bila nak bernafas. Maybe perut makin penuh diconquer oleh baby sampai nak bernafas pun jadi berat. Pastu badan pun berangin semalam. Tak tau la kot sebab saya pi balun makan cekodok pisang kelmarin, tu yang jadi macam ni. Dah tau tak boleh makan pisang, makan jugak. Ni lah padahnya.

Nak tengok TV pun jadi serba tak kena. Baring terlentang tak best, mengiring tak best, duduk pun tak best. Semalam En.Hubby ada so boleh la dia tolong picit-picitkan belakang. Lega sikit naaa..Tapi lega-lega pun, semalam muntah jugak setelah sekian lama meninggalkan alam itu. Eii..tak suka.

Tadi terbaca dalam post Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. Wah..siap ada persatuan. Ni antara tips bagi yang mengalami masalah sesak nafas ketika hamil.

"Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas wajar terjadi. Hal tersebut disebabkan kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Sehingga rongga paru akan berkurang dan timbul sesak. Memang ada sebagian ibu hamil tidak merasakan hal tersebut."

Berikut adalah tips untuk membantu mengurangi sesak selama kehamilan ibu :

* Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil. Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar. Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan. Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.

* Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas. (betul..selalu rasa rusuk cam terpenyek bila tak duduk tegak) 

* Saat tidur usahakan agar kepala dan bahu diganjal pada satu atau dua bantal. (betul..kepala kena tinggi sikit, baru selesa nak tidur) 

* Jika sesak dirasakan saat berdiri atau berjalan, istirahatlah, bungkukkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal. Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda. 

Oh ye..tadi pergi check-up lagi. Macam biasa result cemerlang kecuali berat terlebih. Naik 2.6kg dalam masa 2 minggu. Sekarang berat sudah 56.7kg. Berdebar pulak rasa bila nak mencecah 60kg. Hehehe..minggu ke-28 nanti kena minum air gula jawabnya. 

Wednesday, February 1, 2012

Hari Manis-Dating


Dah lama plan nak pergi i-City ni sejak sebelum kahwin lagi masa mula-mula i-City dibuka. Tapi masa tu tempat tengah glamer, so jalan nak masuk sana asyik jem so malas nak pergi. Last week ada promotion kat Groupon. Dapat diskaun 40%. Dengan harga hanya RM33/nett, dapat masuk Snowalk, naik Ferris Wheel, main 1 outdoor ride dan set KFC. murah kan? Kalau takde promosi ni nak masuk Snowalk je da RM25/nett.

Kami pergi Snowalk waktu siang, tak ramai orang. Ok la Snowalk tu, sejuk bangat hokeyy! Saya dan hubby berjalan berkepit2 tak tahan sejuk. Snowalk tu ciput je, jalan sikit je da abes da. Seb baik ada disediakan Winter Jacket, tahan sikit. Kalau takde kesian baby kat perut nak kena tahan sejuk.Huhu..

  



Sementara nak tunggu malam, sempat pergi jalan-jalan kat Jusco Bukit Raja kat depan tu je. Takde jalan mana pun, just masuk kedai buku je. Dah jadi rutin kitorang pulak mesti nak masuk kedai buku. Lepas Maghrib baru la masuk balik ke i-City. Malam parking mahal-RM10. Siang tadi baru RM1 je.

So untuk sesi malam, kami naik Ferris Wheel. Saya tak nak naik, gayat. Tapi hubby paksa naik jugak-rugi katanya kalau tak naik kan da bayar. So terpaksa la naik jugak. Sepanjang dalam Ferris Wheel tu memang pejam mata je la sambil paut kuat-kuat besi kat tepi macam nak tercabut dibuatnya. Nasib baik cuma sekali pusing je, lega bila dapat turun.

 * Tengok muka saya yang cuak tak mau buka mata. Hubby rilex je membuli saya. :p

 
* Pemandangan dari atas Ferris Wheel 

Seterusnya kami ke sesi outdoor ride. Macam-macam permainan kat sini macam funfair. Tapi kena pilih-pilih la permainan apa since saya pregnant tak boleh la main permainan yang berbahaya. So pilih main Wonder Coaster. Macam Roller Coaster tapi kecik je just untuk budak-budak. Saya dan hubby berhimpit-himpit punggung nak muatkan dalam Coaster tu. Mula-mula pekerja kat situ tak bagi saya main sebab pregnant, tapi saya yakinkan boleh so dia bagi lepas. Alhamdulillah, tiada perkara tak diingini berlaku. Main tu pun sekejap je. Juz nak menghabiskan tiket yang ada.

So da habis sesi bermain, barulah menikmati pemandangan lampu-lampu yang bergemerlapan di situ. Ambil gambar pun tak banyak sebab semua pemandangan lebih kurang sama je la kan-lampu!

 




* Gambar yang sangat menonjolkan perut yang besar. Huhuhu..

Seharian di i-City memang seronok. Ye la dah lama tak berdating menikmati suasana macam ni kan. Sesekali pergi berdating apa salahnya sementara masih larat kan. Itu pun sakit kaki jugalah nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat lain. So sesiapa yang tak pernah pergi lagi boleh la pergi ya. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...