Friday, March 30, 2012

Sangat Susah Hati!

Saya da berusaha sedaya upaya menyapu losyen dengan harapan strectch mark tidak muncul. Malah jika perut gatal pun, saya sedaya upaya menahan nafsu untuk menggarunya. Tapi stretch mark yang huduh itu muncul jugak! Ia tak muncul di perut, tetapi di tepi pinggang menjalar ke punggung dan dari celah peha menjalar ke betis.

Pada mulanya ia hanya muncul dalam amount yang sikit dalam 2,3 garis gitu. Saya tonyoh losyen setiap hari. Tak hilang malah makin banyak! Serius nak menangis tengoknya. Dulu saya kutuk perut adik saya yang ada kesan stretch mark da macam kulit tembikai. Saya kata "padan muka laki kau kena hadap perut kau yang buruk tu seumur hidup." Kejam kan saya? Sekarang saya da terkena tulah. Saya pulak yang terkena! Malu bila hubby tengok. Seb baik dia tidak komplen apa-apa lagi setakat ni tapi awal-lagi saya da mintak dia sponsor saya untuk pegi spa lepas bersalin nanti untuk hilangkan stretch mark itu. Hahaha..

Gambar hiasan dari google. Ni bukan saya tau! Nak tunjukkan camne huduhnya rupa stretch marks itu. Tapi saya punye tak sebanyak dan sehuduh ini la. Tapi masih buat saya menangis tengoknya. Cam geli pun ada.

Saya memang tak boleh ada parut-parut huduh ni badan atau kaki. Malah saya lebih tak kisah muka saya ada kesan jerawat asalkan kaki saya bersih licin tanpa parut. Bila jadi macam ni, terpaksa pasrah. Tak sabar lepas pantang nanti saya nak terus buat operasi kulit. Hubby sila jaga baby ye sementara mama pi spa..hehe..

Seronoknya Da Dapat Jumpa Baby!

Oopss..not me. Nak ucap tahniah pada 2 orang rakan yang da selamat melahirkan permata hati masing-masing dalam bulan Mac ni.


 My Fren : Amalina Musa
Nama Baby : Ahmad Zaim Zafran
D.O.B : 24 Mac 2012
Berat : 3.7 kg (bam bam!)
Delivery method : Normal

 My Fren From RH : Anna --> http://purple-sakura5.blogspot.com/
Nama Baby : Raihana (full name tak tau lagi..hehe)
D.O.B : 29 Mac 2012
Berat : 3.1 kg (updated)
Delivery method : Ceaser cause placenta previa

Kamu semua ni sangat la comel! Semoga jadi anak yang soleh dan solehah ye. (^_^)

Thursday, March 29, 2012

8 Bulan Daaa..


Minggu ni busy sikit. Hari ni baru sempat menjengah blog. Secara rasminya minggu ni adalah minggu ke-32 bersamaan 8 bulan da. Maknanya tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk berjumpa dengan permata hati nan comel ini.

Saya tak perasan perut ni makin besar atau tak sebab memang da sedia besar sejak 6-7 bulan. Cuma rasa makin berat je. Minggu ni saya yakin perut ni memang makin besar. Sebabnya setakat minggu lepas, kain dalam yang saya pakai mesti dipin kerana sangat longgar. Dah beberapa kali kain dalam itu terlondeh jika tidak dipin.Hehehe..tapi minggu ni bila menyarung kain dalam itu, ia elok muat2 di atas perut. Tak perlu dipin lagi. Maknanya perut memang makin besar la kan.

Gambar terkini. Perutku macam tergantung je. Huhuhu.. (Sila abaikan latarbelakang bilik yang bersepah dengan beg-beg dan barang yang da dipacking)

Dengan perut yang macam besar itu, bermakna makin termengah-mengah la nak naik turun tangga setiap hari. Rasa nak terus stay kat opis bawah je tapi da takde tempat kosong so terpaksa jugalah mendaki. Dan si comel itu makin kuat berkick boxing. Adakalanya dia melepaskan satu tumbukan yang sangat padu sampai senak perut dan berkerut muka dibuatnya. 

Oh ye, tangan saya semakin sakit dan kebas-kebas. Sebelum ni sakit dan kebas itu hanya ketika bangun tidur saja. Sekarang ni ia sakit dan kebas setiap masa. Memang susah nak buat kerja apa pun. Tapi nak tak nak kena paksa diri jugak. Doktor kata sebab water retention di bahagian pergelangan tangan menyebabkan ada urat yang tersekat. Kalau tak silap istilahnya tunnel carpal syndrome ape ntah. Tu yang menyebabkan sakit dan kebas. Dan saya perlu bertahan sehingga lepas bersalin nanti. Oh...inilah dugaan demi nikmat yang indah. Sekarang ni saya makin lali dengan rasa sakit dan kebas ini. Oh ye kerana itu juga tangan saya menjadi gumuk gedebuk sehingga jam tangan pun da tak muat nak pakai. Cincin memang da lama tak pakai sejak 5 bulan dulu.

Tengok tangan dan jari jemari saya yang gedebuk itu. Doktor kata rendam dengan air suam untuk kurangkan water retention tapi setakat ni ia tak berkesan ke atas saya. Ajaibnya walaupun direndam berjam-jam, jari saya tak mengecut pun sebab terlalu la bengkaknya. Huhuhu...

Saya masih bernasib baik sebab beban kerja da tak terlalu banyak pada masa ni. Kiranya boleh bersenang-lenang la sikit. Tak sabar nak bercuti panjang. Tengok kawan yang baru bersalin minggu lepas, hati ni rasa excited melonjak-lonjak nak beranak jugak. Hahaha..dalam pada excited tu berdebar jugak rasa sebenarnya. Hopefully segalanya dipermudahkan sehingga si comel ini selamat berada dalam dakapan mamanya ini. :)

Monday, March 26, 2012

Menu Hari Minggu


Bila hubby balik baru datang mood nak memasak. Kalau tak, saya lagi rela dok di rumah makan biskut cicah milo daripada keluar rumah cari makanan. Hubby banyak idea, macam-macam menu dalam otak dia. Saya pulak malas memerah idea untuk memasak, hanya menurut idea hubby je.

Sabtu malam, buat Chilled Mango Cheesecake. Sesuka hati saya mengubah resepi asalnya yang menggunakan strawberries. Tapi sebab strawberries mahal, maka saya ganti dengan buah mangga. Menjadik jugak. Sedap jugak.Hehehe...

Pagi Ahad, buat roti jala. Memang dah lama nak makan roti jala. Tapi nak cari kedai jual roti jala memang la susah. Jadi, buat keputusan untuk buat sendiri roti jala. Beria-ia beli acuannya. Pagi-pagi pulak da kejut hubby suruh pi kedai sebab lupa yang bawang dah habis nak buat masak kari. Tapi bab masak kari saya serahkan pada hubby. Saya bagi instruction, dia ikut saja sebab saya nak fokus pada menjala roti. Nasihat pada ibu-ibu mengandung yang lain, janganlah nak cuba-cuba buat roti jala, penat bangat! Walaupun ada kerusi untuk duduk, tapi kejap2 nak duduk, kejap2 nak diri. Memang sangat penat, menyesal pun ada tapi gagahkan hati untuk menjala roti sehingga habis. 2 jam baru siap! 2 jam buat dengan bersungguh-sungguh hasilnya cuma sepinggan tu je seperti dalam gambar. Kononnya roti jala tu nak buat sebagai sarapan, sudahnya jadi menu makan tengahari.Huhu..

Hari ni hubby da balik KL. Saya kembali keseorangan. Alamatnya makan malam untuk hari ini adalah kari semalam dan cicah dengan jemput-jemput kosong atau lempeng. Saya memang takde idea. Huhu..

Friday, March 23, 2012

Menyesal Pi Check Up!

Alkisah hari minggu yang sudah kan saya busy membasuh baju baby kan. Tonggeng sana tonggeng sini. Kejap duduk kejap diri. Pastu siap buat ampaian sendiri, memang gagah betul. Lepas tu menyapu rumah la, mengelap almari la..akibatnya.....saya rasa macam ada cecair yang keluar dari miss V tu. bila check tengok ada tompok air. nak kata terkencing ke memang bukan la, takde bau pun. Nak kata keputihan, saya pun tak ingat keputihan tu camne sebab sangat jarang kena. Tapi rasanya bukan keputihan sebab ianya cair macam air. 2 hari sabtu ahad tu saya dalam kerisauan sebab panty rasa basah je. Mula fikir, air ketuban bocor ke..erkk..minta dijauhkan.

So hari Isnin tu saya pergi ke KKIA buat checkup. Siap request nak scan sebab nak tengok level air ketuban ok ke tak. Seb baik doktor pun memang nak scan. Selalunya saya excited bila scan, tapi kali ni punya scan kat KKIA memang bosan, siap menguap2 mengantuk. Sebabnya skrin scan machine tu kecik n saya tak tau apa benda yang doktor tu scan. Saya cuma nampak bulat-bulat je. Doktor pun takde cakap tu kepala ke, badan ke, kaki ke. Dia dok syok sendiri ukur sana ukur sini. Bosan. Hasil scan, air ketuban cukup. Normal. Lega.

Tapi checkup tak berhenti di situ. Doktor kata,
"Saya kena check awak punya bawah ni guna SPECULUM. Takut ada infection kuman ke."

Muka saya terus berubah tapi berlagak hebat dan berkata,
"OK"

Doktor kata lagi,
"Saya nak check guna SPECULUM ye."

Saya jawab,
"OK."

Dua kali doktor ulang suara nak check guna SPECULUM dan 2 kali saya kata OK padahal rasa nak lari lintang pukang je. Saya langsung tak sedia hokey! Pengalaman lampau masih jadi igauan ngeri. Tak pasal-pasal kena separuh bogel depan doktor. Malu toksah citer la tambahan pulak nurse yang jadik assistant dia hari tu adalah jiran depan rumah saya! Dia la yang pegang lampu suluh dok menyuluh saya!

Saya pura-pura relax macam takde apa berlaku padahal da tau apa yang akan berlaku. Nurse suruh tarik nafas, saya tarik nafas. Tak tau la kena tahan ke, hembus ke, saya main hembus je. Bila doktor masuk je speculum ngok ngek tu, rasa nak menjerit aje. Nafas pun jadik tak tentu arah macam orang nak beranak "Haa..fuuhhh..haa..fuuhhh..fuuhhh.." Tapi masih nak control dan berlagak tabah tapi keluar jugak la bunyi "Adehhh..ouccchh...owwww...erkkkkk".

Doktor ambik sample untuk hantar ke lab. Result maybe dapat dalam seminggu atau 2 minggu. Tapi yang pasti memang takde air ketuban yang keluar. Selesai prosedur, memang sakit perit tak terkata. Tapi masih berlagak tabah. Pakai semula seluar dan duduk depan doktor macam takde apa-apa berlaku. Doc bagi ubat. Keluar bilik doktor, terus berpapah di dinding untuk berjalan. Rasa macam baru lepas beranak pulak. Cabaran pulak lagi nak drive sendiri balik rumah dengan punggung terpaksa disengetkan. Memang menyesal pi check up!

Rupa paras kotak ubat

 Isi dalam kotak. Pasai pa ada stick putih tu plak.

 
Langkah-langkah menggunakan ubat. Bukan untuk dimakan ye. Untuk dimasukkan di tuuuuttttt. Seriau baca instruction ni. Rasanya saya guna ka ubat ni? Eiii...tokseh ah. Kita buat perhiasan je la ye. (Sila jangan tiru perlakuan saya)

Kalau ada sesiapa yang ada tips camne nak kurangkan keputihan (tanpa perlu memasukkan ubat!) harap sudi-sudi lah share ye.

Wednesday, March 21, 2012

Barang Baby Lagi + Mama Punye Pun Ade

Semangat shopping barang baby masih belum pudar. Pagi-pagi Isnin kelmarin da memulakan operasi shopping online. Yang syoknye keesokan harinya (semalam) barang da sampai! Jom tengok apa lagi la yang mama ni beli.

 Parcel pos laju da sampai!

Botol susu brand MAM! Beli yang keciknye je 5oz. Ok la tu untuk newborn. Da besar nanti baru tukar botol yang besar. Ramai recommend botol ni sebab anti colic n baby suka putingnya yang leper dan tak confuse dengan mom's nipple. Harga promo RM30.15.

Botol Tommee Tippee! Pun 5 oz jek. In case la kot baby tak mau botol MAM, so kita boleh try sumbat botol ni pulak. Pun ramai ibu-ibu yang recommend botol ni sebab design puting tu cam mom's nipple so baby tak confuse la kononnya so nak switch antara BF ngan botol tu kiranya takde masalah la. Anti colic jugak. Murah gak dapat harga promo RM19 jek.

 
Ni milk storage bottle brand MLO. Ada 10 botol semuanya + 2 feeding cup. Beli yang 2 oz punya sebab newborn baby tak minum susu banyak. So bagi sikit2. Kalau simpan terus dalam bekas yang besar, kalau susu tak habis, kena terus buang, kan rugi. N bottle ni juga sesuai untuk simpan kolostrum. In case baby kena tahan kat wad sebab jaundice ke or any other problems ke n mommies tak boleh nak direct BF, so ini la gunanya botol ni untuk simpan susu dan bagi kat baby. Bab hopefully boleh direct BF. Ini just persediaan je. But saya memang akan beli jugak storage bottle yang lebih besar. Harga promo RM29.75

Washable breast pad. In case susu melimpah-limpah sampai basah baju, ini gunanya breast pad ni. Takdelah baju tu basah je sampai berkerak-kerak dek susu kan. Harga promo RM14.30 - 6pcs. Hari tu tengok kat dalam majalah Pa&Ma harganya RM15.90. Kan da jimat berapa tu..arrr..sila kira sendiri ye.

Haa..tu je la barang-barang yang saya beli online setakat ni. Tu pun sebab tak masuk gaji lagi tu. Esok masuk gaji comfirm perabih lagi. Tengah meninjau-ninjau storage bottle Avent pulak sebab kakak ipar bagi breastpump Avent. Hehehe..

Monday, March 19, 2012

Beg Baby Dah Siap!


Rentetan dah siap basuh baju baby, memang terus pack sebahagiannya la sebagai persiapan untuk bawa ke hsopital. Nurse da banyak kali pesan, prepare bag baby dalam kereta dari sekarang. Mana tau nak terberanak awal, barang-barang semua dah ada.

Jengah sikit apa yang disumbat dalam beg tu.

Ok. Sebagai rujukan, barang-barang saya prepare dalam bag ni adalah :
  • 2 pasang baju lengan panjang
  • 1 pasang baju lengan pendek
  • 2 pasang mitten n booties
  • 1 topi
  • 1 helai tuala
  • 2  helai saputangan tuala kecik
  • 1 selimut
  • 2 helai lampin kain/napkin (boleh dibuat bedung in case tak sempat ambik bedung yang mak buat)
  • 3 helai barut
  • 6 keping diapers
  • 1 botol kecil sabun baby (head to toe wash - tak perlu bawak yang set semua, baby dok hospital kejap je)
  • 1 botol kecil baby oil
  • Minyak yu yee
  • Baby wipes
  • Bantal kecil (boleh buat sendal masa bf jika perlu)
Ehmm..apa lagi ek? Rasanya tu je kot. Tak perlu bawak banyak. In case baby kena tahan lama kat hospital sempat je nak suruh mak atau hubby ambikkan barang lain kat rumah. Botol susu tak perlu bawak sebab kebanyakan hospital memang tak bagi bawak botol susu. Cuma breast pump n milk storage bottle mungkin perlu dibawa in case baby tak reti menyusu or kena tahan NICU ke, so mama boleh pam susu dan simpan untuk diberi kepada baby kemudian. Tapi tu la milk storage bottle tu saya tak sumbat la lagi dalam beg ni sebab belum beli lagi. Hehehe..

Ini baru beg baby. Beg mama tak packing lagi. Kena prepare awal-awal gak ni. Entah kenapa instinct saya ni asyik fikir saya akan terberanak awal je. Aaa..sudah..

Sudah Basuh Baju Baby!

Semangat hari Sabtu bangun pagi-pagi merendam segala jenis baju, tuala, selimut dan lain-lain barang keperluan baby. Basuh tangan je. Hambik kau penatnya bukan main. Dah la tangan memang da sakit, nak terbongkok-bongkok membilas setiap helaian tu memang bukan mudah. Kaki pun sakit, nak mencangkung tak kena, nak berdiri pun tak kena. Memang la kerja-kerja membasuh baju memang sungguh tak favourite. 2 jam baru siap basuh semua. Fuhhh..

 Sebahagian yang disidai

Close-up sket

Dah kering tiba masa nak melipat pulak. Ni pun antara kerja yang tak favourite. Dekat sejam kot baru siap lipat semua.

 Longgokan kain belum dilipat

 Dah siap lipat

Terus sumbat dalam storage box. Senang nak angkut bawak balik kampung.

Friday, March 16, 2012

Barli oh Barli

Dah lama cuba buat air barli sendiri tapi macam tak berapa nak confident je. Kakak kat opis siap ajar lagi camne nak rebus dan simpan. Tapi otak ni macam lemau pulak tak faham-faham. Hehehe..so rentetan checkup yang lepas yang detect kencing kotor tu, nurse nasihatkan minum air barli sehari 5 gelas + 5 gelas air suam.

So, tengahari tadi dengan semangatnya membeli barli. Murah je, RM2 je.

Bagi yang tak kenal barli, inilah dia rupa paras barli yang belum dimasak.

Saya siap call mak, nak tanya cara-cara macam mana nak masak barli ni.

Saya : Mak, nak tanya la camne ek nak masak barli tu.
Mak : Barli yang bijik-bijik tu ke? Yang buat minum?
Saya : Ha'ah. Yang tu la.
Mak : Apasal pulak tetiba nak buat air barli pulak ni.
Saya : Errr..saja je. Sebab nurse kata elok minum air barli.
Mak : Sebab kencing kotor?
Saya : Errrrrrrrrrr....(terkantoi pulak). Ha'ah, hari tu checkup ada kencing kotor. Tapi sikit je la (ayat terpaksa mengaku tapi masih nak cover).
Mak : Ehm..rebus je la barli tu. Kena rebus lama, air kena banyak. Rebus sampai kembang. Kalau kurang air tambah la air lagi.
Saya : Macam rebus kacang hijau nak buat bubur eh? 
Mak : Lebih kurang la..
Saya : Pastu air barli tu nak buat camne pulak? Nak kena bancuh ke apa ke?
Mak : Dah masak barli tu, simpan la dalam peti ais ke. Bila nak minum, ambik la barli tu. Tambah air, campur gula. Minum.
Saya : Oh..camtu eh. K, nanti orang buat. k, thank u mak. 

Maka dengan semangatnya, saya pun terus merebus barli. Takdelah lama sangat pun. Rasanya tak sampai sejam pun da kembang. Kembang setaman barli tu dibuatnya. Memandangkan barli tu masih panas dalam periuk, saya biarkan sejuk. Pi tido jap. Bangun tido tengok, bertambah-tambang kembanggggggggg barli saya. Saya pulak bijak bistari pi rebus satu peket barli tu semua. Jadik penuh la satu periuk saya tu. Terpaksa simpan dalam 2 bekas aiskrim sebelum simpan dalam peti ais. Senang la pasni hari-hari ble minum barli, tak perlu lagi beli kat kedai. Yeahhh!!

Barli saya yang kembang setaman. Tak tau la memang dia patut jadi macam ni ke. Bedal je la.

Supplement Terbaru

Ok. Ini adalah supplement tambahan saya yang terbaru. Ramai review kata bagus makan fish oil sebab bagus untuk perkembangan otak baby. Better makan selepas 7 bulan tapi kalau nak makan daripada awal pun rasanya takde masalah. Jenama disyorkan inilah --> Neurogain PB. Memang khusus untuk orang yang mengandung. Sehari makan satu kapsul je. Selamat mencuba ye.

 Rupa paras botol Neurogain PB

Rupa paras kapsul fish oil tersebut. Sekali ngap je. Ngapp!!

Thursday, March 15, 2012

Checkup Yang Serabut

Tadi pi check up. Patutnya esok tapi sebab esok saya ada kursus, maka pergi awal sehari. Entah apasal semua orang kat klinik hari ni macam serabut. Padahal patient macam tak ramai. Macam biasa mula-mula sampai saya terus ke makmal, bagi urin sampel. Tapi kemudian orang di makmal suruh saya daftar di depan dulu (padahal selama ni orang di kaunter suruh terus ke makmal je, takpayah daftar). So takpe, saya pun ke depan bagi buku nak daftar. Tapi kemudian orang kaunter tu kata saya kena daftar kat KKIA belakang. Pulak. Tak pasal-pasal saya kena menapak ke belakang semata-mata nak daftar.

Ok, bila sampai ke KKIA, nurse kat situ pulak tanya mana result urin saya. Saya cakap la da bagi urin sampel tapi tak ambil result lagi sebab diorang suruh daftar dulu. Nurse di situ kerut dahi. Pulak. Sudahnya saya kena patah balik ke makmal untuk ambil urin result saya. Tak taulah kenapa saya ni tabah sangat, redha saja.

Bila sampai di makmal nak ambil urin result, orang kat makmal tu tanya saya daftar kat mana. Saya jawab la daftar kat KKIA belakang sebab kaunter depan yang suruh. Diorang pulak kerut kening kemudian membebel sesama sendiri (apa salah daftar kat depan je..).

So da ambil urin result, saya pun patah balik semula ke KKIA. Tabah betul. Masuk dalam KKIA rasa serabut pulak dengan bebudak yang berkejaran ke sana sini. Ada ke patut semata-mata nak ambil ubat perancang je tapi bawak anak sampai 5,6 orang macam nak pi shopping pulak. Belum campur anak-anak orang lain yang meneraburkan brochure2 kat lantai sampaikan nurse pun hangin.

Ok, tiba masa saya dipanggil. Nurse yang check saya kali ni nurse lain sebab saya datang sehari awal kan. Nurse ni macam tegas sikit dan macam laju semacam dia menulis itu ini. Tapi laju sangat pun sampaikan macam jadi kelam kabut pulak saya menengoknya. Saya cakap kat dia pasal urusan pendaftaran saya yang kena ulang alik beberapa kali tu. Dia pulak kerut kening then membebel dengan kawan sebelah (pun mempertikai kredibiliti si penjaga kaunter yang ntah apa-apa, then masuk pulak mengumpat pasal diorang kena buat kerja-kerja makmal padahal pekerja makmal dah ada..)Hehehe..saya dengar je la.

Check tekanan darah ok. Check perut n jantung baby ok. Kaki bengkak sikit katanya. Tengok result urin pun kurang memberangsangkan. Detect kencing kotor dan ada protein 1+. Tapi dia tak kata apa, just suruh minum air banyak2 je. Oh ye, berat naik 1.7kg dalam masa 2 minggu. Hehe..patut la rasa berat semacam je. Then dia tengok petak Hb saya kosong. Dia tanya "Tak check darah ke?" Saya jawab la "Diorang kata tak payah. Check urin je." Sekali lagi dia membebel mempertikai kerja orang makmal pulak (ape daa..da sebulan tak check Hb ni, patutnya diorang alert la, takkan patient pulak nak suruh ambik darah sendiri..bla..bla..). Sudahnya, dia sendiri yang ambil darah saya, nanti saya kena balik semula ke makmal untuk dapatkan result Hb. Tapi tak perlu balik semula ke KKIA. Saya ok je. Sebelum ke makmal, tidak dilupa injection kancing gigi kali kedua. Woo..sakit pulak kali ni punye cucuk.

Ok, balik semula ke makmal. Bagi sampel darah. Kali ni takde sok sek sok sek. Ambil result, terus jumpa doktor. Review result. Bagitau doktor pasal masalah kedua-dua belah pergelangan tangan saya yang sakit dan kebas di hujung jari. Doktor kata normal sebab water retention. Water retention ni menyebabkan ada urat saraf di bahagian tangan ditekan/dihimpit sehingga menjadi sakit. Puas hati dengan explanation dan consultation pun selesai dalam masa 5 minit saja. Then boleh terus balik. Setel.


Ni full result yang kurang cemerlang. Ada 2 merah. Seb baik Hb maintain ok.

Tuesday, March 13, 2012

Barang Baby Dah Beli

Hati dah lama berkobar-kobar menunggu tarikh 10 Mac 2012 untuk 3rd Maternity Expo di Mid Valley. Masa 2nd expo dulu jual mahal tak mau shopping lagi sebab kononnya masih awal. Sekian lama menahan nafsu untuk bershopping, inilah masanya. Siap da google barang-barang yang boleh dibeli di expo based on 2nd expo yang lepas. Ya, kunasihatkan juga bagi yang mengikut petua orang tua agar shopping selepas 7 bulan, pastikan anda tidak mengalami masalah sakit kaki atau pinggang atau pitam. 3-3 masalah ni saya alami sepanjang bertawaf dalam kawasan Mid Valley tu. Dengan kaki saiz 4 dan berat mencecah 60kg, rasa nak didukung je atau duduk dalam troli. Sakit kaki wooo..Kalau setakat shopping kat kedai2 biasa ok lagi sebab tak perlu berjalan banyak. Kalau rasa-rasa masa 5,6 bulan da sakit kaki tu toksah tangguh-tangguh la untuk shopping. Nanti makin berat perut, makin tak larat.

Ok sambung cerita pasal expo.Hasilnya mengecewakan. Hanya satu hall saja yang dibuka. Makanya tak banyak booth pilihan. Booth yang hot hanyalah Pureen. Maka menabur duit di booth Pureen saja lah. Murah memang murah. Sepasang baju lengan panjang boleh dapat RM10 je. Sleeping suit pun RM15 je. Set mitten n booties semurah RM4-RM6 saja. Saya pun apa lagi, asalkan nampak yang match saiz, terus rembat. Takdenya la nak belek-belek. Dah la ramai orang. Sempat feeling-feeling macam nak pitam. Nasib baik hubby ada, maka adalah tempat untuk saya berpaut.Huhu..Tapi tak banyak pun yang saya ambil. Just 3,4 pasang baju, mitten n booties, selimut 1 dan baby wipes 2 packs. Keseluruhan perbelanjaan di booth Pureen tu saja tak sampai RM100 pun.

Melilau-lilau di booth lain, tiada yang menarik. Nak beli breastpump tapi harga lagi mahal, baik beli online. Warmer pun da kehabisan stok, kalau nak kena order. Malas la nak order-order ni. So setelah 2 kali round dalam tu, kami ambil keputusan untuk balik. Kecewa. Hanya 20% barang saja dapat dibeli.

Makanya kami buat keputusan untuk terus ke kedai Manjaku Baby untuk beli barang-barang lain yang masih belum cukup. Fuuhh..memang rambang mata bila shopping ni kan. Strategi kami adalah mencari barang yang murah dan tak perlu banyak-banyak. Contoh la macam cotton buds, beli yang paket kecil je sudah. Buat apa beli yang satu bekas besar bulat tu, bukannya baby korek telinga tiap2 hari. Baju pun seboleh mungkin kami cari yang sepasang means pakej baju dan seluar. Itu pun bajet harga sepasang baju tak lebih RM20. Baju baby mahal-mahal. Kalau beli asing-asing rugi. Yelah, kalau da sehelai baju lengan pendek saja dah berharga RM12 contohnya, kalau tambah seluar beli asing pun harga RM12, kan da jadi RM24. Baju kalau nak beli asing pun tak perlu banyak-banyak. Saya beli 2,3 helai je tu pun yang lengan pendek punya. Baju lengan panjang semua beli pakej sepasang atau suit.

So ini adalah hasilnya. Tak beli banyak, beli just ikut keperluan baby masa dalam pantang je. Lepas abis pantang nanti baru beli lagi.

Longgokan barang yang dibeli. Jom check satu-satu.

Baju lengan panjang. Ada 7 pasang semuanya. Plan asal 5 pasang je, tapi sebab murah maka ambil lebih.

Baju lengan pendek. Pun 7 pasang semuanya. Baju lubang-lubang wajib ada. Hehe..

Rompers. Mesti ada. Beli set senang, sekali ngan stokin.

Mitten n booties 4 pasang je sebab makcik kata dia nak bagi lagi.

Topi 1 saja. Baby akan duduk dalam rumah je. So 1 sudah mencukupi. Nak bergaya2 topi pelbagai tunggu besar sikit nnt.

 Tuala mandi 2 helai. Sapu tangan tu ada 5 helai.

Selimut 2 helai. Sangat lembut. 2-2 ada hood. Cari selimut biasa yang tanpa hood tapi takde.

Tilam baby. Gebu jugak. Sangat suka corak dan warna ni.

Bantal yang ada lekuk untuk support kepala baby.

Barang-barang untuk baby care. Ada changing mat, baby wipes, toiletries, minyak yu yee, cotton buds, cotton balls, cream drapolene, berus botol, nasal aspirator, nail clipper, sabun cuci botol dan pampers. Pampers pilihan jenama PetPet sebab ramai review kata bagus. So kubeli satu pack ada 64pcs hanya RM28.90 saja. Toiletries beli pack kecil je sebab baby pakai sikit-sikit je dan comfirm nanti mesti ada yang akan hadiahkan berbakul-bakul toiletries ni.Hehehe..

Tambahan. Barang-barang percuma yang diperoleh dari expo. Ubat gigi n sabun boleh mama bawa masa stay kat hospital. Jimat. Hehe..

Ini saja barang untuk mama. Cari barang-barang lain takde. Kena mencari lagi ni.

Kalau perasan kebanyakan barang adalah warna-warna natural. Means girl atau boy boleh pakai. Tapi ada juga selit-selit color biru. Takpe, color biru sesuai gak andai kata yang keluar ni girl. Cuma pink je yang tak sesuai dengan boy. So memang takde pink langsung la. Huhu..So far, barang baby da 90% complete rasanya. Barut dan bedung neneknya buat. Botol susu pun kena beli online nampaknya sebab jenama MAM susah nak jumpa di kedai. Barang-barang untuk mama sajalah yang tak complete. Yang ada setakat ni baru maternity pad dan kain batik (tu pun mak yang belikan). Oh ye stokin rembat stokin hubby je lah. Hehehe..Dan bernasib baik juga sebab breastpump tak perlu beli buat masa ni sebab kakak ipar offer breastpump dia. Avent punye. Dia pakai sekejap je kemudian stop sebab susu tak banyak. Hopefully ada rezeki boleh full BF baby ni nanti. Barang-barang lain macam warmer, stroller dan car seat boleh beli kemudian lepas abes pantang nanti. Fuuhh..can't wait to meet you baby. :)

Monday, March 12, 2012

Scan Lagi

Jumaat lepas pergi scan untuk minggu ke-29. Patutnya pi scan masa minggu-28 tapi sebab ada hal minggu tu so terpaksa postpone seminggu. Niat di hati pi scan untuk recomfirm gender baby sebelum shopping baju baby keesokan harinya. Confident level merudum bila terbaca banyak kisah yang mana baby yang keluar tak sama gender seperti yang dijangka semasa scan. Tapi kali ni baby tak bagi kerjasama pulak. Dah la kepit, tak dok diam pulak tu. Siap menendang lagi masa doktor tenyeh perut nak scan. Doktor kata, "Dia marah la tu kena kacau."

Sampai ke sudah tak nampak dengan clear. Cuma ada la nampak sipi-sipi MACAM boy kata doktor. perkataan MACAM tu tak cukup kuat untuk menaikkan confident level saya. Takpelah, pastu ukur baby semua, estimated weight baby now da 1.697kg. 3gram more to 1.7kg. Waahhh..besar tu. Tapi yang penting doktor kata still in normal range. Padahal last checkup minggu lepas, beratku naik sket je. Tapi baby terus-terusan membesar bagai juara. Tapi memang da terasa beratnya perut ini sekarang. Kalau dah baring, nak bangun semula punyalah payah.

Itu sajalah cerita scan kali ni. Nanti sambung cerita shopping barang baby pulak. Ok, nak mula bekerja ni. Tata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...