Friday, April 27, 2012

Welcome To The World Handsome Boy!



Alhamdulillah..seorang lagi little khalifah yang handsome telah selamat lahir ke dunia. Setinggi-tinggi tahniah kepada kakak kesayanganku Kak Rusliana yang selamat melahirkan baby boy nye pada 25hb April yang lalu. Moga handsome boy yang masih belum bernama ini menjadi pengubat hati setelah pemergian kakaknya Rania tahun lalu. Post pemergian arwah Rania di sini. Moga jadi anak yang soleh juga. Haaa..tak sabar menunggu turn my handsome boy pulak.

Wednesday, April 25, 2012

9 bulan daa..

Pejam celik pejam celik..dah 9 bulan. Maknanya da kurang daripada 30 hari lagi untuk bertemu si comel dalam perut ini. Tak sabar nak peluk ciumnya. Tapi apa-apahal pun tunggu da balik johor nanti baru keluar ye sayang. La ni tak mau kuar lagi.

Minggu depan last kerja sebelum mula bercuti panjang. Huhu..dok menghitung hari untuk bercuti, kerja pun da melayang entah ke mana. Setiap hari merenung kalendar menunggu April melabuhkan tirai sebelum Mei menjelma. Plan asal nak balik ke rumah mak di Kemayan dulu, tapi sebab mak ada hal, terpaksa la straight terus balik ke rumah adik di Segamat. Hoh..hopefully minggu ke-38 baby da kuar, tak mo stay umah orang lama-lama. Nak cepat2 balik kampung dok ngan mak.huhuhu..

La ni si comel ini masih aktif bergodek-godek dalam perut. Based on info yang baca sebelum ni bila masuk 9 bulan pergerakan baby akan kurang terasa sebab ruang dalam perut semakin sempit, da takde space nak bergerak. Tapi agaknya perut ni masih banyak space, so dia pun berterusan bergodek sampaikan mamanya pun makin susah nak tidur malam. Perut makin mengembang maknanya makin banyak la stretch marks yang muncul. Huhu..takpelah demi kamu si comel kesayangan mama.

Oh ye, pasal post sebelum ni ada GBS ke tak tu, doktor da comfirmkan memang saya GBS +ve. Oleh kerana saya da baca banyak pasal GBS, so bila doktor comfirmkan takde lah saya terkejut. Redha dan Insya-Allah bersedia. Cuma kena prepare mental sebab based on pengalaman kawan2 yang GBS +ve, baby akan kena warded untuk dipantau samada ada infection kuman atau tak. At least 2 hari. Kalau tiada infection, ble la balik ke dakapan mama. Hopefully eveything ok. Oh ye, kawan pun kata GBS +ve ni biasanya akan bersalin awal so hopefully 38 weeks da sesuai sangat la kalau nak keluar pun. Ada 2 minggu lagi. Hopefully. Huhu..

Doakan semuanya berjalan lancar dan selamat ye. Amin.

Thursday, April 19, 2012

Ada GBS ke tak?

GBS tu menda? haaa..bukan Geng Bas Sekolah tau. GBS kat sini merujuk pada Group B Streptococcus. Perghh..saintifik betul nak mengejanya.

Kan sebelum ni saya ada cerita pasal kena rodok ngan speculum lagi pasal kes ingatkan air ketuban bocor tu. Kalau tak ingat, boleh baca semula kat sini. So resultnya da dapat. Result yang hanya ditampal pada buku merahku dan masih belum direview oleh doktor. Alasannya, doktor pakar takde. So, kena tunggu set appointment untuk jumpa doktor pakar untuk review result.

Tapi macam biasa, saya memang kaki google pandai2 interpret result sendiri. Tengok gaya macam ada GBS sebab dalam result tu siap disertakan list antibiotik. Aaa..saya harap sangat saya takde GBS. Kenapa? Buat masa sekarang memang takde masalah. Masalahnya adalah apabila saya nak deliver nanti. Jika saya tak diberi antibiotik, once air ketuban pecah, kuman akan menjangkit pada baby yang mana sangat bahaya la kan. Sekarang ni masih selamat dan tiada masalah sebab air ketuban ada untuk protect baby daripada kuman. Alhamdulillah sangat walaupun saya menyesal pi checkup kena rodok speculum tapi hikmahnya saya dapat buat vaginal swab test tu. Kalau saya tak buat langsung, mungkin sampai deliver nanti saya tak tau saya ada GBS atau tak.

Woowoo..risau. kenapa la lambat sangat klinik ni nak setkan appointment. Ada GBS ke tak ni? (-_-')

Tuesday, April 17, 2012

Update Pantas

Just nak update, latest scan semalam berat baby da 2.75kg. Doktor kata cukup waktu nanti boleh cecah 3.5kg atau lebih. Nampaknya saya kena buat persediaan mental dan fizikal dari sekarang untuk meneran sekuat hati. (-_-')

Sekian update untuk hari ini.

p/s : oh ye..comfirm terang lagi bersuluh baby boy-Insya-Allah. Lega..rasa berbaloi beli baju color biru.huhu..

Friday, April 13, 2012

Hati Yang Menggelegak Panasss!

Bengang sangat tak terkata hari ni. Pagi ni cam biasa pi klinik untuk buat daily checkup untuk test albumin n blood pressure. Dah namanya nak check 2 benda tu je, so saya tak control la makan. Pagi tadi breakfast minum air milo. So urin saya ada trace gula. Alaahh..setakat trace tu biasalah.

Masalahnya, nurse sengal sorang lagi ngok ngek ni tak puas hati sebab saya dah buat 4 kali MGTT dan tak pernah sangkut sedangkan urin saya ada trace gula. Apa masalahnya pun??! Dah memang saya takde diabetes pun, nak buat camne kalau tak sangkut! Nurse-nurse lain sebelum ni ok jek, siap buang saya punye slip result urin sebab tak nak panjang-panjangkan cerita nak kena buat test lain plak. Saya datang nak check blood pressure n albumin je bukannya nak check gula. Even result 2 benda tu pun ok jek negatif. Si nurse ngok ngek ni pi bagitau doktor. Dan doktor pelatih (yang muda belia dan confirm tak pernah minum air gula tu!!) dengan senang hati menulis repeat MGTT untuk kali ke-5. What the %^&#^***$$@! Bengangnya!! Korang rasa saya akan buat ke MGTT lagi? Memang tak laaa!!! Apasal? Kalau setiap kali check urin, setiap kali tu saya trace gula, so setiap kali tu la saya nak kena repeat MGTT?? Kalau tiap2 minggu trace gula, tiap2 minggu la nak repeat MGTT??! Macam ni orang takde diabetes pun ble kena diabetes si sengal oiiii!!! Silap hari bulan kau pun tak pernah rasa minum air gula tu camne kannn??! Ingat sedap sangat ke??!

Uuuuu...bengang tak hilang lagi. Hati panassssssss!!! Berasapppp! Eii...apsal la dengki sangat oiii!!Plaknye nurse tu tak pakai nametag hari ni, kalau tak memang saya da forward nama dia ke Kementerian Kesihatan daa..

Thursday, April 12, 2012

Checkup @ 34 weeks

Sekarang ni da start checkup 2 minggu sekali. Tak mau citer banyak. Result kali ni kantoi.

* Result yang kantoi.

Akibatnya, setiap hari selama seminggu, saya kena check tekanan darah dan buat urine test untuk check protein (padahal blood pressure saya ok jek). Setiap hari termasuk hari cuti hokeyyy..semalam cuti pun saya terpaksa bangun pagi pi klinik semata-mata buat 2 benda tu je. uuu..saje je.

* Kena penuhkan form ni selama seminggu. Ok je kan result saya tu..Cett!

Tuesday, April 10, 2012

First Toy For Baby!

Dah lama tak check pigeonhole, tengok-tengok ada parcel. Eh, rasanya takde beli apa-apa pun. Ke orang lain punye parcel tersalah letak dalam pigeonhole saya?Check tengok, nama pengirim Dumex Mama Club.

Eh, dengan excitednya terus koyak parcel, tengok isi kandungan...tadaaaaa! One cute little pink bunny!

  * cute kan saya? *

Rupanya Dumex bagi bunny tu sebab saya register Dumex Mama Club. Nampaknya ni akan jadik mainan pertama untuk baby ni. Mama suka pinky, harap2 baby pun sukalah ye. Huhuhu..So sapa-sapa yang nak cute bunny ni, cepat-cepatlah daftar jadi ahli Dumex Mama Club ye sementara stok masih ada. (^_^)

Thursday, April 5, 2012

Urutan Perineum

Hoh..betul ke saya eja perineum tu? ok..tak keluar line merah, means betullah tu. Ahaks. Just wanna share a little bout perineum massage sebab saya baca urutan ni membantu la untuk merelaxkan dan memudahkan bukaan bila tiba waktu nak bersalin nanti. Boleh buat sendiri, kalau tangan tak sampai, boleh suruh hubby buatkan (kalau dia mau). Jangan suruh bibik yang buatkan pulak!

Sebelum tu, korang tau tak perineum tu ape? Haa.. perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur korang. Okey? Boleh imagine? Kalau tak boleh..sila lihat gambar ini.


Ok..berikut adalah cara-caranya :

1) Boleh gunakan 1 atau 2 jari
2) Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, mencangkung dan relax.
3) Sapukan bahan pelincir seperti minyak zaitun or KY Jelly pun boleh. Jangan gunakan pelincir berasaskan minyak seperti baby oil or petroleum jelly.
4) Letakkan jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan dan kebas2 sikit.
5) Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
6) Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
7) Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama lebih kurang 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

Kaedah ni senang bangat, boleh buat sendiri di rumah. Korang boleh start buat 4-6 minggu sebelum tarikh jangkaan. Saya rasa better da masuk 9 bulan la baru start buat. Selamat mencuba!
 

Monday, April 2, 2012

Set Berpantang

Serius confuse nak pilih set mana yang best dan affordable untuk berpantang nanti. Asalnya nak beli set Orang Kampung saja. Murah, dalam RM100 lebih gitu dan ada bengkung. Tapi lebih tertarik dengan set Nona Roguy (NR) sebab ramai yang kata bagus untuk orang yang sembelit dan boleh banyakkan susu. Saya jarang sembelit, even perasaan sembelit itu pun saya tak tau macam mana ek. Tapi lebih baik bersedia kan kot-kot terkena sembelit lepas bersalin, seksa! (orang kata laaa...saya tak tau) Tapi set NR ni mahal la jugak, kalau kat kedai biasa harga mencecah RM365 gitu. Paling koman dapat diskaun pun masih dalam range RM300 lebih jugak.

Nak jadi rezeki, bulan ni hubby dapat bonus. Maka saya senyum sampai ke telinga sepanjang hari! Terus kepala otak fikir nak order set NR. Bagitau hubby, hubby kata ok. Maka terus order, esoknya da sampai! Sangat excited! Even bau herba-herba dalam kotak tu saya rasa macam wangi je, tak sabar nak guna. Huhuhu..


Saya beli tungku dan set Nona Roguy ni dari FB Kedai Set Bersalin. Untuk tungku, harganya RM30. Set NR pula saya dapat harga RM290. Yang bestnya dengan pembelian set NR ni saya dapat free gift bengkung + param + pilis + slimming cream (sample). Memang free gift itu benda-benda yang saya memang nak dan perlu maka tak perlu beli lagi lah kan. Seronok!

Ok, dalam set NR ni ada benda-benda berikut :
  1. Tablet PhytoNatal - 90 biji
  2. Akar Herbanika - 10 paket
  3. Minyak Herbanika - 100 ml
  4. Herbanika barut (krim) - 60gm
  5. Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
  6. Herbanika Lulur - 100gm 
Dengan adanya set ini, maka bolehlah saya siap-siap pack barang-barang saya untuk balik kampung berpantang nanti. Boleh la berpantang dengan senang hati.  (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...