Monday, May 21, 2012

Pengalaman itu...

Tanggal 19hb Mei bersamaan hari Sabtu. Malam tu rasa susah nak tido. Kebetulan hubby minta call kejutkan dia pukul 2 pagi sebab dia kena pergi opis, entah ada ape ntah system recovery ke ape entah. So dengan mata segar bugar berjaga sehingga pukul 2 pagi. Lepas call kejutkan hubby, baru cuba lelapkan mata.

Pukul 3 pagi, baru nak mamai-mamai, perut rasa mengeras. Ehm..dah biasa da rasa mengeras2 ni. Tapi rasa mengeras kali ni lain macam. Daripada mengeras, rasa sakit pulak kat bahagian ari-ari then membawa ke pinggang dan punggung. Berdenyut-denyut rasa cam senggugut (lupa da rasa senggugut tu camne..haha). Tapi masih boleh tahan sakitnya. Beberapa minit kemudian rasa tu hilang. Lega..

Setengah jam kemudian, rasa itu datang lagi. Kemudian makin kerap dan kerap. Kejap-kejap tengok jam, tadi jaraknye 30 minit. Kemudian  15 minit, 10 minit dan 5 minit. Bila da 5 minit tu, lagi mencucuk sakitnya. Aaaa..sudah..sakit nak beranak ke ni. Dah la sorang-sorang, tak tau nak mengadu pada sapa pagi-pagi buta ni.Saya bajet cuba tahan sakit sampai pukul 5.30, kalau masih sakit, saya nak terus kejut adik ke hospital.

So pukul 5.30 tu, masih lagi sakit. Saya da duduk di tepi katil. Masih sakit. Gagahkan diri untuk mandi. Time mandi pun masih sakit. Nasib baik waktu Subuh masuk awal pukul 5.38, so lepas mandi saya terus siap2 solat Subuh dan bersiap apa yang patut. Saya sms adik bagitau nak ke hospital. Malas nak ketuk pintu bilik dia, takut anak dia terjaga dan melalak pulak nanti. Tapi hampeh adik saya tido mati agaknye, sampai pukul 6 lebih dia masih tak reply sms, saya terus call. Kelam kabut dia bangun dan terus bersiap menghantar saya ke hospital. Seb baik beg sume memang da ready dalam keta.

Tapi..masa tu dalam pukul 6.30 pagi da mula rasa sakit tu berkurangan. Even sakit tu berkurangan, masih lagi dalam julat 5 minit. Saya bulatkan hati, pergi je lah. Mana tau kot da tiba masa. Sampai di hospital (yang tak sampai 5 minit dari rumah), sakit saya da hilang! Alamak..macam mana ni, macam da tak sakit je. Tapi adik kata pi je check. Saya ikutkan je maklum la dia da ada pengalaman.

So saya terus menuju ke labour room. Sampai di sana, nurse check berat, tekanan darah and so on. Then dia suruh saya baring di atas katil. Katanya nak check bukaan. Aaaa..saya da mula seriau. Saya bukak kaki then cuba berlagak cool. Sekali jari dia masuk..adoii mak sakitnya. Nurse minta saya relax, tarik nafas. Dia kata saya kepit, jari dia tersepit kat dalam. Saya cuba relax, tapi masih tak boleh! Saya nak kepit jugak. Akibatnya memang sakit la sampai satu tahap saya jerit "Allah!", terus nurse keluarkan jari dan kata "TAKDE BUKAAN. ZERO!"

Aaa..beria-ia saya sakit tadi tapi takde bukaan langsung! Kecewa rasa. Kemudian saya dipasang alat-alat di perut untuk check CTG. Baru tau CTG tu untuk check jantung baby dan contraction. Adalah dalam setengah jam buat CTG tu. Resultnya jantung baby ok, dan contraction takde! Hahaha..adalah sekali dua graf contraction tu naik tapi pada kadar moderate je.

Then nurse suruh jumpa doktor. Lama jugak menunggu doktor sebab awal pagi kan. Pukul 8.30 baru doktor masuk. Masuk-masuk je dia scan. Sempat dia kata "Baby awak besar ni..Ikut scan 3.2kg-3.4kg. Tapi berat sebenar bila keluar nanti + - 500 gram. So berat sebenar baby antara 2.8kg - 3.8kg" Gulpp! Terkedu saya sekejap. Janganlah sampai sebesar 3.8kg itu!

Then doktor kata "Saya cek lagi ye. Bukak kaki." Haaa?? Sakit kena seluk first tadi tak hilang bisanya lagi, doktor nak seluk lagi?? Disebabkan masih trauma, memang saya tak bagi kerjasama langsung. Mengerang-ngerang saya bila doktor cuba seluk. Doktor kata saya angkat punggung tapi saya beria-ia kata "Tak..saya tak angkat..kan saya letak ni.." Sudahnya doktor stop. Dia tak cek pun sebab saya meronta-ronta. Nasib baik doktor memahami. Aaa..lega..nak bangun dari katil rasa bisa. Terus ke toilet untuk bersihkan kesan seluk itu. Bila balik semula bilik doktor, dia da takde. Langsung saya tak sempat nak tanya apa-apa. Then nurse pulangkan buku merah saya dan bagitau saya tak perlu ditahan wad. Tapi jika sehingga EDD saya nanti saya masih tak beranak, diorang minta saya datang semula ke hospital. Masa tu diorang akan decide samada saya perlu ditahan di wad atau tak.

So..itulah pengalaman yang saya nak cerita. Braxton Hicks tipu-tipuan dan pengalaman diseluk yang membuatkan saya berfikir beratus kali "Mampu ke aku tahan sakit bersalin normal kalau sakit seluk pun aku da tak boleh tahan?" Aaaaa...

So status terkini..saya masih belum beranak..hahaha..tension..

Thursday, May 17, 2012

Mode Sedeyy..


Sedih. Sayu. Hari-hari menghitung hari, baby tak keluar jugak lagi. Hubby tak bagi baby kuar lagi sampai minggu depan. Sedih..kena tunggu lagi. Sorang-sorang plak tu...sedih...hukhukhukkk..

Saturday, May 12, 2012

Genggam Fatimah

Yaaaa...sudah lebih 38 minggu,baby nampaknya masih sedap duduk di dalam perut. Mama plak dah tak sabar tunggu baby keluar. Jari-jemari dan pergelangan tangan makin membengkak sehinggakan gelang yang dipakai pun sudah menjadi ketat ngam-ngam di tangan. Padahal masa beli gelang tu dulu punyelah longgar. Betullah cakap MIL masa beli gelang ni, beli besar sikit, nanti kalau gemuk pun still boleh pakai. Huu..memang saya tengah gemuk sekarang ni dengan tangan pun menggemuk jua. Sebab tu tak sabar nak tunggu baby kuar dengan harapan bengkak di tangan akan hilang. Selain daripada tu, la ni saya dok menumpang rumah adik di Johor, sebab nak ic anak nombor Johor konon. Huhu..so tak mau la menumpang lama-lama kan. Ni da seminggu dok sini tak beranak jugak.

So antara usaha yang saya mula buat adalah dengan merendam akar genggam fatimah. Pernah dengar tak? Benda alah ni famous dalam kalangan orang nak beranak je. Zaman anak dara dulu mana tau pun kewujudan genggam fatimah ni. Ok, benda alah ni rupanya cam ranting pokok, boleh didapati di Mekah saja. Biasanya bila ada orang nak pi Mekah, berebut-rebut la orang yang nak kirim genggam fatimah ni. Tapi saya tak dapatnya di Mekah. Mak saya beli di Penang saja. Hoho..Penang ada genggam fatimah? Tak bermakna pokok ini ada ditanam di Penang ye. Kebetulan mak saya pi Penang last month, terjumpa plak ada orang jual genggam fatimah ni, so mak pun beli 2 genggam..eh..kuntum..eh ntah la xtau penjodoh bilangan yang sesuai. Hehehe..Maybe si penjual beli stok banyak-banyak dari Mekah then jual kat sini.

Kalau ikut manual yang tertulis, genggam fatimah ni boleh mula diminum seawal 7 bulan. Tapi saya baru nak rendam sekarang. Hehe..rendam pun tak minum sebab cam was-was je dengan color hijau-hijau kuning air yang telah direndam genggam fatimah tu. Percubaan pertama saya merendam, genggam fatimah tu tak kembang mana pun. Saya mengharapkan ia kembang setaman dengan segera supaya saya cepat beranak, tapi hampeh kembang-kembang manja je gitu. Berjam-jam saya biar terendam, cam malu-malu je dia nak kembang. So saya tak minum, just buat mandi je.

Saya rendam lagi untuk kali kedua, pun tak kembang jugak. Cett..expired apa pokok ni, tak kembang-kembang pun. Oh ye, lupa nak inform, genggam fatimah ni ble recycle guna. Lepas rendam, keluarkan dan keringkan, ia akan kuncup semula. Bila nak guna lagi, rendam semula. Boleh recycle sehingga 10-20 tahun. Boleh jadi harta pusaka warisan berzaman ni.

So setelah percubaan pertama dan kedua tak mengembang, pagi ni saya cuba rendam genggam fatimah yang kedua (mak saya beli 2 kan). Maybe yang pertama tu tak bape elok kot, so saya cuba genggam fatimah kedua. Saya rendam dengan air zam-zam yang dicampur dengan air panas, so jadi suam-suam panas gitu la. Ok, kali ni nampak berbeza kembangnya. Lebih kembang daripada genggam fatimah yang sebelum ni. Saya biarkan ia terus terendam. Tengahari tadi saya tengok..waaaahhh! dah kembang la! Camni la yang saya nak (dengan harapan cepat beranak malam ni jugak..hahaha). Ye la, orang kata genggam fatimah ni akan kembang setaman bila da dekat waktu nak beranak. Melihat kembangnya genggam fatimah saya tu, saya tak tau la berapa dekat waktu saya nak beranak. Harap-harap malam ni ke.huhu..Hari cuti kan, senang hubby nak balik sini n boleh sambung cuti terus seminggu. Kalau beranak time tengah minggu, payah sket hubby nak berkejar balik dari KL dengan jalan jem lagi. Silap haribulan, baby da kuar, hubby baru sampai. Hohoho..janganlah begitu. Harap sangat hubby sampai sebelum baby kuar. Huhuhu..

Berbalik pada genggam fatimah tadi, bila da kembang tu barulah saya cuba-cuba nak minum. Tengok color air macam teh hijau. Bila rasa..ehmm..memang rasa teh hijau yang tak sedap tu tapi sangat-sangat tawar. tasteless orang kata. Tapi sebab saya guna air zam-zam so ada la rasa payau-payau. Ikut hati cam nak campur ngan gula tapi takut ada yang mencemuh plak. Huhu..so suku cawan air tu, saya ambil masa 10-15 minit nak menghabiskannya. Tak sedap tapi sebab nak cepat beranak punye pasal, telan je la.

So ini adalah kronologi pengembangan genggam fatimah :

1. Sebelum direndam. Kuncup dan mengerekot.

2. Setelah 2 jam direndam, kembang setaman. (gambar sudut pandangan tepi)

3. Gambar sudut pandangan bawah

4. Gambar sudut pandangan atas.

 5.Rupa paras air yang direndam. Warna sebenar kuning-kuning hijau gitu.

So, doakan la saya cepat beranak ye. Huhu..

Friday, May 4, 2012

Edisi Malas

Sekarang mood malas nak update blog sebab setiap hari dok termenung menghitung hari nak bercuti. Akhirnya tibalah hari Jumaat 4 Mei yang dinanti-nanti. Hari terakhir bekerja sebelum mula bercuti panjang. Yahooo!

Oh ye..hari ni ni genap 37 weeks 3 hari bersamaan dengan 9 bulan 10 hari. Orang tua-tua kata 9 bulan 10 hari tu da cukup masa da. tunggu detik je ni. Huu..perut pun makin keras mengeras. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang tak sakit pun just mengeras2 manja je. Owh..makin tak sabar menunggu si comel ni keluar. Makin dia besar, makin dia mengganas bergusti dalam perut ni. Huhuhu..

Haa..di kesempatan ni saya nak minta maaf la kalau ada salah dan silap saya. Doakan semoga kelahiran si comel ini dipermudahkan dengan lancar dan selamat. Kalau boleh tak mau sakit2, tau-tau da keluar je. Huhuhu..Buat rakan-rakan seangkatan yang sama-sama sedang menghitung hari, sama-samalah good luck ye. Ok..bye. Sakit perut semula ni..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...