Sunday, July 29, 2012

Cepat Sembuh Saif!

Mama Saif memang suka berlagak macho ala-ala hebat menahan segala cabaran gitu. Tapi hari ni air mata Mama Saif menitis jua. Puncanya hanya satu - Saif demam! Alahaiii anak,risau sungguh hati mama bila melihat kamu menangis-nangis tak henti. Mama tak tau kamu menangis sebab apa. Pening kepala ke, sakit badan ke, sejuk atau panas ke..memang mama tak tau.

Mama bagi ubat,kejap2 Saif ok. Bila Saif ok, seronok mama tengok Saif becok ajak berborak. Tapi bila demam datang kembali, suara Saif yang becok bertukar jadi jeritan sakit. Sungguh mama tak sanggup tengok anak mama begitu. Mama doa agar biar la segala sakit kamu itu dipindahkan kepada mama. Biar mama yang tanggung semuanya. Asalkan anak mama boleh senyum sengih seperti selalu.

Mama da bawa kamu ke klinik pun tapi panas kamu tak surut jugak. Hampeh ubat apa la doktor ni bagi. Naya anak mama je. Nasib baik mama teringat nenek kamu pernah belikan ubat demam sebagai persediaan untuk kamu kalau demam. Mama bagi ubat tu, Alhamdulillah serasi nampaknya panas badan pun makin kurang dan anak mama da boleh tidur lena.

Sebab itu bila mama sorang2 dalam bilik dengan Saif bila papa takde, mama nangis sebab tak sanggup tengok kamu sakit sayang. (cett..masih nak berlagak macho bila papa ada-berlagak tak bertempat). Mama harap kamu cepat sembuh ye. 

 *Tertido di dada mama kepenatan menangis :(


*Dahi bertampal coolfever. Badan berlengging tuam ngan tuala basah kol 3 pagi

Mama nak Saif ceria berjoget dan tersengih macam kat bawah ni. Sayang kamu!Moga cepat sembuh!


Thursday, July 26, 2012

Biskut K Roger 100% Butter Paling Sedap Bangat Termurah di Pasaran !!!

Lama tak wat post tetiba nak iklan sekejap...hehe..juz nak tolong promote biskut yang SIL saya jual. Biskut K Roger 100% Butter ni memang sedap bangat tak tipu punya dan semestinya dijamin halal. Harga pasaran yang ramai orang jual biasanya around Rm30 gitu tapi my SIL jual RM22 je. Kalau beli banyak, harga boleh runding, no hal.

Ada 4 perisa :
  • rasberry butter cookies
  • bluberry butter cookies
  • almond butter cookies
  • cocoa chip cookies butter cookies
Harga : RM22 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kos penghantaran guna kurier, akan diberitahu pada masa order.

Boleh self collect di UIA PJ, Bandar Sri Damansara PJ, atau Tampin Negeri Sembilan

So kalau berminat boleh contact my SIL ye :
Fisha ...0196459155  

Apa lagiii..order la untuk raya nantiiii!! :)











(model biskut - yakin sedap!!)

Friday, July 20, 2012

Kisah Berkampung di Hospital

Haa..bagi yang da baca pengalaman bersalin saya, amacam? Seram kan? Hahaha..bukan senang nak jadik ibu ni. Alhamdulillah da lepas fasa melahirkan putera tercinta, rasa da lega segalanya. Tapi segalanya tak ber akhir di situ. Saya dan Saif kena tahan di hospital hampir seminggu.

Hari-1 (24/5-Khamis)
Ini adalah hari saya melahirkan Saif.Bermula dari jam 3.30 pagi ke hospital hingga 3.32 petang barulah Saif menjengah dunia. Oleh kerana baby divakum, automatik baby kena tahan 24jam untuk pemantauan di NICU. Dan oleh kerana saya GBS+, maka Saif perlu dipantau untuk tengok kalau-kalau ada jangkitan kuman ke tak. Lepas lahirkan Saif, saya takde jumpa dia lagi sampai la hari esoknye.

Oleh sebab saya GBS+ jugak, kejap2 saya kena drip air la, antibiotik la. Tak termasuk yang kejap2 ambik tekanan darah tu. Tak lena tido dibuatnya.

Hari-2 (25/5-Jumaat)
Seawal jam 6 pagi saya da terjaga dari tido. Badan rasa sakit2. Maybe sebab saya gunakan terlalu banyak tenaga dok tarik besi katil la, dok tarik baju nurse, dok terkejang2 tahan sakit. Ditambah plak dengan peha yang dikepak masa nak melahirkan. Nak bangun pun sangat susah, nasib baik ada nurse yang bantu saya bangun. Dengan bersusah payah ke bilik air nak mandi sikit2 kononnya. Tapi bilik airnya sangat la tak mesra pengguna. Takde tempat untuk saya letak barang2 mandi n baju semua. Dan bila barang2 saya jatuh ke lantai, dengan susah payah menunduk nak ambik. Hampir setengah jam dalam bilik air hingga saya kepenatan dan hampir pitam. Syukur di saat saya sangat nak pitam tu, saya terdengar suara hubby memanggil. Risau agaknya sebab saya lama sangat di bilik air. Hubby papah keluar dan ambil barang2 saya. Nasib baik masih boleh berjalan ke katil. Sampai ke katil, saya tengok hubby plak terhuyung hayang. Laa..dia pun pitam tiba-tiba!Nasib baik ada nurse kat situ, ambilka kerusi untuk hubby duduk dan bagi paracetamol. Baru la dia lega sikit. Huhuhu..

Tengahari barulah saya dapat pergi ke NICU tengok wajah Saif buat kali pertama. Sebab masa keluar je dari perut saya cuma nampak rambut Saif je, muka tak dapat tengok pun. Hubby tolak saya naik whilca sampai depan NICU. Nak masuk dalam tu whilca kena tinggalkan kat luar. Adehh..susah payah berjalan. Hubby pimpin. Sempat dia kata "Jalan macam pengantin plak." Huhu..

First time tengok Saif, dia dalam inkubator. Doc supply oksigen n drip antibiotik kat tangan dia yang kecik tu. Tapi peliknya sikit pun saya tak sedih tengok Saif camtu. Rasanya kalau mummy lain maybe da menangis2 kot. Adalah sayu sikit tapi perasaan excited saya mengatasi rasa sedih sebab akhirnya dapat gak tatap wajah yang dikandung 40 minggu ni. Cian Saif, nampak dia kurus cikeding je sebab Saif spesis panjang orangnya. Oleh kerana Saif dalam inkubator, saya masih tak boleh nak peluk dia apatah lagi nak susukan. Saya sengih2 kejap agah2 Saif dari luar inkubator then balik semula ke wad. Kalau tunggu lama kat situ pun xble wat pape.hehe..

Hari-3 (26/5-Sabtu)
Bangun pagi, baju abes basah lencun. Tak sedar pun rupanya susu da mengalir keluar masa saya tido sampai basah lencun baju. Daripada semalam lagi da bengkak tapi tak tau la pulak susu akan keluar sendiri. Huhu..

Around 9 am, doc round buat pemeriksaan. Tengok saya punya report, doc kata "Ok, Nadia. Eveything good. So you boleh discaj tengahari ni la." Yeahh..happy gile bila dengar doc cakap boleh discaj. Tapi baru 5 minit happy, datang nurse bawak result darah saya plak. Doc kerut kening. Katanya "Nadia, hb awak turun banyak ni. Daripada 12 turun ke 8. Kita kena transfer darah pada you. You takboleh discaj lagi hari ni."

Laa..pulak. Tak dapat la keluar hospital lagi. Dan terpaksa la saya sain borang persetujuan untuk transfer darah. Tapi takdelah on the spot terus transfer darah. Kena tunggu petang gak. Sementara tu, saya pi tengok Saif lagi. Kali ni Saif da keluar dari inkubator. Masa saya sampai tu, nurse tengah pangku dia. Katanya Saif melalak kuat sebab tu dia angkat n pangkukan. Amboi..notty la anak mama ni. Oh ye sebelum tu Saif da diberi FM. Redha je la sebab da sebab kitorang tak dok sama. So saya ambik Saif. First time peluk Saif, saya cium dia puas-puas then cuba susukan dia. Fuuhh..beria-ria Saif hisap macam professional je. Lama gak dia hisap sampai la saya cuba cabut. Bila cabut tengok-tengok da berdarah! Laa..abes tu tadi dia hisap apa je. Hisap darah ke. Terus saya letak Saif semula kat tabung dia. Since dia da diberi FM sebelum tu so tak la risau dia lapar ke tak.

Petang seperti dijanjikan, kena transfer darah. Cucuk kat tangan kiri tak berapa nak jalan, kena la cucuk tangan kanan plak. Berbekas-bekas tangan ni dibuatnya. Lepas transfer darah, nak pi toilet nak terkucil. On the way ke toilet rasa cam seram sejuk. Dalam toilet, baru bukak kain hospital da rasa gigil. Bila kena air, lagi terketar cam orang kena parkinson jek. Dengan terketar2 keluar dari toilet, bagitau nurse pelatih, rasa cam demam. Bila check suhu, 38.5! Tinggi! Kesian nurse pelatih tu kena marah dengan staff nurse sebab tak ambil suhu saya sebaik abes transfer darah. Tak pasal-pasal nurse pelatih tu kena lap-lap badan saya dengan tuala basah nak bagi suhu turun. Sambil mengelap badan saya, nurse pelatih tu membuat sesi luahan perasaan kat saya. Dia dok mengadu pasal sikap staff nurse yang terlalu mengongkong nurse pelatih dan mengamalkan konsep seniority. Saya senyum je dengar dia mengadu. Malas nak komen pape.huhu..

Hari-4 (27/5-Ahad)
Oleh kerana saya demam petang semalam, automatik saya kena tahan 24 jam lagi untuk pemantauan. Takut darah yang ditransfer ke saya tu tak serasi.

Oh ye, actually petang semalam bila saya tengok Saif lagi, dia kena letak bawah lampu plak. Ada kuning sikit. So hari ni bila saya tengok dia lagi, kuning dia da ok.Dia da diletak balik dalam tabung biasa. Tapi mata kananya plak kena sakit mata, ada tahi mata. Melekat2 mata dia. Kena letak antibiotik titis ke mata dia. Cian Saif.

Hari-5 (28/5-Isnin)
Doc round buat pemeriksaan. Senyum dia tengok HB darah saya da normal semula n demam pun da ok. Doc kata saya boleh discaj tengahari tu. Happynye. Terus pi NICU, bagitau staff nurse kat situ saya da boleh discaj so nak tau la Saif boleh discaj jugak ke tak. Tak bestnya bila diorang kata Saif belum boleh discaj sebab mata dia belum elok sepenuhnya n medical report dia belum dapat lagi. So saya request nak dok sama ngan Saif. Diorang setuju so saya dan Saif dipindahkan ke Wad 1. Wad 1 tu wad kanak-kanak. So senang diorang nak pantau Saif.

So untuk pertama kali, saya dapat tido sama ngan Saif. Saif baik je tak melalak.Tapi tetiba kol 2 pagi, Saif melalak2 tak henti plak. Puas bagi susu dia tak nak. Bawak jalan2 pun melalak. Saya malu la sebab baby2 lain kat situ elok je tido, takut sebab Saif melalak, baby lain terjaga plak. Kemudian teringat kot-kot Saif sakit perut ke. So sapu minyak Yu Yee kat perut dia, then dia senyap. Wooww! Tabik la minyak Yu Yee! Memang berkesan!

Hari-6 (29/5-Selasa)
Pagi-pagi lagi hubby da sampai dengan semangat berkobar-kobar kot kami dapat discaj hari ni. Actually hubby memang sukati datang melawat tak ikut waktu melawat pun. Ikut suka dia je. Huhuhu...Tak lama lepas nurse mandikan Saif, doktor datang round. Doktor cina yg cute tu kata "Owh..ini budak kuat menangis woo malam2.." Hehe..sengih je la saya. Dia cek Saif, tengok mata Saif da tak bertaik mata lagi, tengok report ok maka keluarla ayat keramat "Ok, uols boleh discaj hari ni."

Wahhh..saya ngan hubby rasa nak melompat je.Akhirnya ble kuar gak dari hospital. Letih woo dekat seminggu kat hospital. Bos hubby pun keep calling tanya bila nak balik keja. ~kitorang kat sini dah nak mati wooo..mau jadik ikan keli woo..~kata bos hubby. Huhu..

So dengan bangganya kami berangkat pulang. Sempat gak mak guard kat wad tu bagi angpau kat Saif.Hehe..Maka bermulalah cabaran hidup kami menjadi super hot mama n papa untuk membesarkan Saif.. :)

Sekian, kisahku di hospital (terpaksa shortkan cerita, takut Saif terjaga dengar bunyi keyboard.hehe..)

p/s: Oh ye. Jutaan terima kasih kepada semua warga Hospital Segamat (nurse, doc, mak guard) yang sangat-sangat membantu dari mula saya check in hinggalah check out. Terutamanya kepada adik-adik nurse yang setia menemani di labour room walaupun dicakar,disentap, ditarik baju, kena tadah kencing dan macam2 lagi karenah saya yang sengal ni. Jasa anda semua moga Allah membalasnya. (^_^)

Tuesday, July 10, 2012

Pengalaman Bersalin Part 2

Haaa..kita sambung lagi cerita ye (tangan menaip, kaki dok menghenjut cradle Saif..haha..kurang asam punye mama!). Sambung part lepas masuk labour room tu la ek.

OK. Saya masuk labour room pukul 4.30 pagi. Masa tu da 4 cm da. Tapi sakitnya nauzubillah. Mata asyik dok tengok jam bila la nak 10 cm ni. Sambil borak-borak dengan nurse, tanya bila agak2 saya boleh bersalin nanti. Nurse tu kata ikut teori anak pertama ni biasanya bukaan akan bukak 1 cm setiap sejam. So dijangka saya bersalin pukul 10 atau 11 pagi. Oh ye, sebab saya GBS+, nurse pasang drip kat tangan masukkan air dan antibiotik.

8.00 pagi
Doc datang nak cek bukaan lagi. Alhamdulilah la sepanjang proses bersalin ni memang dikendalikan oleh doc perempuan saja. So doc pun cek. Bila cek, masih lagi 4 cm. So doc pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses. Takde rasa apa pun masa doc pecahkan air ketuban tu. Tau-tau je rasa air panas mengalir. Nurse pelatih tu la yang kena tadah.huhu..Lepas pecahkan tu, saya baring mengiring semula. Tak boleh nak terlentang da, sakit pinggang woo. Masa ni sakit contraction antara 2 minit gitu. Yarabbi, rasa nak kejang macam kena sawan pun ada nak menahan sakitnya tu. Sapa yang kata sakit contraction cam sakit senggugut je memang tipulah! Ini juta-juta kali ganda sakit daripada senggugut (yang saya rasa la)

10.00 pagi
Saya da tak tahan sangat sakit. Macam orang da hilang akal pun ada. Ikut teori sepatutnya waktu ni kan saya da ble bersalin tapi bukaan still tak cukup lagi. Sudahnya saya menjerit kat nurse "Tolonglah, dah tak tahan sangat sakit ni. Operate je la saya!" Hoo..saya mintak operate tu! Nurse pelatih tu panggil staff nurse, staff nurse tu datang bawak satu statement bertajuk "RISIKO BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN". Cett..orang tengah sakit ni mana ada hati nak membaca benda tu sume. Saya memang da tak peduli da, tolong la operate saya, tolong la operate (sambil kepala geleng2 kiri kanan). Nurse pelatih dok pujuk "Kak, risiko kak kalau caeser. Kalau sekali ni akak operate, next baby pun akak kena operate gak. Limit 3x je, akak cuma ada 3 anak je." Saya pun jawab, "Takpe, 3 orang pun cukup la. Tak nak banyak2.Tolong la operate. Husband saya pun bagi operate je." (statement orang da tak waras..huhu) Nurse tu pujuk lagi "Akak nak saya panggil husband akak masuk sini?" Saya pun jawab dengan selamba "Alah..kalau dia masuk pun bukannya ble hilang sakit" Padahal sebelum ni saya yang beria-ia nak dia teman saya kat labour room tapi bila da sakit saya jadik tak heran pulak.


Serius! Apa yang saya cakapkan memang macam orang da tak waras. Ada banyak lagi dialog merapu saya selepas ini. Teruskan membaca. Huhuhu...

11.00 pagi
Saya memang da tak tahan sakit da. Tapi ajaibnya sikit pun saya tak nangis. Malu kot.huhu..So tahan je sakit sambil mengerang-ngerang. Nak jerit kuat2 pun malu. (boleh lagi fikir malu masa ni-huhu..)Nurse tolong urutkan pinggang saya. Saya siap arahkan "Bawah sikit, kanan sikit..haa..situ...bla..blaa.." Satu tahap saya tanya nurse "Takde ubat tahan sakit ke?Epidural ke?Apa-apa la" Nurse pelatih pun bagitau kat staff nurse.Datang la staff nurse ni inject punggung saya, bius kot. Tapi saya still demand "Macam tak berkesan je cucuk tadi. Sakit lagi ni. Ada ubat tahan sakit lain tak?" Nurse tu pun bagitau staff nurse n dengan izin doc, dia bagi saya gas etonoks(betul ke ejanya ni).

Serius bila nampak je topeng gas tu dengan rakusnya saya terus sambar dan sedut gas tu sekuat hati dan terus PAPP!! Saya rasa pandangan gelap. Saya rasa terawang-awang. Pada masa yang sama kepala saya menggeleng ke kiri kanan dengan laju tanpa dapat dikawal. Then tiba-tiba rasa kepala cam terkulai cam orang berlakon mati dalam drama, saya rasa terawang-awang. Serius masa ni saya fikir "Eh, aku da mati ke.." Ohh..rupanya tak. Khayal je rupanya.


Actually gas ni buatkan saya khayal. Tu yang buat saya high semacam je macam orang lalok. Rasa cam tido pun ada, memang da tak rasa sakit langsung masa tu. Saya jadi rileks, high sebenarnya. Bercakap pun style orang lalok ala-ala Drunken Master gitu.Huhu..Tapi..bila nurse cuba nak cabut topeng gas tu, saya mengamuk tak nak lepaskan. Hahaha..memang saya bukan diri saya lagi masa tu! Siap kata "Jangan..jangan cabut..saya baru nak mimpi main ngan Aina ni.." (Aina-anak buah saya). Nurse kata "Aina mana plak ni." Oh ye, masa saya lalok2 ni saya terdengar suara hubby. Saya tengah pejam mata lalok masa tu tapi le dengar dia kata "Kalau dia tak tahan sakit sangat, operate je la." But then dengar nurse kata tak boleh sebab bla..bla..bla..

Nurse cuba cabut lagi topeng gas tu. Saya melawan tak bagi. Bayangkan 3 orang nurse cuba nak cabut topeng gas tu tak boleh lawan dengan kudrat saya yang ntah dari mana jadik kuat gila menahan topeng gas tu sebab nak tahan sakit. Sudahnya, nurse tutup suis gas tu. Saya dapat rasa tarikan gas makin kurang. Bila nurse cuba cabut lagi topeng gas tu, saya ketuk-ketuk muka saya dengan topeng gas tu sambil cuba menyedut gas yang da makin tiada. Memang macam orang hilang akal la. Menjerit-jerit nurse tu bila saya ketuk muka sampai merah2 muka saya tapi still taknak lepaskan. Sudahnya sampai tercabut getah topeng tu baru saya lepaskan.

Saya masih merapu sebab kesan gas masih ada. Nurse kata "Sabar kak..sakit bersalin memang macam ni.." Boleh saya kata "Korang da kawen? Korang da pernah beranak? Tak kan? So mana korang tau sakitnya macam mana." Serius masa saya bercakap tu sebenarnya saya tak nak cakap macam tu tapi kesan gas tu buat saya cakap benda yang saya tak nak cakap. Nasib baik saya takde mencarut atau memaki ke apa ke. Nurse kata lagi "Akak..sabar kak..cuba akak control pernafasan tu." Saya pun jawab "Nak control hapenye, nak bernafas pun susah." Nurse pun kata "Saya bagi oksigen ye." So dia pasang satu tiub bawah hidung saya, saya pun sedut sekuat hati tapi frust sebab tak hilang sakit. Mulut saya dok sebut "Nak etonoks, nak etonoks..etonokss..etonoks.."  (patutnya mengucap time ni)


12.00 tengahari
Doc datang check bukaan lagi. Masa ni baru 7 cm. Owh..memang tak tertahan da. Apasal lama sangat ni. Sebab saya meraung-raung lagi, doc bagi saya etonoks lagi. Yeah..happy! haha..Dengan rakus terus sedut then terlelap.zzzzzz...

2.00 petang
Tanpa sedar, nurse da cabut etonoks kesayangan saya. Saya kembali sakit. Masa ni da 8 cm. N masa contraction sampai, automatik saya terteran. Saya tak nak teran tapi sakitnye tu cam automatik terteran (paham ke ni). Sorang nurse ni kata jangan teran, yang sorang lagi plak kata cuba teran kot2 jalan da bukak. So saya teran je la. Bila cek tengok memang tak bukak lagi pun. Then dekat-dekat kol 3 gitu, doc datang cek. Da 10 cm katanya. Then sorang lagi doc cek kata "9cm lagi ni" So diorang pun main gilir2 VE kat bawah tu untuk kepastian. Saya pun da tak peduli ape lagi dah. Dengar doc kata "9cm but something matters here. Cam bengkak la kat situ." Saya tak tau apa maksud dia bengkak tu kat mana, saya fikir sakit je.

3.00 petang
Doc datang semula, buat VE lagi dan mengarahkan nurse mengtransform katil saya. Hujung katil tu ble cabut then dia pasang besi pemegang dan tempat sangkut kaki kat kiri kanan katil. Kaki kena ikat woo. Saya pun pegang pemegang besi tu. Then doc kata "Ok Nadia, you da ble push sekarang." So dengan konfidennya saya pun push. Ehm..takde apa-apa pun. Push lagi..pun takde pape. Doc kata "Nadia, jangan teran kat atas, teran kat bawah. Teran macam you teran sembelit." Sempat saya menjawab "Tapi doc, saya tak pernah sembelit. Camne nak teran." Memang sengal saya ni kan. Doc kata lagi "Cuba teran. Awak tak rasa ke ada benda tersengkang kat bawah tu." Saya jawab "Tak rasa pun." Huhu..Then doc panggil hubby saya masuk, konon untuk bagi support la tapi saya cam da tak peduli pun kewujudan dia kat sebelah saya.huhu..Hubby baca doa kat telinga sambil pegang kepala dan tolong tolak badan saya bila doc suruh push. Tapi tak menjadik jugak. Siap seorang staff nurse naik atas katil saya dan tekan perut saya nak tolak baby ke bawah. Sakit woo perut kena tekan tu. Rasa nak sepak je, saya jerit2 sakit perut baru dia stop. At the same time baby masih tak kuar. Doc da risau sebab CTG baby makin tak cantik. Doc kata "Please Nadia, CTG baby da tak cantik ni, awak nak ke baby awak tak nangis bila kuar nanti." Hoh..dengar doc kata camtu saya try push lagi. Tapi hampeh tak berjaya gak. Doc geleng kepala sambil kata kat staff nurse sebelah dia "Susah la macam ni. Lagi pulak kat dalam tu da bengkak. Kepala baby pun susah nak keluar"

Sudahnya, doc call doc pakar masuk untuk bantu. Doc pakar tu lelaki la plak. Aiii..da elok2 tadi semua perempuan, ada plak doc laki. tapi doc ni da tua so tak segan sangat. Doc tu ntah orang arab ke apa, dengar dia bagi arahan kejap2 bahasa inggeris, kejap2 cam bahasa arab ke perancis ke apa. Bila saya masih tak berjaya push jugak n baby makin stress di dalam maka keputusan dibuat bahawa saya kena divakum! Saya da tak kisah da diorang nak buat apa pun asalkan semuanya selesai secepat mungkin. So diorang pun dok godeh2 apa ntah kat bawah tu. Tetiba rasa cam pedih-pedih sikit, dalam hati kata mesti diorang da gunting ni. N syukur sebab saya rabun so bila saya tak nampak peralatan2 yang diorang guna so automatik saya jadik tak takut n kurang sakit. Even vakum pun saya kena teran jugak. Saya pun teran la yang entah betul ke tak teknik saya tu. Dan tetiba je pada jam 3.32 petang, eh baby dah kuar. Akhirnya kesakitan lebih 12 jam di labour room berakhir. Tak rasa pun bila dia kuar. Doc letak baby atas perut, tapi kejap je dalam beberapa saat. Saya pun tak sempat tengok mukanya ke jantina ke apa ke. Then nurse terus bungkus baby keluar nak dibawa ke NICU. Doc sempat kata "Saya harap baby awak nangis." N syukur ALhamdulillah bila baby kuar je dari  pintu labour room terus dengar dia "Uwekkk..uwekkk.." Fuh..lega saya. Doc pun lega "Nasib baik baby nangis. Ok la tu." Nurse bagi satu buku kat hubby untuk dia isi, buku komen kot.Then hubby ikut nurse keluar sebab saya nak dijahit plak lepas ni.

Setel bab bersalin yang sungguh susah payah itu. Lepas kuarkan uri semua, masuk plak bab menjahit. Oleh kerana saya divakum, maka harap maklumlah kesan gunting dan koyak memang sangat besar dan dalam. Saya dijahit selama sejam setengah! Siap bertukar2 orang yang menjahit. Jahit dalam, doc yang jahit. Tak bape sakit even rasa gak sikit2. Selesai jahit dalam, ganti plak ngan staff nurse jahit luar. Time ni ada dibius tapi sakitnya hadoii mak. Masa jarum dicucuk tu ble tahan lagi tapi bila benang ditarik memang rasa nak meraung je. Dengan tak malunya saya mintak etonoks lagi. Hahaha..staff nurse tu bagi je la saya gas tu. Tapi agaknya dia set dos rendah, tak sangat pun etonoks tu. Macam sedut oksigen biasa je. Saya siap kata "Tipu laa..tak rasa pun gas ni.." Hahaha.. Staff nurse tu teruskan kerja menjahit. Tiap kali dia berhenti, saya tanya "Dah siap ke?" Jawapannya "Belum.." Saya tanya lagi "Berapa jahitan ek?" Jawapannya "Banyakkkk.."

Hoohh..hampir pukul 5.30 petang baru selesai jahit. Lega. Time ni baru rasa letih sangat-sangat. Nurse bagi air milo, minum guna straw. Dia tanya "Nak air lagi ke?" Saya mesti la jawab ye. Maunye tak lebih 12 jam tak makan minum dok kat labour room. Nurse bagi air kosong plak. Saya minum dengan rakus. Masa ni mak saya masuk, wahhh rasa terharu sangat! Hubby plak ntah ke mana, pi tengok baby kot kat NICU. Dok borak-borak dengan mak kejap. Nurse kata saya kena stay rehat kat situ 4 jam sebelum pindah ke wad.

Hampir pukul 8 malam, nurse datang curah ubat kuning kat tempat luka tu then pakaikan pad, barulah saya ditolak ke wad. Saya masih tak dapat bersama baby sebab baby kena tahan di NICU untuk pemantauan (sebab vakum n sebab saya ada GBS). N syukur jugak baby ada kat sana sebab saya memang sangat2 tak bermaya n sangat sakit sampai nak bergerak pun susah. Nak baring sakit, nak duduk sakit, nak berjalan sakit, serba serbi sakit sebab luka saya sangat la besar n dalam. Ble rasa bengkak kat bawah tu.

Haaa..selesai cerita bab bersalin. Sakit memang sakit. Rasa tak nak beranak lagi pun ada.Hohoho..siap request ngan hubby pasni kalau beranak lagi nak kat private plak supaya ble ambik epidural. Hubby kata sakit yang saya rasa tu kan penghapus dosa. Dengan selamba saya jawab "Untuk anak pertama ni dosa ayang sume da terhapus. So pasni tak payah nak rasa sakit lagi. Nak epidural plak pasni." Haha..sengal kan saya. Apa yang ble saya katakan bab bersalin ni, sakit memang sakit tapi maybe sakit yang dialami setiap orang berbeza. Bahagian saya la kot kena sakit sangat memang macam da di penghujung nyawa. Banyak dosa kot sebab tu sakitnye pun lama.Huhu..Tapi segala rasa sakit tu hilang bila tengok baby yang suci murni. Indahnya nikmat menjadi ibu. :)

Saif newborn 2 days. Gambar ambik curik2 (masa ni kat NICU)


Pasni nak sambung citer di hospital plak. Saya stay di hospital selama 6 hari. Kenapa?
Bersambung...

Friday, July 6, 2012

Pengalaman Bersalin Part 1

Saif sudah 44 hari. Maknanya esok saya sudah merdeka!Haha..hari ni la baru terbuka hati nak update blog yang da makin bersawang ni. Nak cerita ke tak ek pengalaman bersalin saya ni. Rasa cam malas je nak share pengalaman ku ini, takut bila korang baca nanti jadik takut plak nak beranak! Aa..tapi saya share la jugak eh supaya korang tau la ape yang patut dibuat bila ada di labour room.huhu..

23 Mei 2012
Pagi tu masa bangun nak mandi, rasa cam ada benda nak terkeluar. Masuk je bilik air, terus darah menitik2 ke lantai. Fuuhh..perasaan masa tu cuak ada, excited pun ada. Dah tiba masa la ni, fikir saya. Lepas mandi terus siap2 ajak adik ke hospital. Sempat call mak bagitau pasal tanda darah tu. Mak kata "Hey, kau ni kembar darah ni. Kembar darah sakit tau." Cett..sempat lagi mak menakutkan saya. Kebetulan hari tu memang appointment saya ngan doc hosp. Saya bagitau nurse pasal tanda darah tu. Then cam biasa nurse buat VE. buat-buat, cett masih zero! Maka saya pun balik dengan hati kuciwa. Oh ye doc bagi tarikh sehingga 28 Mei, jika saya masih tak bersalin saya akan diinduce.

Menjelang petang, mula rasa sakit. Macam tak sedap hati plak dengan rasa sakit ni. Sms hubby. Minta dia balik malam tu jugak sebab saya rasa saya benar2 perlukan sokongan daripada dia saat itu. Tambah plak kesian plak ngan adik tiap kali hantar saya ke hospital nak kena angkut anak dia yang aktif tu. Rasa cam tak nak menyusahkan adik lagi, tu minta hubby balik.

Malam..sakit makin kerap. Saya siap tengok jam dan buat catatan kat notepad kira berapa kerap sakit. Tengok2 kekerapan sakit antara 7-8 minit. Masa tu da kol 9 lebih. Call mak bagitau pasal sakit tu. Mak paksa pi hospital. Ok lah..saya pun tunggu sampai pukul 10 malam baru pi hospital. Cam biasa sampai hospital, buat VE lagi. Yeah, kali ni da ada bukaan 1 cm. Tapi yang tak bestnya, wad penuh. So saya pun menawarkan diri untuk balik je sebab rumah pun dekat tak sampai 5 minit pun nak ke hospital. Doc masih pesan, kalau sakit makin kuat, terus ke hospital. Baiklah doc!

Kol 12 tengah malam, hubby sampai. Kesian hubby drive jauh2 dari KL direct ke Segamat jauh tuuuu! Sampai je dia terus lepak tido. Saya pun tak nak kacau dia even rasa sakit macam makin kerap. Saya da tahap xble tido so cuba baca majalah tapi xdapat kurangkan sakit. Makin lama makin kuat. Tak boleh jadi ni. Pukul 3.30 pagi saya kejut hubby, "Jom pi hospital, sakit la tak tahan."

Sampai hospital, saya memang da tahap tak boleh berjalan da sebab sakit makin kerap dan kuat. Hubby ambik whilca tolak saya ke labour room. Nak duduk kat whilca tu pun saya da rasa tak mampu. So sampai labour room, nurse buat VE lagi. Kali ni da 2cm. Saya dipasang alat CTG. Sambil berCTG sambil borak dengan nurse pelatih kat situ. Seb baik ada teman borak, kurang sket rasa sakit. Kol 4.30 saya jumpa doc plak. Doc tengok CTG saya ok. Then dia buat VE lagi. Tapi saya rasa dia bukan setakat buat VE, dia swipe kat dalam tu! Hadoiii..memang sakit wooo sampai dinding tepi tu saya cakar-cakar tahan sakit. Then doc kata kat nurse "Ok, 4 cm. Boleh masuk labour room."

Haa..cepat je da 4 cm! Saya tak sempat jumpa hubby. Handphone plak saya tak bawak. Maka berangkatlah saya ke labour room tanpa sempat jumpa, bercakap, minta maaf ngan hubby, minum air selusuh or whuteva.

Bersambung...(penat menaip, panjang benor citer)
Pengalaman sebenar di labour room...Part 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...