Tuesday, September 25, 2012

Barangan Untuk Dijual

Botol MAM 5oz -Preloved
Harga asal masa beli - RM33.50
Harga nak jual - RM25
Condition - 9.5/10 
Sebab nak jual- anak reject botol ni, sayang sangat sebab botol ni masih sangat elok macam baru. Sempat guna beberapa kali je.


Botol MAM 5oz Twin Pack - Totally New
Harga asal masa beli - RM56.90
Harga nak jual - RM50
-SOLD
Condition - 10/10 
Sebab nak jual - anak da reject botol yang 1st tu, so yang baru ni memang tak sempat nak guna la. Tak bukak pun lagi kotak tu


Botol TommeeTippee 5oz - Preloved
Harga asal masa beli - RM19.00
Harga nak jual - RM15
-SOLD
Condition - 10/10 
Sebab nak jual - anak reject gak botol ni. Guna sekali je. Kotak renyuk sket, salah posmen tu ar renyuk2 parcel saya. Tapi korang nak guna botol kan bukan kotak.hehe..


Nursing Blouse Autumnz Size M - Totally New
Harga asal masa beli - RM59.90
Harga nak jual - RM50
Condition - 10/10 
Sebab nak jual - Besar sikit bagi saya. Konon nak hantar repair baju ni kecikkan tapi tak berkesempatan, baik ku jual je.


So, sesiapa yang berminat boleh la post comment di bawah ni atau emel kepada saya : didie_kawaii@yahoo.com

p/s : Harga di atas including postage ye. Memang nak let go cepat2. (^_^)

Thursday, September 20, 2012

Sapa punya keja ni haaa..

 Nampak tak apa-apa yang pelik atau luar biasa kat purse ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawapannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |

Sapa punya keja dok conteng purse mama yang cun ni haaa??
Tengok sekali imbas memang tak perasan.
Saya terperasan 'karya' ni pun bila purse ni berkilau kena sinar matahari.
Da tanya kat hubby, comfirm la bukan dia yang buat.
Takkan Saif kot, pegang botol pun xreti lagi inikan plak nak tulis guna marker pen.
Suspek utama Mak Usu Saif tapi tak mengaku gak.
Kes tak puas ati ngan saya pastu dok conteng purse kesayangan ni plak!
Eiii..perlukah beli purse baru? (alasan..)

Tuesday, September 18, 2012

Rutin Hidup Kini



Lama tak update blog.
Mula-mula naik kerja hari tu, rasa cam boring je xda kerja.
La ni bila da mula ada kerja, rasa cam tak menang tangan pulak.
Nak curi masa update blog pun tak berkesempatan.
Lagipun saya ni nak update blog pun kena ada mood.
Dan kalau kabel hp missing, takdapat upload gambo lagi la malas nak update.

Err..tinggalkan cerita malas nak update blog tu.
Tapi nak ikutkan memang rutin harian saya kini totally berubah 360 darjah ~swingggg!
Kat opis busy, kat rumah pun busy.
Hari bekerja busy, hari cuti pun busy.
Busy sebab sekarang ni bukan sekadar menguruskan diri sendiri tapi yang jadi keutamaan sekarang adalah menguruskan Saif.
Seb baik gak PJJ ngan hubby, kalau tak tambah sorang lagi yang perlu kuuruskan setiap hari.


Bermula hari Isnin :
6.30 pagi - bangun, mandi, solat, siap2 nak pi keja;
                - masukkan bekal susu Saif dalam cooler bag. Biasanya dalam pukul 7 Saif da tersengih-sengih
                  bangun dari tido. Tau-tau je timing dia nak dihantar ke rumah bs.
7.30 pagi - hantar Saif ke rumah bs. Peluk cium Saif terus ke opis. Thumbprint.
               - Breakfast.
               - Naik ke opis atas buat keja (kalau  xde kelas)
9.00/10.00 pagi - Rutin pam susu!
12.30 tengahari - Pi tengok Saif kat umah bs. Kalau banyak keja tak pi. Dah alang-alang keluar opis tu,
                           singgah rumah buat keja yang terbengkalai bila Saif ada seperti membasuh periuk
                           belanga, sapu rumah, mop lantai, lipat baju..bla..bla..(banyaknye kejaku kalah bibik!)
2.30 petang - Balik semula ke opis. Rutin pam susu lagi. Sambung buat keja.
4.45 petang - Turun ke surau. Solat Asar siap2, kat umah comfirm tak sempat dok melayan Saif je!
5.00 petang - Thumb out. Ambik Saif kat rumah bs.
                   - Biasanya housemate akan ambik Saif layan dia main2 so sempat la saya basuh botol dan  
                      mandi.
                   - Then ble la rehat2 kejap main ngan Saif selang seli df dia sampai ke malam ( x kan la saya
                      nak suruh housemate layan Saif sampai ke malam, agak-agak la)
8.00/9.00 malam - Biasanya Saif da start tido. Bila tido ble la saya buat basuh baju or buat keja lain. 
                             Tengah buat-buat keja, tetiba Saif melalak mengigau da kena stop pujuk-pujuk,peluk-
                              peluk, ngempeng-ngempeng bagi senyap tido baru la sambung keja semula.
10.00 malam - Make sure beg Saif untuk keperluan esok da siap dikemas.
                     - Susu untuk bekal esok da siap2 bahagi 3oz setiap botol n label so esok pagi just transfer 
                        masuk dalam cooler bag je.
11.00 malam - Baru boleh tido. Tu pun biasanya 2 atau 3 pagi Saif akan mula merengek nak mengempeng
                        sampai la ke pagi. Memang saya jadik panda mata lebam.
5.00 pagi - Saif da tersengih2 sambil menendang-nendang tanda da segar dari tido. Tapi saya sumbat susu 
                  lagi paksa dia tido lagi sampai pukul 6.30 pagi.

Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat - Rutin yang sama berulang setiap hari! Tapi start minggu ni ubah sket la sebab Hari Isnin ngan Rabu saya kena balik pukul 6 petang. Sob..sob..sape punye idea la buat jadual kelas sampai pukul 6. Pensyarah tepu, student lagi la tepu! Sian Saif mama ambik lambat..

Hujung minggu, hubby balik.
Kamu ingat saya boleh bersenang-lenang!
Hujung minggu la masa untuk masak la, kemas rumah la (kalau x sempat balik tengahari waktu tengah minggu). Haa..nak gilap almari, trim pokok bunga, sapu garaj, sterilize botol, iron baju utk seminggu..bla..bla..
Anak tak pandai buat sepah lagi, papanye yang buat sepah sana sini.
Haii..takpe la nasib baik la isterimu ini memang suke mengemas.
Takpe, biar abang dok jaga Saif, biar ayang kemas semua.
Sudahnya hubby komplen "Apa la mama tu, ke sana ke sini..dok buat keja je tak henti.."

Haiii..penat sampai adakala terhuyung hayang gak dibuatnya tapi seronok sebenarnya.
Ni la baru hidup namanya.
Takkan la nak terbongkang makan minum tidur je kan.
Err..nak ke saya cerita apa saya buat di opis?
Tak perlu la ek.
Hidup kamu semua macam mana?
Tunggang terbalik tak macam saya? :p

Setiap hari semua beg ni perlu dikemas dan disumbat dalam kereta. 
Beg Fiffy dan cooler bag belang-belang untuk hantar ke rumah bs. Lain-lain tu ku hangkut ke opis. Cooler bag polkadot untuk simpan hasil tuaian di opis.

Tengok..dalam handbag mama yang glamer ni la disumbatnya segala mak nenek botol dan pam. 
Memang berbaloi beli beg besar. Huhu..

Friday, September 7, 2012

Bila Saif Menguasai Fikiran


Semalam ambil cuti sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan di KL.
Macam biasa pagi-pagi Saif da bangun gelak-gelak tengok mamanya bersiap-siap.
Tapi kali ni mama bersiap bukan nak pi keja tapi mau dating ngan papa..haha..
Lepas hantar Saif, peluk cium sume terus zuppp drive all the way to KL.
Sampai KL lebih kurang pukul 9,ambik hubby dulu, then sesama pi breakfast.
Pekena roti kosong n tosei je..hehe

So destinasi pertama kami adalah ke Setapak.
Ke pejabat lawyer untuk sign beberapa dokumen urusan pembelian rumah.
Lama menunggu dan banyak pula page perlu disign (about 40pages x 15 copies??)
Siap urusan da pukul 12 tengahari lebih.

Nak pi KL Sentral pula, nak setelkan urusan ujrah PTPTN dan pengecualian pembayaran degree.
Sampai sana bila check sistem, rupanya pinjaman PTPTN saya bagi diploma memang da diujrahkan.
Pengecualian pembayaran degree pula memerlukan salinan sijil yang disahkan oleh pejabat akademik universiti plak.
Aaahh..rasa macam sia-sia je pegi sini. Takde hasil.
Takpelah, papehal pun pi lunch la plak.

Lepas lunch dan solat, pi ke Subang Jaya pulak sebab saya nak claim warranty Spectra 3 saya.
Spectra 3 saya macam x function bila buat double pumping, no suction at all.
Tapi kalau buat single pumping ok je.
Ehmm..jenuh juga nak cari Histopoint, sampai terpaksa call untuk diorang bagi instruction jalan.
Last-last jumpa juga.
Bila check Spectra 3 saya, katanya ok je takde masalah.
Dia siap test guna apabenda alah meter ape ntah, ok je ada je suction bila buat double.
Aikss..peliks la pulak.
Disebabkan macam ok je, so saya pun bawak la balik Spectra 3 tu, tak tukar baru pun.
Rasa cam sia-sia gak datang jejauh tapi xde hasil juga.huhu..

Kemudian, saya gatal-gatal ajak hubby pi IKEA plak.
Dengan alasan "Abang jugak yang kata, kalau ada Saif susah nak jalan2 kat IKEA, ramai orang. Ni sementara Saif xde ni, jom ar kita jalan jap. Ayang nak beli karpet."
Haha..beli karpet?
Hubby dengan tenang dan redha menurut je kehendak isteri yang kuat shopping ni.
Sempat dia memberi ayat penyata "Abang ni perancang kewangan, ayang plak pemboros kewangan"
Hehe..saya takboleh la kalau da terbayang nak sesuatu tu mesti nak secepat mungkin, tak ble tangguh-tangguh.
Kalau tak, otak saya akan serabut dok teringat-ingat je benda tu.Huhu..
Ok, masa tu da pukul 3.30.
Dalam hati kata, xpe jalan cepat2 kat IKEA, kol 4.30 gerak la balik. Sempat la sampai karak kol 5.30 nak ambik Saif kononnye.
Sekali jemmmm daaa..
Sampai IKEA da hampir pukul 4.
Tapi saya memang jalan sepantas mungkin just ambik barang yang memang da target je.
Takdelah nak melenggang kangkung touch sana touch sini.
Keluar daripada IKEA lebih kurang pukul 4.30, pantas gak.
Ingat nak call bs bagitau lambat sikit ambik Saif.
Sekali hp abes bateri! Cuak mak! No.hp bs tak save kat simcard plak tu.
Aaa..sudahnye menggagau carik kedai hp nak beli travel charger.
Sebesar-besar Sri Damansara tu punye la payah nak carik kedai hp.
Sudahnya jumpa jugak kedai hp tersorok nun, beli la travel charger RM10 je.
Masa tu da pukul 5!
Saya da macam cacing kepanasan, risau Saif nangis ambik dia lambat.
Cepat-cepat call bs bagitau lambat. Seb baik bs ok je. Fuuhh..
Sempat dibebel oleh hubby "Tu la, semua salah mama. Nak shopping la, pastu tak tinggalkan susu lebih dah tau maybe sampai lambat. Pastu malas cas hp sampai abes bateri."
Aaaa..pasrah dibebel oleh hubby. Memang salah saya pun.

Lepas hantar hubby, apa lagi terus pecut la selaju mungkin.
Sekali jemmmm plak kat MRR2.
Fefeeling rasa nak menyumpah je tapi sabarlah wahai hati.
Serius jalan raya macam antara nampak tak nampak je.
Drive kereta pun macam antara sedar tak sedar.
Dalam fikiran dok terbayang Saif je, nangis ke tak dia, lapar ke dia susu da abes.
Sampai rumah bs pukul 6.30 petang!
Terus melompat keluar dari kereta nak menyerbu rumah bs tetiba dengar suara memanggil dari jauh.
Rupanya bs bawak Saif jalan-jalan ke rumah jiran depan, nak pujuk la kononnya supaya tak nangis.
Fuuhh..lega Saif tak nangis..

Tapi Saif merajuk tauuuuu..
Sampai rumah bagi susu, dia minum kejap je pastu taknak.
Bila saya agah dia, dia tunduk-tunduk pastu tenyeh2 muka macam taknak tengok muka saya.
Bila agah pun, dia wat dek tengok kiri la kanan la.
Bila housemate saya agah dia, dia gelak pulak
Bila saya agah lagi, dia wat dek.
Aaaa...Saif da pandai merajuk!
Nasib baik tak merajuk lama, gomol2 cium2 lama2 dia gelak la.
Haiii..anak..anak..
Fikiran mama sekarang hanya ada kamu.

Wednesday, September 5, 2012

Alhamdulillah..seronok sangat!


Baru je balik daripada tengok Saif kat rumah bs.
Kebetulan masa datang tu Saif tengah hisap botol.
Walaupun tak hisap beria-ia, sekadar kunyah-kunyah puting botol tapi Alhamdulillah minum jugak susu akhirnya.
Sambil ralit tengok TV sedar tak sedar hampir nak habis satu botol Saif minum.
Tu botol no.3.
Kak Ita kata botol yang no.2 dia minum habis terus.
Seronok sangat tengok Saif da boleh terima botol.
Alhamdulillah juga sebab Allah pertemukan dengan bs, Kak Ita, yang sangat sabar melayan karenah Saif.
Sebelum ni masa Saif meraung-raung tak mau botol, dia cerita kat saya dengan air muka macam nak menangis.
Risau da kot dia tak sanggup jaga Saif plak.
Alhamdulillah Allah perkenankan doa saya untuk lembutkan hati Saif minum susu botol di samping permudahkan urusan Kak Ita untuk menjaga Saif.
Harap Saif berterusan la baik, mau minum susu botol macam ni.
Be a good boy ye nanti mama upah susu banyak-banyak.

p/s : selamat duit mama. semalam da survey2 botol mimijumi.hahaha..tak payah beli lagi da.

Monday, September 3, 2012

Kerja Dan Saif


Lama da tak update post baru kat blog (macam la ada yang nak baca~huhu)
Banyak cerita yang nak dikongsikan sebenarnya tetapi tergendala sebab kabel hp ku missing lagi.
Tapi hari ini saya update juga la walau tiada gambar yang berkaitan.

Hari ini merupakan minggu kedua saya kembali bekerja setelah 4 bulan bercuti.
Fuuhhh..satu tempoh hibernasi yang cukup panjang.
Kembali ke kubikel kerja terasa banyaknya perubahan sepanjang ketiadaan.
Yang paling ketara adalah kesunyian sebab mostly rakan-rakan saya busy dengan kelas masing-masing 8-5!
Memandangkan saya bercuti panjang maka semester ini saya tiada jadual kelas.
Nak jumpa kawan-kawan ajak bergosip pun diorang takde.
Maka hari-hari saya berlalu dengan melayani facebook dan baca blog itu ini.
Huhu..tak heran la kalau hubby saya selalu kutuk "orang keja gomen memang asyik mengulor je"
Haii..nak buat macam mana kan dah memang takde jadual.
Nasib baik gak ada keja multimedia so at least terisi juga masa kerja.
Boring dan bersalah juga kalau melahu tanpa hala tuju.

Oh ye, ini juga bermakna masuk minggu ke-2 juga la Saif dihantar ke rumah pengasuh.
Alhamdulillah setakat ni pengasuh Saif, Kak Ita kata Saif baik sangat.
Biasalah Saif memang pandai berlakon depan orang lain kan.
Cuba bila dengan mama dia kat rumah mengada-ngada je sepanjang masa.
Ni bila saya pi umah Kak Ita waktu lunch, Saif dengan enaknye tido.
Even saya datang lepas opis hour nak jemput Saif balik pun dia sambung nyenyak tido.
Haii..tido aje. Bagus jugak. Biar cepat besar.Huhu..
Cuma masalah utama sekarang ni Saif masih tak mau hisap susu guna botol.
Musuh ketat sesangat!
Entah segala macam jenis mak nenek puting n botol dalam dunia ni saya da beli, masih juga dia tak mau.
Bayangkan la saya cuma bekalkan dia 4 botol x 2oz susu je sehari.
Itu pun tak habis.
Bagi setiap sesi cuma luak antara setengah ke satu oz je. Tu pun meleleh kuar je yang banyak.
Pernah la rekod terbaik ada sekali tu hampir 2 oz dia minum.
Agaknya time tu da petang, da haus sangatla tu.
Sanggup dia tahan lapar.
Patutnye kamu minum 3 oz setiap kali la wahai anak.
Risau mama tengok kamu ni comel cikeding nak banding dengan kawan-kawan kamu yang debab sume tu.
Jeles tau mama tengok baby lain pehanya macam peha dinasour, geram!
Mama pun nak kamu jadi debab jugak! Aiii~
Setiap hari berdoa moga-moga lembut hati Saif nak terima susu botol.
Tapi yang bagusnya walaupun dia reject botol tapi dia  tak melalak pun bila Kak Ita bagi botol tu.
Tak tau la kot Kak Ita saja cakap camtu sebab nak sedapkan hati saya kan.
Sebab kalau saya atau Encik Suami yang bagi botol susu, comfirm dia melalak meraung nak terkeluar anak tekak sampai satu taman boleh dengarnya.
Neneknya pun da risau, camne Saif nak besar ni kalau tak nak susu botol? Camne kalau kau nak kena keluar mana-mana ke, pi kursus ke? Aaaa..stress.
Bila dia kureng hisap susu botol ni mulalah motivasi saya untuk mengepam susu pun makin merudum. aiyak!

Korang ada apa-apa cadangan tak untuk bagi baby terima susu guna botol?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...