Tuesday, October 23, 2012

Kena Pi Kursus-angkut Saif sekali?

Err..gusarnya hati bila dapat tau kena pi kursus. Kursus PPK-wajib pi. 4 hari plak tu. Kalau Saif ni jenis boleh tinggal, tak ngempeng malam, nak aje saya tinggalkan dengan mak saya. Tapi tu ar masalahnya, Saif ni giat mengempeng malam. Pantang lepas, mencarik aje sambil mata pejam. Minum botol waktu siang plak tu sket je, sibok mencari nenen waktu malam.

Ehmm..kawan opis saya kata dia nak bawak bibik dia. Dia offer dok sebilik ngan dia, so ble bibik tu jagakan anak dia ngan anak dia sekali. Ehm..good idea gak tu. At least, tak perlu berpisah ngan Saif. Cuma ble ke bibik tu handle 2 baby serentak? Anak kawan tu baby 3 bulan, Saif plak 5 bulan. Ble handle ke? Dah la perangai mengada2 Saif sekarang ni asyik nak berpegang, berdukung je. Asal celik bijik mata je terus kena layan dia 24 jam.

Selain tu pening gak fikir macam2 barang nak kena angkut ni kalau betul la nak bawak Saif sekali pi kursus. Maknanya balik kampung raya aji ni, terus kena pack baju n barang terus pi kursus. Fuhh..mana nak mengangkut bag dengan nak mengangkut Saif jugak ni.

Nak tinggalkan Saif? Tak sedap hati rasa.

Sape ada pengalaman pi kursus luar bawak anak? Cer share sket.

Monday, October 22, 2012

Sampai Bila Nak Berbarut


Minggu depan Saif nak masuk 5 bulan da. Tapi sampai sekarang legasi pemakaian barut diteruskan. Tak tau sampai bila kena pakai barut ni. Kalau ikut kata mak, selagi barut tu muat, pakai je. Saya pakaikan Saif barut bertali, special nenek Saif yang buatkan.

Err..sebenarnya saya malas sket nak pakaikan barut ni.Tapi saya tak pernah miss pakaikan tau. Cuma rasanya kalau tak payah pakai, cepat sket la bila bersiap nak pakaikan Saif baju. Nak sapukan minyak kat perut pun senang kan, tak payah nak kena bukak barut setiap kali nak sapu. Tapi risau gak kalau tak pakai barut ni, dikhuatiti perut Saif mudah masuk angin plak. Saya jugak yang kena bersengkang mata tengah malam melayannya merengek kalau sakit perut masuk angin.

So, anak-anak korang macam mana? Sampai bila pakai barut ni ek?

Suami Penyabar Adalah Anugerah!

Malam tadi Saif buat perangai lagi. Tak mau tido!
Asalnya waktu Maghrib gitu dia da tido. Dalam pukul 10 lebih saya tukarkan pampers dia. Masa tu dia masih tido lagi, just mengeliat2 manja sambil mata pejam.

Tetiba..currrrrrrrr..dia kencing punyalah jauh memancut. Saya da tak sempat nak ambik apa2 nak menahan, terpaksa la tahan guna baju sendiri. Abes baju saya dan tilam bagai.

Nak jadi cerita, masa dia currrrrrr tu saya spontan jerit terkejut. Bila dengar saya jerit tu, agaknya dia pun terkejut terus bukak biji mata, segar bugar. Terus sengih-sengih bajet da waktu pagi nak pi jalan-jalan. Peluk-peluk nak bagi dia tido semula, dia tetap sengih sambil mata merenung saya (macam kucing dalam cerita Shrek tu!), dengan harapan saya akan layan dia main. Bolayan!

Bila lama dia tak mau tido, saya bawak dia keluar, tidokan dalam bouncer. Lama dok enjut, last2 tido gak. Bawak dia masuk semula dalam bilik. Elok dia tido, tetiba dengar papanya tutup pintu, mata bulat semula. Aiiii..ini mula nak menimbulkan amarah. Dah la tekak sakit, badan pun sakit memang tak kuasa sangat nak melayan. Bagi ngempeng pun dia tak mau, sibok angkat badan bajet boleh bangun sendiri. Sudahnya saya biarkan dia menjerit-jerit, saya pening kepala nak tido. Badan penat tak berhenti buat keja daripada siang.

Nasib baik la Encik Suami saya sangat penyabar orangnya! Dia bawak masuk bouncer dalam bilik, then dia enjut-enjut nak tidokan Saif. Masa tu dalam pukul 12 tengah malam. Padahal besok pagi dia nak drive balik KL, keja. Saya malas nak layan Saif, rasa nak puukk je! Saya pejam mata, macam terlelap kejap. Kemudian terjaga semula tengok Encik Suami dan Saif bergolek2 kat karpet tepi katil. Saif masih belum tido, Encik Suami masih sabar melayan (sambil menahan batuk dan selsema).

Tengok jam, la da dekat pukul 2 pagi! Kesian kat Encik Suami, saya ambik Saif, bagi ngempeng lagi. Dia minum sket, pastu sibok nak bangun lagi. Aiii..menyirap betul mama. Pukk..pukkk..Saif kena lempang2 manja dengan mama. Saif tak heran, tak sakit katanya. Dia tetap sibok nak bangun.

Sudahnya saya letak semula Saif dalam bouncer. Enjut sambil melagu Lailahaillallah (dengan tekak perit). Tak lama kemudian Saif tido. Lega. Tengok Encik Suami pun da tergolek berdengkur. Tengok jam da hampir pukul 3 pagi.

Aiii..nasib baik la Encik Suami saya sangat penyabar. Bila mana saya stress tengah malam bila Saif wat perangai, dia yang banyak menyabarkan saya di samping dia sendiri sabar melayan Saif pulak. Terima kasih Encik Suami kerana bersabar. Kamu memang anugerah istimewa buat saya!

Pagi ni saya terus demam...

Thursday, October 18, 2012

Saif Buat Perangai


"Saif taknak susu. Nak kena pegang je"

Itu bait-bait yang tertulis pada sms yang bs bagi kat saya tengahari semalam
Dari pagi sampai ke pukul 1.30 petang masa sms tu, means Saif tak minum susu
Aiii..susah hati lagi mama
Risau Saif lapar
Terus drive all the way ke rumah bs
Masa sampai tu bs tengah dukung Saif
Senyap la dia
Saya ambik cuba bagi df
Saif menolak
Saya paksa lagi, sumbat je
Dengan muka terpaksa Saif minum jugak
Tu pun kejap2 toleh sana toleh sini
Saya peluk dia kuat2 biar dia tak lepas
Dalam pada tu dia masukkan plak jari dia dalam mulut
Sambil nyusu sambil jari dalam mulut camno?
Sudahnya dia tarik tak nak nyusu dan tutup mulut rapat2 tak mau!
Aiiikk?? Botol tak nak, ngan mama pun x nak?
Bila dipegang, agah2 pun dia punya respon tak berapa ceria cam selalu
Ada la cubaan nak senyum tapi macam terpaksa je
Maybe betul kot doktor kata dia nak tumbuh gigi
Tu dia rasa tak selesa dalam mulut sampai taknak nyusu
Muka pun monyok je

Risau punya pasal petang tu saya bawak Saif balik ke opis
Duduk dalam surau je
Kebetulan ada baby lain gak dalam tu, ceria plak Saif main2
Lagi-lagi bila opismate ramai dok melayan dia, bukan main ceria melompat2
Alahaiii.. anak
Kamu buat perangai ye
Jangan buat mama susah hati lagi ye

Tuesday, October 16, 2012

Saif Beralih Bulan Ke?


Hujung minggu sudah Saif demam lagi..
Aiii..susah hati mama.
Dah la demam, asyik poo poo je plak tu.
Sehari sampai 6,7 kali poo poo.
Pagi ni je sebelum mama pi keja, 3 kali tukar pampers sebab poo poo
Aiii..mama ada salah makan pape ke
Err..mama memang melantak bedal segala hape tanpa pantang apa-apa
Mungkinkah itu juga jadi punca

Bila bawak ke klinik, doktor yang cek kata maybe nak tumbuh gigi sebab gusi bawah cam bengkak
Saif pun asyik la dok hisap tangan
Pantang ada benda boleh dicapai sume masuk mulut
Aii..cepatnya nak tumbuh gigi..ye ke

Nasib baik jugak la hari ni demamnya da kebah
Dah aktif semula macam biasa
Risau jugak kalau demam berpanjangan macam sebelum ni tak pasal-pasal kena admit lagi
Mintak dijauhkan la, tak mau admit kat hospital lagi
Kesian anak mama kena cucuk sana sini
Hari ni pun patutnya saya ke pi Cyberjaya tapi terpaksa cancel sebab risau kalau-kalau tetiba Saif meragam lagi

Haa..mak saya kata Saif demam nak beralih bulan kot
Omputih kata growth spurts
Baby bila beralih bulan maybe akan demam dan poo poo dengan kerap
Bila google pasal beralih bulan ni, jumpa la info ni

APA TANDA BERLAKUNYA GS?
  1. demam/batuk/selsema
  2. hilang selera makan/muntah
  3. Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
  4. Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
  5. ada bayi yang lebih minum susu.
    ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan).
  6. pertumbuhan pesat bayi
    ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan.
JANGKA MASA BERLAKUNYA GS
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.


Err..macam ada persamaan je ngan simptom-simptom yang Saif alami
Cuma tang hilang selera makan/muntah tu tak delah sebab tak start makan lagi kan
Kuat nyusu ada la kot
Tang fussy dan kerap merengek tu memang ye sesangat
Perangai baru Saif la ni dah pandai nak marah-marah manja
Sebelum ni senyum je, kalau ada menda tak suka pun dia tolak elok2 je
La ni kalau paksa dia nyusu, bila tak nak, dia punya marah menolak beria-ia
Malam-malam plak bila tak dapat ngempeng, marahnya siap tolak-tolak, tendang2 mama sambil menjerit erghhhh..erghh..
Marah bebenor
Macam pagi tadi, pukul 3 pagi lebih dia da bangun
Mama tak layan, dia mengamuk
Terpaksa dukung bawak jalan pusing2 dalam bilik, jalan pi dapur minum air
Tido kejap pastu bangun balik mengamuk lagi
Aiii..sabar je la mama...

Thursday, October 11, 2012

Gara-Gara Tak Sabar Nak Bagi Anak Makan!

Saif baru 4 bulan setengah.
Lamanya nak tunggu saif 6 bulan baru boleh bagi makan.
Mamanya da excited ni, dalam otak da tersusun macam2 resepi nak dibuat.
Tak sabar punya pasal mama nak buat jugak solid food!
Terus-terus buat biskut plak tu!Hahaha..

Tertarik dengan Homemade Baby Farleys Biscuit air tangan MommyCha
Macam comel-comel je biskut buat bentuk macam-macam kan
Mudah pun mudah dan yang penting air tangan sendiri yang membuatnya kan
So buat la jugak biskut ni
Sedap gak
Jangan kata baby, mama baby pun suka makan biskut ni..hiii..

Senang je cara nak buatnya pun
Bahan diperlukan hanyalah roti dan unsalted marjerin (kubantai guna marjerin biasa)
Kalau tak nak guna marjerin pun takpe, sedap gak..

 Bahan-bahan : Roti, soft marjerin, acuan untuk terap

Sapu je marjerin atas roti, then terapkan acuan

 Susun atas dulang pembakar. Saya alas dengan aluminum foil

  
Bakar dalam oven. Sepatutnya bakar 125 darjah selama 1 jam. Tapi saya bakar tak sampai sejam pun, setengah jam je kot sebab cam da nak hangus je rupanya. kalau sampai sejam, terus rentung agaknya. hii..

  
Rupa biskut da siap dibakar. Err..apasal colornye tak baper comey cam yang MommyCha buat ek..ehmm..xpe, yang penting sedap dan boleh dimakan
|
|
|
|
|
|
Sedia untuk dimakan!
|
|
|
|
|
|
 
Haa..inilah budaknye yang makan biskut tu. Si Aina bam bam! (link ke gambar Aina masa 2 bulan) Jadik bekal makanan harian ke rumah bs. Even bebudak lain kat rumah bs tu pun suka biskut ni. hiii..


 Saif, kamu budak baik belum boleh makan biskut lagi ye. Tengok je boleh. Makan la ulat Lamaze tu je dulu..hehe..


Wednesday, October 10, 2012

Saturday, October 6, 2012

Perihal susu untuk anak


Tak pernah kan saya cerita pasal rutin pumping saya.
Terus terang cakap saya ni masuk kategori malas.
Sebabnya dalam sehari saya cuma pump 2x saja. (kantoi rahsia)
Tu pun semasa di opis.
Biasanya satu sesi pump saya dapat 7-8oz.
Paling banyak rekod pun 10oz.
Tapi kekadang bila nak cepat pump cukup2 sampai 6oz je pastu stop.(cepat2 lari masuk kelas semula)
Hehe..pemalas mama Saif ni.
Bila balik rumah memang takde maknanya saya nak pumping. Prefer df.
Suka sangat df, rasa bahagia je tambah plak bila Saif tenung-tenung mata mamanya, owhh rasa macam fall in love.hehe..

Saif pulak jenis tak minum banyak susu.
Setiap hari saya cuma bekalkan 4 botol x 3 oz susu saja.
Tak pernah dia habiskan semua.
Makanya motivasi nak pumping pun merudum seiring dengan merudumnya stok saya.
Setiap hari limitkan pump 12-16 oz je.
Kalau boleh nak cukup-cukup 12 oz je untuk bekal esok.(apa punya mama daaa pemalas..)
Kekadang bagi gak 15 oz je in case kena balik lewat hari tu.
Dengan jahatnya saya tak mau buat stok lagi dengan alasan peti ais makin penuh.
Tambahan pula Saif kureng minum frozen ebm.
Maka setiap hari saya bekalkan chilled ebm yang dipump pada hari semalam.
Kiranya nak yang fresh je la tu.
Tapi percaya tak, walaupun saya kata tak nak buat stok tapi pada akhirnya stok semakin bertambah.
Setiap hari bila nak bekukan icepack, dok la susun2 dulu ebm tu baru ble selit icepack.

Takde la banyak mana pun stok tu. Peti ais kecik je. 
Nak beli deep freezer memang tak pernah terlintas dalam fikiran.
Ni semua tinggal stok bulan 8 ngan 9 je. bulan 7 punya da abes guna.

Walaubagaimanapun, seboleh mungkin saya cuba untuk memberi susu ibu terbaik buat Saif selama yang mungkin.
Setiap hari berdoa agar dipermudahkan urusan saya untuk menyusukan Saif.
Juga berdoa agar lembutkan hati Saif untuk habiskan semua susu-susu yang saya bekalkan setiap hari.
Tak mudah sebenarnya proses nak menyusukan anak ni.
Ada gak golongan manusia yang fikir ibu-ibu yang bagi susu badan ni sebab nak jimat duit beli susu anak.
Silap tu!
Banyak pengorbanan dan pelaburannya yang perlu dibuat untuk menjayakan misi menyusukan anak ni.

First sekali pelaburan untuk membeli pam yang bersesuaian.
Murah atau mahal bukan keutamaan yang penting selesa dan sesuai dengan kita.
Untuk saya, saya guna 2 jenis pam.
Spectra 3 untuk elektrik dan Avent untuk manual.
Nak beli Medela FS memang tak mampu la kan, telan air liur je. (haiihh..)
Avent manual pun kakak ipar yang bagi.
Hasilnya lebih kurang sama je.
Ikutkan saya lebih suka guna manual sebab ble pump laju-laju secara pukal bila nak cepat (hehe..)
Tapi ada sikit kerugian sebab bila LDR, tak dapat nak pump yang sebelah lagi tu.
Spectra 3 pun ok cuma masalah saya ketiadaan port sesuai.
Saya cuba nak pump dalam kubikel sendiri, kunci pintu lagi.
Datang plak staf lelaki siap gegar2 pintu sedaya mungkin nak masuk jugak. ( x paham2)
Habis tergendala agenda nak pumping.
Terpaksa bawak turun bawah ke surau untuk pump.
Malas nak turun bawah sebenarnya (malas lagi..haiihhh).


Hasil guna Avent manual

  
Hasil guna Spectra 3

Pastu kena beli gak cooler bag.
Susu dah pump takkan nak biar terdedah je.
Kalau ada petiais kat opis takpe gak ble tumpang simpan(jangan ada yang terminum sudah!)
Memula dulu saya guna cooler totebag je untuk simpan hasil pump susu.
Pump sumbat dalam handbag. Gemok bag mak!
Sudahnya beli cooler bag baru yang boleh sumbat pump.
Puas hati, cantek plak tu color pink polka dot lagi. (puji bag sendiri nampak!)hehe..

Cooler bag yang padat pelbagai gadget!

Ditambah pula storage bag yang perlu dibeli untuk menyimpan stok susu.
Saya lebih suka simpan stok dalam storage bag.Jimat ruang.
Storage bottle ada jugak, dalam 50 bijik kot tapi tak semua saya guna.
Masa memula dalam pantang dulu ye saya guna botol sampai nak penuh freezer.
Then beralih ke alternatif yang lebih menjimatkan ruang iaitu storage bag.
So la ni ada la kot dalam 10 bottle je saya guna rotate untuk simpan hasil pump susu di opis.
Yang lain-lain? errr..masih tersimpan elok dalam kotak.hehe..

Pastu botol susu anak nak kena beli jugak.
Kamu ingat ble ke susu dalam plastik tu nak curah terus dalam mulut anak, tak kan?
Plak tu anak plak jenis memilih botol, nak botol NUK.
Malas nak sebut harga, survey la sendiri.
Botol susu pun takkan nak ada 1 je, kena la ada at least 2 (2 tu je la yg mampu nak beli sebab mahal..sob..sob)
So fikir la jimat ke tak sebenarnya.
Tapi saya tak kisah pun jimat ke tak jimat ke yang penting saya cuba bagi yang terbaik untuk Saif
Dan setakat yang saya mampu.
Duit boleh dicari tapi yang penting saya dapat beri yang terbaik untuk anak.


Lain orang lain cara.
Tapi bagi saya, inilah cara saya.
Saya juga faham tak semua orang dapat berterusan menyusukan anak dengan susu badan.
Jangan sedih.
Setiap orang ada rezeki masing-masing.
Saya pun tak tau sampai setakat mana dan selama mana saya mampu.
Kalau diizinkan semoga rezeki ini berterusan sehingga Saif 2 tahun. Amin.

Thursday, October 4, 2012

Bila Saif Meniarap


Tengok ar Saif buat muka innocent..
Mintak angkat la tu
Ikutkan dia dah meniarap lama da
Tapi dia ni malas nak meniarap
Ada la sekali dua meniarap / tertiarap tapi pastu bising melalak suruh angkat
Mama siap bentang comforter tengah rumah sebab nak bagi Saif explore meniarap tapi dok terlentang gitu je
Siap keras-keraskan badan dan bunyi errghh..erghh..bajet ble bangun sendiri
Malam tadi bawak dia masuk bilik nak tidokan
Dia bergolek2 mengiring alih-alih tertiarap
Pastu pandai plak control tangan tu bawak ke depan
Meniarap lama sket
Tu dapat ambik gambar ni..
Comel je kan..hehe..

Wednesday, October 3, 2012

Bila Saif Digigit Nyamuk

Memang saya cukup jaga bab nyamuk ni.
Ikut perangai mak saya, kalau dia nampak ada nyamuk berlegar-legar dekat Saif, memang dia kejar nyamuk sampai dapat. Selagi tak dapat selagi tu nyamuk tu diburu.
Dan kalau mak dapat pukul nyamuk tu, ada darah, puas la saya kena bebel sebab tak jaga Saif betul2 sampai kena gigit nyamuk.(padahal belum tentu pun darah tu darah Saif sebab takde kesan bintat pun kat Saif)
Nasib baik rumah sewa saya sekarang takde nyamuk.
Kalau ada pun mungkin nyamuk sesat sekor dua je. Jarang ada nyamuk.

Kat rumah bs pun Saif masih selamat daripada nyamuk.
Tapi tu dulu!
Bila bs Saif pindah rumah baru di kawasan kampung, Saif da tak selamat da.
Rumah baru dia ni besar la, rumah batu sebijik gitu.
Saya suka rumah dia besar tapi yang tak bestnya macam dalam hutan plak.
Banyak pokok-pokok besar merimbun ditambah pulak dengan lopak air sana sini.
Hari pertama Saif di rumah baru bs, depan bijik mata saya nyamuk sedang ralit hisap darah di kepala Saif.
Nyamuk ni memang mencari nahas!Da lama hidup agaknya!
Pappp..saya tepuk, berdarah!
Saif terkebil-kebil tengok saya (nape mama pukul saya..sob..sobb..)
Takpela,saya tahankan lagi.
Maybe sebab masa tu Saif ada kat luar rumah sebab tu nyamuk gigit.
Lepas tu memang bs Saif tak penah bawak Saif keluar rumah lagi.
Tapi kesan gigit nyamuk tu memang jadik benjol merah yang besar dekat seminggu baru hilang.

Tapi semalam tengahari, saya singgah rumah bs tengok Saif, tengok2 da ada 2 bintat merah yang besar kat pipi Saif juga 1 di kaki.
Padahal bs tutup segala pintu dan tingkap.
Hati mula risau.
Dan petangnya bila saya ambil Saif pulang, saya kira-kira ada 8 bintat merah!
Nasib baik la kulit Saif ni jenis 'cerah' so x nampak la sangat merah bintat tu.
1 kat pipi kanan, 3 pipi kiri, 3 tangan kanan dan 1 kat kaki kanan.
Yarabbii..saya dapat rasakan betapa gatal dan merenyamnye bintat2 itu.
Saif pun asyik dok tonyoh muka dan merengek2 cam marah gitu.
Gatal agaknya tapi tak reti nak garu.
Saya sapukan baby vicks kat bintat2 tu semua dan pakaikan sarung tangan supaya Saif tak sapu vicks tu dan masuk tangan dalam mulut plak.
Malam bila tido pun dia asyik jaga menangis sambil tonyoh2 muka.
Sian, mesti gatal. Nak garukan takut jadi makin teruk pulak.

1 kat pipi kanan

3 kat pipi kiri dan dahi, x nampak sangat maklumla kulit 'cerah' macam papanye

1 kat kaki kanan

Kat tangan kanan tu ada 3 lagi tapi x dapat nak ambik gambo, asyik bergerak je tak reti diam. Marah dia kena pakai sarung tangan, tak dapat gigit tangan, habis dihisapnye sarung tangan tu sampai basah.


Penyelesaiannya, minta kawan belikan sticker halau nyamuk yang ble tampal kat baju tu.
Beli kat guardian, kawan tu belikan yang brand Tiger Balm.
Tak tau la sesuai untuk baby ke tak tapi ble la pakai buat sementara ni.
Hujung minggu ni nak turun KL baru carik betul2 yang baby punya.
Dan nak beli jugak ubat nyamuk jenis lipat2 tu nak letak rumah bs.

Ni haa rupa sticker tu. Rasanya yang ni untuk orang dewasa kot tapi xpela buat sementara ni pakai la ni dulu daripada berterusan kena gigit nyamuk.

Ada sebarang cadangan lain?
Takkan nak suruh bs pindah rumah lain kot.
Err..tukar bs lain?
Susah kot nak carik bs lain la ni.
Lagipun bs la ni da ok sangat jaga Saif.
Ehmmm..camne ek..

Tuesday, October 2, 2012

Tempat baju Saif

Masa memula sebelum Saif lahir, just beli storage box je.
Beli kat Tesco, harga tak sampai RM20 pun, tak ingat da.
Mudah nak diangkut bawak balik kampung.
Sumbat segala macam mak nenek baju dan perkakasan lain dalam tu.

Bila Saif makin besar, bermakna makin banyak baju.
Baju yang mamanya dok beli, yang orang hadiahkan lagi.
Even kasut yang orang hadiahkan pun mamanye sumbat dalam storage box tu jugak.
Akhirnya jadi makin padat la.
Nak cari baju, kena gali, selongkar sana sini baru jumpa.
Pastu nak tutup, kena tindih ngan kepala lutut, tekan penutup rapat2 baru dapat lock kiri kanan penutup tu.
Fuhh..

So, penyelesaiannya kena la cari gobok baju baru untuk Saif.
Saya suka jenis drawer, tapi tak mau yang plastik tu, nak yang kayu untuk match dengan perabot bilik kononnya (Saif tak kisah pun).
Hasil pujukan menggoda, akhirnya Encik Suami pun setuju untuk beli gobok baru Saif.
Saya pi dok survey sesorang je, akhirnya berkenan terus dengan gobok nan satu ni.
Harga asal RM299.
Harga bodek RM230.
Harga bodek habis-habisan RM200.
Rasa sangat berbaloi dengan RM200 dapat gobok idaman, 5 drawer plak tu.
Bukan setakat buat simpan baju Saif je.
Baju Saif (dan lain-lain) letak 2 drawer je.
1 drawer - simpan tudung saya.
1 drawer - baju papa + kain bedung n lampin Saif yang da tak pakai (Encik Suami tuduh saya diskriminasi sebab baju dia kena share dengan Saif..hehe padahal baju dia bukan banyak mana pun)
1 drawer lagi simpan cadar + telekung + tuala.

Seronok bila da organize macam ni. Lalalala..

SEBELUM

 Tengok tu, mama Saif main sumbat-sumbat je segala yang ada selagi boleh. 


SELEPAS

Tadaaa!!Smart tak? 

Baru la tersusun, senang mama nak cari baju Saif. :)
 

Monday, October 1, 2012

Kisah Rumah Tangga

Cedok daripada blog Sue dan FB Kisah Rumah Tangga. Menarik. Ingin nak share dengan kamu semua.


  • Isteri berleter sbb sayangkan suami
  • Suami boroi. Tandanya happy. Isteri pandai jaga family.
  • Isteri masak. Suami puji. Baru rasa dihargai.
  • Suami patut ringan tulang, baru isteri sayang
  • Isteri jangan sesekali membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
  • Isteri mesti pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami    
  • Seronok kalau dapat Subuh berjemaah suami isteri
  • Seronok kalau isteri urut suami. Suami urut isteri.
  • Suami isteri jangan tidur berasingan. Sudah halal.
  • Dalam rumahtangga, duit bukan segala-galanya  
  • Isteri mesi sentiasa berada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya resah dan gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati 
  • Boleh bermanja-manja dengan isteri, tetapi suami jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan
  • Isteri hendaklah berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang oleh suami.
  • Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.   
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...