Friday, November 30, 2012

Pada Siapa Comment Ini Ditujukan?


Pagi-pagi saya tersentap membaca komen daripada Anonymous ini. Pastu berselindung di sebalik nama Anonymous plak tu, kalau berani, tulis la nama sebenar kan. Pada mulanya rasa berapi bila dituduh laki bini kaki ngulor, spesis pi thumbprint pastu balik rumah jaga anak. Sedapnya si Anom ni mengata orang tak tahu hujung pangkal cerita kan. Setahu saya, laki sayalah suami yang paling busy bekerja weekdays and even weekend sampaikan anak pun boleh ternganga tercengang bila sesekali jumpa papanya. Gila kau laki keja swasta, kat bank plak tu ingat suka suki kau ble ngulor suka hati. Laki orang lain ble cuti jaga anak masa bini kursus, laki aku? Nan ado!

Dan kalau nak kata saya spesis thumbprint pastu balik rumah jaga anak, saya rasa nak bagi penyepak pada orang yang tuduh tanpa usul periksa. Ini buktinya.

Siap bawak anak ke opis sebab nak menyiapkan kerja. Padahal boleh aje kalau saya nak save kerja saya dalam external hardisk then bawak balik buat kat rumah. Bukannya takde laptop kat rumah.Tapi saya bukan spesis begitu. Camtu ko ble kata aku ngulor balik umah jaga anak? Nan ado!

Even time kursus pun bawak anak. Kalau saya ni tak komited pada kerja, kursus tu pun saya tak hingin nak pergi! Tapi even kursus pun ingat saya ni dok dalam bilik hotel je ke mengulit anak 24 jam. Sampaikan kawan sebelah pun tanya, "eh, kau tak pi susukan anak kau ke?" Jawab saya "Aku da tinggalkan da stok susu, nanti mak aku bagikan." See? Saya duduk melekat kat kerusi bilik seminar menghayati bait-bait kursus sedang anak sedang tunggang terbalik melalak kat bilik hotel pun saya tak tau.

Err..Tapi bila saya fikir-fikir balik, mungkin si Anom ini maksudkan pada orang yang mengata tentang "Ini kursus, bukan family day.." dalam post saya yang lepas. Mungkin dia pun tak puas hati sebab si polan itu mengata tentang orang yang bawak family masa kursus macam family day(even saya masih tak rasa ditujukan pada saya!)Positif juga saya ni kan! Ehm..bila fikir begitu, rasa sejuk kembali. But still hakikat sebenar masih tak pasti pada siapa komen ini ditujukan sebenar-benarnya.

Kalau korang baca, apa yang korang fikir? Siapa sebenarnya yang dia maksudkan. Kot si Anom pengkomen ada baca post ni, sila reply ye supaya tak terfitnah orang yang tak sepatutnya.


Tuesday, November 27, 2012

Ini kursus, bukannya family day!

Kali ni bersiaran lagi dari hotel untuk kursus wajib lagi. CPCM la pulak. Kursus 4 hari lagi yang menuntut saya mengangkut Saif bersama. Kali ni bawak mak dan adik pula untuk jaga Saif sementara saya berkursus. Hari ni baru hari pertama berkursus, so far kursus takdela strict mana (bosan pun ye jugak). Masih berkesempatan untuk M.I.A seketika untuk df Saif di bilik hotel.

Dalam pada tu, saya sedikit sentap la jugak mendengar bait-bait perbualan orang sebelah. Antara kata-katanya :

"Anak aku tu senang. Aku tinggal je kat rumah mak aku. Pandai la dia berdikari. Takdelah aku nak bersusah payah mengangkut anak ngan mak kat hotel. Ini kursus bukannya family day nak bawak family bagai.."

Walaupun kata-kata tu tidak dikatakan direct pada saya, (saya tahu dia tak maksudkan saya-fikir positif!) tapi saya yang mendengar ni rasa panas jugak telinga (apatah lagi hati!). Kalaulah saya diberi pilihan dan mempunyai pilihan, memang saya tak nak bawak Saif. Kesian dia kena usung ke sana sini setiap kali saya berkursus.

Tapi orang luar tahu ke masalah yang saya hadapi? Ya, anak kamu pandai berdikari, anak saya 6 bulan memang manja amat, tak pandai berdikari. Ya, anak kamu minum susu botol, senang anytime ble bancuh susu 7 oz pun ble abes sedangkan anak saya liat hisap botol 2 oz pun susah nak habes maka kena df selalu untuk cover supaya tak kebulur. Ya, mak kamu tinggal berdekatan dengan hotel kursus, bolehlah kamu hantar anak kamu kepada mak kamu sedangkan mak saya tinggal nun jauh di Pahang. Kot apa-apa hal jadi kat anak saya mana gaya saya nak patah balik ke Pahang dalam tempoh berkursus. Ya, anak kamu sihat walafiat sedangkan anak saya batuk selsemanya masih belum sembuh dan perlu pemerhatian. Dan oh ye, kamu tak PJJ dengan suami kamu so bolehlah suami kamu jaga anak kamu, sedangkan saya PJJ dengan suami, segalanya kena buat sendiri. Oh ye suami kamu banyak cuti boleh cuti jaga anak sedangkan suami saya cuti tinggal ciput, itupun kena freeze tak boleh cuti sampai hujung tahun.

Tapi kalau anda ada pilihan yang lebih baik, tolong cadangkan kepada saya. Ni betul ikhlas nak tau kalau ada idea lain yang lebih bernas boleh saya pertimbangkan andai kata perlu berkursus lagi macam ni pada masa akan datang.Ingat seronok ke saya mengangkut dan memunggah 2,3 beg gedabak. Tinggal 4 hari tapi macam duduk setahun punya barang.

p/s : At least, anak ada depan mata, boleh la berkursus dengan tenang.

Saturday, November 24, 2012

Happy 6 Months Old!

Owh..kejapnya masa berlalu, anak mama ni da 6 bulan rupanya. Owh..da setengah tahun rupanya. How times flyyyy..Macam tak percaya je, mama dulu bujang, pastu kawen, la ni da ada anak sorang da.

Apa aje perkembangan Saif setakat 6 bulan ni ye :
  • Makin kuat mengada-ngada
  • Makin kuat menjerit
  • Dah makan da pun sejak 2 minggu lepas..hehe..
  • Oh ye..gigi da tumbuh
  • Ehm..makin manja
  • Dah faham bila kena marah, dia mencebik pastu huwaaaa..
  • Suka sangat senyum dan ketawa (senyum itu la penawar duka lara mama tau)
  • Dah pandai kenal/memilih orang. Kalau yang tak serasi dengan taste dia, pegang kejap je da mencebik nangis
  • Bila baring/meniarap mintak diangkat, dia akan sebut maaa..maaa...mamaaa... eh, da pandai panggil mama ke? (mama perasan syok sendiri)
  • Makin cerah dan hensem..haha.. (setiap bulan perkembangan ni je yg sama..haha)
Cuma yang tak bestnya, da dekat sebulan jugak la Saif batuk tak elok-elok. Yang korang dok sebut2 Klinik Wangsa Dr Nadir tu pun saya da pegi, bawak Saif sedut lendir kahak bagai. Tapi elok kejap, pastu batuk semula. Ubat pun abes sume da. Steam bagai, jolok anak tekak bagi muntah lendir semua pun masih batuk gak lagi.Haiii..susah hati.  Risau kalau berlarutan boleh membawa jadik asma plak. Mintak dijauhkan la.. :(   Nak buat macam mana lagi ek.

Jom flashback gambo-gambo saif daripada masa newborn sampai yang latest ni ha..

Newborn 2 days

2 months. Waktu ni kulit masih kelam macam papanya. Memang salahkan papa 100%..hahaha..

3 months. Mata makin bulat. Makin terserlah kehenseman.

4 months. Da cerah sket. Hidung makin tercatuk. Kebanggaan papa sekeluarga. Hehe..

5 months. Barula nak meniarap betul2. Sebelum ni malas.

6 months. Otak makin bijak maknanya makin manja mengada-ngada. Seb baik makin cerah dan comel macam mama.

Bila ulang tayang gambo lama-lama dulu, macam bezanya rupa dulu ngan sekarang. Patut la orang kata baby ni rupanya berubah-ubah ek.


Thursday, November 22, 2012

Finally..gigi sudah keluar!


Pencapaian terbaik Saif setakat ni.
Gigi da keluar.
Kan post yang lepas ada cerita pasal Saif demam sebab nak tumbuh gigi.
Tapi dok la bengkak gusi sebulan lebih.
Kesian tengok Saif dok kemam-kemam mulut dia.
Pastu segala benda nak masuk dalam mulut buat kunyah.
Akhirnya gigi pertama yang dinanti-nanti keluar jugak.
Kalau pegang tu memang da rasa tajam-tajam da.
Lepas ni boleh la makan yang sedap-sedap macam mama. Hehehe..

p/s : Err..kenapa saya kata pencapaian terbaik..sebab bab lain-lain dia malas. Asyik menjerit mintak dukung jek. Hehehe..

Wednesday, November 21, 2012

#Wordless Wednesday : Office jadi Nursery

Saif tolong mama buat keja ye sambil tengok twinkle little star

Monday, November 19, 2012

Happy Besday Papa!


To papa,
Papa..hari ni Saif nak wish happy besday!
Moga papa sihat selalu dan murah rezeki sentiasa..
Moga papa dapat bonus 10 bulan gaji, boleh lah belikan Saif mainan banyak2..err..mama pun nak tumpang sama..:p
Oh ye, mama kirim salam..
Mama kata mama sayang papa sangat2..
Saif pun sayang papa jugak..
Moga kita sekeluarga gembira dan bahagia selamanya hingga ke syurga..
Love u papa.. ♥ ♥ ♥

Friday, November 16, 2012

Tak boleh nak gerak ke mana pun!

Eiii.. geramnya dengan perangai Saif sekarang ni. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Entah perangai penakut sape yang dia ikut. Pantang saya gerak kejap even hilang 5 saat je pun da kecoh melalak-lalak. Saya ngan En.Suami kan PJJ so banyak masa cuma saya berdua je dengan Saif, tu jadik tak boleh nak berenggang tu.

Semalam, saya cuma nak masak ikan goreng dengan sayur bayam masak air je pun. Rasa cam da lama tak makan sayur, tu rasa semangat tetiba nak masak tu. Tapi ambil masa dekat 2 jam baru siap masak! Mula-mula da tidokan Saif siap-siap. Ok, dia tido je, saya pun mula operasi siang ikan n basuh sayur semua. Tak abes kupas bawang sebijik, Saif da hekk heekk huwaaaa kat depan. Berlari saya ke depan, enjut Saif biar tido semula.

Dekat setengah jam baru Saif tido semula. Tu pun lepas saya jengil2 mata marah, terus dia pejam mata rapat2, tau takut..hehe. So sambung nak masak semula. Kuah bayam tak sempat mendidih lagi, Saif da huwaaa lagi kat depan. Berlari lagi enjut nak tidokan semula.

Tengok tu, siap depang tangan mintak angkat
 (err..bouncer pink tu bukan Saif punya tau, jiran sebelah bagi pinjam, anak pompuan dia da tak pakai. korang jangan confuse identiti pulak)

Tapi kali ni dia tak nak tido semula da. Terkebil-kebil mata dia tengok mamanya. Pastu muka berkerut tension sebab kena paksa tido. Dekat setengah jam enjut tak mau tido, ehmm saya angkat dia sekali ngan walker letak kat dapur. Haa..tengok la mama puas-puas! Dengan mainan bagai susun kat walker tu bagi dia main.

Muka tension kena paksa tido. Mamai tu tapi dia lawan mata

Dalam pada tu, saya berlari kejap ke depan nak ambik handphone (rasanya tak sampai 5 saat-pantas!), Saif da huwaaaa macam kena dera ko tau! Bila saya duduk depan dia, main-main ambik gambar, baru senyap. Mengada-ngada!

 Dah bawak ke dapur pun, nak melalak gak. Cubit karang!

Bila ambik gambar, baru senyap kejap (dengan air mata masih bertakung)

Sambung masak, nak goreng ikan pun sambil kejap2 pusing main2 agah ngan dia. Bila lama saya dok ngadap ikan dalam kuali, mulalah dia emo dan huwaaaa!! Haaiii..kalau la tangan mama ada lapan, mana da dukung kamu sekali sambil masak sayur dan goreng ikan tau!

Tengok-tengok jam, saya start nak masak tadi pukul 11.30, pukul 1 lebih baru siap! Tu pasal la ni saya jadik malas nak masak. Tak suka ar kejap2 nak tinggal dapur bila anak melalak. Ni bukan alasan ye tapi hakikat. Tu baru masak lauk simple je, kalau nak masak siakap tiga rasa ke, ayam masak merah ke, maunye 3, 4 jam kot. Aaii..nasib baik saya masak hari tu, tup-tup tetiba papa Saif muncul tersengih depan pintu umah (kata tak balik, ada keja!). Surprise la tu. Huhu.. seb baik tergerak hati nak masak, kalau tak papa masak sendiri je la (seperti kebiasaannya..huhu)

Haa..adik saya ada la cerita, dia bagitau kat nenek yang Saif tak nak berenggang, nak berkepit je. Tau apa kata nenek saya?

Dia kata "Saif tu kena jual kat orang lain, baru dia tak berkepit je."

 Dengar adik kata nenek cakap macam tu, respons spontan saya "Kepala hot** dia nak suruh aku jual anak aku!" Serius secara spontan saya termaki nenek saya sendiri.

Pastu adik saya sambung, "Bukan jual betul-betul la. Jual main-main je. Contoh ar ko jual Saif ni kat aku harga seposen je. Aku beli ar. Err..tapi nak jual tak boleh dengan family sendiri. Kena jual ngan orang lain. Haa..kononnya bila da kena jual, dia takkan meragam lagi nak berkepit je."

Berkerut dahi saya. Ni apa kebenda mitos ke cerita dongeng mana yang kata jual anak boleh buat anak berhenti merengek nak berkepit. (Pada masa sama rasa bersalah sebab termaki tanpa tau kisah sebenar). Tapi setakat ni saya tak pernah lagi jual Saif kat sape-sape. Sebab terbayang, even kita jual main-main tapi orang yang beli tu mesti akan ungkit "Saif ni aku punya, aku da beli." Eishhh... mana boleh!

Nasib baik la Saif ada mama n papa yang penyabar, kalau tak dah lama kena dera kot (Nauzubillah - camne la ada orang yang sanggup dera anak sendiri ek) Anak korang ada tak yang buat perangai tak nak berenggang camni? Nak buat camne ek.

Thursday, November 15, 2012

Saif New Stuff

Hari tu kan da kata nak beli walker (konon senang nak bagi Saif makan nanti kan-alasan).
Misi ini pun da tercapai.Tak fikir banyak, rembat mana yang ada.
Yang penting fungsinya menepati kriteria yang telah saya tetapkan.

Kriteria yang menjadi keutamaan adalah boleh jadi rocker dan boleh laras at least 3 level untuk sesuaikan dengan ketinggian Saif. Ada satu walker tu yang murah sket just boleh adjust 2 level je, tergantung-gantung kaki Saif bila try naik tu. So walker Saif ni boleh adjust 4 level, lagi bagus.

And then mainannya pun simple je dan bunyinya pun tak bising membingitkan telinga.
Even bunyi katak oikk oikkk tu pun kedengaran smooth je.
Lagu twinkle little star pun merdu je dengarnya, tak macam sesetengah brand bunyinya Nauzubillah bingit telinga mak.

Bab warna jatuh nombor 2. Tak banyak pilihan warna. Walker yang saya berkenan ni pun cuma ada satu warna ni je ha. Biru dan kuning yang sangat lembut. Tak berapa berkenan sebenarnya, saya lebih suka warna yang terang macam merah ke. Tapi dah takde, terima je la. Ok la tu, kalau Saif ada adik perempuan bolehla wariskan.Hahaha..

Harga pun penting la kan. Tapi bab harga jatuh nombor 3.hahaha..
Tapi saya da tetapkan takmau lebih RM200. So untuk walker Saif ni memang harganya bawah RM200, pastu dapat diskaun 20% lagi. (Manjaku tengah buat Year End Sale-pi la shopping cepat!)

Eh, satu lagi pasal mainan kat walker tu. Sebaiknya cari yang mudah untuk ditanggalkan. Bila nak bagi makan, boleh cabut tray tu, so takde lah comot, nak lap pun senang kan. Sebab ada sesetengah walker mainan tu diskru ke walker tu, so susah nak bukak kan. Macam Saif punya ni, mainannya tu ada getah pelekat kat bawah tu untuk lekat ke tray. So senang nak tanggal dan pasang anytime.

Setakat ni Saif memang masih tak kuat nak duduk dalam walker lagi. Belum 6 bulan pun lagi kan, agak-agak la. Walker tu pun saya bagi Saif duduk kejap-kejap je, tu pun sendal dengan bantal. Kalau tak sendal bantal, habis mainan kat walker tu dihonggesnya (err..bahasa apa ni). Saya masih tak bagi Saif merayap dengan walker tu lagi. Lagipun kan tujuan asal kan untuk dudukkan Saif supaya senang nak bagi makan kan. Haa..tercapai misi satu lagi.

Saif in action

 
Buat muka comel lagi. Cubit karang!

Seriusnya muka kamu study mainan tu semua ye

 
Thank you mom! I love this walker so much!

*Tambah kriteria/tips lagi bila nak beli walker. Make sure part kain(tempat duduk tu) boleh ditanggalkan untuk cuci in case kotor ke apa. Nak jadi cerita, semalam Saif poo poo punye la banyak sampai melimpah-limpah ke walker. Gigih mak menanggalkan kusyen duduk tu alas kaki kat bawah tu, kena sental bagi wangi semula!

Wednesday, November 14, 2012

Misi Puri Mempuri

Excited mama menunggu hari Sabtu nak singsing lengan baju, nak mempuri ni ha.
Tak tau nak mula dengan apa dulu, maka saya pilih carrot sebagai introduction.

 Potong sesuka hati dan steam (takde gambar steam carrot)

 Blend

Even da lumat but still can see the texture right? so kena tapis dulu (xde gambo tapis..erkk)

Done! See the texture after tapis? Look smoother..saya campur dengan fresh mama's milk sebelum bagi Saif.

Mama, I am ready to eat!

 Ni dia rupa budak comot makan

Store extra puree in cute little cubes

Next - apple. Ada pelbagai jenis apple, sukahati nak pilih mana. Saya pilih Red Delicious kononnya rasa lebih manis, tak masam.

 Apple yang telah disteam. Sejukkan dulu baru blend. Sebab texture apple lebih halus, so tak perlu tapis pun ok

 Then store. Ready for dinner today!

Thursday, November 8, 2012

Dah Sampai!

Pagi ni tengok-tengok segedebuk kotak parcel tercongok depan kaunter opis. Heh, apa je barang ku beli besar sangat kotak ni.

Merengkek nak angkut naik atas 

 
 Yeah..idamanku da sampai. Err..baby potty trainer tu untuk anak sedaraku si Aina bam bam..

Idaman paling utama mesti la mini blender Avent ni. Beli jugak hasil hasutan nafsu!Hahaha..

Comel sangat! Teruja mak!

Betapa comel dan mininya blender ni. Sama panjang ngan pen ku ja..

Idaman kedua - baby cubes!

 Comel kan? Terujanya!

Haaa..semangat membuak-buak da mama ni. Tak sabar tunggu hujung minggu nak masak untuk Saif kecintaan mama ni. 

Wednesday, November 7, 2012

Lupa Kawan

Tun Mahathir pernah kata "Melayu Mudah Lupa".

Manusia memang mudah lupa. Saya juga seorang pelupa yang kronik. Even nak potong kuku pun saya terpaksa set reminder. Setiap hari Khamis pukul 5.30 petang, reminder berbunyi tutt tuutt tuttt "Potong Kuku" katanya.

Tapi bukan lupa ini yang ingin saya kongsikan. Tetapi "Lupa Kawan".

Meskipun saya selalu lupa nama kawan-kawan saya (terutama yang baru kenal) tapi tak bermakna saya lupa mereka. Suatu masa pada zaman remaja, saya memang seorang yang sangat mementingkan kawan. Saya sanggup mengingkari janji pada keluarga asalkan janji pada kawan ditepati. Mak saya pun kata yang saya ni terlampau mementingkan kawan-kawan lebih daripada keluarga sendiri.

Ya, saya mengaku itu benar.

Tapi, tu dulu. Zaman remaja hingusan yang masih ketagih menonton Gaban dan Satria Baja Hitam hingga sanggup ponteng sekolah agama. Semakin meningkat dewasa bermakna semakin banyak proses pembelajaran yang saya lalui. Daripada kehidupan di kampung bersama keluarga, saya keluar berjuang demi menuntut ilmu. Proses 7 tahun pembelajaran di universiti adalah satu tempoh lama yang cukup memberikan saya pelbagai pengalaman dan berkenalan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia.

Ironinya, harus saya akui sukar untuk saya bertemu dengan insan yang benar-benar berstatus sebagai seorang sahabat. Kebanyakannya lebih sesuai saya kategorikan sebagai kawan atau kenalan. Kawan-kawan ini pula boleh disubkategorikan pula kepada kawan sekampung, kawan sekelas, kawan serumah, kawan sepersatuan dan lain-lain.

Bezanya sahabat dengan kawan adalah - seorang sahabat sentiasa cuba untuk ada ketika susah atau senang. Walaupun tidak semestinya ada, tapi at least dia mencuba. Kawan pula hanya ada pada waktu tertentu saja. Misal kata bila dia susah, dia cari kita minta tolong. Tapi bila dia dah senang, dia berpaling kepada kawan yang lain sekaligus melupakan kita yang selama ini tidak pernah melupakannya.

Setelah sekian lama, saya dapati kawan yang boleh saya kategorikan sebagai sahabat adalah sangat sedikit. Mungkin 2,3 orang saja. Itu pun sahabat-sahabat ini juga jarang kami berhubung. Namun memori dan kenangan saya bersama mereka adalah kuat. Setidaknya mereka tidak pernah mengkhianati saya.

Memasuki alam pekerjaan, saya bertemu dengan lebih ramai kawan. Tetapi hanya terhad setakat itu saja - kawan. Adakalanya sedih memikirkan pada suatu ketika kita telah banyak bersusah payah untuknya, tapi tiba masa bila dia senang, dia tegar melupakan kita. Mungkinkah saya sendiri yang bukan kawan yang baik? Bukan nak mengungkit atau berkira atas pertolongan yang pernah diberi tapi sekadar ingin dihargai dan bukannya dilupai.

Entahlah..mungkin sayalah yang belum cukup baik untuk terus diingati.

Apapun, sahabat sejati saya kini hanya satu iaitu kamu - Mohd Zubair Sulaiman!

Tuesday, November 6, 2012

Saif Nak Makan?

- "Mama, saya lapar.."

Saif baru 5 bulan lebih. Buat masa ni Saif belum makan lagi. Tapi sejak 2 menjak ni Saif menunjukkan ciri-ciri macam nak makan sesangat. Balik kampung raya aji sudah, cacanya hulur sudu isi bihun, Saif nganga je nak ngapp tau! Aiks..kelaparan kah anakku ini? Ibu mentuaku juga sudah banyak kali bagi hint "Saif da nak makan tu."

Tambahan pula perangai gedik Saif yang susah nak minum susu botol menyebabkan saya buntu, "Perlukah saya beri Saif makan?" Bimbang Saif lapar.

Maka saya pun google dan google. Bila Encik Suami tanya, "Ayang tengah buat apa tu?" 

Saya jawab, "Tengah study."

"Study apa plak?" Tanya Encik Suami kehairanan.

"Study pasal nak bagi makan kat Saif." Dan saya meneruskan 'google'an saya dengan khusyuk tanpa menghiraukan Encik Suami. Gigihnya mak study sampai ke tengah malam! (Kalau tak sebab adik ipar da off wi-fi kat luar, maunya saya study sampai subuh) Makanya antara info yang saya dapat adalah baby boleh mula diberi solid food walaupun usianya belum 6 bulan dengan SYARAT :

1. Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan. 
- err..Saif masih belum boleh duduk sendiri lagi. Dia lagi suka berdiri kot. Bila didudukkan, dia sibuk nak berdiri. Camno?

2. Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.
- Masa lahir berat Saif 2.9kg. 2.9x2 = 5.8. Berat Saif la ni 6.7kg. Ok, pass!Hehe..

3. Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.
- Pantang ko hulur apa pun semua pun nak ngapp! Kalau da tak dapat pape, kunyah tangan sendiri ha!

4. Baby dah pandai mengawal lidah mereka.
- Err..camne nak tau dia pandai ke tak. Pandai da kot sebab elok je dia main kunyah2 takde tergigit lidah sendiri. Hihi..

5. Boleh mengawal kepala dan tengkuk.
- Ni memang comfirm ok. Tegak da leher ngan kepala dia. 

6. Cepat lapar.
-  Tak tau la dia ni lapar ke tak sebab jenis minum sikit. Siap kena paksa tau even df. Saya peluk tekan kepala dia kuat2, dia plak lagi kuat menolak dengan tangan dia. Haiii..tahan lapar kamu ye nak?

Kalau baca dalam buku Wardina "Mama..saya lapar.." katanya 5 bulan lebih da boleh introduce makan. So, kesimpulannya, saya rasa Saif da boleh mula diberi solid food. But slowly la. Ikutkan minggu lepas lagi da nak bagi, tapi saya rasa macam masih belum bersedia. Bagi alasan kat Encik Suami, "Ayang kan nak kursus ni, kalau start bagi makan sekarang, hari-hari seterusnya pun kena bagi makan. Ni ayang kursus, mana sempat nak prepare makanan semua. Bla..bla..bla.."
 
Ok, alasan logik dan diterima dek akal.

So sebagai persediaan mental, saya da baca buku ini (hadiah drpd PUSPANITA kolej). Lama da dapat buku ni.First time dapat terus zuppp baca sampai abes. Excited mak!

- Gigih study buku ni - 

-  Masak bubur nasi je pun..tu pun kena study ke - 

Untuk sesi menyuap Saif makan, saya da beli ini :

- MAM Feeding Set -

- Bip. Tak kuar lagi dari plastik. Nak tunjuk baru beli kekdahnya.haha.. -

Untuk storage, saya da beli ini :

- Ice tray GIANT. Murah je 2 bijik ni baru RM3.90 -

 Dan dalam proses untuk beli ini :
- Baby cubes - 2 oz x 8. Untuk food storage sebelum di'freeze'kan. -


- Thermos. Untuk isi bubur panas2 hantar ke rumah bs. (Tinggal warna ijo yang buruk ni je, color lain xde, cam x berapa berkenan di hati pulak) -

Tak semestinya walker yang serupa ini. Err..apa kaitannya walker ni dengan makan? Since rumah saya takde, belum ada meja makan (tunggu bonus hujung tahun..hahaha), so tak dapat la nak beli highchair bagai. Karang Saif dok kat highchair, mamanya berdiri je suapkan makan? Tak sopan tau. So itulah kegunaan walker ni, boleh dudukkan Saif time nak bagi makan. Amacam, bernas tak alasan ni?


Sedang berfikir-fikir, perlukah saya beli ini juga :

- Avent mini blender + feeding set -

Tang Avent mini blender tu kononnya sebab senang ar kalau nak bawak travel. Kononnya. Dah namanya pun mini kan, senang ar kan. Cuba banding dengan blender saya yang sekarang ni. Besar gedabak tau! (Even Philips la jugak)

Saya punya blender camni la rupanye. Sejibik. Besau kan? Rasanya kalau nak blend carrot sebijik pun macam segan silu je. Nak bawak travel pun macam segan silu. (Encik Suami mesti kata - alasan!) Ada blender yang kecik sikit Pensonic (rembat mak punya) tapi tu buat blend cili, mana boleh campur! (sumber : lowyat.net)

Apapun tunggu hujung minggu ni baru start bagi Saif makan. Kita tengok, Saif nak makan ke dak setelah mamanya berhempas pulas menghabiskan duit beli tu beli ni..

Perkembangan Saif 5 Bulan


Saif da nak masuk 5 bulan 2 minggu, baru kecoh nak cerita pasal perkembangan. Hehe..maklumlah mama Saif super duper busy. Tak sempat nak online.  Kekadang ada benda nak cerita tapi kabel hp plak tak de, terus takde mood nak buat post baru. Saya suka post bergambar, baru ada feel nak baca (syok sendiri baca blog sendiri..haha)

Ok, toksah merapu lebih panjang. Alkisah tentang Saif 5 bulan ini, memang perkembangannya drastik sangat. Sejak demam hari tu, perangai terus tiuuuunnnn berubah makin mengada-ngada. But at the same time, Saif makin bijak. Selalu jugak saya dan Encik Suami sound Saif, "Saif, awak ni baby lagi laa..Jangan buat perangai macam budak besar."

Secara ringkasnya, Saif :

  1. Sudah meniarap sepenuhnya (sebelum ni kan malas). Pantang baring je nak meniarap. Time tidur pun sibok berpusing nak meniarap pastu terdongak-dongak dengan mata pejam sambil merengek mintak angkat.
  2. Bila nampak mama je, terus excited siap mendepang tangan mintak angkat. Bila mama buat bodo je tak ambik dia, dia mulala protes jadik ulat gendon. Tak pun kibas2 tangan dan kaki macam nak terbang.
  3. Sentiasa senyum je. Selama ni pun jarang nak dengar dia menangis melainkan time dia tak sihat. Semua orang pun suka la nak melayan dia, dah la hensem. Hehehe..
  4. Bila tido, mesti nak mengiring. Fefeeling lena agaknya. Kalau ngempeng ngan mama, mesti kaki dia dok sangkut kat paha mamanya. Macam peluk erat gitu. Papa jangan jeless..hahaha..
  5. Bila df, tangan dok tergapai-gapai. Tarik tudung la, tarik baju la, tarik cermin mata mama..Pastu kalau terlena time df, tangan dia tergantung ke atas gitu je la.Hehe..
  6. Bila df jugak, mama tak boleh bercakap. Kalau bercakap, dia akan stop df dan tenung muka mama. Lepas tu toleh muka papa. Kalau nasib baik, dia sambung df semula. Kalau nasib tak baik, terus jadik ulat gendon nak bangun, nak berborak jugak. Busy body.
  7. Berperang setiap kali nak pakaikan baju. Sebab biasanya lepas mandi, dia akan terus mengantuk nak tido. So bila lambat pakaikan baju, mula la nak ngamuk. Pitching mama pun mulala naik tinggi. Hehe..
  8. Tahan lapar dan tahan mengantuk bila dibawa berjalan. Hebat!
  9. Makin hari makin cerah, semakin menyerupai mamanya. Hehehe..(tak puas ati sume orang kata Saif macam papa)

Monday, November 5, 2012

Minggu Yang Sibuk

Wahhh...finally dapat jugak menghadap blog kecintaan saya ni. 2 minggu yang busy, pack dengan travel sana sini sampaikan tak berkesempatan nak online (sampaikan tuan umah pun call sebab lambat transfer sewa rumah..haha). Bermula sejak cuti Hari Raya Haji (saya cuti start Rabu sebab hari Hol Pahang) berkampung di Tembangau, then ke Tampin, balik Karak jap, then ke KL semula untuk kursus, then ke Johor plak, then singgah Tampin lagi sehari, then baru balik Karak kecintaan. Berapa banyak then daaa...

Amaran : Post kali ini agak panjang. Sarat dengan diari hidup syok sendiri. Tekan saja button Close kalau muak membacanya. Saya tak paksa. Hiii.

Alhamdulillah akhirnya berjaya menamatkan kursus PPK Keusahawanan Fasa 3. Saya tak mintak pun course keusahawanan ni tapi da dapat tu pergi je la. nama pun da kursus wajib kan. Alkisah sebelum ni kan kawan saya kata nak bawak bibiknya kan untuk jaga baby. Konon saya pun nak menumpang la mintak tolong bibik tu jagakan Saif. Last minit, member sms kata tak jadik bawak bibik. Gabra mak! Camno ni, sape nak jaga Saif. Ikutkan ramai je sedara mara kat KL tu yang offer nak jagakan Saif, tapi Encik Suami cam berat hati plak. Sudahnya Encik Suami buat keputusan nak ulang alik je Karak-KL setiap hari. Means waktu siang tu, Saif dihantar ke rumah bs cam biasa. Petang adik saya ambik n jaga Saif wat sementara waktu sementara menunggu saya balik (abes kelas 10 malam). Tegar mama n papa bercekang mata sampai Karak kol 11 malam, kol 6 pagi da kuar semula.

Tapi kita hanya pandai merancang je kan, rencana Allah mana kita nak tau. Nak jadik cerita, hari Selasa tu, member saya tu bagitau, ayah dia akan hantarkan bibik dia tu. Sebabnya anak dia takble tido malam bila maknya takde. So bila dengar kata bibik ada, haaa..saya wat muka seposen nak tumpangkan Saif la. Alhamdulillah..Allah permudahkan kursus saya, maka angkut la Saif sekali dok hotel.

Saif macam biasa la kan memang musuh ketat dengan botol susu kan. So kejap2 memang bibik tu akan sms bagitau "Saif nangis mau susu. Ngak mau hisap botol."

Aaaa..sudahnya kejap2 saya menghilang dari kelas, naik ke bilik untuk df Saif. Mengada-ngada kamu ye nak! Seronok la tu dapat ngempeng siang malam! Plak tu dok hotel aircond sentiasa, malam memang tido nyenyak senyenyaknya sampai ke pagi. Tak menguit pun.

 - Nyenyak tido. Bagi can kat papa n mama.muahaha.. -

Masa majlis penutup, saya siap bawak Saif masuk dalam bilik seminar lagi sebab bibik da turun ke lobi, dia kena pegang anak kawan saya tu la. Mana gaya kalau nak pegang Saif sekali kan. So bawak Saif sekali. Kepoh mulut Saif ni tau! Semua orang dia dok tegur..uuuu..uuuuu.. Consultant kat depan tengah bercakap pun dia menyampuk..uuuuu...uuuuuu.. Tebal muka mama nak!

Sesi bergambar, saya tak turut serta. Kalau saya nak join ambik gambar, sape nak pegang Saif? Semua orang nak bergambar kan. So saya pun membawa diri cepat2 checkout dan terus keluar hotel balik umah Encik Suami (buat muka sedey tak dapat bergambar). Hujan plak tu. Mula la nak hangin sebab Encik Suami tak dapat cuti hari Khamis tu. Kalau dapat cuti, tak perlu la saya susah payah nak selubung Saif sambil pegang beg nak berjalan dari kawasan parking ke lif. Grr..hampeh Maybank kedekut cuti!

 - Lupa nak citer. Group saya menang No.1 untuk RP Terbaik. Cayalah BOD RasaBagus Sdn Bhd. 
Pasti Bagus, Memang Bagus! (^_^) -

Hari Jumaat bergerak ke Johor. Encik Suami ada jemputan jamuan alumni UTHM. Saya pun alumni UTHM gak hokey! Penginapan hotel disediakan, rugi kalau tak pi. So malam pi jamuan tu. Macam biasa mulut Saif kepoh dok tegur semua orang dalam dewan. Malu mak, orang tengah berucap kat depan Saif menyampuk uuuu..uuuu.. kat belakang. kuat suaranya tau. Plak tu bila ada aweks-aweks dok agah2 dia, makin ligat la dia menggatai uuuu...uuuuu..katanya. Tambah lagi tak reti dok diam da macam ulat kejap duduk, kejap diri, kejap baring, meliang liuk sana sini alahaiiiii Saif! Mama geram je tengok papa syok berborak kat depan, mama nak patah tangan pegang Saif yang da macam ulat gendon.

 - Ulat gendon kecintaan mama dan papa -

Hari Sabtu plak just jalan-jalan buang masa kat Pesta Konvo UTHM. Banyak pembangunan da UTHM ni, bangga plak. Hii..kat pesta tu biasalah banyak jual baju, tudung, makanan etc. Sempat la saya merembat kasut cap Siam 25 hengget dan tudung bawal AJ 2 helai. Tu je kot yang saya beli. Even cuaca mendung je, tapi Saif berpeluh macam dalam sauna. Kesian kamu nak, cepat2 kami beredar balik. Balik Tampin ar of course la Encik Suami nak singgah umah kecintaan dia dulu kan.Haa..seb baik kami cepat balik. Kalau tak kami mungkin jadi salah seorang antara mangsa banjir kat Batu Pahat. Hehehe..

 - Kawan kecintaan mama, Iza -

 - 2 hero kecintaan mama, Saif da monyok kepanasan walau cuaca mendung -

Ahad pagi, kami da bertolak balik semula ke Karak. Sengaja balik awal sket sebab da terbayang rumah yang macam kapal karam masa ditinggalkan dengan kain baju yang berbakul2 nak dibasuh. Ahhh..memang minggu yang sibuk!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...