Monday, December 31, 2012

Perlu Ke Slow Cooker?

sumber : google.com

Tolong bagi pendapat dan idea bernas sket, perlu ke saya beli rice cooker ni. Dalam 2 minggu ni saya da start bagi bubur nasi pada Saif, cuma tang nak memasaknya tu cam leceh sket. Leceh apanya tau, meh saya citer.

Sebelum ada termos, saya masak bubur waktu malam, then sejukkan dalam peti ais. Esoknya hantar satu bekas pada bs. Bs kena panaskan dulu sebelum bagi pada Saif. Cam leceh ar sket di situ.

Then bila da ada termos, saya teruja untuk menyediakan bubur panas pada waktu pagi. Saya takde hal mengorbankan waktu tidur untuk bangun seawal 6 pagi (awal ke..) untuk masak bubur Saif. Masalah utamanya sekarang bila saya bangun ke dapur, saya baru 'ketiikkk' dapur, Saif da menjerit "Mammmmaaaaa!!!" Dah berlari balik semula ke bilik pujuk Saif tapi sudahnya tak tido. Sudahnya tak jadi masak bubur, terpaksa bagi bekal puri atau biskut Farley Rusk je ke bs. Da 2,3x jadik macam ni. haiihh..

Then, saya cuba kaedah lain. Masak waktu malam, then simpan dalam peti sejuk (sama macam sebelum ni). But then pagi saya panaskan je bubur tu semula. Nak panaskan bubur je pun Saif da menjerit "Mammmmaaaaa!!". Haiii..ada jugak aku tak bagi makan budak ni karang.

So saya mula membayangkan untuk membeli rice slow cooker bagi memudahkan kerja. Banyak review kata memang senang la, malam masuk beras ngan air, then tinggalkan je. Sok pagi bangun siap da bubur tu. Lama giler nak masak bubur, errr..tak bazir karen ke..tapi senang memang la senang kan. Tak perlu da dok depan dapur kejap2 nak kacau bubur tu takut hangus kan.

Kalau guna rice cooker biasa tak boleh ke ha? Masak cam masak nasi biasa tapi bubuh air lebih, boleh tak? Tapi rice cooker saya takde function untuk porridge, boleh ke?Bukan nak berkira bab beli slow cooker ni cuma takut nanti jadik perhiasan dapur je bila tak guna karang. Camne ek? Cer bagi pendapat sket.

Saturday, December 29, 2012

Menu Sihat Di Opis


Seiring dengan peningkatan usia ni, kena la rajin-rajin jaga kesihatan diri ye. Terutama dari segi pemakanan, jangan melantak jajan je tiap-tiap hari.

Tambah plak bila menyusukan anak maka pemakanan sihat sangat la penting untuk menjamin kualiti susu ibu tu. Kalau kamu berbangga susukan anak dengan susu ibu tapi pada masa sama melantak Maggi setiap hari maka takde maknanya juga. Saya percaya khasiat makanan yang kita makan tu lah yang akan turun pada anak menerusi susu ibu.

Susu - minuman wajib saya setiap hari. Saya memang kena minum susu setiap hari sebagai sumber kalsium sebab saya ada masalah kebas-kebas tangan yang tak hilang sejak mengandung dulu. Nak makan ubat tak boleh ambil ubat sebarangan sebab masih bf Saif. So sebagai alternatif, susu menjadi pilihan. Tak semestinya susu coklat ni. saya prefer susu kotak Anlene 4xcalcium tu tapi mahal kot even kotak kecik je. So save sket beli la susu kotak Dutch Lady ni. Malam-malam pulak bancuh susu Anlene. Actually memang dari dulu lagi saya memang suka minum susu.

Oat - pernah cerita sebelum ni kan tentang masalah kolestrol saya. Jangan fikir orang kurus, kolestrol rendah ye (kurus ke saya..sobb..sobb). So alternatif terbaik setakat ni untuk mengawal kadar kolestrol adalah dengan makan oat. Saya dah jarang berkesempatan nak buat bubur oat bayam macam dulu so pilihan segera saya kini adalah biskut oat. Sedap pun sedap. Oh ye, selain biskut, kat rumah juga ada minuman oat coklat segera. Tinggal bancuh ngan air panas je. Sedap pun sedap. Semalam jalan-jalan kat pasaraya ternampak pulak minuman oat perasa vanilla, pasni ble try vanilla pulak. Kita selalu dimomokkan dengan rasa oat yang tak sedap tapi sekarang da ada banyak pilihan makanan dan minuman berasaskan oat yang sedap. So takde alasan untuk menolaknya lagi.

Air masak - Wajib bawa ke opis setiap hari. Membawa air masak ni da jadi amalan saya sejak masa sekolah lagi. Kejap-kejap nak minum air. Pastu kejap-kejap nak pi toilet.Hehehe..bagusnya kat situ toksin kita sentiasa dikeluarkan. Tambah pulak minum air masak dengan banyak memang menjadi agenda utama bagi ibu-ibu yang bf.

Actually menu sihat ini tidak terhad di opis saja sebenarnya, harus diamalkan di mana jua. Berkorban duit sikit asalkan sihat walafiat.

Friday, December 28, 2012

Kecik-kecik selalu kena tipu..

Hari ni nak share sket story masa kecik-kecik dulu. Asyik citer pasal anak je, sesekali kita lari topik la kan. Ntah tetiba teringat plak zaman kecik-kecik dulu.

Saya ni boleh dikira naif jugak la. Selalu kena tipu. Kepala penipu besar adalah abang saya sendiri. Antara yang selalu ditipu :

1) Bila melihat ada net berterbangan di kawasan angin lintang di highway, saya bertanya "Apa tu?"
 
    "Tu tempat Santa Claus letak hadiah time Krismas" jawab abang selamba.

    "Owhh..." saya mengangguk pada masa saya memikirkan macam mana nak bawak turun hadiah tu
      nanti.

2) Semasa makan nasi dengan ikan goreng, abang saya kata, "Kalau kau makan ekor ikan ni, nanti kau jadik ikan duyung."

Wahhh..bestnya jadik ikan duyung. Maka saya pun bersungguh-sungguh makan ekor ikan dengan ekor ikan orang lain pun saya rembat. Satu hari, saya dapati kaki saya bersisik (sebab terlampau kering). Saya gembira kerana saya dah hampir menjadi ikan duyung!

3) Semasa makan limau, abang saya kata, "Kalau kau telan biji limau ni, nanti pokok limau akan tumbuh dalam perut kau, pastu daun pokok tu keluar dari mulut kau. Eiii.."

Takutnya saya nak makan limau lepas tu!

Tu antara kisah penipuan yang paling merapu. Tak termasuk kisah penipuan ini oleh abang saya pada adik bongsu saya. Adik saya masih kecik lagi masa tu. Masa tu kami melalui tepi tasik Wetworld Batu Pahat.

"Dalam tasik ni ada nagaaaaa.." Kata abang beria-ia.

"Ye ke? Macam mana naga tu boleh ada kat sini?" Tanya adik penuh minat.

"Dia datang sini naik bas ekspress dari Penang." Jawab abang selamba.

OK. Cukup-cukup la merapu!

Thursday, December 27, 2012

IKEA Meltorp Table + 4 chairs


sumber : ikea.com

Saya memang dah lama jatuh hati dengan dining set ni. Sangat murah dengan hanya RM278.60 ble dapat meja makan siap dengan 4 kerusi. Saya da survey kat kedai perabut Karak, paling murah pun ble dapat RM350. Tu pun design ntah ape ape ntah.

Kenapa saya suka set ni? Sebabnya :
1) Murah
2) Design yang simple dan moden. 
3) Color putih yang memang serasi dengan kebanyakan perkakasan elektrik saya yang berwarna putih
4) 4 kerusi sudah memadai untuk rumah sewa yang jarang orang datang melawat ni
5) Setakat untuk sorang dua makan watpe set besar-besar n mahal2 kan
6) Meja ble jadi port letak barang shopping. Sekarang ni barang dapur beli semua letak kat lantai je sebelum disimpan. Daif je rasa..sob..sob..
7) Pindah rumah sendiri nanti barulah fikir beli set yang besar n mahal kan.
8) Cukup molek untuk dapur saya yang tak la besar mana pun
9) Kerusinya stackable, jimat ruang jika tak digunakan
10) Jenama IKEA (inipun ble jadik reason ke)

So hari cuti yang lepas saya da heret Encik Suami untuk beli set ni. Tapi bila diukur-ukur agak was-was plak muat ke kalau nak sumbat dalam kereta. Dalam bonet of course la tak muat. Nak sumbat kat seat belakang tu la masalahnya muat ke? Dah ambil tape ukur macam muat-muat je tapi tu la was-was kot tiba masa nak menyumbat tu jadik tak muat plak.

So, tangguh dulu hasrat beli meja ni. Encik Suami kata tunggu dia beli kereta besar baru beli meja tu. Waaahhh..nak beli kereta besar itu lambat lagi, sementara tu ntah ntah meja ni pun da abes stok.

Err..korang rasa muat tak nak sumbat dalam kereta? Keretaku Proton Saga BLM je pun.

Wednesday, December 26, 2012

Pencarian Termos Makanan Tercapai!

Adoii cerewetnya mama Saif ni macam-macam gadget nak beli semata-mata nak menyediakan makanan untuk anak je pun. Hehe..saya akui sedikit cerewet di situ sebab nak kan yang terbaik untuk anak la kan. Lagi satu untuk makanan anak ni seboleh-bolehnya saya tak nak menyusahkan bs Saif. Biar saya yang susah payah asalkan dia senang nak bagi anak saya makan. Sebelum ni saya bekalkan bubur sejuk then bs kena panaskan dulu guna warmer. Macam leceh la di situ.

Nak beli termos food jar ni pun cerewetnya da merata kedai daku belek tak beli gak. Orang kata kat Jusco ada, daku pi tak berkenan plak. Ku pi OBW outlet kat Taman Permata tu, berkenan tapi mahal la pulak tak berbaloi sebijik seciput tu je da dekat RM100. Yang peliknya harga kat outlet lagi mahal daripada online, confuse jap so tak beli.

Sudahnya hari minggu sudah tatkala meronda-ronda mengabiskan duit kat Tesco, maka dipertemukan jodoh dengan termos ini.


Ya, termos yang bukan berjenama Thermos. Sebelum ni memang penah survey La gourmet ni tapi agak mahal la seratus lebih gitu. Tercekik gak la menengoknya masa tu. Tapi untuk Thermal Lunch Box yang comel ni harganya tak sampai seratus pun. Still mahal gak la sebenarnya tapi saya rasa berbaloi sebab ada 3 bekas comel di samping termos tu. Oh ye, tak lupa juga ada chopstik yang comfirm memang tak akan guna.hehehe..

Ok, meh kita intai sket rupa sebenar lunch box ni. Atas tu kotak je kan. Kalau saya tunjuk kotak kosong je pun korang nak percaya ke. haha..

 Ni rupa sebenar. Baru casing je tu.

Tadaaa! Tu dia termos dan bekas comel dengan bekas chopstik terselit dalam net tu.

Termos yang diidam-idamkan

 Perbandingan saiz termos tu dengan tupperware air 1L pink saya

 
Terus buat eksperimen masak bubur panas, buh dalam ni.

Hasil eksperimen, tidak mengecewakan. Saya masak bubur ni simpan dalam termos around 11.30 am. Then saya buat kerja lain, siap merayap pi Temerloh lagi. Balik rumah kol 5.30 pm, bukak termos, ok still suam-suam kuku lagi. Ok la kan. Lulus untuk hantar ke bs.

Bekas-bekas comel 3 bijik tu nak buat ape plak? Haa..buat masa sekarang memang saya tak gunakannnya lagi sebab Saif belum cukup umur lagi kot untuk start makan makanan yang lebih pejal. Sampai masanya nanti bekas itu akan jadi sangat berguna untuk bekalan pancake, muffin, puding, roti dan macam-macam lagi. Memang berbunga-bunga rasanya hati ini. Hehe..

p/s : Now tengah fikir cara paling pantas nak masak bubur panas waktu pagi sebab Saif telinga lintah pantang dengar bunyi mamanya bukak pintu bilik, dia pun bangun join masak bubur sama. Ehmm..

Wednesday, December 19, 2012

#Wordless Wednesday : Bila Saif Mula Merayap

 Eishhh..mama ni buat sepah pulak

 Meh saya tolong kemaskan...

Ehmm..makan katalog ni pun sodap gak..

 Syok gak dok bawah bouncer ni, redup sket

Haa..tu mama jeling-jeling tak bagi saya dok bawah ni la tu

Thursday, December 13, 2012

Review : Mini Blender Avent


Dah berzaman beli benda alah ni baru sekarang nak review ke. hahaha..sorry tak berkesempatan sesangat. Ni baru teringat nak review pasal blender ni.

So pada pendapat saya, mini blender Avent ni memang sangat memudahkan! Rasa sangat berbaloi membelinya. Mini blender ni memang benar-benar membangkitkan semangat saya untuk buat macam-macam makanan untuk Saif. Dah beli mahal2 pastu kalau malas nak guna, nan hado jugak. But of coz la setakat ni just puri mempuri dan blend bubur je kan. Blender kering yang comel tu saya buat blend beras cukup stok untuk sebulan punya tau. Kita pun bukan nak bagi anak makan banyak-banyak, setakat 2,3 sudu da memadai. Anak baru belajar makan la katakan.

Memang tak rugi membelinya. Harga memang mahal sket la tapi kalau rajin survey ble dapat harga yang lebih berpatutan. Macam yang saya beli ni RM175.20 di littlewhiz. Ditambah pula dengan 6 food storage yang comel, memang sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan bekalan makanan Saif ke bs.Seronok sangat benda ni sangat berguna. Memang rasa proud la membeli blender ni. Proud sebab ianya berguna dan bukan sebab jenama. Saya akui saya tergolong spesis yang memandang jenama jugak sebelum membeli sesuatu tapi kalau harap jenama tapi tak berguna baik tak payah kan. Eh, tak bermakna blender lain tak elok ke hapa ke. Ni just review je apa 'gadget' yang saya ada. Alaahh..orang dok review Samsung Galaxy la, Tab la, Note la, Ipad la..saya mana ada gadget sume tu. So review pasal 'gadget' untuk keperluan anak je la.

Oh ye, lagi satu, ia memang ringan dan sangat mudah dibawa travel. Comel je even boleh sumbat dalam beg baju. Dah beberapa kali saya bawak travel blender ni, memang sangat membantu. Ye la, kat rumah mak atau rumah husband kat KL, blender sume buat blender cili kan. Maunye anakku tobat tak mau makan lagi kalau rasa cili dalam bubur.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera!


p/s : Lupa, dok citer pasal blender tak citer pulak pasal apa hasil blender ni kan. Haaa..segala buah atau sayur yang diblend memang halus mulus lagi gebu tak perlu nak tapis lagi da. Sebelum ni dalam pos lepas saya kata saya tapis puri karot saya kan? kali kedua buat, saya tambah sket air, terus gebu mulus tak perlu lagi tapis. Kan senang keja tu kan. Hehehe.. Even blend bubur pun sangat la halus tau. Sesuai sangat untuk baby baru belajar makan. :)

Tuesday, December 11, 2012

Cabaran Ber-PJJ

Sebelum memeterai ikatan perkahwinan, mental merasakan sudah cukup bersedia untuk menempuh kehidupan PJJ selepas berkahwin. Hakikatnya persediaan mental saja masih tidak cukup kuat kerana ia perlu digandingkan dengan kekuatan fizikal. Ya, mental dan fizikal perlu seiring kekuatannya.

Pada mulanya saya cuba setkan fikiran supaya positif. "Alah..ada je akak-akak opis tu yang PJJ, ok je. Aku pun mesti boleh." Oh, indahnya bait-bait positif yang tersemat dalam fikiran.

Hakikatnya? Cukuplah merasakan pengalaman mengandungkan Saif dalam keadaan PJJ. Sakit pening muntah bagai semua kena harungi sendiri. Tambah pula dengan sakit kaki, sakit pinggang, macam-macam la. Bangun malam sorang-sorang takde siapa jadi peneman. Kalau jatuh tergolek pun pandai-pandai la bangun sendiri, takde sapa pun yang tahu. Memang mencabar mainan emosi. Banyak masa saya dihabiskan melanguk di rumah tidak ke mana-mana. Even nak drive balik ke KL pun da tak larat rasanya.

Kemudian mengharungi pula pengalaman menunggu detik kelahiran Saif sehingga overdue lantaran Saif tegar menanti kehadiran papanya barulah dia sedia menjengah dunia. Tak haru tu. Hari-hari doa nak beranak cepat, tapi tak keluar jugak sebab papanya kerja jauh. Nasib baik papanya sempat sampai Johor. Dan dan sampai Johor terus sakit kuat nak beranak.

Sebab tu untuk adik Saif, saya kata HOLD DULU. Bukan tak nak, bukan menolak. Tapi mental dan fizikal saya memang tak bersedia. Sedangkan kehidupan saya kini yang baru anak seorang pun da swinggggg 360 darjah, inikan plak nak tambah lagi sorang. Cuba bayangkan dengan Saif yang tengah melasak tambah pulak nak bawak perut besar memboyot SEORANG DIRI tanpa teman di sisi, saya rasa tak mampu. Tapi kalau da tersangkut, tetap terima dengan gembira jugak. :)

Dan sekarang ni, banyak masa hujung minggu, papa Saif je yang balik Karak. Melainkan ada hal atau keperluan yang memerlukan saya ke KL, barulah saya drive sendiri berdua bersama Saif. Nekad je. Kalau nasib baik, Saif terus tido dalam kereta dari Karak sampai la KL. Tapi pernah juga, belum masuk highway lagi, Saif da mengamuk nak susu. Terpaksa berhenti singgah parking bawah pokok, susukan Saif sampai dia tertido barulah sambung perjalanan semula. Bila cerita kat kawan, reaksi spontannya "Kesian kau..." Errr..kesian eh. Tak rasa kesian sangat sebab saya tak rasa susah sebaliknya saya anggap ia sebagai satu cabaran bila memilih untuk ber-PJJ.

Papa Saif kebiasaannya balik ke Karak menaiki bas untuk menjimatkan kos. Biasanya Jumaat petang da balik, dalam waktu Magrib gitu sampai la. Melonjak kegembiraan Saif bila dapat jumpa papa (sian Saif..). Kalau boleh meloncat, memang da meloncat budak tu. Dan pagi Isnin seawal Subuh papa Saif da nak kena naik bas di bus stand Bentong. Makanya saya la yang menghantar papa Saif ke bus stand seawal jam 6 suku pagi. Target pukul 6.30 da sampai Bentong. Sekali lagi Saif pun terpaksa diusung sama pagi2 buta tu. Takkan nak tinggalkan Saif sorang-sorang kat rumah kan. Sambung la Saif tido dalam kereta. Sian anakku..

Saif tido dalam kereta berbalut selimut, bertemankan Rhino..

Pengurusan masa memang sangat penting bila ber-PJJ ni. Nak buat kerja apa pun kat rumah, kena tunggu anak tido dulu baru ble buat kerja. Err..maybe anak korang jenis tak kisah kena tinggal tapi Saif ni penakut apa ntah, pantang tak nampak muka orang, comfirm menjerit meraung air mata sebaldi. Kalau Saif tido pukul 9 malam, pukul 9 malam la baru ble nak buat kerja sidai baju ke, basuh botol ke, sapu rumah ke, masak bubur ke. Tu pun sambil kejap2 tidokan semula Saif yang terjaga melalak tiba-tiba. Bila kerja saya terganggu mula la nak hangin, enjut Saif dalam bouncer pun dengan pitching tinggi sampai Saif terpaksa tido dengan muka berkerut. Hehehe..mama garang.

Tu la nenek Saif da beratus kali kata "Beli ar buai letrik, senang nak tinggal buat kerja. Bila da tido, tinggal je, xpayah susah kejap2 nak enjut.."

Dah terlambat mak.

Tu yang jadiknya saya pun tak masak, so memang tak makan malam. Kalau lapar, makan je la apa yang ada. Biskut atau roti cicah Milo pun sudah memadai, Alhamdulillah. (tetiba rasa diri macam daif sangat..sobb..sobb) Err..dinner semalam durian crepe 4 ketui.hehe..

Korang jangan salah faham pulak, ini bukan rungutan tetapi sekadar perkongsian kehidupan yang sedang saya lalui kini. Saya tak rasa susah tapi hanya rasa mencabar. Sebab secara positifnya kita boleh lihat PJJ ini ada jugak kebaikannya. Antaranya yang saya dapat kenalpasti adalah :

1) Tak perlu kisah rumah tunggang terbalik sebab husband tak balik rumah. Hehe..
2) Tak perlu kisah nak masak apa untuk makan malam lepas penat balik keja sebab kita pun makan sorang-sorang. Makan je apa yang ada.
3) Memupuk rasa rindu yang mendalam kepada husband sebab lama tak jumpa. Setiap hari excited menunggu hari Jumaat sebab husband balik. Hehehe..

Ada yang kata "Alah..Karak-KL dekat je la. Ulang alik je la. Ramai je yang ulang alik."

Sejujurnya saya memang tidak mampu. Saya dan Encik Suami tidak mampu. Kami tidak mampu. Kos tol (tol Bentong dan Gombak) sehari RM16x20 hari = RM320 + Kos minyak at least RM20x20 hari = RM400. Totalnya adalah RM720. Tidak termasuk kos lain-lain seperti tiket LRT dsb. Dengan nilai RM720++ itu, terlalu tinggi nilainya bagi kami. Lebih baik kos itu kami laburkan untuk tujuan kecemasan apabila diperlukan.

"Nak jimat naik la motor."

 Naik motor?Bawak motor pun laki aku tak reti daa! Kalau beskal boleh la.

Bila difikirkan kepenatan berulang-alik lebih merugikan, lebih baik tak payah. Biarlah..saya dan Saif lebih memerlukan kualiti masa berbanding kuantiti masa. Buat masa ini. Setakat ini. Tambah pulak waktu bekerja Encik Suami tidak menentu, saya pun tidak memaksa. Waktu kerja suami saya tidak fix 8am-5pm. Nak kuar opis pukul 6 petang pun, ada plak yang menjeling-jeling, 'awalnya nak balik.' Ehmmm..tu la cabaran kerja swasta kan.

Tapi tak tau la kan kalau-kalau ada rezeki Encik Suami bertukar ke tempat kerja yang lebih stabil waktu kerjanya, masa tu mungkin boleh la dipertimbangkan untuk Encik Suami ulang alik naik bas kot. Kan Encik Suami?

Thursday, December 6, 2012

Suka sangat last minit

Takde apa cerita nak pos sebenarnya.
Err..sebenarnya ada banyak cerita tapi tak sempat2 nak post. Ni sementara tengah tunggu publish video ni, tu yang ambik kesempatan bukak blog jap.

Just nak share, bila mana kita saja yang ada satu2 kemahiran tu, maknanya orang akan asyik carik kita je untuk buat kerja yang sama. Saya tak kisah pun, tu kepercayaan orang kepada kita la kan. Sesuatu yang positif la tu. Tapi bila mana kerja diberi last minit, pastu nak secepat mungkin, aiii..tu mula datang sakit malas tu. Bukannya robot yang boleh siapkan kerja on the spot. Walhal kita ni banyak kerja lain sebenarnya. Tapi tu la atas dasar prihatin dan tanggungjawab, buat jugak la.

Ehmm..bunyi macam da tak ikhlas pulak ye. Err..sebolehnya saya cuba ikhlaskan hati dari sudut hati yang suci murni. Nak menolong tapi kalau tak ikhlas tak dapat pahala pulak kan. Sejujurnya saya berbesar hati untuk menolong tapi jangan la last minit. Kalau da tau nak benda tu cepat, bagitau la awal-awal, senang cerita kan.

Tak ditujukan pada mana-mana pihak, sekadar perkongsian saja ye.  Jangan ada yang terasa ya. Kalau terasa jugak maybe anda sendiri yang tergigit cili, bukan saya yang sumbat cili itu dalam mulut anda.

Peace no war!

Wednesday, December 5, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...