Tuesday, December 31, 2013

Penutup Tirai 2013


sumber : google

Ramai yang buat entri penutup 2013 so aku ikut je la buat. Dasar pentiru. hahaha..

Pagi-pagi buta otak aku da pening. Aku da thumbprint in pukul 7.45 pagi. Pukul 7.55 pagi aku nak kuar breakfast, aku 'ter'thumbout. hahaha..aku ingatkan aku dok touch pass keluar rupanya terthumbout. Seb baik belum kol 8. Aku thumbprint in balik.hehehe..pening sistem tu dibuat dek aku.

Ehmm..apa yang aku nak buat kesimpulan tahun 2013 ni ek? Aku belek-belek entri aku sepanjang 2013 ni..memanjang cerita pasal anak jeeee..tak pun pasal susun atur.muahaha..

Ciknaa cerita pasal rezeki, ok la aku tiru dia je la senang. Muahaha..Cerita pasal rezeki. Rezeki ni ada macam-macam bentuk. Dari segi aset, Alhamdulillah..sikit demi sikit kami tambah. Insya-Allah dalam proses untuk rumah yang ke...ke berapa? ke-2? ke-3? ke-4? Tu nanti aku cerita bila betul-betul da ada dalam tangan tapi confirm tu InsyaAllah.

Dari segi kesihatan..Alhamdulillah tahun ni takde peristiwa warded di hospital. Demam-demam penghapus dosa tu biasa. Saif pun Alhamdulillah membesar dengan sihat dan aktif even kurang makan, kurang susu. Tak tau nak buat camno lagi dah.

Dari segi kerjaya..Alhamdulillah akhirnya permohonan ke-4 aku untuk berpindah diluluskan. Even happy akhirnya da tak PJJ, dapat hidup lengkap sebuah family..tapi aku sedih jugak tau tinggalkan kolej terchinta tu. Dah..dah..takmo dikenang lagi. Aku nak nangis ni.

Dari segi keluarga..Alhamdulillah bila da tak PJJ terus Allah tambah bilangan ahli keluarga aku hahahaha..Aku selalu dok sebut2 ngan kawan2.."Selagi aku PJJ, selagi tu aku takmo peknen lagi. Dulu aku peknen sorang2 pun da seksa. Ni kalau peknen lagi dengan nak handle Saifnya lagi, taktau la aku ni mampu ke tak." Allah tu Maha Mendengar kau tau. On the spot aku pindah Putrajaya, minggu depannya tu terus peknen. Hebat tak? Aku nak gelakkan diri aku sendiri ni. Kahkahkah..

La ni segala urusan rumah tangga aku serah kat papa Saif. Terpaksa redha je dia tu. Ngehehe.. hari-hari balik keja aku terus terbongkang. Layankan bongkang aku ni, maunya Saif tu kebulur tak makan ape. So balik keja, papa Saif la yang layan Saif tu main..makan..Oh ye..makan malam pun semua papa Saif sediakan. Beli je la jawabnya. Aku tak lalu nak masak. Nak suruh papa Saif masak pun aku tak lalu sebab aku tak suka bau menumis tu semua. Redha je la papa Saif. Mesti dia bajet bila da tak PJJ, dia ble makan homemade food yang sedap2 tapi rupanya tidak. Ngehehe..Bertabahla sampai mabuk ni hilang.

Saif pulak da setahun 7 bulan. Macam cepat je budak ni besor tapi kitorang still anggap dia baby lagi. Still main geletek2 "alaalalala baby..alalala baby.." Saif pun suka fefeeling baby lagi. Kekadang tetiba dia merangkak-rangkak macam baby. Bahahah..Tengok ar..adik da kuar nanti dia membabykan dirinya lagi tak.

Tahun baru ni jugak Saif akan tukar taska baru. Hari ni hari terakhir dia la kiranya kat Taska Yusma tu. Aku rasa cam sayang plak nak tukarkan dia sebab taska baru jauh sket. Heheh..even Saif still melalak beria tiap kali tinggal kat taska tapi da ada perkembangan sikit la, da kurang menangisnya even setiap kali aku datang jemput dia akan buat drama terjerit pekik dulu. Taska ni ok je.

Eh..cerita pasal taska plak. ok..ok..banyak da aku bebel ni. Tu je la yang dapat aku recall sepanjang 2013 ni. Tu la masalah aku asyik hilang ingatan je. Moga kita semua terus dipanjangkan umur menikmati rezeki di bumi Allah pada tahun-tahun mendatang dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Insya-Allah..


Monday, December 30, 2013

Pregnant + Breastfeed

Syukur sangat la pregnancy kali ni aku diberi lebih kekuatan. Masa mengandungkan Saif dulu, 1st trimester hazab nauzubillah sampaikan aku tobat tak nak ngandung lagi. Tapi bila masuk 2nd trimester automatik terus ok, terus rasa..boleh lagi ngandung lagi ni..bahaaha..sebab tu boleh termengandung adik Saif ni plak.haha..

Even kali ni kurang mabuknya banding dulu tapi cabarannya pulak berbeza. Mengandung kali kedua dengan masih bfkan Saif. Serius rasa mencabar mental dan fizikal aku.

Mengandung dan still bf-bermakna diri aku ni da jadik 3. Satu untuk diri sendiri, satu untuk baby dan satu lagi untuk Saif. Means mental dan fizikal aku ni kena bersedia untuk 3 jasad ni. Aku rasa sebab tu Allah kurangkan mabuk2 aku tu so aku boleh teruskan bf Saif. Allah tu adil kan.

Ikutkan sebenarnya susu memang da tak banyak pun. Kekadang tu aku rasa Saif tu bf just sebab nak lepas gian je. Tapi mengamuk-ngamuk gak la budak tu tengah2 malam kalau dia rasa tak puas bf. Aku memang takboleh nak buat pe. Ni semua hormon, mak pak milk booster pun da tak ble membantu. Pastu bila susu da tak banyak, bila Saif bf, memang sakit sungguh la weiii.. pahala...pahala...pahala...

Aku ada rasa macam nak wean-off je tapi sayang plak rasanya lagi 5 bulan je lagi dia nak 2 tahun. Lagipun susah nak wean-off Saif ni sebab dia memang reject botol bila kt umah. Kat taska elok je boleh minum siap taska request botol panjang lagi sebab minum tak cukup. Kat rumah jangan harap la, lagi rela dia berlapar daripada kena minum susu guna botol. Aku ada cuba bagi guna botol straw tapi dia sedut 2,3 kali je dahhh..

Tambah cabaran lagi sebab Saif masih belum pandai cakap nak mintak susu ke, nak cakap lapar ke..Yang dia tau bila nak susu dia akan buat bunyi "ehekkk..ehekkk.." sambil kaki menggelitik ketagih tak sabar. So aku nak bagi dia susu botol pun aku tak tau bila masa nak bagi. Bangun pagi aku bagi, dia buat dek. Tengahari aku buat lagi, dia buat dek. Malam buat lagi pun dia buat dek. Susu habis buang gitu je. Dia tetap nak yang mama dia punye jugak.

Sekarang ni baby bump tak ketara sangat lagi. Tapi aku risau gak setiap kali Saif nak susu, dia main terjah melompat kat perut ni. Kadang sambil bf sambil kaki tak reti diam tendang perut. Adohaiii..

Aku ada baca artikel yang kata, bila pregnant susu akan berubah rasa jadi masin disebabkan hormon gitu la. Tapi Saif relax je enjoy minum lagi. Mungkin belum cukup masin lagi.

Aku nak pelbagaikan makanan untuk Saif pun aku tak berapa nak mampu. Ye la even aku tak mabuk teruk macam dulu, tapi still bau-bauan dapur dan makanan tu ibarat satu penyeksaan bagi aku. Aku taip perkataan 'makanan' ni pun aku da rasa loya nak muntah. Wekk..so macam mana aku nak sediakan makanan untuk Saif. Paling-paling pun aku bagi dia coco crunch. Tak pun keropok ikan feveret dia. Kalau papa dia memanjang bagi coklat je. Alahaiii..kesian anak aku mana nak dapat khasiat.

Macam malam tadi, aku demam. Tak larat langsung. Aku bagi je coco crunch as dinner Saif. Sudahnya tengah2 malam budak tu bangun mengamuk lapar kot. Aku offer bf pun dia tak nak, da kering kontang agaknya. Terpaksa la bangun bagi dia minum air kotak Kid. Baru la senyap budak tu. Hari-hari biasa, papanya la terpaksa je la tapau makan malam. Kesian anak ngan laki aku tak dapat makan homemade food. Tunggu mama sihat nanti mama masak sedap2 eh.

Hari-hari aku dia supaya Allah terus murahkan rezeki Saif, moga dia dapat terus bf sampai 2 tahun. Aku pun harap aku dapat terus survive. Insya-Allah..


Saturday, December 28, 2013

Bila Aku Reset Minda

Banyak kali aku ulang baca post aku semalam. Terima kasih pada yang komen bagi semangat. Tapi apa yang aku tulis semalam tu dok terbayang2 kat otak aku. Kebetulan semalam aku letih gile, sangkut jem kat parking area punye pasal, balik umah aku terus collapse. Aku biar je papa Saif layan karenah Saif yang macam2 tu. Malas nak ambik port, kepala aku sengal.

Collapse2 pun, kepala yang sengal ni tetap tak boleh henti berfikir. Aku fikir macam2. Aku cuba 'reset' minda aku. Bunyi macam positif tapi serabut gak otak aku ni.

Lama fikir, baru aku sedar. Aku ni termasuk dalam golongan orang2 yang tak bersyukur. Macam mana nak bersyukur kalau aku asyik dok banding diri aku dengan orang yang nasibnya lagi baik daripada aku. Tak pulak aku nak banding diri aku dengan orang yang lagi susah dari aku.

Hidup orang lain lagi heaven daripada aku, apasal aku nak sakit hati plak kan. Orang tu nak balik keja lambat ke, orang tu nak ada bibik yang siap2 mandikan anak dia ke..apa nak kisah kan. Tu pilihan yang dia buat untuk mudahkan hidup dia. Aku..aku sendiri yang pilih tak nak ada bibik, pastu nak sakit hati sebab orang lain senang ada bibik. Alah..orang lain pun takde bibik, takde pun nak bising macam aku..Apa punye teruk aku ni kan.

Aku 'reset' minda aku lagi. Ikutkan..kalau pun aku kena balik lambat, aku still dapat tatap senyum manis anak aku setiap kali aku balik rumah (walau wajib melalak dulu kat pintu taska). Cer banding plak dengan orang yang balik lambat tapi tiada senyum manis yang menanti sebab masih belum dikurniakan rezeki anak ataupun anak da takde(al-fatihah). Tu pun aku nak sakit hati ke. Ape punye teruk aku ni kan.

Aku baru je kena balik lambat sejam dua pun da bising. Camne plak orang yang keja doktor kena stay on call 24 jam? Lagi kesian kan. Ish..ish..apasal aku tak ble fikir ek?

Aku mungkin kena outstation sampai seminggu. Baru 'MUNGKIN'. Tapi aku da paranoid macam2. Tu la masalah utama aku-paranoid. Orang lain keja pramugari kena fly 2 minggu direct pun takde merungut macam aku ni. Ape daa..

Aku jadik lemah satu je sebabnya-ANAK. Aku memang tak boleh dan tak pernah berpisah dengan Saif. Even aku nak tinggalkan dia kat taska pun aku da meleleh air mata apatah lagi kalau kena tinggal lama. Setakat ni selagi boleh seret ke mana pun aku akan tetap seret Saif. Biar aku bersusah payah asalkan aku tak susah hati.

Dulu masa kursus PPK, aku tebalkan muka mintak tolong kawan yang bawak bibik, mintak bibik dia jagakan anak aku sekali. Kesian bibik tu nak kena handle 2 baby. Hii.. Masa kursus CPCM plak, aku heret mak aku dok hotel sekali untuk jaga Saif sementara aku berkursus. Kali ni kalau lakiku tak dapat ikut, kira confirm la aku akan heret mak aku lagi. Hiii..

Aku tak kisah la orang nak judge aku ni demand ke, mengada2 ke..lantak la. Aku tak boleh halang orang daripada judge life orang lain. Sebab aku sendiri pun adakalanya terkhilaf 'ter'judge orang lain macam post aku semalam kan.
(-_-)

Aku beranikan diri tanya kat orang opis, "ehm..kalau meeting yang jauh2 lama tu boleh ke bawak family?"

"BOLEH. BOS PUN BAWAK FAMILY DIA JUGAK."

Serius aku lega sangat bila dengar jawapan tu. Aku mula nampak sisi-sisi positif keja aku ni. Tapi aku akan lagi lega kalau tak perlu pi meeting tu semua. Muahaha!

Sebelum ni aku selalu rasa aku ni supermom. Di saat kawan2 mengeluh macam2 perihal kerja dan family, aku takde plak nak mengeluh. Serius xpenah stress pun. Semua benda aku take it easy, positif je. Tapi sekarang ntah apasal aku ni makin lemah, da macam loser. Padahal aku baru je dok sini sebulan tapi macam2 aku dok judge. Entah2 kat sini ada 1001 perkara yang lebih baik, mana la tau kan.Ok..boleh tak aku nak salahkan hormon2 yang mengganggu emosi aku yang secara kebetulan muncul serentak bila aku start life baru kat sini. Hiii..tapi kamu baby yang baik sebab kurang buat mama muntah selalu. Kalau tak, confirm lagi stress.

Aku tak nak jadi loser, aku nak jadi supermom.


P/s: aku da delete post semalam yang sungguh negatif tu. Aku minta maaf kalau ada yang terasa.

Friday, December 27, 2013

Diskaun 15% Pembelian Tudung2U

Assalamualaikum dan haii...

Hari ni ada benda baeekkkk punye saya nak share!

Tudung2u la ni tengah buat promosi best punye untuk pembelian tudung. Macam-macam jenis tudung ada kat sini. Sebut je nak tudung jenis apa..bawal..halfmoon..shawl labuh ke..shawl biasa ke..semua ada. Harganya pulak memang sangatlahhhhhh berpatutannnn...

Setakat cakap je sape2 pun boleh gebang kan. Ok..meh kita layan sikit koleksi tudung yang ada kat Tudung2u ni haaa...

Shawl halfmoon

Shawl labuh..haaa..nak lilit banyak mana pun lilit laa..

Tudung bawal. Bawal Kelantan mariiii tauuu..

Tudung awning pun ada..

Kat atas ni hanyalah sikit koleksi produk tudung yang ada kat Tudung2u. So maii la terjah Tudung2u, beli tudung banyak2. Yang bestnya lagiiiiii....jeng..jeng...jeng...

Pembaca sayepunyebelog akan mendapat tambahan diskaun 15% dengan menggunakan voucher di bawah..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMU2013
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So sesiapa yang nak beli tudung di Tudung2U boleh guna kod voucher ni. Dapat 15% diskaun!! Harga lagi murah dari harga yang di tawarkan. Tawaran ni sah sebelum 31 Januari 2014. Jom cepat shopping!

Terjah TUDUNG2U sekarang!


Thursday, December 26, 2013

Borang Bantuan RM180 Untuk Taska

Sesiapa yang memenuhi terma dan syarat, silalah apply cepat-cepat sebelum 31 Disember ni. Setakat ni syarat utamanya penjawat awam dengan pendapatan isi rumah maksimum RM5000, umur anak tak lebih 4 tahun. Lain-lain syarat korang bacalah pekeliling tu ye.

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp382013.pdf

Aku tak layak. Cissss!!

Wednesday, December 18, 2013

Saif Tantrum

Minggu ni kiranya da masuk minggu ke-3 la kan Saif dok taska. Maknanya da masuk 3 minggu jugak la dia mengtantrumkan dirinya. Saif bukan jenis boy yang lasak ganas2 gitu. Saif ni jenis yang lembut n senyummmmm jeee..so bila tetiba tantrum tu rasa macam alahaiiii..anakku..nape ni sayang oiii...

Errr..mungkin jugak sebab nak dapat adik ni kan sebab tu perangai tantrum tu makin menjadi.

Saya takde la syak taska tu ada dera Saif ke apa ke. Memang dia menangis-nangis setiap kali dihantar dan dijemput balik. Tapi dalam pada menangis tu, bila saya suruh bye bye kat budak taska tu, ok je dia bye bye. Maknanya ok la tu kan. Kat rumah pun ok je main-main macam biasa, sengih-sengih macam biasa. Budak kalau trauma ke apa ke dia akan tukar watak biasa jadik pasif n asyik nangis. Saif ok, macam biasa. Pernah saya try sekodeng waktu tengahari tapi tak nampak pape sebab langsir tutup semua kan. Tapi suasana senyap je masa tu, takde plak suara Saif nangis (sebab budak taska tu kata Saif nangis dari pagi sampai petang). Pastu dengar plak owner taska tu dok berzikir menidokan budak, so saya rasa ok la tu kot. Naluri keibuan saya ni pun rasa Saif selamat dan ok di situ cuma dia sedih je tak dapat melekat dengan mamanya 24 jam.

Cuma entah la mungkin dia nak tunjuk protes sebab kena tinggal kat taska, makanya bila kat rumah selalu gak la tetiba je dia nak meleding-leding mengamuk. Tau meleding tu camne. Tu haaa..dia dongakkan kepala dia sampai melengkung badan. Kalau tak disambut memang berdentum terlentang ke lantai. Asal ada benda tak dapat je nak meleding. Penah sekali tu saya jemput dia balik. Dalam kereta biasala borak2 dengan dia. Biasanya dia akan sengih2 la. Tapi time tu Saif bolayan je, siap muka tu tengok luar tingkap keta, tak pandang mama pun. Muka masam. Merajuk!

Tak dapat bukak pintu bilik. Dia melalak2 siap menyelit celah-celah tu.

Pastu sejak peknen ni, susu makin kureng tapi Saif still df. Malam-malam buta kalau dia mengempeng tak dapat susu, tengah malam buta tu jugak la dia mengamuk. Cam malam tadi, pukul 3 pagi, dia mengamuk2. Ingatkan sebab dia tak jumpa nenen ke apa, tapi bila bagi dia mengamuk2 tolak siap merajuk pi penjuru katil telekup muka nangis. Alahaiii..jenuh mama papanya dok pujuk. Lama pujuk..baru la dia diam. Try offer nenen lagi, dia nak plak. Baru la tido semula. Mama papanya plak bijak bestari da tau kena ajar anak botol, tapi tak ready pape. Nak bancuh susu pun air panas pun takde. Nak masak air panas tang tu jugak lagi la mengamuk anak teruna tu karang. Seb baik la dia terima gak offer nenen tu walau ntah susu ada ke takde.

Pagi-pagi hantar dia ke taska, bila parking je depan taska tu, dia tau dah. Dia start da resah dan berbunyi ehekk..ehekk..Bila serah je kat budak taska terus waaaa...melalak tak ingat dunia sampai merah-merah muka. Mama ni keraskan hati je la, nak buat camne da terpaksa. Kalau la mama boleh jadi suri rumah, memang mama lagi rela dok umah hadap kamu 24 jam je sayang oiii...

1hb Jan 2014 nanti akan hantar Saif ke taska baru. Taska KPT. Hopefully Saif dapat la sesuaikan diri kat sana. Takmo tantrum lagi.


Tuesday, December 17, 2013

Selepas sebulan

Assalamualaikum dan haiiii...

Lama kan saya tak update blog. Bila lama tak update apekah ertinye? Ada 2 sebab je. Samada busy atau malas. Hehe..

So diam tak diam da sebulan saya berhijrah ke tempat baru memulakan penghidupan baru bersama papa Saif. Rutin harian automatik juga berubah. Ye la dulu uruskan diri sendiri ngan Saif je. La ni tambah plak papa Saif. 

2 minggu pertama hari tu best la sebab mak ada. Hari2 balik umah makanan da tersedia. Siap basuhkan baju n sidai lengkap pakej lipat semua. Memang terbaek! Hahaha..But then bila mak da balik, mulala rutin semua kena buat sendiri ye.

Mula2 ok je. Balik keja, masak..tu takde masalah. Semua keja no hal ble tanggung beres. Niat hati nak merajakan suami. 

Tapi start minggu lepas bila da start mabuk2...melepek je la kejanya. Actually kali ni rasa lagi kuat banding masa peknenkan Saif dulu, muntah2 setakat ni takde. Tapi badan dok berangin je, perut pun kembung bergelodak macam nak muntah tapi ble tahan lagi. Asal balik keja je, terus melepek. Energy totally out. Nak masak pun tak lalu sebab tak tahan bau minyak n menumis semua. Cuba jugak masak dengan bernafas guna mulut pastu saya sendiri gak yang mengah tak cukup napas.hahaha..

So terpaksa la meminta jasa baik papa Saif untuk bekerjasama buat kerja rumah bersama. Maknanya tak dapat la papa Saif fefeeling raja lagi ye. Mama nak iron baju keja sendiri pun tak lalu apatah lagi nak tolong ironkan baju papa. Semuanya sdn.bhd ye. Cuma bab basuh baju, sidai n lipat tu still tanggungjawab mama sepenuhnya. Papa surrender awal2. Takut tak menepati piawaian kononnya. Yela tu. Takpe la asalkan papa rela cuci pinggan mangkuk kuali periuk semua.

Bab masak je la ni jadi masalah..saya memang tak lalu nak makan, apatah lagi nak masak. Tapi takkan nak dibiar papa Saif tak makan jugak kan. Nak suh masak sendiri cam kesian bebenor. Da la sampai umah lmbat pastu nak kena masak plak. Hiii..serupa takde bini kat umah.

Cubalah..saya cuba masak petang ni..tapi xtau nak masak pe. Kalau makan cempedak goreng je as dinner, ok tak? Tu je yg lalu di tekak.hiiii...


Monday, December 16, 2013

Pam Spectra 3 dan Spectra M1 To Let Go [sticky post]

Assalamualaikum dan haii..

Dengan berat hatinya saya nak war-warkan di sini bahawa saya nak letgo pam kesayangan saya both Spectra 3 dan Spectra M1. Kedua-duanya terutamanya Spectra 3 sangat-sangat banyak membantu breastfeeding journey saya selama lebih setahun ini. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan saya nak letgo kedua-dua pam ni.

Spectra 3-sangat best. Sangat berjasa. Usia da lebih setahun. Saya da pernah servis sekali so conditionnya Insya-Allah still tip top. Tapi sayangnya sejak pindah ke Putrajaya, saya tak dapat port yang sesuai untuk pam sebab Spectra 3 kan pakai elektrik. Boleh plak surau kat opis saya ni takde plug point. Arghh..seminggu saya tak mengepam tauuu..tengahari je balik rumah df Saif terus. Makanya saya beli Spectra M1 yang ada rechargable battery. Da ada pam baru, so nak letgo la pam lama.

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Aksesori semua pun still baru sebab tukar semua sekali masa servis hari tu. Kotak pun still ada. Tu storage bottle hanya sebagai contoh je.

 
Saya siap tambah filter to prevent backflow

Harga beli : RM388 (double pump) + filter RM15
Harga letgo : RM200 + free 5 storage bottle BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage 
update : SOLD to zai

Spectra M1-pam keluaran baru yang sangat best jugak terutamanya sebab function rechargable battery tu. Lagi pam ni ringan sangat. Baru 500gm je berat dia. Saiz dia lagi kecik dari smartphone. Saingan terkini kepada FS. Nak beli FS tak mampu la kan ribu riban so beli la Spectra M1 ni. Function tambahan yang best adalah dia ada massage mode. So sebelum pam tu, massage2 dulu untuk stimulate susu. Pastu ble tukar la pada suction mode untuk pam susu macam biasa. Ada 5 level boleh adjust. Memang best. Lagi dia da siap2 ada filter to prevent backflow so lebih hygiene di situ. Tapi sayangnya saya terpaksa juga letgo pam ni. Sebabnya sehari selepas saya beli pam ni, saya positif pregnant 2nd. Automatic susu merudum dasyat so saya buat keputusan untuk stop pam di opis. Tapi saya akan teruskan bf Saif di rumah-InsyaAllah. Saya guna pam ni baru 4 kali je. Ikutkan boleh je kalau saya nak simpan je pam ni sampai bersalin tahun depan tapi masa tu nanti warranty da tak laku plak. So sementara usianya baru seminggu jagung ni, baik saya letgo sementara warranty masih fresh.hehe..

Aksesori semua lengkap untuk double pump. Kotak pun still ada tapi tak masuk dalam gambar. Sangat-sangat baru. Baru minggu lepas beli ni.

Perbandingan antara motor pam Spectra M1 dan Lenovo saya. Comey je kan?

Harga beli : RM480
Harga letgo : RM470 + free 5 botol BumbleBee (baru punya tak pernah guna) + free postage
Update: SOLD

Nak tau lagi lanjut tentang Spectra M1 boleh tengok video ni

Sesiapa yang berminat, boleh e-mail saya ye : didie_kawaii@yahoo.com 

Tuesday, December 3, 2013

Saif Kat Taska

Assalamualaikum dan haii..

Tadi baca Rara post pasal princess 2nd day kat taska, saya pun nak post gak la.hehe..

Sebelum tu, nak cerita dulu pasal hari pertama. Semalam tak sempat nak citer (da mula busy kononnya..). Semalam mula-mula hantar Saif, dia senyap je. Budak taska tu ambik dia pun dia senyap je, masih blur lagi kot tambah mamai baru bangun tido. Tapi bila dia da dibawak masuk, saya pulak bye bye dari pintu, mulalah dia melalak. Waaa..mama tak sanggup dengar lama-lama. Kiss kiss kejap pastu mama cepat-cepat blah. Hati mama memang tisu..

Tengahari tu call taska, owner tu kata Saif nangis. Tapi bila bukak cd Upin Ipin dia senyap gelak-gelak. Pastu bila cd da abes, suasana jadik senyap, dia teringat mama dia, dia nangis lagi. Kejap-kejap senyap, kejap-kejap teringat mama nangis lagi. Lepas je end call dengan taska, terus berderai-derai air mata mama Saif ni. Mesti budak sebelah meja ni pelik tengok tetiba nangis. Hiii..

Menjelang petang, rasa tak sabar sangat nak ambik dia. Agak-agak nangis lagi tak ek. Masa sampai, dia tengah senyap dalam rumah. Bila nampak je mama, terus dia bangun jerit "Maaaa!!" Waaa..sungguh touching perasaan itu. Masa ambik tu, dia macam dedar nak demam. Agaknya stress sangat kena tinggal sampaikan nak demam kot. Hii..tapi bila balik rumah terus hilang dedar, bukan main ceria main itu ini.

So hari ni hari kedua hantar Saif ke taska. Hopefully better than yesterday la. Masa dalam kereta dia dok behave lagi. Tak tau lagi nak kena hantar taska lagi kot. Sampai taska, dukung dia..masa nak serah kat budak taska tu..Saif da mula melalak. Siap peluk saya kuat-kuat lagi tak nak lepas. Cam kelako pun ada sebab dia peluk guna tangan dan kaki kuat-kuat. Tapi budak tu ambik jugak dia, dia melalak. Budak tu cepat-cepat bawak masuk dalam, buka cd kartun, terus senyap. Hiii..

Budak anak owner tu kata Saif minum susu ok, habis dia minum. Waaahh..sungguh surprise. Macam tak caya je, siap kata tak cukup lagi. Maybe ye jugak kot sebab maybe dia tengok semua budak minum botol so dia pun minum la jugak. But budak tu kata Saif macam susah nak minum susu. Dia banyak gigit2 puting botol tu. Maybe sebab puting botol keras dan lubang kecik, susu susah keluar. Yang saya guna tu brand Pureen ngan Spectra. Saiz M. Saya pun baru tersedar, maybe tu puncanya selama ni dia kureng minum susu. Dia susah nak minum, dia jadik malas nak minum. So budak tu cadangkan tukar puting yang lagi lembut n lubang besar.

Celah mana kat putrajaya ni nak cari puting botol anak pulak eh..jawabnya tengahari nanti keluar merayap lagi la jawabnya cari puting botol anak. Korang ada cadangan tak puting brand apa yang sesuai yang lembut?


Friday, November 29, 2013

Mommycha 1st GA

Akhirnya sempat gak menyelitkan diri buat entri sempena 1st GA Mommycha ni. Cuak weiii da nak tarikh tutuppp... Seb baik sempat. Maka inilah gambar yang kupertaruhkan. Fuuhhh..fuuhhh..jampi sikit bagi menang.

Mama dan Saif main air sungai. Inilah detiknya di mana Lenovoku terendam sama dalam air sungai..hiiii..
Jom lah berjemaah join GA ni.Camno nak join GA ni? Ni dia cara2nya :
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu. -done
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. -done
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing. -done
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.-done
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. -done
  • SATU gambar sahaja, okeh? -done
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha! -done
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini. -done
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)
Ok..tu je. byeee...


Tuesday, November 26, 2013

Tragedi Lenovo di Air Terjun

Assalamualaikum dan haii..

Sebenarnya hari ni plan nak cerita menda lain tapi sebab memorycard kamera M.I.A, so cerita yang lain la. Nak cerita pasal hp lenovo kesayangan yang cik abang hadiahkan tu.



Saya bukan nak cerita pasal dia punya spesifikasi bla..bla..whatsoever tapi nak share tentang kehebatan lenovo ni. Hebat tang ape? Meh nak citer..

9 November 2013..saya join kawan2 berpiknik anak-beranak. Actually salah sorang geng kami iaitu Ayu nak celebrate besday anak bujangnya. Celebrate sesama geng je. Ada la 6 orang geng kami, masing-masing bawak anak sendiri tanpa suami.kehkeh..Nak buat camne suami masing2 busy.Hanya penganjur program je bawak encik suaminya.Oh ye piknik ni buat kat Air Terjun Chamang kat Bentong. Ni 2nd time la pi sini, 1st time pi dulu zaman semua masih anak dara lagi.hehe..

Sebelum pi piknik, papa Saif pesan "Tak payah mandi. Saif baru baik demam."

Orait bos. Memang tak plan nak mandi pun, malas nak sejuk2 basah mandi air terjun.

Tapi...bila da sampai sana..mula la menggeletik tengok air sungai. Port kami pilih tu memang cantek la, air pun cetek je sesuai la kalau nak bawak anak2 main2 air kat situ. Lepas makan, sorang demi sorang mula mencecah air.

Saif? Saya letak dia berkaki ayam atas pasir pun dia menangis geli ko tauu.. first time pijak pasir kekdahnya. Mengengada!

Pastu saya dukung je la Saif duduk kat batu. Kat batu tu ada la macam air mata air yang kuar. Saya intro air sungai yang sejuk tu kat Saif. Menggeletik dia tak nak. Eii..memang mengada2. Pastu saya letak dia berdiri kat pasir sungai tu, membiarkan air tu lalu atas kaki dia. Alaa..paras buku lali je pun. Lama-lama dia ok.

Bila dia da ok dapat sesuaikan diri dengan air sungai tu, mula la saya gedik nak bagi dia air yang dalam sikit. Saya bawak dia ke batu tepi sungai. Situ air dalam sikit la, alaaa...dalam paras lutut Saif je kot. So saya pun dok atas batu tu, rendamkan separuh kaki saya dalam air sambil riba Saif. Separuh kaki Saif pun dalam air la. Saif diam je sengih-sengih, muka macam cuak.

Tengah dok main renjis-renjis air ngan bebudak ni..tetiba saya teringat sesuatu. Jantung rasa cam nak terhenti. Tau kenapa? Sebab hp saya dalam poket seluar dan bahagian seluar semua da terendam dalam air. Rasanya da dalam 10 minit berendam kaki kot.

Dengan muka cuak, saya kuarkan hp. Sah! Basah habis! Wahhhh..my lenovo!!!

Terus bukak casing, bateri semua n jemur atas batu. Saya pura-pura tenang..rilex...rilex...padahal dalam hati mampuih aku nak menjawab ngan papa Saif ni.

Dalam sejam menjemur, bila check tengok masih ada sisa-sisa air dalam hp. Rasa cam nak nangis je. Tak berani nak onkan, takut short keee..

Balik tu, pinjam  hairdryer ngan salah sorang geng, si Ika. Kat rumah dia jugak, terus ku hanginkan hp tu. Tapi masih jugak berwap. Waaaa!!!

Balik rumah, ku sambung lagi mengeringkan hp tu. Tak cukup gitu, jemur lagi kat tengah panas. Tengok masih ada wap sikit2 kat tepi hp tu. Saya cuba onkan hp. Boleh on, gambar semua keluar tapi kesan tompokan air jelas kelihatan kat skrin. Waaa!!

Saya bawak pi kedai repair hp, dia tak terima. Katanya tak boleh simply keringkan gitu je. Plak! Orang kedai tu suruh hantar ke kedai Lenovo sendiri. Aahhh..mana nak cari kedai Lenovo plak kat Karak ni. Sudahnya pasrah bawak balik hp dengan hati kecewa.

Bila papa Saif balik, dengan muka cuak bagitau "Abang...hp masuk air..."

Respons papa Saif?

"Haaa..tu la. Tak dengar cakap abang. Abang da kata, jangan mandi. Jangan mandi. Ayang degil mandi jugakk..kan da kena. Derhaka lagi..Dah. Ni last abang belikan hp. Pasni jangan harap abang nak belikan lagi."

Waaahhh..giler kau tak menangis dengar laki cakap macam tu. Waahhh..mana ada mandi. Orang main rendam kaki je laaaaaa...tak tipuuuu...

Dengan hati yang sedih, saya simpan hp tu. Terpaksa la pakai hp lama Nokia yang ada ringtone bunyi katak krookk krookk tuuu..

Saya ingatkan hp tu da tak ble diselamatkan lagi.

Sehinggalah bila da pindah, saya cuba on semula hp tu. Eh, hidup lagi. Berdebar tunggu skrin utama muncul. Bila skrin da kuar...wahhh...da elok da..clear semua da takde wap air ke tompokan air ke semua da takde. Dan semuanya pun berfungsi dengan baik macam sediakala. Gile hebat! Hp da terendam dalam air pun boleh hidup lagi. Cayalah!

Hati lega..at least hilang la rasa bersalah saya kat papa Saif. Lenovo memang hebat!


Misi Mencari Taska

Assalamualaikum dan haii..

Saya mengupdate blog lagi..bila saya mengupdate blog maknanya saya sedang kebosanan tahap gaban..hoho..bosan hoho..rasa macam diri ini tidak wujud (eh..macam iklan Wrigley's peppermint plak).

Fine..takpe..takpe..

Ok, meh saya nak citer sket pasal misi mencari taska untuk Saif. Hari pertama lapor diri tu saya da terus ambil cuti 2 hari kononnya nak mencari taska Saif la ni.

Hari pertama tu saya meronda ngan mak, tak banyak tempat saya ronda. Juz area presint 11 je. Actually saya da google dulu taska2 yang ada kat putrajaya ni so just tuju je la. Taska presint 11 yang saya jumpa adalah Taska Wadi Yusma. Taska ni tak banyak la parent yang review. Saya dapat tau pasal taska ni pun sebab ada seorang blogger yang hantar anak dia ke sini. Tapi masa saya lalu depan taska tu, kebetulan ada polis tengah singgah taska tu. Was-was plak nak singgah. So terus blah..kuikui..

Kemudia saya pi ke taska KPM dengan harapan kot la hantar taska under kementerian ni boleh dapat murah la kan. Tapi penuhhhh..sempat la jugak saya meround dalam taska tu, cantik dan besar. Setiap range umur ada bilik sendiri. Masa saya datang tu, semua budak tengah bergelimpangan tido..huhu..kagumsss..macam mana la diorang boleh latih budak2 ni tidur serentak. Oleh kerana situ penuh, saya pun keluar je la. Tp isi juga borang, kot-kot ada kekosongan ke nanti diorang akan pangggil.

So 2 taska tu je la yang saya roung.kuikui..area Presint 11 tu banyak tadika je,taska kurang sket. Kalau ada pun, awal2 saya da call penuh.

Malam tu saya dok pujuk2 papa Saif supaya ambik cuti esok gak sebab nak cari taska sama-sama. Bukan pe, bila cari sama2, pendapat pun boleh dipertimbangkan sama2. So papa Saif pun dengan hati yang tak berapa nak rela terpaksa la ambik cuti. kuikuiii..

So hari kedua tu kami meronda area Presint 9 plak. Hajatnya nak cari yang dekat dengan area rumah la ofkosnye. Eh lupa jap. Pagi tu kami singgah dulu Taska Wadi Yusma Presint 11 yang saya tak jadi singgah semalam tu. Anak owner yang layan pertanyaan kitorang. Rasa cam kureng plak bila dia kata taska tu just jaga budak je. Takde belajar-belajar. Paling-paling pun diorang just bukak vcd learning song je. Ada kekosongan kalau nak masuk segera. Dan kelebihan lagi taska ni dekat sangat dengan rumah, tak sampai 5 minit pun. Tapi hati saya macam ehmm..macam ehmm..takpelah,kita survey yang lain dulu. Oh ye, yurannya RM320.

Presint 9 memang banyaakkkkk sangat taska. Rasanya setiap lorong yang kitorang masuk tu ada taska. Tapi tak semua la kitorang singgah. Terus aim taska yang da ada dalam list hasil google.

Taska pertama yang kami jumpa di Presint 9 adalah Taska Generasi Gemilang.
First impression bila sampai je taska ni, saya terus suka! Sebabnya teachernya semua pakai baju seragam. Pastu bila ada parent datang hantar anak, teacher akan ambil dukung bawa masuk sorang demi sorang budak. Sempat saya memgintai ke dalam taska, budak2 tengah berkumpul mungkin nak buat aktiviti. Pada masa sama ada orang yang sedang mop lantai, means kebersihan diutamakan. Extra marks di situ! Tapi sayangnya taska tu da penuh untuk kemasukan segera ni. Tapi untuk kemasukan tahun depan da dibuka tapi kena tanya la kat ownernya dulu.

So kami pun pi jumpa ownernya. Ownernya dok jaga Tadika Generasi Inpirasi kat Kompleks Kejiranan Presint 9. Baik orangnya. Untuk kemasukan tahun depan ada kekosongan. Tapi yuran sudah naik maaa!!Sebelum tu kami tanya yuran adalah RM270. Tapi mulai tahun hadapan yuran da naik ke RM350. Gulp!Banyaknya naik! Kalau setuju, terus bayar yuran bulanan+deposit 1 bulan+yuran tahunan RM150. Total RM850. Ehm..memandangkan duit banyak da abes time pindah hari tu..maka dengan berat hati terpaksa la K.I.V dulu taska tu. Tapi hati dok teringat jeeee..kuikui..

So kami teruskan rondaan kami...

Cari pulak Taska Sinaran. Actually saya da call dulu owner Taska Sinaran tu, dia suruh datang lepas pukul 5 tapi saya serbu jugak datang. Hehehe..bila sampai je, teachernya kuar. Takde rupa teacher. Macam rupa bibik dengan baju lusuh dan rambut kusut masai. Terus ada bad impression di situ..kuikui..Dia tak bagi masuk dalam, takpelah. saya pun macam tak minat. Tanya yuran. RM350 jugak! Oh my taska! Semua pakat naik harga jugak ke.

Round lagiiiiii...

Jumpa plak Taska Bijak Cerdik. Ada banyak review yang bagus la tentang taska ni. Masa saya datang jenguk pun, teachernya tengah buat aktiviti dengan budak-budak kat luar. Comel je. Tengok-tengok eh macam kenal je sorang budak kat situ. Anak kawan saya rupanya! Syok la kalau Saif pun dapat taska situ jugak. Tapi bila call owner, katanya da penuh.Even untuk kemasukan tahun depan pun da penuh. Maybe sebab taska ni murah sket yurannya-RM300. Tu pasal semua orang berpusu2 daftar taska ni. Sayang sangatttt..

Lagii ada satu lagi taska yang kami jumpa. Taska Gemilang kalau tak silap. Masa saya sampai tu macam terdengar teachernya tengah menjerit suruh bebudak senyap. Terus rasa macam..eh ko da kenapa nak jerit2 kat budak (padahal Saif pun selalu kena jerit ngan mama..ngehehe). Teacher yang kuar senyum je. Sempat saya jeling ke dalam tengok budak2 tengah duduk beratur dengan jari kat mulut tanda silent. Saya tak tanya banyak, juz tanya yuran je. Yang ni lagi mahal RM400. Saya pura2 berminat mintak borang then terus blah..kuikui..

Ada taska yang besar-Taska Alam Ria. Taska ni bangunan dia sebijik cam banglo warna warni gitu, ada gate n cctv. Suka! Tapi harganya pun alahaiii..based on yang saya google yurannya la ni RM420. Tahun depan tak tau la naik harga ke dak..confirm la naik seiring semua barang pun harga naik kann..

Ada banyak lagi taska sebenarnya tapi kami tak singgah semua. Lagipun kebetulan masa tu papa Saif nak cepat ada urusan lain tengahari tu. Even ada banyak taska, tapi tak nak la sebab terdesak so main taruk je anak kat tempat sembarangan kan.

So korang rasa taska mana jadi pilihan saya?

Saya masih belum buat pilihan hari tu.

Hari ketiga kan saya da start kerja semula. Lunch hour tu saya singgah sekali lagi ke Taska Wadi Yusma. Kali ni saya masuk dalam taska, tengok keadaan dalam rumah tu macam mana. Actually taska ni rumah 2 tingkat lot tepi. Hanya bahagian tingkat bawah saja diorang tempatkan budak2. Masa saya datang tu, budak2 semua tengah tido bergelimpangan tengah rumah. Diorang bentang toto banyak2 semua budak tido ramai2. Situasinya lebih kurang je macam taska KPM tu cuma taska KPM dalam bilik. Ni semua kat living hall je. So rasanya situ la tempat tido, situ la tempat main, situ la tempat makan..tapi kat situ ada 4 orang yang jaga. 4 penjaga dengan 20 budak rasanya ok kot. Banding ngan taska-taska lain, seorang teacher-10 budak. So ada 3 teacher-30 budak. Lagi pack kan. Actually based on apa yang diberitahu, piawaian JKM memang macam tu. 1 teacher-maximum 10 budak bagi umur 1-2 tahun (kalau tak silap). Kalau bawah setahun 1 teacher-maximum 5 budak je. So tak boleh la nak expect teacher nak bagi fokus kat anak kita sorang je bukannya macam pengasuh di rumah.

Setelah borak-borak ngan owner Taska Wadi Yusma tu, terus saya setuju hantar Saif ke situ. Tapi test hantar sebulan dulu. Kalau serasi boleh teruskan. Kalau kureng, saya akan tukarkan ke taska lain. Owner tu pun kata biasanya kalau dalam tempoh sebulan, budak tak serasi taska tu, memang dia akan suggest cari taska lain. Ok la tu, maknanya takdelah dia ni nak memaksa dok ngan taska dia je kan. Dia tetap nak jaga kepentingan budak lain expecially yang baby. Paling kecik kat situ ada baby 3 bulan.

So, bulan 12 nanti la baru saya start hantar Saif. Buat masa sekarang, neneknya jaga. Lunch hour je saya akan balik df Saif (nanti saya cerita masalah saya nak mengepam kat opis baru ni..sobsss). Ok, bye..


Friday, November 22, 2013

Kad Staf Baru

Baru je pagi tadi cerita pasal kad pelawat, petang ni saya da dapat saya punye official staff card. Dengan poyonye terus test kat pintu depan, mana la tau kot tak berfungsi kan ble komplen awal2. Kehkehh..Ok, da test. Berfungsi dengan baik. Minggu depan ble la thumbprint lebih awal. Hehehe..ok, nak balik da ni. Bye.

Macam comeyyy jee..macam comeyyy jee..ngeeee..

Tempat Kerja Baru

Assalamualaikum dan haii..

Amboiii..semuanya pun serba serbi baru. Ngehehe..rasa cam poyo plak. Padahal still bawah jabatan yang sama cuma kononnya ke HQ la.

Da masuk hari ke..ehm..berapa ek..ikutkan hari ke-5 tapi sebab awal-awal hari tu apply cuti 2 hari so maknanya hari ketiga la ni. Da masuk hari ketiga da confident pergi kerja tanpa menggunakan waze. Dekat dan senang je jalannya, cuma tak berapa confident sebab saya ni spesis buta arah. Hiii..actually semalam pun balik rumah da tak guna waze. Lancar je perjalanan setakat ni. Tambahan pulak sekarang ni kan da start cuti sekolah so maybe sebab tu kurang sket la tahap kesesakannya tu. Setakat ni pi balik kerja dalam 10-15 minit da ble sampai.

Kad staf masih belum dapat so sehingga hari ini masih menggunakan pas pelawat untuk masuk ke opis. Setiap pagi kena tulis nama dulu, ambik pas baru naik atas. Pastu kalau belum pukul 8, kad pelawat ni tak boleh touch lagi, tak valid. So dok la melangok tunggu staf lain sampai, baru la saya menyelit sama masuk. Macam pagi tadi, da sampai awal tapi sebab melangok tunggu orang nasib baik sempat thumbprint da pukul 7.59 masa tu.

Nak kuar pi toilet pun kena touch kad ni dulu.. (*_*)

Sebenarnya perkara ni bukanlah perkara baru bagi saya. Masa still kat kolej dulu pun, ada la beberapa kali pi ke JPKK ni so da tau da sistem keluar masuk dia macam mana. So no big deal la. Tapi macam saya ni entah apa kebenda ntah da berapa kali terlupa bawak wallet ke opis, so dokumen pengenalan diri semua takde. Hampes. Mak guard tu pun da tau da. Dia bagi je pass tu kat saya. Tapi ada la kena tulis maklumat diri sket. 

So far, sepanjang 3 hari ni..apa yang saya boleh katakan adalah..ehmm..macam..ehm..a little bit boring. Amboihhh..berani ko nak judge boring ye. Karang kalau da sibuk tak cukup kaki tangan pandai dok komplen plak. Hiii..Maybe sebab akak yang saya nak kena ganti tempat dia tu kuar kursus so saya masih takde kerja la yang nak diberi. Kalau tak, takkan la saya ada masa nak update blog berjela gini kan. Kehkehkeh..takpelah, bersenang lenang buat masa sekarang sebelum kesempitan masa di masa akan datang. 

Actually saya memang da maklum, bila keja di sini, kebanyakan orang memang takkan ada di opis sebab semuanya kena keluar atas urusan kerja. Kebanyakannya kena ke kolej-kolej untuk buat bengkel, seminar, taklimat and whateva la. Gulpp! Saya tak kisah sebenarnya keluar2 ni, cuma as long as saya dapat ambik Saif on time (bila da hantar ke taska nanti), it's ok. Ada sorang akak ni kata, nanti merasa la pi Sabah Sarawak, program kat sana. Gulpp lagi! Celah mana boleh ke saya bawak Saif nanti. Takpe..takmo fikir tang tu lagi..chillax duluuu..

Sepatutnya ada sorang lagi yang lapor diri sama ngan saya, tapi dia tangguh 2 minggu. Maybe bulan 12 nanti la baru saya dapat jumpa dia. Hope boleh jadik geng. (^_^) Setakat ni saya tak pernah kuar makan ngan sape2 lagi kat sini. Diorang ada ajak, tapi saya terpaksa tolak dengan muka manis sebab memanjang la saya ni lupa bawak dompet!!Grr..

Oh ye..PC takdok lagi so setiap hari merengkek bawak laptop. Seb baik la ultrabook so ringan sikit la. Sebab dok angkut beg laptop je n tak bawak handbag tu pasal asyik tertinggal je hp la, dompet la. Pagi tadi da turun lif ke bawah teringat hp tertinggal, da nak kena naik atas semula ambik hp. Tapi line kat sini kureng la. Banyak sms saya orang tak dapat dan orang sms saya, saya tak dapat. Grr..Tapi ok la since ada wifi kat sini, mana yg ble wasap, wasap je. Tak pun pm kat FB je. 

Hadap laptop sambil pekena OldTown White Coffee..amboihh senang lenang goyang kaki ko ye..

Ok la..banyak plak ceritanya ni padahal bukan ada kerja pun. Kehkeh..ok, nanti sambung cerita benda baru yang lain pulak.


Thursday, November 21, 2013

Rumah Baru

Assalamualaikum dan haii..

Rumah sewa baru sebenarnya. Alhamdulillah..17/11/2013 bersamaan hari Ahad adalah tarikh bermakna bagi kami berhijrah dari Karak ke Putrajaya. Sepatutnya nak gerak hari Sabtu tapi sebab lori problem, last minit tukar lori lain so tu yang membawa ke hari Ahad plak.


Berpindah bukanlah proses yang mudah. Bermula dengan proses packing barang seorang diri ditemani Saif. Tapi saya lagi prefer packing sendiri sebab saya akan tau barang ni dalam kotak ni, barang tu dalam kotak tu. Kalau ramai2 yang campur tangan, confirm pening nak cari semula.

Ni pun ada jugak barang yang saya tak jumpa sebab last minit hari Jumaat mak datang, mak repacking balik benda2 yang saya da pack. Mak da ada banyak pengalaman berpindah sana sini so dia lebih tau, so redha je la bila dia dok suruh susun semula. Cara saya susun ikut kategori tempat asal barang tu, tapi cara mak adalah ok..sumbat semua dalam kotak, selagi ada ruang, lapis2kan.. sumbat2kan..

Fine..

Oh ye..actually proses nak dapatkan rumah sewa ni pun tak mudah. Seminggu sebelum tu kami da merayau ke Putrajaya cari rumah. Alhamdulillah, hasil provokasi papa Saif, kami dapat rumah ground floor kat apartment Putra Damai, Presint 11. Da elok sangat la tu sebab dekat jugak nak pi keja. Even sewanya mencekik dengan harga RM800, kami terima je sebab da terdesak kan. Terus kami bank in deposit 2+1+api air RM200. Korek la segala savings yang ada.

Cabaran bermula bila hari keesokannya tuan rumah kata nak jual rumah tu pulak! Padahal kami da bayar deposit nak sewa dah! Terbakar..memang saya terbakar..mana pulak nak cari rumah sewa lain pulak. But then tuan rumah kata dia ada satu lagi rumah kat tingkat 9. Saya macam..ehmm..tingkat 9..ehm..macam leceh je tingkat tinggi2 ni, jenuh pindah nak angkut barang ni. Tapi kami terima jugak la, da terdesak kan.

Mula-mula tuan rumah tu si suami kata sewa rumah tingkat atas RM750. OK la murah sikit dari yang bawah tu. Tapi tetiba datang bini dia kata RM800. Siap kata "Kalau awak tak nak, ada je orang nak sewa RM1000 rumah ni. Baik saya sewakan kat orang tu je."

Perghhh..kerekkkk gile mokcik ni. Takpe..takpe..ko kerek la ngan aku sekarang. Aku doakan orang yang konon nak beli rumah ko kat bawah tu loannya tak lulus! Padan muka!

So terpaksa jugak la sewa rumah tingkat 9 tu dengan harga RM800. Actually urusan sewa menyewa ni semua papa Saif uruskan, saya tak tengok pun rumah tu semua. So Ahad tu bila sampai rumah tu, masuk dalam je..saya macam..ehm..macam..macam tak best je..macam tak best je..

Ni bukan masalah tak bersyukur. Saya bersyukur Allah bagi rezeki kami ada rumah untuk berteduh. Tapi dengan conditionnya yang alahaiiii..kenapa la tuan rumah ni teruk sangat?

Dapur kecik satu hal. Tengok kat sinki ada kuali n pinggan mangkuk yang ehm..tak tau la berapa tahun punye tak basuh. Nak muntah tengok. Mak mentua saya yang datang sama tu yang tolong angkut letak luar, then bersihkan sinki. Pastu paip dapur plak macam nak pecah dengan air kuar meleleh sampai basah dapur.

Tengok pulak toilet..ehm..bersih lagi tandas student kat kolej dulu. Saye pelik..tuan rumah kata rumah ni dia jadikan homestay sebelum ni. Homestay supposely kena sentiasa bersih kan? Pastu katanya dia ada upah bibik bersihkan. Betul ke bibik tu bersihkan? Macam tak berus bertahun-tahun je.

Saya ni ada jugak rumah sendiri yang disewakan kat orang. Tapi sebelum disewakan memang kami make sure condition rumah ok, apa yang rosak semua dibaiki sebelum penyewa masuk. Siap cat baru lagi. Ni rumah ni, apa jenis tuan rumah la tak ambil berat langsung pasal rumah. Nampak sangat nak untung je.

Mak saya la tak berhenti membebel. Dok ulang kata "Keciknye rumahhhh..ni bukan rumah harga rm800, patutnya RM250 jeeee.." Dok ulang-ulang "Eiii..mak tak berkenan la toilet dia tu..eiii..tak berkenan langsung.."

Saya ni yang da terdesak dan terpaksa ni buat-buat pekak je. Alaa..saya bukannya tak pernah dok rumah kecik. Masa belajar dulu, penah je menyewa bilik kat rumah kedai atas.

Mak mentua plak bisik kat saya "Mak ko tu tak biasa dok rumah kecik, sebab tu dia bising. Macam mak ni da penah dok rumah kecik, so ok lagi. Tapi la ni kalau diberi rumah gini dengan sewa RM800 pun mak tak nak..tapi terima je laaa.."

Saya senyum je.

Ikutkan dulu-dulu masa abah still kerja, rumah pegawai pun takdelah besar sangat. Biasa-biasa je tapi selesa. Dan lagi pulak bila da pencen, dok rumah yang dibuat sendiri, rumah mak abah memang humang aihhh besar sampai kalau dari living hall nak pi toilet kat belakang boleh singgah jap minum air kat dapur sebab jauh.ngehehe..kalau nak dibuat perbandingan, saiz rumah sewa saya sekarang ni adalah lebih kurang saiz living hall rumah mak. So, ble faham la kenapa mak dok bebel je tak sudah.

Rumah sewa saya kat Karak sebelum ni pun besar. Rumah teres kata kau mana nak banding ngan apartment kan. Rumah dulu saiznya lebih 1400sqft dengan sewa RM400, tapi rumah la ni saiz 800sqft dengan sewa RM800 memang la jauhhhh bezanyaaaa...

Disebabkan dari rumah besar pindah ke rumah kecik, barang-barang saya pun saya da tahap tak tau nak susun macam mana da. Kotak-kotak barang yang macam tak berapa nak guna, semua saya sumbat dalam satu bilik umpama jadi stor. Perabot saya kan banyak, xtau da nak susun camne. Mak saya pun bebel "Tu laaa..asyik la beli barang IKEA je pastu da tak tau nak letak mana da kan.."

Yee..mana la nak tau akan pindah ke rumah kecik gini. Dan sehingga entri ni ditulis, kain baju semua still dalam beg, tak susun lagi dalam almari. Takde mood lagi..hehe..

Harapan saya moga cepat-cepat la dapat kuarters. Kalau tak dapat teres, dapat apartment pun saya tak kisah yang penting selesa. Sekarnag ni saya hanya mampu set dalam otak "Syukur..syukurr aku dapat rumah yang dekat dengan tempat kerja."

Mak pun dok ulang kata "Cepat la ko dapat kuarters. Mak rela datang tolong ko pindah lagi."

Punyalah mak tak berkenan dengan rumah tu kan. Hehehe..

Syurga kami kini..ni je la yang sempat kemas..yang lain-lain still karammmm..

Wednesday, November 20, 2013

Nafas Baru

Assalamualaikum dan haii..

Fuuhhh..tarik nafasss...

Rasa cam baru boleh nak bernafas sekarang. Seminggu yang sudah sibuk dengan urusan berkemas dan pindah. Seminggu ni plak sibuk dengan urusan di tempat kerja baru sambil sibuk mencari taska untuk Saif.

Macam-macam saya nak cerita. Pasal rumah sewa, pasal ke hulu hilir mencari taska, pasal permohonan kuarters, tempat kerja baru dan tentunya tentang life baru setelah tidak berPJJ lagi. Alhamdulillah..

Ok, tu je la buat masa sekarang. Nanti saya cerita yeee..Byeeee...

Friday, November 15, 2013

Hari Terakhir Di Kolej

Last but not least. Ini yang saya selalu sebut. Tak suka sebut ni last..ni last..jadi last selama-lamanya baru tau. Paham tak yang saya maksudkan ni?

Barang2 opis semua da angkut semalam. Saya panggil 5 orang je student untuk tolong angkat barang, satu kelas semua datang. Owhh dear..ada jugak yang berdrama air mata tapi saya masih control macho hokeyy..hari ni tinggal satu kotak je lagi nak angkut.

4 tahun membina kenangan di Karak nan korok ni memang macam-macam yang da dilalui. Actually not bad sangat laaa..at least still dekat dengan KL, anytime boleh turun KL lagi. Tapi kalau nak berulang alik setiap hari tu memang tidak la, parah. Mujur akhirnya doa saya dimakbulkan. Dapat juga kami tiga beranak tinggal bersama.

Tempat kerja saya-Kolej Komuniti Bentong pun not bad ape. Saya suka keja sini. Saya boleh buat kerja multimedia yang saya suka. Cuma bila datang segedebuk macam2 program serentak, mula la nak stress. Tapi tu mana-mana tempat pun akan lalui kan, bukan saya sorang je alami macam tu. Kawan-kawan kat sini pun semuanya supportive. Even ko tak geng dengan orang tu pun, tapi bila tiba masa nak kena run program, semua akan bagi komitmen sepenuhnya. Memang terbaekk!!Saya akan sentiasa rindu kamu semua..

Paling best tempat kerja dekat dengan rumah. 5 minit je kot. Boleh drive kereta dengan aman damai pi kerja. Lepas thumbprint boleh sempat lagi makan kat luar. Ehmm..saya mesti akan rindu roti sardin kedai Kak Tini dan soto+bergedil dua kat kedai Sabri.

Banyak lagi urusan tak setel lagi. Astro tak cabut lagi. Pastu nak kena pi bank nak mintak surat akuan. Nak update buku bank jugak. Nak setelkan urusan KWSP. Pastu nak jemput mak kat Temerloh plak. Dont worry, saya da isi borang pelepasan waktu kerja ye untuk setelkan semua ni. Hehehe..

Ok lah..till then, saya akan rindu semuanya yang ada di sini..panjang umur InsyaAllah jumpa lagi..


Thursday, November 14, 2013

Mengemas Part 3

Haiii..hari ni da hari rabu..cuak pulak. Rasa macam banyak je benda tak pack lagi ni. Hari2 tido dekat kol 2 pagi. Datang opis dengan mata panda. Penat dan mengantuk sangat. Petang tadi saya rasa ngantuk sangat, da hampir pukul 4 gitu. Saya konon nak lelap kejap. Tau2 je, kawan datang kejut, "Nadt,bangun. da pukul 5.30 ni..ko memang tak set alarm ke.."

"Ya Allah..Anak aku...da pukul 5.30..aku da lambat ambik anak aku.." Terus terkujat bangun. Penangan letih punya pasal. Sorry Saif..mama tak sengaja..

Keseluruhan progress rasanya 60% da pack. Yang tinggal sekarang cuma barang dapur means barang2 masak tu la. Saja tak simpan lagi konon2 rajin nak masak lagi. Ada sesetengah benda saya da masuk kotak, tetiba tadi nak guna, daaaa terpaksa bukak kotak semula. Tu malassss tuuuu..oh ye rak2 dinding pun tak tanggalkan lagi. Bab tu kena tunggu papa Saif jugak la setelkan.

So hari ni saya fokus kemas semua pakaian. Seb baik banyak beg so boleh sumbat banyak2 beg. Bila da sumbat banyak2, mak aiihhhh..berat nak mampuiihhh..naseb la sapa yg tukang angkat beg semua ni nanti..

Baju kerja saya. Sikit je kan. Saya kira2 ada la dalam 30 pasang tapi yang saya selalu pakai dalam 10 pasang je sebab tak payah iron. Dasar pemalas iron baju. Muahahaha..

Hanger semua ikat guna getah. Seb baik still simpan getah2. Ni tak termasuk hanger baju Saif sebab tengah guna sidai baju Saif. Sempat lagi basuh baju dia tadi. Lagi 2 hari ni tak kose da nak basuh2 baju.

Da siap pack baju. 

Ini la jadinya bila mengemas dengan Saif yang belum tido. Sibok nak main beg tp dia tak kacau baju2 yg saya da pack dalam beg lain. Ni pun kacau kejap je. Kol 9 dia da tido. Senang mama teruskan operasi.


Wednesday, November 13, 2013

Mengemas Part 2

Fuuhhh..lega bila dapat bergolek kat tilam. Saif lena tido, langsung tak menguit. Good boy, senang mama nak mengemas. Malam ni sambung lagi keja mengemas. Kali ni saki baki khazanah dapur yang tak habis kemas semalam.

Hobi menyimpan kotak memang sangat berguna. Paling banyak kotak kiriman kerepek tu la sampai 17 kotak.huhu..

Sesi membungkus pinggan kaca. Mujur tak beli corelle lagi.hehehe..ni semua pinggan free beli ubat gigi. Ada gak yang tinggalan housemate dulu. 

Da clear kabinet dapur yang ni

Barang kaca bungkus satu kotak

Jangan lupa labelkan "handle with care!"

Ni plak stok makanan macam milo, teh, kopi dll. Saya tak minum sangat. Saya asingkan sket satu bekas isi minuman 3in1 je bajet cukup2 sampai hujung minggu ni

Frame2 pun da turunkan. Bungkus sebelum masuk kotak.

Masalah..ehm..nak buat macam mana ye nak hilangkan kesan hitam double tape tu..kikis confirm cat dinding pun terhakis..ehhhmmm..idea plz..

See..? Latest progress. Makin bertambah kotak. Ada yang sengaja saya tak solitape lagi sebab takut2 ada barang yg nak guna lagi..

Sekian..progress moving project hari ini. Jom tido..





Tuesday, November 12, 2013

Mengemas Part 1

La ni da pukul 1.40 pagi. Rasa lapor la plak. Maunye tak, dari tadi bertungkus lumus dok mengemas. Tapi da kemas2 pun still rasa barang masih banyak. Ahhhh..apa la yg banyak sangat barang ni..

Lepas maghrib tadi saya da mulakan misi mengemas. Fasa pertama adalah playroom Saif. Mula dari sini sebab barang tak banyak.

Side play corner je. Side belah sana ada tilam n tv sengaja biar tak kemas lg.

Da siap side ni. Sekejap je.

Fasa 2-bilik tengah merangkap 'gudang' macam2 ada. Sejak interview saya takde mood nak menyusun atur sangat sebab takut2 kalau pindah da nak kena kemas lagi. Kan betul..

Majalah lama-jatuh hukum buang. Kotak ble isi barang lain.

Tengah berfikir2, majalah ni pun nak buang jugak ke tak. Rasanya da xbaca lagi da. Tapi kalau buang, nnt da xde benda nak letak dlm file holder tu, kosong je. Hehe..Ok la..K.I.V dulu..

Setel fasa 2 -antara barang2 yang da siap dipacking dlm kotak. Nanti angkut je sekali dengan rak tu.

Fasa 3-isi perut kabinet dapur. Benda2 yg memang da tak pakai terus hukum buang. Sayang nk buang botol2 ni tapi pejam mata je la buang, Saif da ada botol lain..

Some tupperware sumbat masuk kotak. Else sumbat dlm plastic bag je.

Stok makanan padatkan saja dalam bakul. Actually semua stok ni memang da dok dlm bakul so just susun2 semula je bagi pack semua. Ni baru 2 bakul. Ada 2 bakul lagi dlm kabinet tu yang saya tak keluarkan.

Bahan pewarna dan perasa baking sumbat dalam satu bekas.

Setel fasa 3-makin bertambah banyak kotak2 tu +plastik n beg isi tupperware. 


Ok..tu je la saya nak cerita. Ngantuk da..huwaaarrghhh...






Sunday, November 10, 2013

Syukur..Dapat Pindah

Assalamualaikum n haii..

Semalam letak teaser Alhamdulillah,  macam2 tekaan yang timbul ye. Ramai yang teka betul. Mana yang ada add FB saya pun maybe ada yang da tau. Mana yang geng gojes, lagilah da tau.

Ye..betul..sudah sahih saya mendapat surat arahan berpindah tempat kerja ke Putrajaya.

Err..sape yang teka saya peknen lagi tu sila doakan untuk batch tahun depan ye. Ngeheheh..

Actually saya da mula cuak sebab kawan yang buat rayuan berpindah da dapat result hari Khamis tu. So bila saya masih tak dapat jawapan, pagi Jumaat tu saya call ke JPKK. Nak tanya result interview tu da ada belum. Pegawai tu jawab "Kami akan keluarkan surat. Kalau awak dapat surat tu maknanya dapat la, kalau tak dapat, maknanya tak la. Takpe..nanti kami akan fakskan surat tu. Kalau ADA la untuk awak.."

Pegawai tu jawab macam tergesa-gesa cam nak cepat je so saya tak tanya banyak. Just say "ok".

Makanya sepanjang hari Jumaat tu saya berdebar tiap kali telefon berbunyi. Kot-kot admin call bagitau ada fax untuk saya. Tapi nan hado. Kalaupun ada yang call semua yang takde kena mengena. Cett..

So tengahari tu saya and the geng kuar makan kononnya sekali la farewell untuk seorang lagi kawan yang dapat berpindah ke KK Jerantut. Beria la konon ni farewell untuk Nina, pasni da tak dapat makan sama lagi da.

Kengkonon farewell utk Nina yg pakai tudung pink tu..tak sempat sampai opis da tau berita saya dapat pindah plak. So kira pakej sekali farewell saya gak la ni.

On the way balik makan tu, masa tu dalam kereta, saya terima sms dari KJ (ketua jabatan tau bukan Khairy Jamaludin). Katanya "Tahniah, dapat bertugas di JPKK."

Terbeliak jugak la baca sms tu. Macam tak percaya.  Terkedu. Biar betoiii..ke main2 je ni. Geng2 da bising suruh saya call KJ minta kepastian tapi saya tak mau. Cam segan plak nak tanya2. Tapi geng saya tu punye la excited nak tau, dia sendiri call KJ, tanya!

"Hellooo..hp nadt da abes prepaid, ni yang saya call kan ni. Betul ke nadt dapat jpkk? Haaa?? Da sampai surat??" (Pandai je kata prepaid saya da abes padahal saya pakai postpaid.ngehehe)

Bila dengar kata da sampai surat, serentak semua menjerit histeria dalam kereta. Macam sawan pun ada. Tapi saya..macam speechless..perasaan bercampur baur antara happy dan..sedih. juga automatik macam2 yang saya mula fikirkan..hal rumah..rakan2 opis..dan yang paling utama..Saif..

Surat..

Happy..sape tak happy bila akhirnya rentetan hidup PJJ akan menemui noktahnya. Akhirnya kami tiga beranak akan tinggal bersama. InsyaAllah..

Tapi serius pada masa sama hati rasa berat nak meninggalkan bumi Karak ini. Memang la saya selalu kutuk Karak ni korok tapi dari segi kerja dan tempat tinggal, saya memang da cukup selesa. La ni kalau tak sempat buang sampah waktu pagi, lunch hour sejam pun sempat lagi balik umah buang smpah pakej mengemas umah lagi. Pastu kalau nak tengok Saif kalau dia tak sihat pum, anytime je. Dan rumah yang saya duduk la ni memang saya sayang.  Macam2 kenangan ada di rumah ni.

La ni saya giat survey rumah yang berdekatan untuk ke tempat kerja nanti. Saya bukan tau sangat pun kawasan sana tu, hantam sajalah. Nak apply kuarters tapi entah bila zaman la akan dapat.

Yang utamanya Saif..saya tak tau macam mana nak sampaikan berita ni pada pengasuh Saif. Entah apa la perasaan dia. Dan lagi Saif..boleh ke dia adapt dengan suasana dan persekitaran baru? Boleh ke dia adapt dengan pengasuh baru sebab Saif ni memang memilih orang..

Dan saya sendiri boleh ke adapt dengan suasana kerja baru yang totally berbeza dengan tempat kerja saya sekarang.. (sejujurnya saya rasa seram sejuk dan macam tak best setiap kali ke jpkk sebelum ni.ntah..)

Itulah..di sebalik rezeki yang diterima ini, pada masa sama kenalah sedia akan nikmat-nikmat yang ditarik balik..

Tapi ini semua rezeki. Rezeki jangam sekali2 ditolak. Saya masih ingat, masa saya menghadap pengarah untuk memaklumkannya permohonan pindah saya bulan lepas, pengarah kata "Situasi awak ni takdela kritikal sangat. Ada yang lebih kritikal. Dan saya akan bagi sokongan penuh hanya pada yang benar2 kritikal saja. Tapi untuk awak ni saya akan sokong jugak.ehm la tapi dengan pengganti. Lagipun kalau saya cuba halang pun tapi kalau Allah kata tempat awak kat sana, awak akan tetap dapat walau saya halang macam manapun."

Serius saya pasrah gile bila dengar pengarah kata gitu. Umpamanya "boleh berharap tapi tak payah nak harap sangat la.." dan memang saya da berserah sungguh, rasa confident gile memang takkan dapat sebab ada orang lain yang  lebih kritikal.

Tapi Allah da tetapkan rezeki itu untuk saya sekeluarga. Allah lebih tahu..Allah knows what's best for us.

Ok now..prepare mental n fizikal. Sedialah misi berkemas dalam seminggu nan suntuk ini..

P/s: sapa tau rumah sewa area putrajaya or yang berdekatan dengannya, sila imform A.S.A.P. kalau boleh yang tak jauh sangat nak ke KL sebab papa Saif keja kat Bangsar.


Friday, November 8, 2013

Alhamdulillah



Ada berita baik nak dikongsikan
Berita yang ditunggu-tunggu tapi tunggu dulu
Rezeki hari Jumaat
Alhamdulillah..


Saif And Cat

Malam tadi ada program sambutan Maal Hijrah kat kolej
Ada dinner sekali so boleh bawak family
Saya paksa papa Saif balik jugak attend majlis..ngehhee..
Seb baik dia datang walau secara paksa rela
Thank you dear..

Masa program tu saya kena handle tang persembahan
Alaaa..jaga slide video je
Tapi kena tunggu laptop kat depan tu jugak la
Saif ko tau la pantang nampak laptop memang jadik raja la dia
Dia nak conquer laptop tu sorang memang banyak cantek muka dia la
Da la laptop kolej, rosak karang naya je
So papa Saif bawak la Saif jalan-jalan menghiburkan hati
Saya tak ambek port pun ntah mana-mana je diorang berjalan

Bila balik rumah, papa Saif tunjuk gambo-gambo Saif dengan cat
Saif memang suka cat tapi dia tak berani nak pegang
Paling-paling pun dia main cuit-cuit je
Mana datang jajan cikedis tu tak tau la
Mesti papa Saif nak bagi Saif tapi Saif takmo
Pandai ko menolak cikedis ye nak..thumbs up
So cikedis tu jadi habuan cat je la..
Alahaaiii cutenya mama tengok Saif dengan cat ni..




 
 
 
 
 

p/s : Papa Saif takut cat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...