Wednesday, January 30, 2013

Bila Saif 8 Bulan


Dah lama tak update perkembangan Saif. Saif da 8 bulan seminggu baru la berkesempatan nak update. Sebagai ibu memang seronok melihat perkembangan Saif dari mula lahir sehingga sekarang. Daripada mula-mula dulu baiiikkkkkkkkkk sangat sampai la ni da jadi manjaaaaaaaaaaaaa sangat. Tak boleh berenggang dengan mamanya. Memang membataskan pergerakan saya tetapi saya bersyukur dan gembira sebab itu tandanya kasih sayang yang saya beri padanya telah melimpah ruah sehingga tak pandang orang lain da. Memang anak omak la!

Sebelum masuk 8 bulan hari tu, Saif da mula angkat montot sebagai langkah pertama untuk mula belajar merangkak. Tapi sehingga kini, angkat montot tu je la, goyang-goyang depan belakang, pastu penat puuupp! Dia jatuhkan badan dia, lagi senang menyusur katanya.

- action je lebeh -

Gigi sudah ada 4 batang. Mula merasa trauma tiap kali nak df sebab memang terasa giginya yang tajam tu. Sebelum ni just gigi bawah je so tak terasa sangat sebab lidah dia akan mengalas setiap kali df. Bila da ada gigi atas ni, rasa lebih mudah untuk dia gigit biskut. Kruukk..krukk bunyinya bila gigit biskut, seronok mama dengar.Hihi..


- payah nak ambik gambo gigi budak ni tau -

- seronok tengok dia makan biskut kruukk kruukk bunyinya -

Perangai makin mengada-ngada. Balik dari kampung minggu lepas dia dapat pe'el baru, suka buat bunyi mengada-ngada. Ekkk..ekkk..bunyinya. Ble naik stress bila tiap kali dia buat bunyi tu sebab semua benda akan jadik tak kena. Dah pandai campak-campak barang. Contoh kalau dia da bosan dok kat walker dan dia nak kuar, pujuk la macam mana pun bagi mainan@barang apapun, semuanya dia akan campak tanda protes. Seb baik mama kau ni penyabor tau tak!

Mulut makin becok. Makin banyak bunyi yang kedengaran. Maaa..maaa.. baaa... baaaa.. jeee..jeee..teehhh..teehh. ...ndddee..neeennn..drrrrr.. Celik bijik mata terus je bunyi "nnndehhh..dehhh..."sambil mata tengok kipas. Berbual dengan kipas agaknya say "Good morning kipas!" Bercakap tu dengan beria-ia plak tu macam berborak betul.

Sehingga kini juga perjuangan untuk bf masih diteruskan. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk Saif walaupun stok semakin kritikal. Kena usaha lebih giat lagi nih. 


3 comments:

  1. Saif nampak macam dah setahun lebih je sambil makan biskut tuh.. cepat masa berlalu

    ReplyDelete
  2. comelnye saif...
    dari saif kecil aunty dah sokmo intai kat sini. ari2 aunty tgk muka sebab saif macam anak aunty thaqif..
    saif makin comel..
    tapi thaqif gitu la jugak.. tetap kecik je gigi pun takde jugak
    haih... tak sabar nak tunggu thaqif ensem macam saif...
    hahaha.. padahal thaqif dah lebih 9 bulan

    ReplyDelete
  3. seronok kan tengok perkembangan anak..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...