Monday, January 21, 2013

Bye Bye Katil Kecintaan

Dah macam-macam alasan saya bagi.
Dah macam-macam pujuk rayu saya beri.


Tak berhasil.

Pasrah.

Selama ni bila Encik Suami sebut-sebut pasal nak bukak katil, saya pekakkan telinga. ~Lalalala..tak dengar..tak dengar..Tapi entah lama kelamaan saya makin rasa tak sedap hati. Sebab da banyak kali bila saya terjaga waktu malam, Saif memang da sipi-sipi lagi nak terjun dari katil dengan muka excited. Dia ingat jatuh tu best agaknya. Syukur Saif masih dalam lindungan malaikat penjaga. Saya percaya memang ada malaikat yang menjaga anak-anak kecil.

Antara alasan yang saya beri "Mak abah kita dulu takde pun bukak-bukak katil, takde pun jatuh." Confident je saya tak pernah jatuh masa kecik-kecik dulu.

Jawab Encik Suami, "Katil zaman dulu lain, ada penghadang kat hujung tu. Katil ayang ni mana ada penghadang hujung tu."

Ada betulnya jugak. Dah kalah 1-0 kat situ.

Dan satu sebab lagi, saya tak percaya diri saya sendiri. Sebab saya ada masalah bila tidur tapi pada masa sama buat benda di luar kawalan. Multitasking kekdahnya sampai bawak ke tidur! Contohnya saya boleh sms sambil tidur. Banyak kali da Encik Suami dapat sms ntah ape ape ntah daripada saya. Dan pernah masa dalam pantang, saya mengantuk sangat masa menyusukan Saif. Masa tu menyusukan sambil duduk bersandar. Dan saya sangat pasti yang saya memang takde letak Saif atas tilam bila saya terlelap. Tau-tau je bila saya tersedar, Saif da siap-siap tidur atas tilam. Beberapa kali jadik macam tu. Dan beberapa hari sudah sambil mamai-mamai saya peluk Saif yang sedang merayap atas katil dan saya golek kiri kanan kiri kanan sambil peluk Saif. Tetiba saya tersedar, "Eh, apa aku buat ni?" Terus cepat-cepat baringkan Saif kat bantal dia. Terkejut sekejap dengan perilaku sendiri.

Bab mengigau toksah cakap la, memang diwarisi dari generasi ke generasi.

Dan tak mustahil kalau satu hari saya sendiri yang 'ter'tolak Saif jatuh dari katil! Astaghfirullahalazim..semoga tak berlaku macam tu.

Juga setiap kali mandi waktu pagi sebelum pi keja, memang risau sangat kalau-kalau Saif jatuh. Kejap-kejap bukak pintu bilik air mengintai Saif kalau-kalau terjaga. Dan memang kerap Saif terjaga masa saya tengah mandi. Terus dia merayap laju nak terjun katil, nak join mandi sama kekdahnya. Kelam-kabut saya kuar angkat Saif dan letak dia kat lantai. Dan terpaksa berus gigi kat dalam bilik sambil pujuk-pujuk Saif yang tetap beria-ia nak ikut mandi sama. Aiihh..

Saif tak pernah jatuh katil lagi. Tak pernah dan saya tidak akan pernah biarkan perkara tu berlaku. Sedikit pengorbanan TERPAKSA saya buat agar rekod tidak pernah jatuh katil itu tidak tercalar. Saya tak nak bila da terhantuk, terjatuh tergolek baru nak terngadah.

Petang Sabtu nak indah, tibalah moment itu. Moment yang mana katil kecintaan saya akhirnya ditanggalkan. Diburaikan. Bye-bye my dear katil. Baru berangan nak deko bilik ala-ala hotel, mana datang bilik hotel takde katil. Suka la tu Encik Suami sebab dapat mematahkan ego saya yang beria-ia tak nak bukak katil sebelum ni.

Saya pasrah. Demimu Saif, takpelah...saya pejamkan mata saja melihat bilik yang sudah rongak tanpa katil. Hanya tilam yang terlentang menghiasi ruang. Jiwa rasa kosong. Tak best, memang tak best. Biasanya saya akan campak dulu sejadah dan telekung atas katil sebelum pakai sembahyang. La ni, saya campak juga tapi terpaksa plak nak bongkok ambik kat tilam. Tak bestnya!

Dan nak jadi sejarah pagi Ahad itu, Saif jatuh juga akhirnya. Tapi nasib baik katil da takde, hanya jatuh dari tilam. Tu pun jatuh atas bantal yang seriously saya tak tahu bila masa bantal tu da ada siap-siap kat tepi tilam menyambut Saif yang tergolek (sekali lagi Saif dilindungi..syukur Ya Allah). Selamba je dia sengih tanpa rasa bersalah padahal mamanya nak sakit jantung tengok anak da tergolek. Alhamdulillah..ada hikmah tersembunyi bila dengar cakap suami. Bayangkan kalau saya masih berdegil tak nak bukak katil, pasti saya akan diselubungi sesalan dan rasa bersalah kalau ditakdirkan Saif memang akan jatuh katil pagi tu. Dan pasti Encik Suami akan membebel sambil terus kapak katil yang buat Saif tergolek jatuh katil sampai bengkak kepala atau terkehel kaki atau apa-apa je la yang tak ingin saya bayangkan. Syukur semua tu memang tak berlaku.

Dan bila saya cakap dengan Encik Suami nak pasang balik katil bila Saif da besar, selamba Encik Suami jawab, "Time tu takut adik Saif jatuh pulak."

Aaaah..pulak!

p/s : La ni bila masuk bilik, rasa macam lapang pulak. Sedapkan hati!

3 comments:

  1. ciknaa plak mak n sekalian mak mertua.. wah cam ramai je MIL kan.dorang suh bukak jgak, tp ciknaa tido ngan razin je ber2, ok la.. berjaga2 ngan setambun bantal sbg pagar :)

    ReplyDelete
  2. Aish pernah jatuh katil 2 kali, sekali masa rin tgh mekap kat bilik lain, tinggalkan dia yg tgh tidur, tiba2 berdebuk, dia bgun senyap2, rasa nk tercabut jantung, kali kedua masa dia tidur petang, rin pergi asingkan baju nak dibasuh, tiba2 dgar ada orang main botol air dalam bilik, tengok dia dah kat bawah tgh main botol mineral, nasib baik jatuh atas tilam single yg kitaorng letak hujung katil, so dia mmg x menangis, syok main botol.sekarang rin dh tidur bawah dgn dia. x berani tidur atas katil dah.

    ReplyDelete
  3. tkpela demi anak..sblm perkara buruk berlaku elok lah kite elakkan..hannah pun dah pernah jatuh dari tilam..itu pun nak pecah jantung mama die ni..huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...