Wednesday, January 16, 2013

Dilemanya..aaa..

Third post for this new year?? Oh my..betapa saya perlu mencuri sedikit masa untuk menghadap blog kecintaan. Rindu nak melawat blog rakan-rakan, membaca perihal perkembangan anak, mengorek resipi solid food even mencari panduan menghias rumahku syurgaku. Ahh..semua itu seakan berlalu, tak sempat nak catch up dek waktu.

Hari ini, malam ini Saif nampaknya tidur lena. Alhamdulillah. Semoga Allah terus permudahkan urusan saya dalam membesarkan Saif. Dalam pada membesarkan Saif ni, kini saya dalam dilema. Sebabnya? Yaa..susu saya makin merudum. Stok dalam freezer makin menyusut sehingga bikin saya cuak. Bila kira-kira tak sampai 50 oz pun yang tinggal. Oh my..

Dah tu, apa yang dilemanya..Dilemanya la ni saya mula berbelah bahagi samada mahu mula memperkenalkan fm pada Saif. Memang sekarang ni stok masih ada, susu saya masih ada tapi saya khuatir andai kata suatu hari tibanya Hari Merudum Sedunia, masa tu saya baru terhegeh-hegeh nak cari fm nak bagi Saif, khuatir masa tu Saif refuse so nak sumbat apa kat anak tu?

Saya kalau boleh, seboleh-bolehnya cuba untuk menyusukan Saif selama mungkin. Bila mana saya perlu membuat keputusan samada perlu beri fm atau tidak, saya sungguh berat hati. Sungguh-sungguh berat hati! Rasa kejamnya saya merampas hak Saif dengan sengaja. Kenapa saya kata sengaja? Sebab puncanya pun datang dari saya. Saya yang malas mengepam, saya yang abaikan rutin mengepam sometimes pam sekali je kat opis. Saya yang tak jaga makan minum saya. Puncanya memang datang daripada kekhilafan saya sendiri. Bukannya sebab memang takde susu langsung ke atau sebab-sebab penyakit ke apa ke. Tapi sebab saya mama yang malas!

Tambah pula lagi, Saif sekarang da mula demand susu botol. Rekod dunia hari ini, 4 botol yang saya bekalkan habis licin tanpa saki baki! Gembira dan bangga! Walhal sebelum ni susu asyik terbuang je tak minum habis. Ehm..bila Saif da mula minum susu banyak ni saya pun cuak, mampu ke saya menampung bekalan untuk hari-hari seterusnya? Eh..apasal sedih plak ni, patut gembira la kan anak minum banyak.

Saya harap sangat perjalanan untuk menyusukan Saif ni akan berterusan selama yang mungkin. Tiada perasaan yang lebih indah bila bertentang mata dengan Saif waktu menyusukannya. Sambil-sambil main tarik2 rantai, kaki dok kuis sana sini. Walaupun malam perlu berjaga bila si anak datang nak mengempeng, itu la antara nikmatnya menjadi seorang ibu. Seronok, saya sayang moment indah ini dan harap ia akan berterusan.

Dan sekarang, baru la terhegeh-hegeh nak mengepam 3 kali kat opis. Sukar mencuri masa tapi kena buat juga. Doakan misi saya ni berterusan selama yang boleh.

Amin..


3 comments:

  1. insyaallah, harap2 ada rezeki utk Saif sampai masa nya berhenti

    ReplyDelete
  2. akak pasti boleh :)

    akak kena kerap pam kat opis.. nak tak nak memang kena pam 3x sehari kat opis. sbb konsep penghasilan susu ni ikut SUPPLY vs DEMAND. bila permintaan tinggi, banyaklah susu yg kan dihasilkan..

    bila akak kerap pam, signal akan sampai ke otak dan bgtau yg susu dh berkurang. otak pula akan bg signal ke kelanjar susu utk hasilkan susu lagi... mcm tu lah seterusnya..

    sebab tu lah lagi kerap akak pam, lagi banyak sebenarnya susu yg terhasil.. in shaa Allah..

    kak, lagi satu cara akak blh buat power pumping.. teknik ni memang membantu (>___<)

    fai doakan semoga semakin mencurah2, semakin banyak rezeki saif untuk menyusu bdn dgn akak sampai dia ckup 2 tahun.. amin :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...