Friday, January 18, 2013

Impian 2012 Tercapai Pada 2013

Perghh..lately busy yang amat. Makin lama rasa makin menyampah plak dengan manusia-manusia kat opis ni yang empati tahap zero. Nak update blog kat opis la ni memang tak dan la. Harapkan balik umah nak online, hajat nak melawat blog rakan-rakan tapi ada je keja yang ntah ape ape ntah yang dibuat. Hari ni takde basuh baju, rasa relax sikit ~ xde kaitan.

Back to topic sebelum Saif terjaga ajak tido dalam bilik, kan sebelum ni saya da cerita pasal meja makan idaman saya tu. [post]  Gigih saya ambik cuti hari Jumaat lalu semata-mata nak beli meja IKEA. Haha..Selagi tak dapat selagi tu saya akan ungkit sampaikan Encik Suami pun pasrah, ok la jom kita pi beli. Saif kena tinggal umah bs, kalau Saif ikut, memang tak muat kereta. Huhu..

Tak ingat idea bernas sape ntah yang bagi idea pasal bukak kotak untuk muatkan meja tu dalam kereta. Memang marvellous! Tapi saya tak bukak pun kotak tu but just saya lipatkan bahagian ruang kosong pada tepi kotak tu untuk muat-muat masuk dalam kereta. But idea tu memang memberi inspirasi pada saya bahawa kotak tu sebenarnya yang menyemakkan ruang!

Maka tercapailah impian saya. Dah sampai ke rumah tu, satu ke hal pulak nak memasangnya kan. Manual pemasangan diberi so ikut je la. Senang je. Kerusi tu semua saya yang pasang sendiri sambil tengok-tengok Saif yang lena tido (multitasking itu penting). Meja je la perlu Encik Suami yang pasangkan sebab saya tak berapa nak paham manualnya(slowww). Huhu.. Meja tu dah la pasang kat ruang tamu sebab sambil pasang sambil Encik Suami nak tengok cerita Lagenda Budak Setan 2 kat TV. Cett..kata tak suka movie Melayu tapi layan jugak!


 Tangan pegang manual, mata hadap TV

Tau sangat da apasal Encik Suami beria-ia nak tengok cerita melayu petang-petang ni..

"Mama, Saif nak tolong, ble?" kata Saif sambil buat muka cute.

"Wahhh..spanar ni macam nyumm..nyum jek..ngapp!" 
" SAIIFFFFFFFF!!!!" pitching mama pun naik.


Mari kita tengok hasilnya menggunakan kamera canggih. Hp camera tak dapat beri efek yang mengagumkan. Hehe..


 
 
Smart kan? Hehehe..da memang feveret sendiri harusla puji sendiri.


 Untuk Saif tidak dilupakan. Mama beli feeding set n mangkuk + cawan warna warni pelangi IKEA.

Ayam tandoori berempah sempena merasmikan meja makan baru dan sebagai tanda terima kasih pada Encik Suami sebab pasangkan meja.

 
 Masak lemak labu yang bukan faveret papa tapi faveret mama..hehe..

3 comments:

  1. yeay, dpt meja baru, kena lagi rajin masaklah ;)

    ReplyDelete
  2. brp hrga meja makan tue sis??lg satu dia mmg utk 4 krusi je ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..da xingat plak bape harga meja tu tapi meja n kerusi harga asing. ble check harga kat website ikea. nadt beli kerusi ni 5 bijik, 4 letak kt meja makan, 1 lagi extra letak kat meja study.

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...